Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, May 28, 2018

TTC Confession

2:40 PM
Assalam semua.
Lebih sebulan tak menulis di sini.
Hari ni terasa nak jot something.

Oh. By d way, selamat berpuasa uols.
Cemna?
Okay?
Amik kesempatan ni utk berdoa ya kawan2. Antara mustajabnya doa adalah ketika waktu hendak berbuka puasa. Jom. Amalkan. Jangan lupa.

Okay. Uols layan tak page IIUM kat FB?
Kt situ byk juga confession TTC'ian.
Suka gak baca n drop komen there. (^^,)
Hah! ini salah satu komen di sana.
Eh. Tak sangka, ada 196 likes rupanya. Hehe.



Suka utk bagi semangat pada rakan senasib ni.
Rasa mcm nak tulis confession jugak, tapi tu lah. Ramai pulak kawan tahu nati.
So, tulis kat sini je lah.

Semlm baca kisah rakan ttcian yang dah buat iui tapi tak berjaya.
Jumlah sperm pun mcm tak memberangsangkan.
Tapi, bukan lah nak highlight tu. Cumanya, nak suruh confessor terus usaha. Jangan putus asa. Takpe, gagal sekali, dua kali bukan bererti kita gagal selamanya.

Sapa taknak anak, kan?
Tambah2 nak raya ni. Sayu je hati tgk orang lain mengelek anak pergi beraya.
Lagi sayu bila kita di asak soalan "bila..bila..?"
Senyum je. Usah dibalas. Just senyum. Biarkan soalan tu tiada jawapan. Sebab kita pun tiada jawapan. Betul tak? 

Letakkan sepenuhnya kebergantungan pada Allah.
Allah akan beri pada waktu yang tepat.

Me myself.
Mengandung pada tahun ke7 usia perkahwinan.
Mengandung dengan bantuan teknologi perubatan moden.
Namun, yang memberi adalah Allah SWT.
Doktor dan pelbagai ilmu perubatan ni just sebagai medium.
Melahirkan Rizq Iskandar pada usia saya menginjak angka 37tahun.
Satu angka yg agak matang.
Dan pada rakan sebaya, anak mereka semua sudah bersekolah. Sedangkan, anak sulung saya masih nak bertatih.
Tapi, perlahan lahan, saya sedar, ini lah waktu terbaik utk saya dan suami.

Percaya lah dengan janji Allah.
Letakkan kebergantungan sepenuhnya pada Dia.
Teruskan berusaha. Dan berdoa.
Allah Maha Mendengar.
Anak itu datang dengan tanggungjawab.

Saya amat menghargai bila ada yang sudi berkongsi kisah dalam perjalanan TTC ni.
Ada yang terus jadi kawan baik. Ada yg sekadar berhubung melalui emel.
Terima kasih banyak banyak sbb sudi share dengan saya.
Yang membuatkan saya tersedar, yg ujian ini datangnya pelbagai.
Ujian saya selama 7 tahun ni, sebenarnya kecil berbanding rakan yang lain.
Ada yg sedih bila IUI tak menjadi.
Ada yang sedih bila IVF kali pertama tak menjadi.
Serius, dugaan mereka ini lebih hebat.
Ingat sahabat, Allah uji kita dengan dugaan sebab dia tahu kita boleh hadapi.
Ingat sahabat, Allah pilih kita ujian ini sbb Dia nak kita sentiasa berdoa pada Dia.
Terkadang kita lupa.

Sedekah.
Biasanya orang akan bagi nasihat "sedekah..sedekah"
Bukan lah saya tidak bersetuju. Bukan. 
Tapi, seolah kami yang ttcian ni tak pernah bersedekah pula.
Takkan nak diceritakan semua apa yang kita buat.
Kalau belum Allah nak bagi, belum lah.
Siapa tak suka bersedekah? Kan? Setiap orang pasti suka berkongsi rezeki nya.
Selain zakat pendapatan yang wajib pada setiap tahun tu, pastinya kita ada bersedekah.
Takkan takde langsung.
Paling tidak pun, mesti kita ada belanja rakan2 seoffice kita.
Bila je ada confession orang dpt lambat dpt anak, pasti ada komen "sedekah".
Macam orang takde anak ni kedekut sangat plak. Eh. Ter emo pula.
Maaf :)

Pada saya, simple je.
Letakkan kebergantungan kepada Allah. Sepenuhnya.
Dan tanya diri kita, kenapa kita nak anak?
Pada yang berkemampuan, boleh la pergi umrah dengan pasangan.
Lupakan dulu tempat lain. Korea ke Hongkong ke Beijing ke Bali ke.
Kenapa tempat lain tu boleh pergi, tapi rumah Allah kita taknak jejak dahulu.
Rasa tak bersedia? Rasa belum dapat seru?
Nonsense.
Pergi dulu. Baru tahu rasa nya macamana.
Saya bukan nak prejudis. Tapi, cuba lah. 
Di sana kita akan rasa diri kita rapat dengan Allah.
Di sana lah kita akan boleh berubah.
Di sana lah tempat mustajabnya doa kita.
Kali pertama saya ke sana menunaikan haji. Bersama parents. Masa tu saya pun belum baligh. Tp, bila pergi kali kedua, dengan suami, dan masa tu memang sy pergi utk bawa hajat, memang lain rasanya. Terutama bila berdoa dalam Raudhah tu. Kenangan itu pasti akan saya ingat hingga akhir hayat saya. 

Tapi, jangan pula, bila masih tak mengandung, masih takde anak, kembali kita buruk sangka dengan Allah (saya juga pernah terkhilaf. Selepas 2,3 bulan pulang dari umrah, saya rasa sebal dan kecewa bila macam takde apa pun terjadi. Tapi, rupanya Allah dah susun cantik. Saya pulang dari umrah, bulan April 2015. Bulan Mei, rakan ajak join forum berkaitan fertility. Bulan 8 saya start semula treatment yang telah 3 tahun tertangguh - padahal masa tu hati berbolak balik antara nak pergi travel dengan buat treatment. Saya dah plan nak ke Jepun / Amsterdam. Tapi, saya cuba juga berjumpa doktor. Dan, rupanya, itu lah cara Allah makbulkan doa saya. Di situ lah permulaannya. Voucher yang saya dapat masa forum tu lah jalan untuk saya berjumpa Dr Natasha dan terus mulakan rawatan. Bulan Oktober 2015, treatment saya berjaya dan disahkan mengandung. Ya Allah... ampunkanlah segala kekhilafan dan dosa ku).

Sebab tu, 1st thing 1st kena letakkan sepenuhnya kebergantungan dengan Allah.
Tidak mudah.
Tapi, tidak juga susah.

Tapi, 
terpulang lah pada masing-masing.
Masing-masing ada pendapat tersendiri.
Cumanya, teruskan berusaha.
Usaha itu juga tanda salah satu doa kita dimakbulkan.

Pada rakan yang telah berusaha, tapi masih gagal, menangis lah jika itu membantu untuk menenangkan perasaan. Tapi, jangan bersedih terlalu lama. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.
Pada rakan yang telah berjaya, saya doakan moga dipermudahkan perjalanan membawa zuriat selama 9 bulan ini. Dan melahirkan anak dengan mudah. Seterusnya dapat menyusukan anak sendiri sehingga 2 tahun.
Ya. Saya telah berjaya melakukan.
Alhamdulillah.
Nanti saya ceritakan perihal breastfeeding journey saya pula.

Kalau orang tanya apa kah yang terindah dalam hidup saya.
Jawapan saya - diuji dengan tiada zuriat selama 7 tahun adalah yang terbaik dalam hidup saya :)


Saya sentiasa doakan rakan saya akan berpeluang merasai pengalaman mengandung dan menikmati peluang menjadi ibu :)
InsyaAllah, doa akan dimakbulkan suatu hari nanti.

Thursday, February 11, 2016

Tuesday, January 20, 2015

Nasihat Ustaz Kazim Pada Pasangan Tiada Anak

1:30 PM
Tu hari tgk rancangan Kalau Dah Jodoh.
Ada segmen soalan artis.
Heliza Helmi tanya soalan yang lebih kurang berbunyi begini
"Ada pasangan yang telah lama berkahwin tetapi masih belum tiada rezeki untuk mendapat cahaya mata. Pelbagai usaha dah dilakukan. Apakah pesanan supaya pasangan tersebut tidak berputus asa"

Ustaz Kazim jawab.
Urusan mendapat anak ni adalah urusan yang telah diaturkan oleh Allah.
Kalau Allah dah aturkan pasangan tu belum dapat anak, maka itu lah terbaik untuk mereka.
Yang ada anak pun, itu terbaik untuk orang tu.

Ustaz kata ada orang call dia - katanya dah lama dah kawen tapi tak dapat anak - macam mana nak dapat anak ustaz, suami saya tak pernah sentuh saya. 
Itu lain kes lah ustaz kata.

Lalu cam biasa lah. Ustaz keluar lah lawak2 dia. Isteri tengah buai anak, suami balik masjid ajak tidur. Isteri kata macamana nak tidur bang, tgk anak ni ha..bulat lagi matanya. Pegi mengaji dulu bang.
Suami pun mula mengaji "Bismillahirrahmanirrahim"
Pastu isteri datang. "bang..anak dah tido..jom tido"
Terus suami "sadaqallah hul azim"

Itu lawak selingan ustaz lah.

Dan paling aku ingat adalah ustaz kata jangan sesekali kata orang yang takde anak ni mandul. Yang sebenar benar mandul adalah orang yang ramai anak, tapi anak anak nya itu tidak memberi manfaat apabila mereka meninggal dunia kelak.

Yang ni aku google semula dan jumpa
SIAPA SEBENARNYA MANDUL? Rasulullah s.a.w. Pernah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”

Dan ustaz cakap sekali lagi - apa yang Allah dah tentukan untuk kita ni lah yang terbaik. Takde anak mungkin kita boleh beribadat kepada Allah dengan lebih lagi. Dan bermacam lagi lah. Last sekali ustaz kata "rilek brader... brader rilek" Hihi.

So, pada sesiapa yang masih TTC, masih berusaha, kita muhasabah. Allah dah tentukan yang terbaik. Untuk setahun dua mmg agak rasa 'sakit'. Tapi percaya lah, bila dah melepasi tahun 3, ke 4, perasaan dah lain. Dan bagi kami, ini tahun ke7 kami. Alhamdulillah, kami percaya ini terbaik untuk kami. Dan kami redha. Sbb kami tahu, rezeki kami bukan itu sahaja. Masih ada lagi banyak peluang rezeki lain yang Allah dah bagi kepada kami. Syukur. Semua itu juga nikmat.

Allah lebih tahu apa terbaik untuk kita.


Monday, September 22, 2014

Dah Tua Dan Takde Anak

1:00 PM 1 Comments
*Ini entry yang dah di draft berbulan lamanya. Cuma tak terpublish*


"Dah tua tua ni lah baru nak menambah anak"

Tersentap rasa hati seketika bila membaca ayat tu.
Tapi, segera me neutralkan diri - ayat tu bukan dituju kan untuk sesiapa - malah, jauh skali utk diri ini. Mengapa perlu terasa? Kan?
Itu lah sepatutnya.

Tapi,
Kita ini.
Insan biasa.

Dia,
dah tua baru nak menambah anak.

Kita,
dah tua masih takde anak.

Sedih.
Hiba.

Takpe lah.
Rezeki dia dah nak masuk 3 orang anaknya.
Walau pun tua.

Dan.
Rezeki aku,
hingga kini masih tiada anak.
Walaupun kita sebaya.

Takpe.
Aku lebih yakin, Allah Maha Adil.

Anak pun, bukan hakmilik total kita.
Tua muda bukan ukuran.
Jangan terlupa yg satu itu ya sahabat.

Wednesday, September 17, 2014

Wednesday, June 4, 2014

Childless : Sampai Bila?

12:00 PM
Kadang-kadang tertanya juga.
Sampai bila nak childless ni yea?
Sampai bila Allah nak uji?

Seakan mengalah.


Hari tu, tersentap bila sahabat yg sebaya, yang sedang mengandung anak ketiga berkata :
"dah tua tua ni baru nak beranak no. 3"

Oh hoi.
Kamu no.3, aku sorang pun tiada.
Kita sebaya.
Anak sulung mu sudah ke sekolah.
Aku sehingga kini, satu pun tiada.
Kita sebaya.
Kamu sudah punyai sepasang cahaya mata.
Aku.
Satu pun tiada.

Ya Allah.
Tabahkan lah hati ini.


Takpe.
Allah lebih tahu apa terbaik utk kita.

Buku ni cam bes. Mana nak carik?


Buat semua sahabat seperjuang, yang masih TTC, semoga kita semua terus tabah. Dan diberikan kekuatan untuk Allah.
Allah sayang kita. Kerana itu Dia pilih kita :)

*3 days to next cycle.

Monday, September 30, 2013

Mengapa Dan Grateful

5:48 PM
Sebenarnya, nukilan ini telah ditulis dan di publish di blog 'sebelah'. Namun, aku tak punya kekuatan di sana. Rasa sebal, rasa sebu, rasa sebak, rasa kecewa dan bermacam rasa lagi ada bila di tulis di sana. Ada yg terus meng emel. Mengulang kata 'bersabar..bersabar'. Entah. Bukan membenci dengan ayat bersabar itu, tp jangan buat aku seolah tak pernah bersabar. 5 tahun. Bukan 5 hari mahupun 5 bulan. Itu pun sebenarnya masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka yang 10 tahun, 15 tahun. Jadi, usah katakan bersabar pada kami, kerana Insyaallah, selagi kalimah Allah sentiasa berada di hati, kami tetap akan bersabar. Kerana Allah tahu kami boleh bersabar maka diberiNya ujian ini. Namun, jika mahu juga dengan ayat bersabar, tulis lah "teruskan bersabar wahai teman" Bukan kah lebih manis...

*********************

Hari ni, nak share blog, yg pada aku, sangat menusuk ke kalbu bila membacanya. Menulis dari hati yang dapat aku rasai perasaan mereka. Kerana aku juga dari 'kasut' yang sama. Semangat mereka perlu dijadikan contoh. Tak kira, apa bangsa dan agama, kepercayaan segala yang berlaku ada hikmahnya adalah amat perlu dalam melalui dugaan ini.

Antara petikan dari entry mereka.

Blog 1 :
Mengapa Saya Ingin Zuriat by Dirasalju

Terus terang, untuk memiliki anak kecil ini  yang bernama Durr Awatif, bukanlah satu perkara yang mudah. Tapi keyakinan yang tinggi pada Allah, akhirnya doa saya dimakbulkan.  Saya minta pada Allah dengan sesungguh-sungguhnya dan Allah mendengar doa hambaNya ....Tidak pernah saya lupa sekali pun untuk berdoa pada Allah kerana saya sangat yakin Allah mendengar doa saya. Saya selalu mendengar ceramah Ustaz yang Allah suka pada rayuan hambanya. Adakalanya saya merayu sampai menangis kerana inginkan cahaya mata.
Pernah satu ceramah agama yang saya dengar, ustazah ke ustaz yang bagi ceramah tu, saya lupa. Tapi dalam ceramahnya ada mengatakan, pernah tak kita bertanya kepada diri kita sendiri KENAPA SAYA INGIN ZURIAT.....??

Blog 2 :
Why I'm Grateful for Endometriosis by foodie4healing

See, having endometriosis has given me so much. Without this disease, I wouldn’t be who I am today. And, I like me. 

I am strong. Because of endometriosis.
I am courageous. Because of endometriosis.
I am a fighter. Because of endometriosis.
I will never take my children for granted. Because of endometriosis.
I will never take my friends, family and husband for granted. Because of endometriosis.
I will always have a heart for those suffering with infertility. Because of endometriosis.
I will never take my physical health for granted again. Because of endometriosis.
I lead a healthy lifestyle. Because of endometriosis.
But, probably the most important thing that endometriosis has given me, is my relationship with God.
See, 2 years ago, I was ready to walk away from Him because of this disease.
But, He showed up for me, in a very big way. And He has continued to.

Utk blog kedua, memang lah penulis ni bukan org Islam, tp semangat dia dan dia tahu apa terjadi ada hikmahnya. Sebagai TTC'ian, mmg semangat dan kekuatan lah kita perlukan.

******
Aku juga tahu, kami antara yang terpilih utk melalui dugaan ni. Terpilih kerana Allah tahu yg kami boleh melaluinya.
5 tahun pada sesetengah orang satu jangka masa yang lama. Betul lah tu. Kalau rezeki aku awal dulu, hampir nak hantar anak ke taska dah sekarang ni.
Tapi, perancangan Allah itu Maha Hebat. Siapa kita nak melawan perancanganNya.
Memang aku akui, sedikit demi sedikit, kami (aku dan suami) tahu kenapa Allah belumkan kurniakan rezeki anak kepada kami.
Sentiasa ingat perancangan Allah itu yang terbaik.
Tapi dalam masa yang sama, Allah mahu kita (TTC) terus berdoa.. berdoa dan berdoa. Saya pasti... sepasti pastinya, most of d TTCian, semakin dekat dgn Allah... sentiasa mengingati Allah (tp sahabat yang bukan dari golongan TTCian jangan pula mencebik dan mengatakan 'eleh...macam dia je la ingat Tuhan... org lain tak'. Jangan.. jangan sesekali mengandaikan begitu. Masing2 ada dugaan sendiri. Sama-sama kita berdoa).
Cuma satu aku perlu pikirkan kembali. Sebagaimana persoalan dalam entry Dirasalju. Mengapa saya ingin zuriat? Jawapan itu perlu aku perbetulkan. Dan aku harap, aku dapat conceive natural. Sungguh.... mmg kalau boleh aku tak mahu lalui proses IUI. Dan aku ada 3 bulan utk berdoa bersungguh sungguh, berusaha dan seterusnya yakin.

Utk sahabat tersayang yang turut sama membaca, dengan rasa rendah hati, aku mohon sekiranya tidak keberatan, dan sekiranya sudi, doakan lah agar aku tak perlu lalui proses IUI ini. Dan doakanlah kami semua yang sedang berusaha dikurniakan rezeki terindah itu. Aminn... Insyaallah.

Monday, April 22, 2013

Pengalaman Baru, Cerita Baru

8:25 AM 0 Comments
Assalamualaikum kengkawan seme.
Maaf URL blog bertukar lagi.
Sbb kali ni byk cerita baru yg akan dikongsi.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Dan.
Allah tidak sama sekali menzalimi hambaNya.
Jangan pernah berburuk sangka dengan Allah bila kita diuji.
Kerana setiap ujian tu akan diiringi dengan jalan penyelesaiannya.
Pasti ada.
Cuma kita lah yg perlu bersabar dalam menanti penyelesaian itu.

Lps ni, ada cerita baru yg saya ingin kongsikan.
Cerita baru, pengalaman baru dan moga ada rezeki baru.
Huhu.

Apa pun, sentiasa ingat dan percaya, setiap berlaku ada hikmahnya.

Tuesday, April 9, 2013

Penantian 11 Tahun

5:46 PM
Lagi satu cerita yg boleh dijadikan sumber semangat utk kita.
Yang masih lagi ber TTC.
Sentiasa ingat, kita bukan keseorangan dalam menjalani ujian ini.
Ramai. Mmg ramai.
Malahan terlalu lama menanti.
Jadikan lah kesabaran mereka itu sebagai inspirasi utk kita :)

Gambar scan bayi 19 minggu. Umor ibu 32 tahun selama 11 tahun cuba hamil tapi gagal. Alhamdulillah hamil lepas rawatan kita. Scan nampak anak lelaki. Doakan dia selamat hamil dan lahirkan anak soleh.
Kredit : FB Dr Hamid

Bila aku share di wall aku, ada juga yg kata 'untung dia kawen awal, 11 tahun kawen pun masih muda umurnya'. Ya. Aku pun kawen lewat. Genap umur 29 tahun. Pun kalo dikira tggu 11 tahun mmg kata orang tu takde harapan dah.
Tapi.
Takkan kita nak bergoyang kaki menunggu miracle kan.
Teruskan berusaha.
Teruskan mendapat treatment dari memana doktor kalo umur dah mencecah 30tahun.
Memana doktor pun takkan menolak utk membantu kita kalau umur kita dah cecah 30 tahun.
Berusahalah. 
Dari entry yg lepas pun yg dari blog Dr Adilah tu pun, si ibu hamil dalam usia agak lewat juga setelah 21 tahun menanti.

Memang bukan mudah.
Tapi. 
Ini lah pengalaman yg amat berharga untuk kita.
Dan.
Takkan ada pada orang lain.

Diam tak diam aku pun serasa tak percaya yg aku sudah hampir 5 tahun menanti cahaya mata.
Hurmmm...mmg ada tertanya2. 
Memang ada rasa - kalo ada anak pasti nak ke tadika dah.
Tapi. Dah begini ditentukan.

Sentiasa ingat - Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambaNya :)

Friday, April 5, 2013

Penantian 21 Tahun : Pemangkin Semangat Kita

8:24 AM

Rasa seme TTC pun ada follow blog Dr Adilah kan.
Walo dia jarang2 update, tp seme yg di blog kan ada faedah utk kita.

Antara yg latest pasal penantian 21 tahun tu.

Jadikan pemangkin semangat kita dari kisah itu.
Jangan cepat berputus asa.
Usia perkahwinan 1 atau 2 tahun - masih awal. Terlalu awal jika ingin kecewa kerana setiap bulan didatangi sahabat baik kita itu. Lelebih lagi umur baru mencecah 23, 24 atau belum pun 27 tahun. Sebenarnya, mungkin Allah nak bagi kita mengenali hati budi pasangan kita secara lebih mendalam.
Usia perkahwinan antara 3 - 5 tahun - ya, perlu usahakan sesuatu. Tambahan pula sekiranya umur makin berlari ke angka 4 di depannya (aku le tewww.... 6 tahun lagi je nak masuk 40 wey... Haha. Tapi aku rileks je kan. Gile!)

Dan org tu selepas 21 tahun baru berjaya mengandung.
Sabar.
Allah dah tentukan yang terbaik.

Memetik kata Fyn Jamal dalam instagram nya, yg lebih kurang berbunyi "Allah dah tahu apa terbaik utk kita, kenapa kita masih risau dan gusar"
Kan. Mengapa kita nak melawan takdir. Kecewa dengan ketentuanNya adalah sama dengan kita tak redha dengan takdir perjalanan kita yang sememangnya Allah yang mengaturnya. 
Masih tak pregnant? Masih takde rezeki utk anak?
Pandang semula apa yg Allah bagi semenjak kita melihat dunia hingga ke hari ini?
Allah tak pernah menzalimi kita kan?
Takde anak - tapi rezeki lain kita pernah kira? Tak terkira kan?
Takde anak - rezeki lain mencurah2 datang. Kanan kiri atas bawah.
Tapi kita pandang rezeki anak juga.

Kita duk pandang juga pintu yang tertutup itu.
Padahal pintu2 lain terbuka luas utk kita terokai. Sayang. Jika peluang tu kita sia sia kan.

Jadi,
Sabar. Jalanlah kehidupan ni sebagaimana aturan ditentukan olehNya.

Jauhkan sifat negatif dalam diri.
Kita bertuah kerana dilahirkan sebagai orang Islam. Yang mana kita ada penawar (Al-Quran) di kala dilanda kesedihan dan kebuntuan.

Kembali lah kepada jalan yg benar. Usaha lah sebaiknya dan semampunya. Allah sentiasa ada bersama kita. Dia tak pernah nak menzalimi kita. 
Kita sebenarnya bertuah kerana diuji begini, kerana tak semua dapat bersabar dengan ujian begini.
Dan.
Kita terpilih kerana Allah tahu kita sanggup di uji begitu.
Allah lebih tahu tentang kita.
~google~

Tuesday, February 5, 2013

Tuhan Sedang Menguji Kita

12:52 PM
Sempat beli ini ketika di Pesta Buku 1 Malaysia last week.
Sesuatu yg boleh membantu meningkatkan motivasi diri kita ketika di duga.
Selak helaian pertama .......

Kata-katanya sungguh menenangkan.
Semoga diri semakin tenang menghadapi dugaan ini.

"Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia"

Wednesday, January 16, 2013

Genggam Bara Api

1:49 PM
Sekejap je dah setgh bulan di bulan Januari.
Hari tu ada la bercerita2 dgn husband.
Propose ke dia utk buat treatment secara serius.
Dia setuju.

Alhamdulillah.
Kali ni mmg tak mau main main lagi.
Tolong. Harap2 aku serius.

Tahun 2012 hari tu dah berlalu begitu saja.
Takde apa treatment yg dibuat secara serius.
Smpai rosak dah BBT temometer haku! Choi sgt.
60hinggit wes.. jgn buat gile nak beli lain. Mungkin bateri abis. Nati lah p tukar bateri. 

Apa je aku buat tahun 2012?
Entah.

Ujung2 tu je ada buat susu kurma n kambing. Eh. Susu kambing n kurma.
Lelain takde rasanya selain bersuka hati bergembira menyusun jadual ke sana ke mari bercuti.
Ke Langkawi lah, ke Melaka lah, ke Bagan Lalang lah, ke Port Dickson lah, ke Krabi lah, ke Redang lah. Dah. Cukup. Jangan nak ber-riadah sgt tahun ni.
Takde la. Org kata jgn pikir sgt. Kalo pikir sgt nanti lagi stress. Jadi, tahun 2012 mmg tahun-malas-nak-pikir-pasal-anak then mmg gegila nak ke sana sini (termasuk ter jebak kaki dalam satu kawah - pastu tarik balik. ahahahah. Keputusan sengal yg aku kenang smpai bebila!)

Dah amik satu keputusan yg berat kan.
Didalihkan kerana nak buat treatment kan.
Jadi, jgn banyak hal. Nak buat, buat bebtul.
Genggam bara api, biar jadi debu terus.

Tapii..... aku berdoa sangat2 pada Allah agar aku dpt conceive naturally.
Kalo buleh tak mahu lah aku tempuhi segala i,i tu. baik iui ka, ivf ka.
Huhu.
Apa pun. Semoga ada hasilnya tahun ni. Insyaallah.

*weekend ni Insyaallah, nak sambung aura healing. Ustaz tu suh bawa madu (bukan madu orang tu.. madu tualang.hahahau). Tak beli lagi ni. Mana tah  nak beli. Kat Festival City tu dah tutup plak kiosknya. Hai... la hai...

kredit : here

Thursday, November 29, 2012

Bukan Tidak Subur, Tapi Belum Masanya

12:44 PM

Mungkin di luar sana, mengandaikan kami golongan tidak subur. Ada yg mendefinisikan sebagai tidak mempunyai anak dalam tempoh setahun selepas perkahwinan adalah tidak subur. Terkadang, sememangnya menyebabkan kita rasa stress.

Tidak subur?
Atau
Belum tiba masanya?

Sedangkan Allah Maha Mengetahui untuk kita.

Pada yg tidak dikategorikan dalam definisi 'tidak subur' tu, bersyukur lah dan jangan pula sewenang-wenangnya mengandaikan kami - para TTC - tidak subur. Jangan pula ada riak takbur bila diri itu subur. Utk diri sendiri juga, aku mengingatkan apa sahaja rezeki yg kita dapat bukan milik kita, tp milik Allah. Sekelip mata boleh diambil balik.

****
Bacaan yang amik baik utk memotivasikan diri - Allah Bukan Tidak Menjawab Kamu

Allah bukan tidak menjawab, tetapi Dia Maha Tahu bila hendak menjawab

Lama bertahan kadangkala membuatkan kita kecewa. Lebih menyakitkan hati, apabila kita cuba meluahkan penderitaan kita, orang lain hanya tahu menyatakan sabar sahaja. Sedangkan yang kita perlu adalah ‘tindakan’, bukan sekadar bicara-perkataan.

Tetapi apabila kita balik kepada hakikat ujian tadi, dan tujuannya, bukankah hati sudah sedikit tenang? Nyata di dalam ujian itu juga yang ada hanyalah kebaikan-kebaikan sahaja.

“Yalah, aku faham semua itu, tetapi aku manusia.”

Ya, saya faham. Saya juga manusia. Sebab itulah saya bermula dengan kebersihan iman, dan mengajak kita memahami hakikat ujian. Sebab saya sendiri pernah gugur dan jatuh. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali. Tersungkur, saat-saat merasakan diri ini ditinggalkan. Pernah hendak cuba menjerit ke langit dan memarahi Allah, pernah juga terfikir untuk merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Saya pernah bersedih hingga ke tahap itu. Dan saya yakin, esok lusa akan ada lagi ujian-ujian yang lebih hebat dari yang pernah saya lalui, yang akan membuatkan saya terlutut semula.

Tetapi, ada kelainan apabila kita memahami apakah itu ujian? Mengapakah diturunkan ujian? Apakah tujuan ujian? Ada perbezaannya apabila kita memahaminya. Apatah lagi apabila kita punya keyakinan terhadap Tuan Punya Ujian.

Akhirnya, lama-kelamaan, saya melihat bahawa putus asa itu sebenarnya berlawanan dengan kewarasan akal. Akhirnya saya berjaya melihat bahawa, menjerit ke langit itu berlawanan dengan kewarasan akal. Begitu juga merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Sebab sebenarnya, kita ada satu lagi pilihan. Itulah dia terus bertahan.

Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita.

Sebab itu, lihatlah firman-firmanNya berkenaan dengan ‘kelewatan’ pertolonganNya. Semua punya bonus.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Bagaimana agaknya, orang-orang yang teruji, sampai rasa tidak punya lagi harapan, dan pada saat itu sampailah pertolongan yang selama ini diharapkan? Bukankah kekuatannya akan lebih tertingkat? Bukankah dia akan menjadi yang lebih bersyukur? Bukankah keimanannya akan melonjak?

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.” Surah At-Taubah ayat 25-26.

Saat-saat sebahagian manusia telah berputus asa dan berundur, dan sebahagian lain pula kekal bertahan dalam keadaan kekalahan, bukankah apabila Allah turunkan pertolongan pada saat itu akan berlakunya peningkatan terhadap yang kekal percaya? Bukankah telah tertapis daripada golongan pejuang itu mereka yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Allah?

Sebab itu, Allah Maha Tahu bilakah hendak menjawab doa-doa hambaNya.

Dia tahu waktu dan ketikanya.

Yang tinggal adalah kita. Apakah mahu kekal bertahan dan percaya? Atau mengalah, menjadi yang rugi selama-lamanya?


Saturday, August 4, 2012

Doesn't Mean That It Will Never Happen

9:00 AM
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.
Lamanya tak menulis di sini.
Sebulan ya.
Iya lah tu. 
Takde cerita sgt berkaitan TTC.
Oh. 'makcik' itu sudah berkunjung.
Utk rekod, kena tulis juga dlm ni - Rabu, 1 Ogos.
Very de cantik kan date. Itu pun dah nak petang. Tp akur jelah.
Cam biasa. Tepat 28hari. Ke 27hari tah.
Displin tu makcik ai tu. 
Bulan puasa ni mmg aktiviti 'berdansa' merudum sket.
Tp kena pulak OD 2 kali bulan puasa ni.
Yg pertama dah terlepas (taktau bila), jd tgk la bln ni. Mana tau berkat Ramadhan.

Last week terima berita sorang lagi staff ofis yg kawen bulan 4 tu ari dah pregnant 5 minggu.
Perasaan? Ada la beberapa perkara yg buat aku rasa cam oh, mengapa cepat rezeki dia.
Tapi lps 2,3 hari, redha. Mmg redha itu perlu kan utk kita yg TTC ni.
Lagipun kita diberi ujian yang Allah tahu kita boleh menanggungnya.
Mungkin orang2 sedemikian ujian yg dia boleh tanggung lain. Ujian seperti kita ber TTC ni dia tak boleh tanggung.
Jadi, cheers up! 
Kita diuji kerana kita kuat. Allah lebih mengetahui.

Tapi..... aku tatau aku sekuat mana utk menerima kalo anak buah aku yg kawen bulan 5 ari tu plak pregnant. Setakat ni tak dgr cerita lagi. Aku tak la berdoa agar dia plak kena cam aku kan, tapi aku berdoa, kalo dpt berita tu, harap aku kuat, tabah dan redha dengan ujian ni.

Utk kita yg TTCian - kata kata ini amat sesuai untuk dijadikan motivasi. Insyaallah.



Friday, July 6, 2012

And..it's come again..

4:00 PM
As usual.
CD1 on 9 June.
Got 2 lines on OPK on CD13.
And on 16DPO it comes. As usual. 

Entah. Taktau lah apa kenanya.
Usaha segala seme dah buat dah.

Apa lagi tak kena?
Malas nak kata apa lagi.


Tkpe lah. Lps siap hal rumah ni, boleh sambung treatment.
Penat.
Lelah.

Mengapa tak semudah orang lain??
Mengapa?
Mengapa?


kredit : Google.

Kerana Allah lebih tahu apa terbaik untuk hambaNya.

*Ya, utk cycle ni mmg aku anggap dia 'menggangu' sbb aku nak p snorkeling lah besok. Benci!

Friday, October 14, 2011

Hanya Kerana Allah

5:56 PM 3 Comments
Tadi dgr ceramah agama kat opis.

Biasa la 2 minggu skali opis kami ada buat baca Yasin and ceramah agama.
Jemput memana penceramah luar.
Tp reni aku rasa ceramah agak 'luar biasa'
Aku la rasa. Entah selama ni tak pernah rasa mcm tu.

Ada sesuatu yg menusuk "qalbu"
Eceh. Qalbu halanya. Oke. Poyo.

Dgn tajuk Ihsan - Indikator Kecemerlangan, byk yg aku dpt pelajarinya.

Cuma kat sini, aku sharing satu point yg amat menarik.
"buat yg terbaik hanya kerana Allah"

Beliau berkongsi cerita di zaman Nabi *if I'm not mistaken*
Kisah sepasang suami isteri. Suami terpaksa meninggalkan isteri dgn seorang anak yg sakit. Itu lah satu satunya zuriat yang mereka ada. 
Tp tak lama, semasa pemergiannya, si anak meninggal dunia dan jenazah diuruskan jiran. Suami masih tak tahu. Malam itu suami pulang dari kerja. Isteri menyambut spti biasa. 
Suami bertanya "mana anak kita"
Isteri cuma menjawab "dalam lindungan Allah"
Dan mlm itu isteri juga melayan suami seperti yang "sepatutnya". Hanya kerana Allah. Itu lah niatnya.
Dan pagi itu, suami bertanya lagi tentang anak mereka.
Jawapan isteri 
"abang, kalau kita pinjam barang dari jiran kita, dan jiran kita minta semula barang tu, abang bagi tak?"
Suami menjawab
"tentu lah bagi, bukan hak kita"
Isteri menyambung.
"Itu lah yg terjadi pada anak kita, Allah bagi nyer untuk pinjaman, dia sekarang, dia dah ambil semula"

Suami, walau pun pada awalnya macam nak marah dengar jawapan isteri, tp dia redha.
Anak cuma pinjaman dari Allah.

Dan pada akhir citer tu, hasil dari layanan isteri kepada suami hanya kerana Allah pada malam tu, maka lahir zuriat yang baik (aku dgr mcm dia kata jadi pendakwah camtu la).
Sebak sungguh aku masa ustaz tu cerita. Memang air mata mengalir. Tak pernah aku rasa aku sebegini emosi bila mendengar ceramah agama.

Kerana Allah. Ya. Segala apa dibuat harus berpaksi kerana Allah.

Aku terpikir semula usaha2 aku selama ini.
Apakah semua usaha aku ni betul2 kerana Allah?
Atau kerana taknak org mengata lagi, mungkin sbb nak sama cam orang lain dsbnya?
Aku perlu bulatkan hati, muhasabah diri.

Apa saja usaha adalah kerana Allah.
Dan mendapat zuriat adalah kerana Allah.
Insyaallah.


Tuesday, August 2, 2011

Kita Mampu

9:39 PM 14 Comments
Manusia Itu Diuji Sesuai Mengikut Kemampuan
Sesungguhnya, manusia itu hanya akan diuji sesuai mengikut kemampuannya. Sehebat mana pun sesuatu ujian itu, sesukar mana pun ia di mata kita, percayalah, bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.
Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]

Pengasihkan Allah? Allah itu tidak sekali-kali akan menzalimi hamba-hamba-Nya dengan memberi kita ujian-ujian yang melebihi tahap kemampuan kita. Tidak sekali-kali.
Namun begitu, mengapa ada masanya, perasaan 'tidak mampu' itu muncul dalam diri kita?
Mengapa kadangkala, kita rasa seperti diri kita telah direnggut segala daya dan upaya?

Bacaan seterusnya : iluvislam

*****
Ini lah kata2 hikmat, kata2 sakti yg aku gunakan bila aku mcm down sesgt.
Bila aku mula tertanya-tanya why me? why me?
Mengapa aku yg di duga. Mengapa bukan dia, mengapa bukan mereka? Kenapa aku?

Bukan sejak aku diduga dengan lambat dikurniakan zuriat ni. 
Tp sedari dulu,
sedari aku dapat result kurang baik berbanding rakan2 semasa SPM. Tp Allah Maha Mengetahui, hikmahnya semasa di U - keputusan setiap sem agak cemerlang hingga dpt maintain pointer yg mmg menggembirakan hati.
Sedari aku masuk keja yg menggunakan post diploma saja sedangkan org lain da naik gred. Tp akhirnya Allah bagi juga rezeki aku utk naik gred dengan degree aku.
Cuma yg belum aku temui hikmah (mungkin ada, tapi tak terperasan) hingga skrg adalah bilamana ayah aku meninggal 6 thn dulu. Just that 1. Hingga kini aku masih tertanya tanya kenapa ayah aku meninggal secara mengejut. Mengapa ayah aku?? mengapa bkn ayah org lain sedangkan ayah aku sihat.

Dan jawapan paling meyakinkan adalah -
Allah menduga hambaNya kerana Dia tahu hamba dipilihNya itu boleh menghadapi dugaan itu.

So, kawan-kawan,
Jangan kita rasa diri kita malang kerana dugaan ini, kerana kita adalah insan terpilih.
Yang tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan ini.

Jangan sesekali kita rasa lemah dgn dugaan ini, kerana di luar sana ramai lagi yg lebih bernasib malang dari kita.
Yang persiapan rayanya entah bagaimana, yg tidak pernah punya harapan utk berbaju baru di hari raya sedangkan kita ada berpuluh puluh pasang menanti. Yang tidak pernah memikirkan soal kuih raya, sedangkan kita tgh duk pulun menempah kuih itu ini pada rakan2 seopis.
Yang tidak pernah bertukar ganti kasutnya, sedangkan kita belum sempat koyak sudah mengacu acu kasut baru yg sesuai dgn kaki di Vincci, di Primavera.
Yang kehilangan tiga anak sekaligus ditimpa bencana secara tiba-tiba.
Yang baru riang gembira bersama anaknya mlm itu, tp pagi itu tiba-tiba dilanggar bapa secara tak sengaja.
Yang gembira menerima berita hamil, pulak anak yg bakal dilahirkan kembar, tp akhirnya bila smpai masa, ajal terlebih dahulu menjemput baby baby tu.
Yang gembira melihat anak dilahirkan, tp malangnya dia tak sihat mcm org lain.
Yang terpaksa membesarkan adik adik kerana ibu bapa terbunuh dalam kemalangan.
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa terbaik untuk kita.
Jika kita pikir, kita malang, ramai lagi di luar sana yg bernasib lebih malang. Untuk seketika, jangan pandang org rezekinya lebih dari kita, kita lihat org yg lebih sengsara dari kita, yg tetap tabah menghadapi dugaannya.

Moga Ramadhan ini akan terus membawa kekuatan untuk kita.
Berdoa dan terus berdoa.

Sunday, July 24, 2011

Ujian Itu Indah

8:35 PM 5 Comments
Memetik kata-kata dari sebuah artikel.
Yg mungkin boleh dijadikan pemangkin semangat kita semua.

Kesimpulannya, walau apa juga ujian yang diberikan kepada kita, baik hidup senang atau susah, kita hendaklah bersyukur. Bagi yang senang tidak perlu menghina yang susah dan yang susah tidak perlu mencemburui yang senang. Barulah semuanya akan hidup aman. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya tentang hamba ciptaan-Nya dan Dia tidak membebani kita melainkan dengan beban yang mampu ditanggung oleh kita. Wallahua'lam.

Bacaan sepenuhnya : IluvIslam

Thursday, June 30, 2011

Pintu Yang Ditutup

10:54 PM 9 Comments
Tgk member FB like satu komen.
Tgk ayat nya sgt memotivasikan.
Maka aku mahu share dgn kawan2 juga.
Uik. kecik yer. Meh saya tulis semula. Dari FB Heliza Helmi.
Best kan ayat dia.
Moga dpt memotivasikan kita seme :)
Dan apabila saya melihat Allah telah menutup satu pintu di hadapan saya,
akhirnya saya melihat ada pintu lain yg telah Allah buka dan jauh lebih baik..
Maka saya berharap tutuplah sebanyak mana pintu buatku,
agar sy mendapat pintu2 yang lebih baik..
Namun janganlah sampai Dia menutup pintu taubat & syurga buatku,
kerana tidaklah berdaya buatku mendapatkn pintu yg lebih indah dari itu..:)

Friday, April 8, 2011

Kita Ada Kelebihan Sendiri

4:49 PM 15 Comments
Hari ni aku nak gebang2 sket (gebang ke bebel??hihi). Alhamdulillah..... ramai kawan baru yg kebanyakannya mmg dalam 'trek' yg sama aku dah kenal. Mmg itu lah tujuan aku dlm mewujudkan blog ni (oh... sapa yg baca blog kebun stoberi tu, mesti rasa lain eh. Aku kat sini agak formal. Tehehehhehe. Aku pun tatau cena ter formal plak bila menulis kat sini. Tehehehehehhe). Jumpa kawan baru, bertukar2 pendapat, berkongsi suka duka.

Smlm masa buat entry 'kita adalah insan terpilih', ramai juga drop komen. Thanks fren. *hugs*. Sememangnya kita insan terpilih. So, sekadar me review komen dari honeylily (yg lelain pun akan di review nati ya..)

honeylily said...
Semoga diri ini juga akan setabah dan sekuat puan...
Ada kalanya macam give up...
Tapi
Ada kalanya macam nak sangat2...
Ada kalanya rase macam untungnya belum ada anak..
Tapi..
Ada kalanya sedih berhari2 tengok anak orang...
Terutama apabila ada insan2 yg mulutnya takde insurans..
Alhamdulillah..hubby sangat supportive..thats more than enough

Honeylily.....
Sebenarnya saya pun tak la setabah dan sekuat yang disangka. (err...toksah duk panggil puan le Honeylily, just panggil je saya Ieda/ Reen.. errr...kak stoberi pun buleh kalo honeylily muda dari saya...tehehehehe)
Kengkadang saya pun down, saya juga selalu upset. Ditambah plak umo saya ni da 2 tahun masuk 3series.=32 tahun. Tp.... saya selalu sematkan 'this is not end of this world'. Takde anak bukan bermakna kita tak boleh bahagia (mmg sepatutnya ada anak pun tambah kebahagiaan). Tp Tuhan itu lebih mengerti apa yg terbaik utk kita. Mungkin ketika ini kita belum sesuai utk menjadi ibu dan bapa. Tp mesti kita pikir, aku da boleh dah jadi ibu,aku dah bersedia apsal plak belum masa lagi
Itu kata kita, tapi Allah lebih mengetahui.
Same goes to me. Saya seorang yg sgt sgt suka berjalan2, pegi sana sini. Makanya ini lah kesempatan yg saya ada. Dgn ditemani suami plak. Mcm Shahora ckp smlm. Rezeki dtg mencurah2 utk dia dan hubby dia lps kawen walo takde anak. Kita mmg kena akur bahawa Allah tak bagi kita rezeki segedebuk suma skali macam tu. Mmg kita down takde anak, tp sedar tak sedar kita diberi olehNya rezeki yg lain. Rezeki lps kawen org kata kan. Bagi sy sendiri, 2x interview utk tukar jawatan (dlmn), tak dpt. Tp thn lps, Alhamdulillah... saya dpt. Thn lps jugak sy dpt beli rumah sendiri. Thn lps jugak saya dpt pergi ke Bandung. Itu lah rezeki saya.

Saya tahu mmg tak suma tu tak menandingi rezeki anak. Iyer, itu tak dinafikan. Tp percaya lah,  rezeki tu lain-lain. Setiap kali saya cerita pasal tpt2 yg saya pegi/ lawati harus ada yg komen 'seronok la ko, aku ni ha,,kalo nak pegi, bkn utk sorang dua nak pikir, nak kena pikir anak2 lagi'. Maknanya, kita takde anak, dia kata kita seronok dpt jalan2, tp kalo kita tgk dia plak, kita rasa dia bertuah sbb ada anak2, tk payah jalan2 pun takpe. 

Tp mmg ada yg dpt suma2 rezeki tu, naik pangkat, suami kaya, anak2 yg comel.  Dulu sy down sgt bila tgk org murah je rezekinya. Saya ni kawen pun lambat. Naik pangkat pun tak. Lebih lagi bila ada yg grad sama ngan saya, tp dpt tu suma. Saya rasa saya paling malang. Tp bila sy tgk perjalanan hidup saya, rupanya mmg Allah ada perancangan terbaik utk saya.

Saya juga semakin kuat bila saya ayah saya meninggal secara mengejut pada thn 2005. Saya rasa itu lah dugaan terhebat utk saya. Sebagai anak bongsu, saya paling rapat dgn ayah. Tp saya tak dpt mengadap dia utk kali terakhir. Saya smpai di kg hanya bertemu jasadnya. Betapa rindunya saya nak bercakap dgn ayah. Smpai skang saya asik tertanya 'mengapa ayah boleh meninggal?' Sbb ayah saya sihat. Mlm sebelumnya saya sempat bercakap dgn arwah melalui telefon. Dan bayangkan jam 5pg saya dpt panggilan ayah dah takde.

Nak kata saya tak susah hati, saya pun susah hati. Tp jgn pikir sgt. Org mcm kita ni terpaksa 'ego'. Mmg la tak baik, tp terpaksa supaya kita tak terus susah hati. Kita jgn pikir sgt kelebihan org, pikir gak kelebihan kita. Kita dapat gi jalan2, dpt suami baik, dpt bos baik, dpt kerja yg baik, dpt duk rumah besar, dan suma2 yg terbaik yg ada pada kita. Yg ada keliling kita.

Mungkin pada pandangan org lain bunyinya macam agak 'arrogant', tp bagi mereka yg dah ada anak, yg dah sempurna lifenya, harap tidak la memandang kami2 ni mcm 'cacat/tak sempurna'. Jgn merendah2kan kami dgn ayat tak pandai main / mandul ke apa ke. Selagi anggap kami begitu, selagi itulah kami terpaksa jadi arrogant.
Walau apa pun, cuma satu je yg kita kena igt- tiada yg sempurna kat dunia ni. Masing2 ada kelebihan sendiri. So, jgn sedih-sedih... jgn gusar-gusar. Org cam kita mmg kena sentiasa positifkan diri. Sementara takde anak, mari kita buat apa yg kita suka. Gunakan masa yg ada. Kalo suka melancong, kita boleh gi  melancong (Cam EKA tu kan.... seb bek je dia keja cikgu, tk leh cuti sesuka ati, agaknya kalo keja cam saya ni, lagi dah kemana2 dah dia. teheheheh). Mcm saya  plak ujung minggu mmg jarang lekat kat umah. Ada je nak gi memana. Sbb saya mmg jenis yg sker jalan2/makan angin.  Tahun ni kami berkesempatan ke Kundasang Sabah, bln Januari (tpt tu sgt bes... sejuk, cantik sesuai tau nak beromantik dan buat anak juga. Eh... Teheheh). Lps tu gi Penang awal bln Februari. Oleh krn bln Mac kiterang sebuk kat tpt keja, maka skang ni tgh mencarik2 date sesuai untuk bercuti lagi. Mungkin 1 Mei ni la. Asben kata PD sudah..tp mcm nak carik tpt lain je. Asik PD...PD.. PD.. Genting Highland pun cam bes kan. Melaka baru pegi bln Nov thn lps. Hurmmmm.... any suggestion frennn???

*maaf sekiranya entry ni kedengaran spti belagak... ni just semangat yg ada utk di share sesama kita. Maaf yer jika ada tersinggung :)

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers