Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 30, 2011

Pintu Yang Ditutup

Tgk member FB like satu komen.
Tgk ayat nya sgt memotivasikan.
Maka aku mahu share dgn kawan2 juga.
Uik. kecik yer. Meh saya tulis semula. Dari FB Heliza Helmi.
Best kan ayat dia.
Moga dpt memotivasikan kita seme :)
Dan apabila saya melihat Allah telah menutup satu pintu di hadapan saya,
akhirnya saya melihat ada pintu lain yg telah Allah buka dan jauh lebih baik..
Maka saya berharap tutuplah sebanyak mana pintu buatku,
agar sy mendapat pintu2 yang lebih baik..
Namun janganlah sampai Dia menutup pintu taubat & syurga buatku,
kerana tidaklah berdaya buatku mendapatkn pintu yg lebih indah dari itu..:)

Tuesday, June 28, 2011

Gempal atau Kurus?

Just wanna share yg saya baca kat paper pada ari Ahad lepas.
Ruangan yg soal jawab bersama doktor tu.
Tp rasanya yg tak gempal pun ada yg sukar dpt anak.
Contohnya saya lah.
Dan ada je yg gempal senang dpt anak. Siap bunting pelamin lagi.
Contohnya kawan saya.
Tp dlm jawapan ni ada info2 yg leh kita gunakan.

Gempal sukar dapat anak?

Soalan 1
Usia perkahwinan saya dan suami sudah mencecah usia empat tahun. Namun, kami masih belum dikurniakan anak. Badan saya dan suami memang agak gempal. Adakah ini punca kami sukar mendapatkan anak? Apa yang perlu saya lakukan untuk memeriksa tahap kesuburan saya?

Puan,

Saya amat memahami tentang permasalahan yang sedang dialami oleh puan. Memang agak tepat apa yang puan sangkakan. Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan mengalami infertiliti. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih oleh folikel yang matang atau dalam kenyataan biasa adalah tidak bertelur. Dalam bidang perubatan ianya dikenali sebagai tiada berlakunya pengovulan. Sebenarnya seseorang wanita hanya bertelur sekali sahaja sebulan. Berat jisim badan (body mass index- BMI)- kurang dari 20 kg/m2 atau melebihi 30kg/m2 akan memberi kesan kepada seseorang wanita untuk menghasilkan telur dengan sempurna. Lelaki yang berbadan gempal juga mempunyai aras hormon lelaki yang tidak seimbang dan boleh mengakibatkan permasalahan dalam proses spermatogenesis (proses penghasilan sperma/ benih lelaki). Penurunan berat badan bagi puan dan suami adalah amat penting sebagai salah satu langkah rawatan bagi masalah ketidaksuburan atau infertiliti dan juga bagi menghindarkan diri anda berdua daripada mengalami masalah lain berkaitan obesiti.

Sokongan mental, fizikal, spiritual dan juga kewangan antara suami dan isteri amatlah penting dalam menjalani perawatan infertiliti. Saya amat yakin bahawa suami puan akan berkerjasama dalam perawatan infertiliti atau kesuburan yang akan dijalani nanti.

Waktu yang sesuai untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan ialah setelah setahun lamanya berkahwin dan setelah dalam masa itu berusaha dengan gigih untuk mendapatkan zuriat tetapi masih gagal. Jadi amatlah elok untuk puan segera ke klinik bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Langkah pertama yang paling baik ialah untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat, penerangan berkenaan waktu subur, pengambilan penyiasatan darah hormon pada waktu tertentu seperti ujian darah bagi hormon perangsang folikel (follicle stimulating hormone-FSH), hormon peluteinan (luteinising hormone -LH), estradiol (E2) pada hari kedua atau ketiga waktu haid dan ujian hormon lain jika perlu. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur pula perlu menjalani ujian darah tambahan bagi hormon Prolaktin, hormon tiroid, hormon testosteron dan hormon androgen yang lain. Selepas itu, rawatan dan pemeriksaan selanjutnya akan dijalankan.

Pemeriksaan seterusnya adalah pemeriksaan faraj bagi mengetahui saiz dan kedudukan rahim dan pada masa yang sama ujian pap smear boleh dijalankan. Selain dari pemeriksaan faraj, puan perlu menjalani ujian imbasan ultrabunyi (ultrasound) melalui faraj yang dikenali sebagai 'transvaginal sonography' (TVS). Tujuan ujian ini adalah untuk mengesan sama ada rahim seseorang wanita tersebut normal atau mengalami ketumbuhan seperti endometriosis, fibroid dan sebagainya dan juga untuk mengetahui kedudukan rahim sama ada ke depan (anteverted) atau ke belakang (retroverted). Yang paling penting ujian ini perlu untuk mengukur saiz penghasilan telur sama ada secara spontan atau memerlukan ubat subur seperti clomiphene citrate atau secara suntikan.

Imbasan ultrabunyi melalui faraj dapat mengimbas folikel yang membesar disamping mengukur saiz sebenar folikel. Saiz folikel yang cukup matang adalah 18 hingga 22 milimeter. Doktor juga dapat mengagak bila folikel akan cukup matang dan bila Puan akan subur (bertelur) kerana pembesarannya adalah dijangkakan berlaku diantara 1-2 mm sehari.

Wanita juga perlu menjalani ujian yang lain untuk mengesan masalah saluran Fallopio sama ada tersumbat, melekat dan sebagainya dengan menjalani sama ada ujian x-ray rahim (hysterosalpingogram atau HSG) atau ujian laparoskopi (secara tebukan di bahagian umbilikus atau pusat). Ujian x-ray rahim adalah satu tata-cara di mana doktor pakar x-ray atau pakar radiologi akan menyuntik satu suntikan cecair khas ke dalam rahim melalui saluran faraj dan pada masa yang sama 6 hingga 8 keping gambar akan diambil untuk mengesan samada saluran Fallopio anda tersumbat atau tidak.

Sesetengah wanita memerlukan ujian yang lebih lanjut seperti ujian laparoskopi. Ujian ini mempunyai kelebihan berbanding dengan ujian x-ray rahim (hysterosalpingogram) walaupun ianya dianggap lebih invasif kerana seseorang wanita itu perlu dibius di dewan bedah dan pada masa yang sama satu hirisan/ tebukan kecil (lebih kurang 1 cm) dibuat di kawasan umbilikus (pusat) untuk memasukkan teropong (teleskop). Melalui tebukan ini doktor akan meneropong dan melihat organ-organ di dalam abdomen, khususnya untuk mengesan pelbagai penyakit di bahagian pelvik. Keadaan saluran Fallopio dapat dinilai dengan teliti sama ada ia berfungsi atau tidak. Begitu juga keadaan ovari (kilang telur), sama ada normal atau tidak. Sekitaran rahim khususnya di ruang belakang rahim ('pouch of Doughlas') dapat ditinjau melalui teropong laparoskop. Prosedur ini dikenali sebagai laparoskopi diagnostik.

Infertiliti atau Ketidaksuburan adalah gangguan untuk pasangan, dan oleh itu kedua-dua pasangan hendaklah menjalani pemeriksaan bersama-sama.

Sumber : Utusan - 26062011

Monday, June 27, 2011

Berakhirnya Satu Penantian


Comel kan. Terbau baby smpai ke sini.
Baby ini jadi sumber semangat aku.
Ibu dan bapanya kawan seUiTM aku.
Meke berkahwin pada thn 2004.
Baru kini dikurniakan cahaya mata.
Mereka tak pernah berputus asa.
Berusaha selagi mampu. Dan berdoa setiap masa.
Akhirnya,
penantian telah berakhir.
Allah memakbulkan doa mereka.

Dan kawan-kawan,
mari kita ambil semangat ibu bapa baby ini.
7 thn mereka menunggu, pelbagai dugaan telah dihadapi.
Akhirnya kini mereka tersenyum.

Utk Zainor & Kak Marya, tahniah diucapkan.
Moga semangat dan ketabahan kalian akan menjadi sumber semangat kami.

Gambar dipublish atas izin mereka.
Kredit FB bapa baby comel

Friday, June 24, 2011

Tanda Ovulasi

CD14 
Check suhu badan. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Tp paling tinggi di antara hari2 lepas. Sekitar 36.28C sahaja. Bln lepas2 penah menjangkau sehingga 37++.
Bangun pagi ini mmg panas. Mungkinkah ovulasi?
Tp takde plak tanda-tanda mcm ovulasi.
Mari check tanda-tanda sekiranya kita ber ovulasi

Perubahan mukus serviks
Beberapa kajian mendapati bahawa mengesan perubahan mukus serviks adalah cara yang tepat dan berguna bagi wanita untuk meramalkan hari yang paling subur mereka. Apabila kitaran anda berjalan, volum mukus serviks anda meningkat dan bertukar tekstur. Volum yang banyak dan perubahan tekstur menunjukkan peningkatan tahap hormon estrogen dan memberitahu anda bahawa ovulasi akan berlaku dalam sedikit masa. Anda dianggap paling subur apabila mukus itu menjadi jernih, licin dan anjal. Peranan mukus ini adalah bagi memelihara, melindungi dan mempercepatkan sperma dalam perjalanannya naik melalui uterus dan masuk ke dalam tiub falopio untuk pertemuan dengan telur anda. Ramai wanita mengatakan yang mukus yang berlebihan dan berair pada tahap ini sama seperti putih telur.
(takde ni. Salu ada je. Samada aku tak perasan masa semalam2 or else blum lagi. Tp alah.. kalo ada je pun tanda2 ni tak menjadi gak... hurmmmm)

Sakit pinggang
Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka.
(tp ada gak rasa nyeri cam ni. Rasa mcm period pain yg mild gitu. Mmg tetiap bln berlaku. Tah angin sbb tak makan nasik kot. Tp cam aku ckp kat atas tu, tak menjadi jugaaaakkk....)


• Rasa seksi dan suka memikat
Libido meningkat, perasaan riang dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. Anda mungkin sedar akan peningkatan perasaan berahi semasa anda berada dalam fasa ovulasi di kitaran haid anda. Samada berkahwin atau tidak, semasa berada dalam ruang subur wanita suka keluar rumah, terutama ke tempat-tempat di mana mereka boleh bersosial dengan lelaki lain, bergurau dan cuba memikat. Jika berkahwin, anda mungkin sedar yang pada masa ini suami menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian.
(err... blum ada rasa lagi pd bulan ini. Tp mggu ni mmg ada plan bercuti. Tp bercuti dgn kawan2. Jadi kalo nak menyeksi pun tidak lah berguna lagi. Haha)

• Kelihatan bergetah, bergetah, bergetah! 
Kajian mendapati bahawa kedua-dua aspek iaitu perasaan berahi dan kecantikan diri iaitu daya-tarik meningkat semasa anda mendekati ovulasi. Kajian baru-baru ini melaporkan yang wanita menyatakan mereka merasakan diri lebih menarik dari segi rupa dan bentuk badan pada masa subur ini. Anda juga akan kelihatan menarik kepada orang lain sebab wanita lebih mengambil berat tentang kecantikan diri semasa mereka subur. Dengan tidak disedari, anda mungkin memilih baju yang menambahkan daya-tarik anda dan lebih berusaha berdandan dan menghias diri; dan wanita kelihatan lebih bergetah lebih hampir kepada ovulasi. Walaupun kita tidak fikir kita juga menggunakan peragaan seksual, seperti terdapat di dunia haiwan, namun, kita tetap menggunakan muslihat feminin kita untuk menarik perhatian jejaka yang utama dalam hidup kita.
(haha. Aku rasa yg atas dgn yg ni sama je kot. Bergetah la pulakkk.. awas! getah2 ni bahaya, kang bleh ter pelanting kan. Teeheee)

• Bau yang membuat lelaki gila
Anda bukan saja kelihatan cantik, bau anda juga amat, amat menghairahkan! Adalah didapati bahawa wanita berbau secara lebih menggodakan lelaki apabila mereka dalam fasa ovulasi berbanding masa-masa ruang subur telah berlalu. Anda mungkin menyangka yang tiada siapa mengetahui yang anda sedang ovulasi, tetapi feromon yang sememangnya ada, membuka rahsia.
(Oke. Balik nati ai tanya asben ai oke. Haha)

Bagaimanakah ovulasi menentukan bila saya boleh hamil?
Untuk hamil secara natural, satu telur dan satu sperma mestilah bertemu dalam tiub falopio sebelum telur itu mati. Sesuatu telur itu boleh hidup tidak lebih dari 24 jam selepas ovulasi; kecuali, ia di senyawakan oleh sperma. Walau bagaimanapun, sperma boleh hidup lebih lama dalam salur genital anda (vagina, uterus atau tiub falopio. Adalah didapati bahawa sperma boleh hidup dalam badan anda sehingga tujuh hari. Walau bagaimanapun, sperma mempunyai motiliti terbaik (bergerak pantas, lazimnya mengikuti jalan lurus) dihasilkan apabila seorang lelaki itu secara purata mengeluarkan mani setiap tiga atau empat hari sekali.

Ini bermakna anda tidak perlu menjadualkan hubungan seks tepat pada masa ovulasi untuk menjadi hamil. Adalah lebih realistik untuk bergantung kepada "ruang subur terbuka" selama lebih kurang empat atau lima hari bila sperma hidup dan sihat boleh bertemu telur ovulasi yang baru.

Sumber : babycenter

***
Seriyes. Kadang2 rasa sadis pun ada. Btul. Rasa cam seksa nau perjalanan nak menjadikan seorang manusia lain ni. Penat pun ada. Kena amik suhu. Check BBT. Check ada cecair ke idak. Tertanya2 bila nak bertelur. Lps tu kena plan utk 'bersama' plak. 
Orang lain tu senang je. Cuba tgk bebudak tu. Tak abis sekolah lagi, main pun entah kat mana2. Tp sekali jalan je, trus lekat. Mungkin gak faktor kesuburan kan, umur muda lagi. Tp da dpt anak dibuang2 plak. Haih.
Tp kalo nak kata faktor umur tu tak bleh gak. Ada je org da lebih berumur dari haku yg mudah nya conceive. Kadang derang tak suspect pun. Tetiba. Tupss.. mengandung sudah.
Tp kenapa la aku (kita) ni susah sgt. Byk nau prosedur nak diikutnya. Kan sng kalo main-jadi. Abis cite.

Oke. Aku sedar. Aku mcm da merungut. Tak baik. Sangat tak baik kan. Oleh kerana 'keistimewaan' ni kita kena berusaha. Bukan seme org dapat keistimewaan ni. Kerana Allah bagi keistimewaan ni kerana dia tahu kita boleh hadapinya. Katakan kenapa dia tak bagi je kat si A tu. Si A tu sng je beranak tetiap tahun. Mudah tul, sbb Allah tahu si A tak kuat utk hadapi dugaan mcm ni. Lps tu mesti si A tu pun ada dugaan lain, yg takde plak pada kita sbb Allah tahu si A kuat utk nak hadapi dugaan tu. Kita kena igt takde seorang pun perfect tanpa ada dugaan.
Yang nyata Allah dah tentukan rezeki memasing. Rezeki utk kita juga pasti ada. Cuma belum masanya lagi.

Utk Julie dan Yaya, walau Allah 'pinjam' kan sementara kebahagiaan tu, KakReen harap korang tabah dan kuat. Allah pilih kamu berdua kerana Allah tahu korang kuat utk hadapinya.  Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa terbaik utk kita. Dugaan ini juga menunjukkan Allah igt pada kita. Sabar ya. Allah Maha Mendengar, berdoalah adik adik ku, satu hari Insyaallah dimakbulkan.

Monday, June 20, 2011

Kita Berkongsi Rasa

Walau jalinan persahabatan kita hanya di alam maya,
walau perkenalan kita hanya dari penulisan,
tp ikatan ukhwah yg terjalin melebihi segalanya.

Sekiranya ada yg menerima berita gembira,
kita turut merasa kegembiraan itu.
Bersama gembira bila mengetahui ada rakan kita telah mengandung.
Turut menumpang suka.

Dan sekiranya ada pula yg menerima berita duka,
kita turut sama berkongsi kesedihan itu.

Buat adik ku (Yaya), tiada kalimah ajaib lain yg boleh diungkapkan selain 'bersabar'
Allah menguji kita kerana Dia tahu, kita mampu hadapinya.
Allah menguji kita kerana Dia tahu, apa terbaik untuk kita.
Allah menguji kita tanda Dia sayang pada kita.

Teruskan berdoa. Pasti ada hikmah di sebalik sesuatu yg terjadi ini.
Betul. Berat mata yang membaca, berat lagi bahu memikul.

Apa pun, hanya kita yg faham perasaan itu.

~ FRIENDS ~

As we walk our path of life,
We meet people everyday.
Most are simply met by chance.
But, some are sent our way.

These become special friends
Whose bond we can't explain;
The ones who understand us
And share our joy and pain.

Their love contains no boundaries.
So, even we are apart.
Their presence enhances us
With a warmth felt in the heart.

This love becomes a passageway,
When even the miles disappear.
And so, these friends, God sends our way,
Remain forever near. 

Author Lisa Pelzer Vetter

kredit : here

Sunday, June 19, 2011

Pemakanan : Powder Dates Pollen

As previous entry, aku ada citer sket pasal cemana pendebungaan kurma ni.
Lps tu ada yg tanya cemana nak dptkan pollen ni.
Ekceli ni aku dpt bersama dgn buah zuriat yg makcik asben beli kat Mekah.
Ni pun takde di kirim, makcik belikan aje.
Tgk kotak cam besar, tp botol dia kecik je.
Mmg tgk macam eh, cukup ke ni nak makan.
Tp nyer kauuu.... mmg amik ujung sudu je nak campo ngan madu/susu. 
Bau dia sangat la.... Err... oke. Cuba sendiri.

Ada aku terbaca yg serbuk debunga kurma ni boleh didapati di gerai2/booth yg jual produk2 Timur Tengah ni. Mcm yg jual kurma, buah zaitun seme tu kot. Kat KLCC kalo tak silap aku ada booth jual menda2 ni, tp skang tatau la ada ke tak. Aku mmg da jarang ke KLCC, byk kedai da berubah. Boleh try tanya kot kalo jumpa kedai camtu. Tp reganya agak mahal kata derang.

 Kotak cam besar, tp botol dia kecik comey je.

 Mug tu bkn saiz mug yg biasa tu. Mug kecik, 
tp kecik lagi botol debunga ni.

 Ada cara makan dia kat kotak. Bahasa Indonesia.


Cara-caranya (spti yang dilekatkan pada kotak) :
1.Ambil 1 sendok madu atau susu sesuai dengan selera (haa...jgn ko pegi amik senduk plak. Penaya nak abiskan kalo guna senduk. Senduk tu sudu yer dlm bahasa kita)

2. Ditambah setengah senduk serbuk kurma, diseduh dengan air hangat dan diaduk sampai rata. Lalu diminum (oke, ditranslate kan menjadi - amik setengah sudu debunga kurma, dimasukkan ke dalam air suam, kacau dan minum).

Tp seriyes,  kalo minum dgn air suam saja mmg tak bleh blah rasa dia. Sangat. Sangat (itu aku ler, my asben oke je). Dan kalo buh madu pun, still tak bleh sbb kalo madu air tak boleh panas sgt sbb nati ilang khasiat madu. Sbb air tak berapa panas la lagi rasa mencabar nak abiskan. Menangissss..
Ari pertama aku buat, aku campur ngan susu kambing + kurma yg di blend. Sbb campur ngan susu - dia tak la rasa sgt. Oke. Bleh minum (walo aku minum seteguk je kut. Aku tak bleh blah plak susu kambing. Haihhh. Susah tol aku ni)
Then kali kedua aku terai buh air suam + madu + kurma blend sket. Haaa..ini yg tak bleh blah. Sgt. Melekat kat tekak oi. Dah la time tu pagi. Nak gi keja. Rasa nak ter meluek balik. My asben dok kata 'ubat.. mmg la tak sedap'. Huwaaa.... demi mu anak, tgk la 'keseksaan' yg ibu alami... ibu tak sker makan ubat nak... tp demi mu anak...

Minumnya 2 kali sehari pagi dan malam.
Bagi wanita, minumnya sesudah haid.
Ha. Begitu lah ditulisnya.


Jadi, pada yg bertanya pada previous entry, harap dapat membantu rakan-rakan sekelian.
Kalo ada sedara mara or rakan pegi umrah boleh kirim serbuk ni.
Cubalah. 
Insya Alloh Barokah Madinah :)

Friday, June 17, 2011

Pemakanan : Debunga Kurma

Selain buah zuriat, skang ni aku terai gak la dgn debunga kurma. Sblm nak citer experience aku menelan pollen tu (the taste is sooo.... errkkk), meh kita 'gali-gali' dulu citer pasal debunga kurma ni.

Selain itu, debunga kurma juga boleh digunakan bagi meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki untuk pasangan yang sukar mendapatkan cahaya mata.

Allah s.w.t menjadikan buah kurma cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tiada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau.

Allah pelihara dan memuliakannya manakala pokok kurma mesti disenyawakan oleh tangan manusia.

Di Madinah hanya orang Arab sahaja yang sanggup memanjat dan turun naik ke atas pokok kurma untuk melakukan pencantuman ini.

‘‘Pendebungaan secara manual oleh manusia dengan mengambil debunga jantan lalu diketuk ke mayang pokok betina,” kata Mohd. Rahof.


Tetiba kan mcm tingat cikbedah kita ada wat entry pasal pokok tamar ni. Maka, aku cut sket amik yg berkenaan. Cikbedah, kekda tumpang 'cut' sket ye.

"Gosok pada tangan dan cium," katanya.
"Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.
"Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s."
"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Dan bagai diceritakan aku pun jumpa cara2 derang mensenyawakan kurma ni. Bleh baca sini :


Aku baru amalkan malam dan pagi tadi. Nati nak citer experience meminumnya. Dan rasa mcm aku ada alergik sket la pada pollen tu (tetiba ter baca semula citer kat blog Irtiyah pasal asben dia smpai ke hospital sbb pollen allergy ni - Irtiyah, kalo google 'debunga kurma', blog yu ranking 1st tau. Hihi).

Tuesday, June 14, 2011

Lagi Enam Bulan

Tgk kat ticker atas ni.
'we have been married for 2 years & 6 months'
dan
'I am 31 years & 6 months old'

Bermakna genap 6 bulan lagi akan jadi
'we have been married for 3 years;
and
'I am 32 years old'
Insyaallah........

Oh. Walopun number is just a figure, tp aku bingung gak memikirkannya.
Umur makin lama makin meningkat, waris sorang pun takde lagi ni.
Ya Allah, berilah peluang kpd ku untuk mempunyai waris.
Peluang untuk ku mendidik waris itu.

Yeps. My bufdate = my anniversary date.

Pemakanan : Buah Zuriat

Rasanya seme TTC'ians familiar amat dgn buah zuriat ni. Atau dikenali juga dgn nama buah adam & hawa.
Rasa buah ni pun lately ni baru familiar kot. Mak aku n MIL pun mcm tak tau gak pasal buah ni. Aku pun tau bila da TTC ni la. Kut tak aku pun haram tatau gak la.
Baru dpt consume buah ni last year bila makcik belah asben gi Mekah. Lalu kirim. Dpt 3 bijik which sepasang tu kembar. Mmg tak buat air lagi la yg kembar tu.

And as aku citer on my previous entry, sorang lagi makcik asben ke Mekah utk buat umrah. Maka atas ingatan dia, kami dapat la lagi buah zuriat ni.
Kalo dulu, aku culas nak buat. Skang aku nekad nak minum smpai next cycle. Insyaallah. Kebetulan masa dpt buah ni, esuknya aku period. So, bleh start minum lah. Org kata lps abis period. Tp kali ni saja aku nak try start on 1st day cycle.
Tp bkn sng nak proses buah ni. Jenuh berpisau, berparang, ber lesung batu. Haha.
Abis pisau potong ayam aku. Lps tu katok pakai parang plak.

Ada baca kat porem (ratu hati kalo tak silap), nak makan seeloknya sepasang. Biar la ada adam dan hawa. Tp bagaimana mau kenal?? Haha. So, aku amik 1 agak besar, 1 lagi kecik sket. Yg besar tu kaler dia gelap sket. Dan yg kecik tu kebetulan kaler dia perang muda je. So, aku andai kan itu ada la adam dan hawa. Huhu.


Ketuk2, dptkan isi yg putih tu. Lps tu  buh air dan rebus. Air tu akan keluar kaler cam merah2 prune gitu. Aku rebus dlm cerek tanah ni. My FIL bagi. Katanya elok kalo nak rebus2 ubat ni dlm cerek tu. Maka aku rebus dlm tu je lah.

Lps tu sembang2 balik ngan makcik asben. Dia kata ada ustaz bagitau dia, buah tu kena rendam dulu, pehtu baru buang kulit dia dan dptkan isi yg putih tu. Aku pun mcm owhhh.... tp da langsaikan pun kan. Huhu.

Kulit tu kiterang tak buang, tp simpan.

Tak salah berusaha. Cuma jgn la ada yg kata, org mcm kami ni terlalu percaya kat buah ni. Tidak la begitu kan. Dah buah ni didatangkan sebagai ikhtiar, maka kita pun kena yakin dia boleh membantu. Apa pun kita mmg percaya dan yakin pada ketentuan Allah. Kalo menjadi pun, mmg Allah la yg tentukan. Kun Fa Ya Kun, rite. Bkn per, kang ada lak yg kata jgn percaya sgt kat buah tu la apa la. Yelah, buah ni sbg usaha je. Kalo camtu baik kita rendam buah anggur je kan. Huhu.

Sunday, June 12, 2011

Pemakanan : Royal Jelly

Ever heard Royal Jelly can also help to enhance fertility?
Aku rasa mcm penah tau pasal Royal Jelly, tp aku tak penah plak dgr/baca memana org kata berjaya pregnant dgn mengamalkan makan Royal Jelly.
So, mari kita kaji dulu apakah sebenarnya Royal Jelly ini.

Royal jelly is a honey bee secretion that is used in the nutrition of larvae, as well as adult queens.[1] It is secreted from the glands in the hypopharynx of worker bees, and fed to all larvae in the colony.[2]
Source : Wikipedia
Wikipedia

Atau secara ringkasnya Royal Jelly ini adalah:
Royal Jelly ialah makanan khas hanya untuk Ratu Lebah, dihasilkan oleh lebah itu sendiri. Ianya dimakan sepanjang hayat Ratu Lebah tersebut.

Jadi apa kena mengena Royal Jelly dgn infertiliti dan TTC aku?

Citernya begini..... (pangg... sepak diri sendiri sbb cam poyo nak start citer camni).
Masa menganta romb pengantin ke Melaka, kiterang sempat singgah Muzium Lebah kat Ayer Keroh tu. Seumur idup aku, aku tak penah singgah sini walo aku duk blaja kat Melaka 5 thn kan. Tah, aku rasa cam amenda ada kat situ. Tayah pegi la. Lagipun igt berbayar masuk situ. Pree rupanya.
So, tadi smpat singgah. Sbb igt mmg nak carik madu utk makan ngan pollen kurma yg makcik aku bagi tu kan. Madu kat umah da abis.
Tp tah cemna, uncle yg jual madu tu panggil kiterang, terangkan pasal madu dan dia bagi rasa makan Royal Jelly (RJ).
Lps tu dia kata RJ ni sesuai utk hub suami isteri. Utk bagi kulit sihat, awet muda dan kalo takde anak pun boleh makan RJ ni.
Aku mcm eh, cemana lak apek ni tau kiterang takde anak lagi. Agaknya ada kot gaya mcm org da berkawen beberapa tahun tp takde anak. 
So, kami agak tertarik. Tp masa tu kiterang lum gi umah pengantin, so igt balik tu nak singgah.
Tp aku pikir2, aku nak google dulu lah pasal khasiat utk mudahkan dpt anak kalo consume RJ ni. Nak tgk pros n cons dulu. Ye lah, bkn murah RJ ni. Sebotol kecik tu RM110. Mmg menda camni mahal kan. Retu masa MAHA aku beli Madu dkt RM200. Pengsan. Tah cemna ter tarik. Mengong je rasa. Tp tak menjadi pun nak ada anak. Tp yg tu org tu ckp bkn utk ada anak je, tp memacam penyakit lain la. Aku mmg  amalkan consume madu ni. Samada tualang ke, Manuka Honey-Honey Mart tu ke.

So, balik umah google. Makanya betul la ada khasiat utk memudahkan hamil.

Memetik dari artikel ini.
Sangat subur – bertelur 2-3 ribu biji setiap hari dan ratu BERTELUR SEPANJANG HAYATNYA. – sebab itu jika seseorang mengalami masalah infertility sangat sesuai mengamalkan Royal Jelly.
(err..kang jadi Ratu Lebah aku ni kang.. hihik..)
Utk info lanjut leh baca web ni sbb dia agak detail.
Tp aku google lagi. Jumpa ini pula dkt web ini.

In the Infertility Cure, fertility expert Dr. Randine Lewis describes several studies that detail why royal jelly is beneficial to fertility: “Bogdan Tekavcic, M.D., a Yugoslavian gynecologist, conducted a study in which the majority of women who were given bee pollen with royal jelly showed improvement or disappearance of their menstrual problems, while there was no change in the placebo group. Another study showed bee pollen significantly improved sperm production in men. Bee pollen, which is worker bee food, is rich in vitamins, minerals, nucleic acids, and steroid hormones, and improves health, endurance, and immunity. Royal jelly is modified pollen fed only to the reproducing queen bee, whose job it is to produce more infant bees. This nutritive tonic might be considered the bee equivalent of fertility drugs. Rich in amino acids, vitamins, and enzymes, royal jelly helps the queen lay millions of eggs and live longer than the worker bee.”

Dan ini juga dari sini :
Royal Jelly is primarily sold as a dietary supplement that can be used for a variety of issues. Some of the things that Royal Jelly has been used for include:

• To increase libido
Support egg health
• Diminish and reduce the signs of aging
• To reduce inflammation caused by illness or injury
• To naturally boost the bodies immune system
• To help treat auto-immune problems like non-rheumatoid arthritis

Rasa tak salah kot mencuba kan. Jadi mari kita cuba Royal Jelly pula kawan2. (Kalo tak silap CNI pun ada jual Royal Jelly ini)
Sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam ayat 68-69 surah "An-Nahl" yang bermaksud:

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya. 

kredit : here

Saturday, June 11, 2011

It's about Rizq

Bulan ini,
kecewa mendatangi lagi.
Walau aku rasa aku da buat yg 'terbaik'.
Merasakan 'usaha' on time mengikut BBT chart.
But maybe bukan itu masanya (dan belum diizinkan Allah - Kun Fa Ya Kun).

Aku masih belum bernasib utk bulan ini.
Dan, bukan aku nak menyalahkan takdir.
Cuma aku terpikir, dlm berjuta juta tu,
takkan satu pun tak berjaya berjumpa 'awek' kesayangan tu.
Kredit : here
Kredit : here

Tsk. Tsk. Tsk.

Tp kekecewaan tu da diganti dgn sesuatu yang kembali menggembirakan hati.
Itu yg dikatakan rezeki. Tak sentiasanya kita dirundung malang. 
Semalam asben balik kejap umah mak dia. Waktu opis, aku tak ikut la.
So, balik tu dia suh bagi satu plastik. Aku tanya la apa dia, asben kata tgk je.
Sekali eh.
Buah zuriat. Dgn sekotak debunga kurma. Dari Mekah.

Yeps. Mggu lps, sorang makcik asben ke Mekah menunaikan umrah.
Aku pun tak kirim buah zuriat ke apa ni, sbb baru je kirim kat makcik dia lagi satu yg gi Mekah thn lps. Jadi cam segan asik nak kirim je kan.

Tp udah dikatakan rezeki kami, makcik asben tu igt pada kami, maka dibelikannya buah zuriat tu tanpa kami minta. Alhamdullilah... itu lah rezeki namanya. Despite of kesedihan tu, ada juga sinar harapan.

Kali ni aku nak buat bebetul. Lps je abis period ni aku nak minum smpai cycle seterusnya.

Maka, bulan ni aku, walo mcm da nekad utk call LPPKN utk teruskan IUI, tp aku hold dulu lah sbb nak try buah zuriat ni plak. So, treatment bln ni dgn buah zuriat dulu yer. Dan debunga kurma tu. Dan mungkin susu kambing beserta kurma juga.

Kalo ada kesempatan nak amik air di DarulSyifa juga. Dah lama tak ke sana.

Sebenarnya buah zuriat yg aku kirim kat makcik yg gi Mekah tu pun ada lagi. Aku sayang. Sbb dia kembar.
the meaning of Rizq by the help of what Shaykh Zulfiqar Ahmed (damat barkatuhum) mentioned in one of his lectures:

    “All aspects of a person’s subsistence and livelihood fall under the definition of rizq, including but not restricted to wealth, status, business and children.”
kredit : here

Thursday, June 9, 2011

Award Istimewa Untuk Rakan TTC (dari Irtiyah)

Wah. Pepagi Khamis da dpt award. Tenkiu Irtiyah.
So, ini awardnya. Khas utk kita geng TTC je tau.
Macih Irtiyah.... walo kita tak penah bersua di alam nyata, tp persahabatan di alam maya ni telah merapatkan ukhwah di antara kita.
Saya dedikasikan award ini kepada kawan-kawan TTC saya.
1- Adik Eka 
2- Fika Ashikin
3-Anie
4- Mar
5- ILY


Pemula award ini adalah Pn Irtiyah kita yg boleh dikirakan otai dalam arena TTC ni gak. And d link - http://irtiyah.blogspot.com/2011/06/award-istimewa-untuk-rakan-ttc.html 

 Dan saya dapat award ini daripada entry Irtiyah sendiri di  
http://irtiyah.blogspot.com/2011/06/award-istimewa-untuk-rakan-ttc.html


Jadi, kawan2 yg saya dedikasikan award ni boleh la dedikasikan kepada rakan2 kita yg lain juga. Dgn syarat dalam entry tu kena ada :
1) link pemula award ni (link Irtiyah) dan
2) link pemberi award ni (entry saya ni lah), tp sy nyer link ni if nak letak pun buleh, tak letak pun takpe.

Dan utk kawan2 yg saya tak dedikasikan lagi, salam peluk cium utk anda juga.

Wednesday, June 8, 2011

It's Two Line.!!!

It's two line.

Really really two lines.

Jadi maknanya 1 line + 1 line equal to 3.









Tp itu semua hanya dalam mimpi.
Caisss... pepagi sudah tertipu dgn mimpi sendiri.
Sakit je hati tau.
Pulak tu dlm mimpi kemain pekat kaler line tu.
Tp bkn kaler pink ke hapa.
Biru... biru pekat mcm line yg marker pen buat
(err.. biru..?? boy kah?) Teeheee.

Mmg da smpai due utk cycle ni. Sbb tu smpai ter mimpi mimpi. Rasa mengong je mimpi cenggini tau. Main kan perasaan aku la tu. Idak la aku terpikir2 sgt. Cumanya terpikir kan bes kalo bln ni 'jadi'. Tk perlu pening2 nak pikir nak buat IUI ke dak. Pehtu plak kalo bln 10 nati, kandungan pun da agak kukuh. Eceh. Kemain jauh ko berangan kan. Haha.

Hurm. Asik mimpi je. Entah bila nak merasa bebtul. Tp aku mmg geram je. Rasa nak guna je pregnancy test tu walo blum masa sepatutnya nak terai. 

Takyah la haih. Buat rugi mendalah tu je. Sok lusa keluar la line. Line merah lagik. Hohohohoooo

Friday, June 3, 2011

Dah Buat IUI?

Pagi tadi, update status kat FB, yg lebih kurang berbunyi begini
"Tehee. My dear asben kena tanya 'wife ko da buat IUI?' oleh rakannya yang juga masih belum ada rezeki utk jadi bapa"

Tp seriyes. Aku tak rasa annoying pun bila asben citer kat aku. Lelaki ni mmg jarang citer2 bab camni kat kita kan. Pagi tadi je la asben citer. Ada 2 org da tanya pasal IUI tu. Yg dedua tu pun da lama kawen. Dan dedua pun da try buat IUI tapi tak berjaya.

Nak gelak jugak. Sbb seb bek asben tau apa dia IUI tu kan.
If tak, dia kata I love you la jawabnya. Pulak. Haha.

Maka, dia pun citer la sket2 kat kawan2 dia tu yg kiterang tgh treatment kat LPPKN.
Dua2 kawan dia tu buat kat private. Oke la kan.

Sng kan lelaki ni. Takde la mcm pompuan. Mcm citer aku lepas2 la. Raba perut la, tegur dlm bilik meting lah. Lelaki ni, derang mcm lebih membantu. 

Dan aku pun dpt reply dari sorang kawan. 
Aku pun tatau nak kategori kan jawapan dia ni apa. Tp cam fedap gak la dgn jawapan cliche camni..
"Relex ida enjoy honeymoon dulu...nanti adalah rezeki..."

Hahah. Dia ni tatau berapa kali da aku hanimun gamaknya. Sbb dia pun tak berapa tau susur galur life aku lepas kawen (sbb aku br je approved as friend 2,3 ari lepas)

Tp tak kesah la. Aku pun bukan sker tulis status camtu. Tp saja nak test market. Hahahhahaha.

(da tau test market lps tu fedap lak ngan komen org kang...mmg cam mintak penampo je aku ni. Teeeheee)

Menumpang Gembira

Mmg semua org akan gembira bila mengetahui yg kita hamil.
Tp aku rasa kegembiraan tu akan berganda bila kita telah lama menantikan peluang tu.

Kegembiraan tu hingga boleh dirasa, di kongsi bersama.
Utk tu, kita ucapkan tahniah utk mahujadiibu (hampeh kan aku ni, kawan pun tatau nama)
Boleh baca kegembiraannya di sini - ceritera

Dan didoakan kesihatan utk beliau, hingga beliau selamat melahirkan baby.
Aku percaya rakan2 yg lain pun turut gembira utk dia.

Yg pasti Allah tahu apa terbaik utk kita.
Maka sabar lah menanti kehadiran mereka.
Kredit : here