Wednesday, May 6, 2015

Pengalaman Umrah Saya

3:00 PM


Assalamualaikum ....

Baru berkesempatan nak jot down kat blog ni.
Alhamdulillah, selamat pergi dan pulang menunaikan umrah dari 6 April - 18 April 2015.
Semua berjalan lancar.
Saya juga telah mendoakan rerakan yang masih TTC, dikurniakan zuriat.
InsyaAllah.
Berkesempatan juga berdoa semasa hari Jumaat di Makkah Al-Mukaramah.

Semua cerita umrah saya sharingkan di blog personal saya.
Boleh la baca di sana kalau berminat [link : umrah2015]

Oh ya, ingin saya kongsikan sesuatu di sini.
Saya sendiri belum pernah tahu sebenarnya.
Sambil menanti waktu solat Asar di Masjidil Haram selepas selesai umrah sunat, saya bersembang dengan jemaah dari Indonesia.
Entah macamana dia bertanya perihal anak (saya bersembang dengan ramai juga jemaah dari Indonesia, tapi takde la sampai tanya hal anak kan). Saya jawab belum ada. Dan beritahu dia tujuan saya ke Tanah Suci pun untuk berdoa dan mohon pada Allah.
Lantas, dia cadangkan untuk beli kurma belum "matang".
Agak pelik sebenarnya sbb tak pernah dengar pula petua yang ini. Selalunya buah zuriat, debunga kurma.
Ingatkan debunga kurma - katanya bukan. Ini mmg kurma yang macam kurma biasa, tapi belum matang. Ada di pasar kurma Madinah katanya.
Maka, sewaktu di Madinah, saya cari kurma ini. Dalam bahasa kita - kurma belum masak.
Mmg banyak di sana.
Rasanya sedap sangat.
Dia bukan kurma mentah yang muda tu. Bukan. Bukan. 
Dia kurma macam kurma biasa,  cuma dia belum masak sepenuhnya.
Biasanya di kedai di letakkan di dalam freezer.
Dia jual dalam tupperware.
Boleh bertahan tanpa letak dalam peti ais 3 hari sahaja.
Jadi, kalau bawak balik, sampai rumah, cepat2 letak dalam freezer ya.
Saya cuma beli sebekas.
Dan rasanya sangat sedap sampai saya makan sebijik je sehari. 
Sayang!
Hehe.
Sejauh mana kebenarannya boleh mengubati masalah TTC kita ni, Wallahualam. Tapi, tak salah mencuba kerana rasanya sangat lah sedap. Manis manis lemak. Berbeza rasa dengan kurma biasa, malahan berbeza dari Ajwa.

Jadi, utk kawan TTC, instead of kita kirim buah zuriat (saya boleh tak beli buah tu. Banyak je jumpa, tapi takde tergerak hati nak beli. Entah kenapa) boleh la kirimkan kurma belum masak ni pada sedara mara kita yang buat umrah. Beli di Madinah. Tanya je orang kedai kurma tu - katakan kurma belum masak. Cakap melayu je. Mmg rata rata mereka akan tahu.

Bentuk kurma belum masak.


Yang dalam bekas berwarna putih. Sebekas itu berharga 15riyal.
Dalam bekas hijau tu kurma Ajwa.

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers