Friday, December 27, 2013

Disember 2013 : Cycle Day

3:15 PM
Assalamualaikum TTC'ian...
Lama tak menulis di sini kan. Kekangan masa mungkin. Atau pun mmg mahu merilekkan minda seketika dari berpikir berkaitan TTC.

CD bulan ni - 10.12.2013
Lama dah  berlalu. 
3 hari lagi before usia perkahwinan kami menginjak 5 tahun.
4 hari lagi before usia saya pula menginjak 34 tahun.
Siapa tak sedih hoi. Sangat sedih.
Ingatkan ada lah hadiah bermakna tahun ni.
Mmg kali ni emosi hebat.
Mencurah perasaan pada seseorang di what's up.
Terima kasih dik, kerana meminjamkan 'mata' utk membaca keluh kesah akak.

Entah la.
Bukan la berputus asa. Tapi mungkin kerana tidak mahu menjalani IUI Januari ni, jadi perasaan rasa ter sepit. Ampunkan dosa ku Ya Allah.
Sewaktu mengemas terjumpa semula artikel yg pernah di print.
Pertama yg Ustazah tu tulis 'jangan berprasangka buruk dengan Allah'.
Oh. Aku hampir ber prasangka buruk dengan Allah.
Istigfar. Mengucap.

Lupakah apa yg telah Allah kurniakan selama ini.
Bukan kah itu juga rezeki.

*raup muka*

Entah. Kekadang kita juga tewas dalam ujian ini.
Terkadang kita rasa kita putus asa.

Bila?
Sampai bila Allah nak uji ni?
Rendahnya diri bila duduk berbual di kalangan orang yg beranak kecil.
Ni nak bukak sekolah ni, lagi lah. Sana sini up gmbr hantar anak.
Haruskah di deactivate FB tu?

Hurm.
IUI. Dr Hamid dah pesan, if masih tak mengandung, Januari ni mmg kena go for IUI.
Kali ni memang terpaksa pasrah.
Mungkin.

*secara purata CD length tahun ni memang antara 27-28 days. Lewat pun 2,3 hari. Betul, makcik itu mmg teratur dan displin kehadirannya. Bersyukur lah. Kerana ada orang lain, bertahun tak didatangi makcik itu.

All image : Google

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers