Dulu pun aku penah tulis pasal ni.
Tentang sahabat2 TTC aku.
Tah ek. Cena nak cakap kan.
Tak reti nak describe. Cuma aku mampu luahkan.
Yang aku sayang banget sama derang.
Bkn per, derang ni mmg mcm sahabat suka duka.
Lebih dari sahabat yg kita mmg dah kenal.
Padahal kenal di alam maya cuma, dari penulisan yg dibaca je.
Tp ikatan ukhawah tu yg mengeratkannya.
Terima kasih Ya Allah kerana mengenalkan aku dgn mereka.
Masa aku down, depress, rasa tak keruan masa tutup jap kebun stoberi tu ari, Zana salu msg aku, tanya keadaan aku. Huhu. Terharu.
Kekda sayang Zana ketat-ketat. Paling terharu dia kata dia dah anggap aku ni mcm kakak dia.
Oh. Walo dia sendiri ada ramai kakak, tp dia anggap juga as akak dia.
Sebak lak rasa.
Zana, akak pun anggap Zana cam adik akak sendiri.. sayang Zana jugak.
Lps tu bila adik2 ni tribute nama aku dlm entry derang pun, aku cam terharu.
Biarpun derang tribute 'Kekda, thanks sbb kenalkan dgn photobook'
Itu entry adik aku sorang tu lah, yg ceria sentiasa -
Eida Baharom.
Oh. Sblm tu Al-Fatihah utk adik beliau yg kembali ke rahmatullah tak lama dulu.
Aku terharu sbb derang igt juga aku kan.
Lagi terharu gak bila tadi baca entry
Fara yg pegi Cameron Highland.
Tersenyum aku bila ada baris ayat yg kata 'tingat Kekda bila tgk strawberry'.
Tersentuh seketika hati ni. Ye lah, walo pun hanya kenalan di blog, di muka buku, tp ada jugak ingatan derang pada aku.
Tidak la aku kata aku ni giler plak perhatian nak kena ingat dek orang je.
Bkn begitu.
Aku nak expressed kan yg aku betul2 senang dgn derang.
Yg aku betul2 sayang dgn derang ni.
Sbb yg kenal aku dlm alam realiti pun tak prihatin cam derang ni.
Sungguh, aku terharu dengan persahabatan yg dihulurkan ni.
Tak lupa pada adik aku yg jauh nun di Bintulu-
Eka. Ni pun salu je tribute aku dlm entry dia. Lately ni jarang lak dia update. Bz kot nak ttp sekolah ni kan.
Pada
JD (yg baru je menerima berita gembira), tu pun masa aku tgh dok depress ngan blog aku tu ari, dia pun prihatin gak. Alahai. Sbb tu aku la paling gembira masa baca berita gembira dia tu *berapa byk gembira daaa*
Sekadar menyebut beberapa nama dulu, tp tak lupa utk seme rakan2 di TTC Corner sana (Julie, Misskoriza *eh, cena nak eja nih.. hihi*, Liana, Nana Aris, Zuazlin, Mimie *yg mohon disertakan dalam list ini juga. Thanks sbb sudi nak join kami* dan ramai lagi lah). Mereka tu kebanyakan mmg aku kenal. Maksud kenal di sini, pernah jumpa dan kenal dari penulisan di blog. Kira bff alam maya lah. (nati aku citer plak kenapa aku create TTC Corner tu, dan tak open kan)
Utk pembaca 'SR', barangkali ada yg mengikuti citer kat sini, saya sayang anda juga. Tp saya takleh nak express secara direct sbb kita jarang2 berkomunikasi kan? Ihiks. Tp saya tahu, anda tetap ada di kala memerlukan. Contohnya pada entry smlm kan. Terima kasih pada yg memberi semangat. Saya bkn give up tu, cuma ada perasaan 'lantak pi lah situ' saja. Hihi.
Oke then, rasa cukup itu saja utk meng express kan sayang saya pada anda,
sahabat TTC saya, yg sama merasai petir getir mendapatkan cahaya mata kurniaan Allah :))