Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, March 30, 2011

TTC : Pemakanan - Nenas

Ada meting Puspanita tadi.
Lauk lunch adalah nasi tomato. Ada jelatah (kat sini sebut acar kan).
Yg ada nenas/timun/bawang tu.
Aku mmg sker mendalah ni esp nenas dia.
Tp tadi da amik baru aku tingat yg sdg TTC.
Percubaan aku kan 'manual'. Dan aku rasa waktu ovulation aku baru beberapa ari yang lepas.
Kut baru nak lekat ke kang, langsung tak jadi sbb nenas tajam. Huh!
So, buat rasa, aku makan la sket. Seb bek masam, so, takde la macam mendesak aku utk makan dlm portion yg banyak.
Hurmmm.... persoalannya betul ke nenas ni akan menyebabkan janin tak jadi?
Tajam tu cemna? mengikis perut eh.
So, mari kita google amalan pemakanan sebelum mengandung.
Di ambil dari sini - comelnya.com
1) Amalkan diet yang baik

    * Tabiat pemakanan yang baik perlu bagi pasangan suami dan isteri kerana ia mempengaruhi kesuburan kedua-dua belah pihak.
    * Pemakanan yang seimbang penting untuk meningkatkan peratusan untuk mengandung dan memperolehi bayi yang sihat.
    * Amalkan setiap hari memakan beberapa hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yoghurt dan keju. Sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin C dan E, zink dan asid folik, penting untuk membentuk sperma yang sihat dan berkualiti.
    * Kekurangan sumber nutrien dalam badan boleh mempengaruhi kitaran haid yang mengakibatkan kesukaran untuk meramal masa subur (ovulasi).
    * Kekurangan berat badan yang drastik dan obesiti boleh megakibatkan ovulasi tidak berlaku.

Memang sejak kawen (thn 2008) boleh dikira berapa kali aku minum air tebu.Yg ni mmg aku jaga sangat2, unless mmg teringin thp da meleleh air liur, tp rasanya mmg sgt sgt jarang. Tp nenas, mmg aku langgar je. Bila aku baca takde kajian saintifik pun mengenai pemakanan tajam ni. Tp tak salah kut kalo kita follow.

Retu ada member aku si Shah tu emel kat aku list makanan yg patut dimakan dan dielakkan utk merancang kehamilan. Aku carik2 tak jumpa plak.

Tkpe, nati jumpa aku tepek sini yer. Dan nati kita citer pasal asid folik pula.
"Ya Allah...berilah kesempatan kepada ku untuk menjadi seorang ibu. Amin..."
Pic kredit : Here

Tuesday, March 29, 2011

TTC : Ovulasi

Sblm menulis, ini ada disclaimer sket yer kengkawan. Apa yg saya tulis ni adalah hasil dari pembacaan saya dari buku2, dari internet. Sekiranya dirasakan tidak betul dan tidak tepat, sudilah apa kiranya utk memperbetulkan. Sharing is caring rite??
- - - - - - -
Oke, skang trus mengenai TTC. This month aku try ber TTC guna kaedah manual iaitu kesan waktu ovulasi guna Body Basal Temperature (BBT).

Sblm tu ayuh kita tgk apa makna ovulasi ni sebenarnya :
Ovulasi berlaku apabila telur yang matang dilepaskan daripada ovari ke salur fallopian dan bersedia untuk disenyawakan. Dalam masa yang sama, dinding rahim menebal sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan telur yang sudah disenyawakan.
Sekiranya tiada persenyawaan, dinding rahim akan gugur bersama darah dan haid terjadi.
Fakta utama ovulasi :

    * Telur cuma berupaya hidup 12-24 jam selepas dilepaskan dari ovari.
    * Selalunya cuma satu telur sahaja yang dilepaskan setip kali ovulasi.
    * Ovulasi boleh dipengaruhi oleh tekanan, sakit atau kiranya terdapat gangguan pada rutin seharian.
    * Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan faraj semasa ovulasi.
    * Implantasi selalunya terjadi 6-12 hari selepas ovualsi.
    * Setiap wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang tidak matang yang menunggu untuk dilepaskan.
    * Haid masih boleh berlaku walaupun ovulasi tidak berlaku.
    * Ovulasi juga masih boleh berlaku walaupun haid tidak datang.
    * Sesetengah wanita mungkin merasa sedikit sakit pada bawah perut semasa ovulasi terjadi.
    * Sekiranya telur tidak disenyawakan, ia akan diserap kedalam dinding rahim dan akan gugur bersama-sama darah haid.
Kredit : Alamhamil

Jika telur tak hidup lama, bagaimana pula sperma?
Sperma yang sihat akan kekal hidup didalam rahim paling lama 5 hari - alamhamil

Jadi, itu lah kepentingannya utk kita tau bila kita  'bertelur'. (tetiba rasa mcm 'aku seekor ayam' plak)

Itu ayam. Yg kita tau telurnya besar mana. 'Telur' kita tak silap aku, dari yg aku penah baca sebesar noktah itu saja.

Ce tgk gmbr ini. Gmbr telur kita. Ni adik Eka aku yg bagi link. Thanks Eka. Kan aku kata, sharing is caring kan. Sapa bagi aku info, aku masuk kan kat sini :D
Kredit : Here

Aku pun tatau adakah aku ini 'bertelur' atau pun tidak sbb kalo period pun tak semestinya kita bertelur kan. Apa pun, harap2 nya kita ini adalah manusia normal yg bertelur. Huhu.

Oke, pas ni masuk bab, apa yg patut digunakan utk BBT.

TTC : What To Expect

Kan aku kata aku ni pemaleh. Nak menda tu laju je. Tapi nak mengamalkan nya... alahai...
Ni contohnya.


Buku ni lama dah aku beli. Genap setahun aku kawen.

See.... hadiah di hari jadi aku tu (tp sendiri yg beli. Teheheheh). Mmg pangai aku, kalo beli buku mmg akan tulis beli kat mana dan bila. Setahun lebih da buku tu. Tp nyer, aku baca 2,3 mukasurat je.

Buku ni bagus amat. Semuanya ditulis dlm tu. Pasal apa nak dimakan, cemana nak tau hari ovulation. Bagus. Sapa takde boleh dapatkan masa pesta buku antarabangsa nati. Mesti ada diskaun.

So, nati aku share2 kan apa isi kandungan buku ni ya.

Saturday, March 26, 2011

IVF : Keluar KWSP

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mencadangkan supaya pasangan suami isteri yang masih gagal mendapatkan cahaya mata dibenar menggunakan wang caruman akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai kos menjalani rawatan kesuburan, seperti Persenyawaan Luar Rahim (IVF).

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata, cadangan itu dibuat bagi meringankan beban pasangan sukar memperoleh zuriat dan mempunyai masalah kewangan berikutan kos rawatan kesuburan sangat tinggi.

Bacaan lanjut : MyMetro-26Mac2011

What say you???
Bagus ni. Harap-harap cadangan ni segera diangkat dan diluluskan.
Sbb utk kakitangan kerajaan, rawatan ditanggung jika amik kat LPPKN, so, pada pekerja swasta, boleh amik option ini.
Cuma govt staff, kalo hingga IVF tak tanggung rasanya. Tp, at least rawatan pertama tu dah dibayar pun dah cukup bersyukur kan sbb ubat ubatan utk rawatan kesuburan ni mmg lah tinggi.

Atau pun, pada kakitangan kerajaan, yg sebelum di sahkan jawatan kan guna KWSP, bila kita da opt utk amik pencen, maka kita leh kuar duit KWSP kan. So, boleh la guna utk tujuan ini gak. Aku retu da kuarkan masa awal thn 2008. Dah selamat pun utk persiapan kenduri kahwin aku. Huhu.

Apa pun, masalah kesukaran mendapatkan zuriat ni telah diambil berat oleh banyak pihak. Jadi marilah kita ambil peluang yg ada ni utk merealisasikan impian kita...... :)

Tuesday, March 22, 2011

TTC : About Me

Sebelum bercerita lebih panjang, let's me introduce about masef first. Secara serba sedikit yg ada kaitan dgn TTC ini. Mana yg da tau tu, takpe la..kut ada yg tak tau lagi.
Ok, kami selamat di ijabkabulkan pada 13 Disember 2008, sehari sebelum umur aku menginjak ke angka 29. Dah lewat kan?? Tkpe lah tu. Dah jodoh sampai masa tu. Jadi aku lebih sker ckp aku kawen on 14 Disember. Senang, sekali je ngan bufday aku. Mmg pun kenduri on 14 Disember, nikah yg 13 Disember.

So, tahun pertama kawen, rasa biasa2 je la walo kengkawan seangkatan yg kawen sama masa tu da mengandung. Rilek la lagi. Kut mmg lambat.

Tapi bila da setahun lebih takde apa2 hasil lagi, aku da rasa something. Harus ada yg tak kena. Tapi aku still usaha. Bila orang kata makan (or minum) madu, aku buat. Ada yg balik dari Mekah, bagi kurma kering, minum dgn madu, aku buat. Carik buah zuriat pun aku buat. Pendek kata, byk menda aku da terai. Tp being me yg teruk btul pangai, aku ni rajin nak try itu ini, tapi aku malas nak teruskan utk jangka masa panjang. Itu la yg buat aku menyampah dgn diri aku.

Contoh terdekat, Jamu Mak Dara. Aku consume 2 botol je kut. Lps tu takde dah. Maleh ah!

Tapi selama tu, aku tak pernah check kat memana hospital. Entah ek. Tatau la apsal. Takut  kot. Utk info, period aku mmg tetap setiap bulan. On time, jarang2 skali terlewat. Tak penah dia bagi harapan konon aku ni pregnant. Eh. Penah la skali, tp tu pun lewat 5 ari je. Lain takde. Rajin dia dtg on d dot.

Berkenaan berat badan plak, berat aku skang mmg da ideal. Kalo dulu mmg la underweight, tp skang da ideal.

Penah la skali aku check kat tpt yg org guna alat test penyakit apa kita ada tu kan. Masa tu kat MAHA. My dear pun check gak. So, org tu kata mebi hormon asben aku yang tak berapa stabil.

Jadi, skang ni aku dah nekad. Aku perlu mula kan rawatan. Aku bukan mcm org lain yg kawen je terus lekat. Tapi aku juga tak keseorangan. Di opis, di blog pun ramai aku temui yg senaseb dgn aku.

Aku tahu, Allah lebih mengetahui apa terbaik untuk hambaNya. Dia tak bagi rezeki tang sini, dia bagi rezeki tang lain. Cuma, kali ni aku mesti tau apa penyebab aku tidak seperti insan lain. Aku tak mahu terus tertanya-tanya.

Umur pun da nak masuk 32 tahun, org lain siap anak dah sekolah, aku baru nak terhegeh hegeh. Jadi ini lah permulaan ku utk Trying To Conceive secara serious.  Moga kali ini membawa hasil. Insyaallah...


Kredit : Google


TTC : Doa

Petikan dari : Artikel

Doa untuk dapat zuriat.

Umat Islam digalakkan berdoa kerana ianya merupakan otak ibadah. Di dalam AlQuran terdapat himpunan doa-doa yang diberi oleh Allah untuk kita bacakan setiap hari.

Ikutilah contoh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Zakaria a.s., masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga usia yang tua dan uzur sebelum mendapat zuriat.

Doa Nabi Ibrahim a.s.

Allhuma innaka ta'lamusirniiwa'alaa niyati faqbul ma zrotii wa ta'lamu haajatii fa a'thinii su'lii wa ta'lamu maa fii nafsii faghfir lii zanbii

Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’

Doa Nabi Zakaria. a.s.

Robbi laa tazar dan wantakhoirul waaa rithiin

Tuhanku, janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri padahal engkau Tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi

Surah Al-Anbiya:21:89

Robbi hablee miladunlakaa zurritontoiyiban innaka samii uddoa

Tuhanku, berilah kepadaku dari sisi-mu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya engkau Tuhan yang sangat mendengar doa

Surah Ai Imran 3:38


Doa sebelum persetubuhan

BIsmillahi Allhuma jannibnas syaithoona wa jannibis syaithoona maa rozaqn tanaa.

Dengan nama Allah , Ya Allah ! jauhkanlah kami daripada syaitan dan juahkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak)


Doa ini amat penting diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri bacaan doa sebelum melakukan persetubuhan demi untuk menghindar dari gangguan syaitan keatas janin kerana diriwayatkan bahwa setan boleh menganggu apabila pembentukan janin berlaku. Mungkinkah ini yang menyebabkan kecacatan pada janin dan kehamilan Molar.

petikan : http://www.hamidarshat.com/content/view/58/216/

TTC : Entry Pertama

My 1st entry di Blog ini. Blog  My Trying To Conceive (TTC) Journal.
Akan menulis di sini bagi segala manis pahit dalam usaha kami menjadi ibu dan bapa.
Semoga ada rezeki dalam usaha ini.
Dan kepada kawan-kawan yang turut sama berusaha, yang turut sama ber TTC, mari lah kita sama-sama berdoa agar usaha kita ini berjaya.
Dimulakan dengan 


Diakhiri dengan