Showing posts with label cerita biasa. Show all posts
Showing posts with label cerita biasa. Show all posts

Monday, August 14, 2017

TTC Fighter!

12:36 PM
Lama rupanya tak menulis di sini.
Last entry bulan 5.
Tiada entry bulan puasa. Tiada entry raya. Tiada juga entry Rizq setahun.
Mula ingat cam eh, kena hack ke apa blog aku ni.
Rasa macam ada buat entry bebaru ni.
Tapi.. siapa entah nak hacked blog ko nih kan.
Macam kan glamer2 nau.

Sekarang dah bulan Ogos.
Tak lama lagi raya haji dah.
Kenangan ni raya haji ni.
2 tahun lepas, sehari sebelum raya haji lah segalanya bermula.
Kejap je kan.
Rizq Iskandar dah menginjak setahun 2 bulan.
Masih belum berjalan.
Tapi, aktif ya amat. Sesaat tidak akan berdiam diri.
Takpe. Aktif tu tanda sihat. InsyaAllah.
Tapi, tidak pula dia terlebih aktif.
Dia tetap ada behave nya.
Kesayangan dan kemanjaan kedua dua keluarga ni.
Esp keluarga saya. Maklum lah, lama dah takde anak kecik dlm famili kami.

Sebenarnya selepas saya conceive dan selepas bersalin, banyak berita gembira yang saya terima.
"kak..sy pregnant kak"
"kak.. sy nak share berita gembira ni.. (gambar upt positif)"
"kita nak share berita gembira ni.. kita dah 6minggu tau"
Dan bermacam lagi.
Dan ramai juga yang dah bersalin.
Alhamdulillah.. pada yg telah bertahun menanti untuk menjadi ibu, kesyukuran kita panjatkan. Sama juga yang TTC utk anak ke2.

Saya lebih terbuka di FB berkaitan ini.
Mana post berkaitan TTC saya public-kan.
Biar ia menjadi inspirasi.
Biar ia juga bukan jadi bahan cemuhan orang lain.
Biar orang tahu, TTC ni adalah ujian utk orang yang terpilih saja.
Tiada sapa tahu kenapa kita terpilih.
Hanya Allah SWT saja yang tahu.

Semalam, ada share post Dr Hamid Arshat (oso my previous gynea - year 2013), dia tunjuk satu lagi pasangan berjaya conceive. Selepas 7 tahun.
Ya.
Saya biasa dengar, TTCian akan conceive pada tahun ke 5, atau pada tahun ke 7.
Kerap la kata orang tu.
Me, masef tahun ke 7.
Tapi, itu kebetulan je pun. Takde lah teori yang mengatakan sedemikian pun. Kan?

Kun Fa Ya Kun.
Bila Allah kehendaki, bebila saja dia bagi.
Saya ingin sebarkan aura positif di kalangan rakan2 TTCian.
Sbb saya tahu, terkadang kita seolah kalah dalam ujian ni.
Melihat rakan2 yang sebok mendaftar akan sekolah, sedangkan kita masih lagi berdua.
Ye. Perasaan itu sukar digambarkan. Hanya kita yang memahami.
Cumanya. Kita perlu positif.
Jangan sesekali down. Kita takde anak bukan bermaksud kita lemah, kita kalah.
Kita takde anak sbb Allah nak tgk sejauh mana kebergantungan kita pada Dia.

Yer. Saya berjaya dapat Rizq Iskandar hasil dari kemajuan dunia sains dalam bidang OnG ini. Tapi, saya sering ingatkan diri saya dan rakan2 lain, ini cuma jalannya. Yang sebenar2 adalah dari Allah SWT. Saya amat yakin dan percaya, doa saya di Tanah Suci, doa saya ketika di Raudhah dimakbulkan Allah. 
Kerana itu, disamping treatment, saya akan syorkan rakan2 TTC utk menunaikan umrah. Cubalah. Sy percaya, ramai rakan TTC yg suka travel ke luar negara. Jadi, cubalah kita tunaikan umrah. Mohon lah doa di sana. Dan jangan lupa doakan utk orang lain sama. Masa saya buat tawaf, 7 pusingan tu saya dah tetapkan satu pusingan untuk satu doa. Begitu juga ketika buat saie. Di samping cuba utk solat dan berdoa di tempat2 mustajab (Raudhah, Hijr Ismail, pancur emas).
Tapi, kalau pun masih belum ada rezeki, usah gusar (once saya pun begitu.. dah pi umrah segala pun Allah masih belum makbulkan. Tapi, rupanya Dia nak kita usaha. Selepas balik umrah, ada rentetan yang memang nampak sangat Allah pertemukan jalan untuk makbulkan doa saya).

Kepada yang dah berjaya pregnant, saya doakan semua dipermudahkan.
Jaga diri bebaik. Hugs for you my dear friend (ramai rakan yg kenal dari alam maya)
Kepada yang dah selamat bersalin, Alhamdulillah... teruskan perjuangan untuk memberikan yang terbaik utk our precious baby (fully breastfeeding baby ya.. hihi).
Kepada yang masih belum berjaya.
Worries not.
Dalam grup2 yang saya join, ada yang berjaya selepas 20 tahun, selepas 10 tahun.
Yang penting. Usaha. Usaha. Usaha.
Jangan sesekali putus harap.
Saya sentiasa doakan.
Kita kuat.
Kita adalah TTC fighter!



Rupanya saya masih belum update kisah2 pregnant saya.
Okay lah. Nanti saya share lah.
Semua ada dalam draf.
Sementara tu meh saya share gmbr our precious baby yang dah setahun pada 1 Jun 2017 yang lepas.


p/s : Feel free to contact me, boleh cari saya di FB - ida ramli (DP gambar Rizq). Atau emel idaramli2011@gmail.com.
Saya sedia berkongsi pengalaman saya dalam journey saya mendapatkan Rizq Iskandar :)

Friday, December 12, 2014

Akhir Tahun 2014

12:47 PM
Hai kawan2.
Entry tahun ni ada 9 sahaja.
Syabas.. Huhu.

Apa maknanya tu?
Maknanya ... tahun ni mmg takde buat apa2 usaha!
Adoyai.
Tak tahu nak rasa sedih ke nak rasa suka.
Selamba kan.

Esok, hari anniversary kami ke6.
Dan lusa, genap pula umur saya 35 tahun.

Selamba sangat ni. Adik ipar kepada kakak ipar saya (ha, beripar ipar gitu), sedang mengandung anak ketiga. Rapat2 anak anaknya. Kata kakak ipar - dia sekarang dah berumur 33 tahun, jadi dia nak stop by umur dia 35 tahun. Sentap juga hati kecil ini. Ye lah, mudah je orang nak buat pilihan nak beranak bila. Dan kita ni, umur 35 sorang pun takde.

Tahun ni saya banyak travel.
Dimulakan dari Januari, Feb, Mei, Jun, Okt.
Kalau tahun tu saya banyak travel mmg usaha treatment out.

Kalau buat treatment pulak, travel mmg terpaksa diketepi kan.
So, sbb last year sy dah buat treatment yg agak 'major' jadi, tahun ni saya all out travel. Huhu.

Travel best, kan? Saya tgk mmg ramai TTC'ian ni minat travel. Semua pergi luar negara je. Betul tak? Tu lah.. Allah bagi kita rezeki kut lain pulak. 

Jadi, tahun ni Alhamdulillah saya dapat jejak kaki ke bumi kanggaroo. Perth je la tapi. Macam tahun 2011 dulu, treatment saya tersadai sbb saya ke Hongkong. 

Tahun depan saya nak stop travel lah. Saya kena sambung treatment. Kena usaha lebih sket lah. Saya rasa saya tak pernah meletakkan usaha untuk BERJAYA conceive sebagai salah satu azam saya. Kali ni saya nak target tu dalam KPI tahun 2015 saya. Ha. Begitu ya. Moga moga tidak hangat hangat tahi ayam lah.

Saya sebenarnya kagum dengan usaha para TTC'ian yang lain. Bila baca, mmg tertelan telan ailiyo lah. Giler banyak usaha mereka. Berbanding dengan saya.. kira cam 10% pun takde kot. Itu kadang saya terpikir, eh, aku ni nak anak ke taknak ni? Ha.. begitu.

Okay lah.. pada yang masih TTC'ian.. sama sama lah kita berdoa agar ada rezeki kita.. ada miracle utk kita (sy selalu berharap sgt ada miracle utk saya ) dan pada yg berjaya conceive, saya ucapkan tahniah ... dan saya sgt kagum dengan setiap usaha kawan2 semua.. ada yg jauh lebih muda dari saya.. pun tak berhenti berusaha..



p/s : Terima kasih pada yang sudi singgah di blog ni. Kalau tak dapat apa dicari, saya minta maaf. Saya jarang berlama lama di 'rumah' ini. Saya selalu nya di 'rumah' satu lagi. Di situ mmg InsyaAllah hehari ada. Apa pun, sehingga ke tarikh ini, saya masih TTC :)

Wednesday, March 5, 2014

Cukuplah Allah ada Untuk Kita

6:59 PM 2 Comments
Hai kawan kawan.
Jom sembang sembang nak.
Kat 'rumah' sana macam tak best pulak nak sembang pasal TTC.
Kat rumah sini, oke sket.

Oke. 
Sekarang apa treatment dibuat?
Ada gak yg tanya2 "Kekda buat treatment apa skrg?"
Haha.
Takde dah.
Nak call Dr Hamid. Tapi tak ter call. Sbb kalau call, that's mean sy dah bersedia utk IUI.
IUI... hurm.. saya tak pasti saya nak buat atau tak.
Sbb rata-rata kebarangkalian tak jadi dari jadi tu lagi tinggi.
Orang kata - cuba dulu - mana tahu.
Saya dah malas guna term tu.
Sbb dari treatment kat LPPKN lagi.
Orang kata lps HSG, ada yg lekat. But, the lucky one is not me. Dan ianya berlalu bertahun tahun.
Seterusnya - orang kata lps buat laparoskopi - dalam tempoh setahun mesti berjaya pregnant. Dan ada yg berjaya selepas sebulan.
But, again - the lucky one - still not me.

Entah la *raup muka*
Nanti ada orang kata saya tak redha dengan takdir nih. Dengan ujian ni.
Tak la. Saya tak pernah rasa tak redha. Saya redha. 

Dulu, saya rasa saya tak pasti saya boleh lalui 5 tahun tanpa anak. Saya tgk orang lain bertahun tahun takde anak, saya tgk kuatnya dia. Tapi bila kita sendiri lalui - oke je. Takde la teruk sgt pun. Kata kata orang? Alah, nak buat cemana. Mulut tempayan, luas cemna pun kita boleh tutup. Mulut orang? Tak mengapa. Mungkin kata-kata mereka satu doa.

Saya rasa saya dah tahap berserah.
Berserah. Dan ikut kata hati.
Mana yg tergerak di hati ini, itu yang saya buat.
Buat masa ni, belum lagi tergerak hati nak buat IUI.

Mmg la bila pikir umur tu, agak serem jugak dibuatnya.
Tak seram ko, umur 35 tahun dah ni. Orang lain anak dah sekolah berderet2, kita ni satu pun takde.
But, tu lah. Kembali balik pada ujian Allah. Dan berserah. Mesti ada sebab Allah buat camni kan.

Tu hari, saya pikir, saya nak tambah aset. Saya nak beli rumah sebijik lagi. Buat investment. Ye lah, dari beli entah hapa hapa, baik saya invest camtu.
Pastu, satu hari terdetik sesuatu yang lain pula.

Yang lebih best dari invest rumah.
Masih belum bersedia utk di reveal buat masa ni. Sbb masih terlalu awal.
Nanti lah. Saya akan share jugak.
Sbb menda tu mmg agak penting utk kita yg TTC'ian ni.
Saya perlu jot down jugak untuk jadi kenangan dan mungkin referral untuk kengkawan.

Jadi, tu lah.
Bagi sapa yg masih TTC'ian - tabah kan hati.
Sebenarnya kita kuat. Kita je tak tahu.
Kita takde anak - walau orang kata 'heart is empty' tapi kita ada Allah bersama kita. Sentiasa. Dia ingat kita. Sbb tu dia pilih kita untuk ujian ni :)
Bak kata ustaz Kazim - kemanisannya di akhirat kelak - bila kita berjaya melepasi ujian Allah ni.

Wednesday, February 26, 2014

Entry Pertama Tahun 2014

1:28 PM
Hai Kesayangan!
Lama tak menulis kan.
Masih cerita biasa. Masih berharap dan terus berharap.
Berharap tanpa usaha pun tiada guna juga kan.
Entah lah.

Bulan ni period buat hal.
CD20 dah period.
Terperanjat sungguh dibuat nya.
Sebab selama ni tak pernah dia buat perangai camtu.

Nak jumpa doctor pun belum buat appmt lagi.
Jadi, cemana entah.
Malas nak cakap apa lagi.

Oh ya.
Sapa yang ada ikuti blog pnstoberi tu, saya dah tukar url ya.
Blog lama tu katanya violate Term n Condition.
Saya macam rasa 'kepalahotakdia'
Hahahaha.

Jadi url baru adalah puanstoberi.blogspot.com
Kat situ semua dah bertukar.
Sakittt je hati.
Follower pun semua hilang. If nak follow, sila lah follow semula.
Kalau nak follow lah. Huhu.

So, nanti ada cerita, kita cerita lagi ya.
:)


Tuesday, May 29, 2012

Redha, Pasrah Dan Tabah

11:42 AM
Anak buah aku dah selamat kawen last weekend.
[anak buah itu adalah anak kandung kpd kakak kandung ku. Bukan sepupu sepapat ke hapa]
Jadi, aku kena belajar utk redha sedari skrg.
Kerna kemungkinan aku 'bercucu' sebelum 'ber-anak' adalah tinggi.
Hurm.

Redha. Bukan Pasrah.

Harap2 aku tabah.
Image : Google

Tuesday, May 15, 2012

Bila Artis Bunting Pelamin

11:00 AM
Artis kan. Seme pun jadi bahan berita.
Seme orang dah tau. Smpai jadi bahan berita.
Aku tau dari twitter dia lah. Sbb aku 'follower' dia. Peminat katanya kan. Haha.

Lps tu dia retweet la seme yg org hantar kat dia.
Antaranya "Hiduppp Jejai. Anda mmg gagah"
Hek eleh *eh..bunyi cam jeles kalo aku meng hek eleh kan twit tu kan, tp ce pikir balik.. pikirrr.. dan pikir...*

Dan Fasha pun ada tweet 
"Kalau kita berniat baik, Insyaallah segala galanya dipermudahkan oleh Nya...."

Entah. Secara 'prima facie' nyer aku tak boleh nak mempositifkan diri bila tgk tweet dia tu. Terpikir apakah selama ni aku tak berniat baik, jd Allah tak bagi aku anak. Begitu?

But, we are what we are thinking.
Jgn bodohkan diri berpikir begitu lah.

Allah lebih mengetahui niat kita. Dan yg pasti Dia yg lebih tahu apa terbaik utk kita.
Jadi, redha.

Utk Fasha, tahniah. Utk Jejai, takkan la sbb tu pun anda dah gagah. Abis laki weols ni... tak gagah la. Kasihaann.....

Kut nak baca kat Metro ni : Fasha berbadan dua

Tuesday, March 13, 2012

Naluri Keibuan

12:00 PM
Sedih kan.
Bila kita bercerita perihal isu isu berkaitan anak ni, termasuk la anak hilang, anak ditimpa musibah, anak didera di rumah pengasuh, pasti orang tak mahu terima pendapat kita.
Atas alasan - TIADA NALURI KEIBUAN.

Dan yg kononnya penuh naluri keibuan tu akan mula menceritakan perihal segala pengalaman dia, yg kononnya tak berapa nak ada naluri ibu, lps tu rasa menyesal, dan mula ada naluri ibu.

Mungkin dia tak maksudkan.
Tp aku org TTC. Org TTC mmg sensitip.
Lantak kau nak andaikan apa ttg cerita kau.

Tp aku tetap andaikan yg ko mengejek 'kau apa tau, ko takde anak, ko ada pengalaman anak sakit bla bla bla bla'
Begitu tegar bercerita perihal 'naluri' la sangat.

Ye lah.... aku ni la buta tuli.
Kau ada, aku takde. 
Tak bleh andai kan itu ini.
Aku takde hak nak bagi pendapat tentang 'naluri ibu' ni sbb aku tak penah jadi ibu.

Takpe lah. Dipersilakan lah berlagak dgn naluri yg ada.
Jgn lupa semua tu anugerah Allah.
Kalo sekali ditarik balik semula.
Menangis air mata darah pun tak guna.
Bukan mendoakan, tp kalo orang camni yg asik nak berlagak dgn 'anugerah' dan 'naluri' dia tau patut la diberi peringatan sket.

Angkuh!

Wednesday, January 4, 2012

Malas Nak Serabut

1:00 PM 8 Comments
Lama tersadai blog ni. Takde apa citer sgt la berkenaan TTC skang ni. Tp ada gak la idea2 nak menulis, cuma cam eh, nati la, nati la. Dari nati la, nati la langsung tak tulis. Kasihannn blog ni.

Hari ni start sekolah. Ramai yg sebaya aku nganta anak ke sekolah utk masuk darjah 1. Malah yg sebaya anak lebih darjah 1 pun ada. Alahai. Kalo pikir2 sedih woh. Aku apa pun takde. Tah 7 tahun lagi, 17 tahun lagi ke, Allah je yg Maha Mengetahui.

Seronok kan tgk org yg 'complete' life nyer nih.
Ada anak-anak, ada suami keja bes, ada rumah sendiri yg selesa, kerja pun bes-bes.
Tipu la kalo kata takde terselit rasa 'jeles'.

Naluri manusia kan.
Tp cecepat beristigfar. Semua tu Allah dah tentukan.

Allah takkan menzalimi hambaNya. Itu yg pasti.

Anak?

Aku da malas nak pikir sgt.

Bercakap dgn CC kat opis ni camtu. Dia kata 'eh, mana buleh camtu, umo da meningkat nih'.
Yer. Aku tahu tu. Umo aku da 32 tahun. Tp seorang anak pun takde. Sedangkan kawan2 lain umor 32 da sebuk antar amik anak kat sekolah. Aku? Kengkadang mmg rasa loser. Kalo takde iman mmg da merapu2 da jadinya. Tp kembali kepada ketentuanNya. Qada dan Qadar nya. 

Nak anak semata2 tanak rasa cam loser?
Tak ikhlas tu kan.
Tu sbb aku biar je dulu. Sbb Allah Maha Mengetahui. Kenapa dia belum bagi lagi rezeki tu kan. 

Skang ni apa aku nak kata - mmg aku malas.
Malas nak pikir pasal treatment. Kat LPPKN tu pun agaknya da 'expired' nama aku kut.
Aku rasa aku nak smbg treatment kat tpt lain lah. Aku takmo la terus2 ke IUI. Mahu la terai secara natural, dibantu oleh2 ubat-ubatan. IUI tu mcm last resort tu. 

Tp nak smbg tpt lain pun, apa pun aku tak buat. Nak buat appoinment malas giler kot. Apa aku tau adalah - nak gi holiday, nak gi jalan2. Ha.. itu je lah. Sapa salu duk kebun stoberi sanun, tau la apa aku plan kan. Malas la nak serabut2 kelapa kepala.  Skang tggu masuk umah baru dulu, smbil tu jalan2, dah settle duk dendiam kat umah baru tu, baru sambung (kot). Smbil tu usaha la lelain. Minum Jus Perawan ke apa ke, tp nak ke klinik. Maleh!

google
*Tahniah kepada salah sorang rakan TTC Corner. Ada 25 kami semenya. Dan dia yg sulung menerima rezeki gembira ini. Da 10mggu pun. Tahniah adik ku :)

Thursday, November 24, 2011

Hari Untuk TTCians

11:28 AM 6 Comments
Macam terabai lak "umah" ni semenjak 2 menjak ni.
Byk abiskan masa kat kebun stoberi sanun.
Dan rasa dah lama juga tak baca citer TTC kengkawan.
Yup. Ada antara blog TTC kengkawan yg aku tak follow secara direct.
Sbb nyer, bila da terlampau byk kat dashboard, sering saja terlepas pandang.
So, better lah ku folo melalui link yg diletakkan tu.
Jadi, jgn terasa hati, kalo saya tak folo yer, pasti umah anda akan dikunjungi melalui link list tu.

Igt nak buat satu hari dlm seminggu utk bersama rakan TTC lah.
Kira mcm ari Khamis khusus utk baca blog TTCians, drop komen dan semenya berkaitan TTC. Tinggalkan kejap kebun sana. Kebun sana da pandai jaga diri dia sendiri kan. Hiw hiw hiw.

Tapi... aku rasa aku makin jauh dgn TTC ni.
Sbb tu la aku jarang juga lepak sini.
Entah ek.
Bukan give up bukan down.
Cuma terpikir pikir ---
kenapa aku tak normal mcm org lain?
Image : Google

Monday, November 14, 2011

Sunday, October 23, 2011

Tersadai Sepi

10:52 PM 0 Comments
Lama tak menulis kat sini.
Mcm takde citer.
Ada je ekceli. Tp cam malas nak bercerita.
Nenati lah cerita. Hihi.

Treatment pun lama da tersadai sepi.
Tgk la cemana. Biar masuk umah dulu la kut.
Ke buat serampang 2 mata.
Ke camana?

Entah. Nati lah pikir.


Lps 3rd anniversary.

Insyaallah.

Wednesday, October 12, 2011

Terdesak

10:14 PM 5 Comments
Owh. Sekejap je da pertengahan bln Oktober kan.
Selain menghitung jari hari nak gi bercuti, sy hitung hari anniversary juga.
Da dkt. Ada kesedihan dlm kegembiraan.
Ah. Uols pun da sedia maklum kan.
Dah 3 tahun, tp masih belum ber 3.
Apa cer?? *kata orang2 yg tak tahu Qada n Qadar Allah, atau pun tahu, tp saja bebuat tak tahu, sebok nak tau jawapan kita?*


Lama tak bebel2. 
Hari ni rasa nak bebel2.


Ada hikmah di sebaliknya.
Itu pasti.

Dan salah satu hikmahnya adalah dpt berkenalan dgn kamu, kamu dan kamu yg sedang membaca blog ini.
Yang sentiasa ada bila saya rasa mandom, blur, down dan seme yg negatif2 lah.
Juga bila dapat mengeratkan lagi hubungan itu, di alam realiti pula.
Bukankah itu hikmah namanya.
*love uols erat-erat*

Kadang tertanya juga, istimewa ya kita, smpai terpilih utk terima ujian ni.
Berat tau. Bukan mudah menjalani kehidupan suami isteri tanpa anak. Memacam org pikir dan anggap. Kata tak berusaha la itu la ini la.
Mujur kedua2 belah famili tak bising *tp blkg2 tatau la kan, tp aku mmg rasa tak*

Oh. Bercakap ttg usaha.
Cemana treatment aku kat LPPKN ni?
Lama da tertangguh sejak bln 6 retu.
Lupa da aku cena rupa Dr. G tu.

Proceed or not ah?
Aku kalo bleh tamo la trus IUI.


Nak la kalo makan ubat2 dulu ke apa ke.
LPPKN ni nan hado. Ko nak treatment - IUI la jawabnya.

Masa tu baru dia bekalkan segala ubat2an. Termasuk utk jadi doktor sendiri.
Huwaaa... takut giler rasa. 

Aku ada second thought ekceli.
Nak try kat Klinik Hamid Arshat.
Sbb aku tgk adik aku sorang tu da berjaya sbb dia gi klinik tu je.
Lagipun katanya kat klinik dia bagi ubat utk kita try natural dulu.
Kalo tak jadi baru proceed IUI.
Tp tu lah.
Tak bleh la claim, buat nya kena proceed IUI - pitam kejap. 

Lagipun dah ada record kat LPPKN.  Cam rugi lak. Dan bleh claim gak.
Tp hati ni rasa lebih nak ke Klinik HA. Lagipun senang gak sbb valid lagi HSG aku tu retu. Blm 6  bln kan.


So, cemana ah?
Kalo nak g klinik HA, balik HK la aku call appoinment sbb nya mmg takde nak rush2. Tgh nak prepare masuk umah baru lagi kan. Kira sambil2 la.


Hai..memikir option treatment ni sama la cam pikir option pencen gak. Nak smbg 60thn atau tak.
Tp hati aku berat 60thn gak la. Antara salah satu sbb jugak adalah - anak.
Yeps. Kalo aku tak smbg, mungkin nati ada anak aku yg tak abis sekolah (dibaca : Universiti) masa aku da pencen. So, cemana nak survive. Dah tu nyer cena? Umur dah 32 pun masih takde sorang anak. Kurang2 dlm 35 la ada sorang. Dan kalo aku opt pencen 60thn, umur dia 25. Kira just nice la kan.

Dari itu, aku nekad.
Before 35 mesti harus ada seorang at least.
Wahh.. bleh gak gitu kan? Huhu.

IUI ka IVF ka.. tak kisah. Asal ada. 

Sound like terdesak?

Yes, I'm.


Wednesday, September 28, 2011

Astaga

1:52 PM 8 Comments
Kalo aku tau, mmg aku tak gatai tukar URL lah.
Terpaksa plak haku bubuh balik satu persatu bloglist aku yg dah di kategorikan tu.
Hilang skali rupanya sbb aku tukar URL tu.
Haih!

Mujur la ada buat spesel entry retu.
Kutip balik seme dari situ.
Lps tu trace balik one by one dari blog yg dah di follow bagi mana yg tak bagi URL retu.

Aduyaii..

Tp takpe lah.
Skang da kembali oke.
Tak kuasa dah nak tukar URL.

Retu tukar pun ber sebab.
Kononnya takmo org trace blog ni sbb ada pnstoberi.
Tapi rasa cam tak terpakai pun sbb aku nyer 'author' still guna nama tu.

Ah. Pedulik lah.

Asik nak pikir pasal org, hati aku yg tak tenteram!

Friday, September 23, 2011

Minda Berkecamuk

3:31 PM 3 Comments
Pikiran berkecamuk.
Minda tak dpt berfungsi dgn baik.
Kebun sanun terpaksa ditutup seketika.

Akan dibuka pabila minda dijana dgn baik semula.
Mungkin satu transformer Bumblee Bee transformasi akan dibuat.
Dan.
Mungkin juga tiada.

Mungkin aktif dlm blog ini.
Atau.
Mungkin spti biasa.

Jelas. Minda masih berkecamuk.

Mungkin PMS.

Jadi, jgn risau.
Salahkan PMS ya!

Monday, August 15, 2011

Tido Dan Nan Hado

1:42 PM 16 Comments
Adeh. Bbtul takde idea nak menulis kat blog TTC ni.
Tatau apsal. Salu tu ada je idea utk update kat sini.

Oh. Apa kabar kengkawan TTC yg lain?

Ada gud news tak?

Hihi. Harap2 bln Ramadhan ni byk la gud news dapat kan.
Mine? Entah ek. Bln puasa ni seriyes malas tul rasa nak "manja lelebih".
Mengantuk terlampau, kuat tido, semenya ada.
Tp bab yg satu itu, malassss.
Abis da malas, acena?
Lps tu bebel bebel lagi kan.

Hurm. Entah ek. Kadang terpikir, org lain takyah nak pening2 nak buat itu ini.
Sng je dpt anak.
Kita ni, alahai...
Igt aku ni kuat sgt ke. Tidak sebenarnya. Tp saja je pujuk hati ni.
Kadang tgk iklan Anmum Materna pun jadi sebak.
Part pompuan tu buh earphone kat perut tu kan.
Kredit : here
Lps tu tgk iklan yg budak2 ketawa tu pun sedih gak. Iklan apa ke tah tu.

Rungsing tau. Apsal la lambat sgt nak dikurniakan rezeki yg satu ini. Aduhaiii. Penat tau. Penat!

Eh. Tak baik la mengeluh. Retu ada la main2 ovulation calendar tu. Buat utk 'try for a girl'. Da siap print pun. Letak kat umah. Try konon nak folo. Tp nan hado.. mana nak hado..asik nak tido je. Heh!
Bleh di dapati di sini - babymed
Aku pun geram dgn diri aku. Tido tido tido. Nak bgn solat tahajud, solat hajat pun susah. Kata seme setan da kena ikat, abih, dtg mana setan ni?? Huhu...

p/s : Harap2 aku dpt gunakan sebaiknya peluang 10 mlm terakhir Ramadhan ini.

Thursday, August 4, 2011

Down vs Up

9:40 AM 30 Comments

Masih lagi dalam mood down down down sebenarnya.
Lalu ari ni MC (or EL la kut) - dgn meng SMS org opis "sy MC - period pain"

Semalam je terima 2 berita perihal org mengandung.

Yang pertama :
Kawan rapat alam maya - yeps. Kenal melalui board forum je. Start kenal thn 2004 camtu dulu. Dan rapat smpai skang.
Hamil anak ke-3. Kira mmg sebenarnya dia nak tangguh la dulu utk anak ke3, tp da rezeki katanya kan
Apa yg aku pikirkan "mudahnya rezeki dia kan. Dua anak2 yg atas tu, kecik lagi. . Hurmm.."

Yang kedua :
Sepupu. Hamil anak pertama.
Baru tau smlm kat FB sbb tgk org seme duk wish ke dia.
Maka aku pun wish juga.
Betapa gembiranya mereka suami isteri. Dan ramai btul yg wish seolah-olah seme menanti berita gembira ni. Aku pun tumpang gembira.
Kerana - bln Ogos ni genap 4 tahun usia perkahwinan mereka dan ini lah adiah utk mereka.
Apa yg aku pikirkan "sememangnya rezeki itu ada, lambat dgn cepat je"

Tp sebenarnya, dari kedua-dua ni, bohong lah kalo aku kata aku tak rasa apa2. Bila aku wish pada akak XXX (yg berita pertama tu) - Tahniah kak, bohong la kalo aku tak rasa bila la turn aku ni. Deep down in my heart mmg akan ada terasa. Seriyes, kalo aku wish pada org yg pregnant - tahniah, aku sendiri takut pada perasaan aku, dan takut derang ni salah erti tahniah aku. Mungkin derang pikir aku ni terasa ke bila ucap tahniah. Mengong. Seriyes. Aku tak sker amat amat amat perasaan ni.

Tp bila didatangkan pula berita dari sepupu ku itu, maka ia meneutralkan balik perasaan tu. Seolah-olah memujuk aku - ada rezekinya, lambat dgn cepat je. See, tgk sepupu ko tu, lama gak dia tunggu, 4 tahun ya..akhirnya ada pun rezeki. Rezeki Ramadhan plak tu.

Allah Maha Adil. Didatangkan kita satu persoalan, dan akan ada jawapan pada setiap persoalan tu. Pokok pangkalnya kita kena sabar-sabar-sabar.

Aku tak la down sgt. Life must go on and goes well for my TTC too.....! nak down, nak sedih pun apa dapat. Bkn leh tahan2 if dia nak kuar. So, dia datang, datang... dia nak kuar, kuar. Tu mmg telah ditentukan oleh Allah. Jadinya, sabar je lah. Ada rezeki, ada... Allah takkan menzalimi hambaNya. Itu saja. 

So, ada anak, takda anak.... kita enjoyyy ja....!!!






All images are from google with keyword - sad happy girl anime

Tuesday, July 26, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

9:48 AM 19 Comments
Morning utk seme TTC'ians.

Harap semenya sedang gembira, ceria2 selalu.
Namo sedey2 ya. Tp kalo sekali sekala sedey takpe.
Jgn pikir sgt kekurangan diri kita, carik kelebihan kita. Hihi.
Terpaksa....
Bkn sbb nak berlagak, tp utk kebaikan diri kita jugak.
Oke dah.

Minggu ni, eh. Bkn minggu ni, tp bulan ni.
Bulan ni Kekda mmg tak berharap langsung.
Tak berapa nak TTC pun.
Retu Kekda kata Kekda start minum jus perawan bln ni,
tp.. hurm... celuih jugak. Tak displin.
Ada masa minum, ada masa tak minum.
Cenggana?

BBT pun langsung tak amik.
Entah bila 'bertelur' pun tatau. Main agak2 je.
Itu pun ala ala je.
Maleh tul rasa bulan ni.

Lps tu bulan ni makan deyan banyak plak.
Kekda mmg tak sker deyan, tp kali ni bila bawak adik2 opis balik kg, Kekda pun join makan skali.
Lps tu bawak balik umah sini.
Sekali sebijik Kekda hadap sorang.
Eh. Bkn la sebijik tahap besau musang king tu.
Kecik je. Tau la deyan kampung kan.
Deyan kata org tak elok kan utk TTC'ians.
Panas eh?
Dah la time tu mmg melepasi waktu bertelur.

So, mmg tak harap apa2 la bln ni.
Menanti je ni makcik tu datang. Rasa mggu kedua puasa la tu dtg.
Tkpe. Jgn dia buat cam last year.
Awal puasa dia berkunjung.
Dah nak last dia mai lagi.
Rajin sokmo makcik tu datang kan. Haha.

Tu la dah kata.
Mcm nak nak nak sangat, tp usaha tak seberapa.
Tu maleh rasanya tu.

Tkpe. Next month kita usaha bebtul ya.
Puasa lak tu.
Tkpe. Usaha tangga kejayaan. Haha
Image : google

Tuesday, June 14, 2011

Lagi Enam Bulan

6:11 PM 4 Comments
Tgk kat ticker atas ni.
'we have been married for 2 years & 6 months'
dan
'I am 31 years & 6 months old'

Bermakna genap 6 bulan lagi akan jadi
'we have been married for 3 years;
and
'I am 32 years old'
Insyaallah........

Oh. Walopun number is just a figure, tp aku bingung gak memikirkannya.
Umur makin lama makin meningkat, waris sorang pun takde lagi ni.
Ya Allah, berilah peluang kpd ku untuk mempunyai waris.
Peluang untuk ku mendidik waris itu.

Yeps. My bufdate = my anniversary date.

Tuesday, May 24, 2011

Kahwin Lewat

1:46 PM 15 Comments
LPPKN pandang serius kahwin lewat

KUCHING 23 Mei – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

“Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata satu pertiga dari 27.5 juta penduduk di negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 15 tahun ke bawah dan akan memasuki usia perkahwinan menjelang 2020.

Beliau berkata, satu dasar yang komprehensif amat diperlukan dalam menghadapi cabaran pembangunan keluarga kerana golongan itu akan memberi kesan kepada penambahan isi rumah yang berlipat kali ganda dari jumlah sekitar 6.3 juta yang ada sekarang. – BERNAMA

kredit : Utusan

**
Ye. Aku mmg ada tulis pasal ni gak kat kebun stoberi sanun.
Kali ni tulis kat sini plak. Sana secara am je la.
Sini secara khusus. Sbb ada relate dgn tpt treatment ku itu- LPPKN.
Aku rasa derang dpt dari database org yg pegi treatment tu la kut.
Kawen lambat pehtu kebarangkalian dpt anak pun lambat. Lps tu terpaksa wat treatment ngan derang. 

Tp ada je kawan aku yg kawen lambat, tp skang anak da 2 pun. 
Pehtu sorang lagi sebaya, kawen last year, pun tgh mengandung.

Huwaaa..... itu bukan masalahnya. Cepat lambat kawen tak menentukan cepat lambatnya dpt anak. Lagipun jodoh ni pun ketentuan Allah, rezeki zuriat ni pun ketentuan Allah.
Apa yg kita buleh buat adalah berusaha. Jangan lah dirungsingkan sgt masalah ni. 

Tp bila camni aku pun rungsing gak. Umo dkt 32 dah. Tp tak muncul sorang pun lagi anak ni. Sobs... sedey..sedey..sedey....

Thursday, May 12, 2011

Bosan Dan Sunyi

12:19 PM 2 Comments
Giler bosan reni.
Rasa masa pun lambat tul berlalu.
Sunyi lak unit aku reni.
Bebudak aku ramai takde. Outstation la, ada urusan kat luar lah.

Yer. I admit. Ni time opis. Aku buat entry.
Aku jarang buat entry time opis. Kecuali entry yg siap di draf. Aku published kan saja. Aku sengaja tak guna auto published. Sbb kengkadang mendalah tu tak berfungsi. Aku ye ye je igt entry tu da kuar, rupanya da jadi draf. Tah pehapa.

Entry waktu opis adalah waktu lunch (yg salunya tak smpat pun nak karang). Dan after 5pm.

Oh. Sebenarnya nak gitau - today is d day.
D day apa?
Day kehadiran sahabat baik.
Jadi ptg ni leh call LPPKN utk appoinment jumpa doktor.
Tau tau betapa berdebarnya rasa hati nak call kali ni mengalahkan nak call utk appmt HSG.
Sbb,
risaunya nak dgr penerangan doktor.
Dan.
Ada yg kata Dr aku dpt tu susah nak jumpa. Tentah tak dpt kut appmt bulan ni.

Tapi.
Takpe la kalo tak dpt pun. Aku pun tak terlalu rushing.
If tak dpt jumpa kita try natural yew.
Ada satu menda aku patut buat waktu 1st day period smpai ari ke3.
Tp bln ni napaknya tak dpt la kut. Bln lps buat, tp sbb HSG dia jadi ting tong.

Hurm.
Apa-apa pun tunggu ptg kang yer.
Sbb kena call waktu petang utk appoinment.

Oh. Lupa. Thanks pada kengkawan yg memberi pendapat pada entry dalam dilema tu.
Igt nak solat istiqarah malam ni sempena keberkatan malam Jumaat. Tp nyer kawan baik da dtg, kena ikut instinct je la napaknya. Huhu :D

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers