Utk injection merangsangkan telur, saya dapat Humog 75iu.
Ada orang tanya why ubat ni? why tak ubat yang gitu, yg gini. Macam kenapa tak dapat injection macam dia dapat lah.
Jawapannya -
I don't know - saya tak tahu, tapi saya percayakan gynea saya, jadi I'm put my full trust toward her.
Why tak sama dengan orang lain tu, mungkin kerana masalah kita tak sama.
Doktor mesti lebih tahu apa masalah yang kita hadapi berdasarkan assessment dan history2 kita sebelum ini.
Alangkan masa operate laparoskopi pun ada memacam jenis laps yg dibuat, ini kan pula bila kita dah start procedure. Kan?
Jadi, saya dengan Humog 75iu. (hasil google, saya tgk LPPKN pun ada guna ubat ni, Pantai pun ada kalau tak silap). Tapi lain orang, dapat lain. Ikut case memasing.
Permulaannya dapat dua kotak utk 2 hari injection.
Satu suntikan on CD7 dan satu lagi on CD9.
Suntikan pertama masa hari last consume Nolvadex.
Ada orang kata nampak menakutkan.
Kenapa tak pakai yg cam gini cam gitu.
Sekali lagi saya tekan kan - masalah kita tak sama.
Mungkin awak punya pengetahuan yg luas berkaitan kegunaan Puregon, Gonal F and apa tah lah ubat utk stimulate folikel. Tapi saya trust doktor saya.
Takde masalah.
Saya boleh cucuk di KL Fert terus.
Jadi, kali pertama cucuk, saya pergi KL Fert. Dekat je dari office. Bawak la beg hikmat ni pergi ofis jugak.
Punch kad then buat kerja kejap, kul 9 lebih minta kebenaran boss untuk keluar. Alhamdullilah juga bos byk membantu.
Suntikan pertama on CD7 (15.9.2015)
Suntikan pertama on CD7 (15.9.2015)
Sampai KL Fert, tgk eh ramai pula.
Kat kaunter pun q orang yg dah ada appointment.
Terus gitau nak inject je. So, nurse Nabila entertain.
Dia bawak masuk bilik kecik belakang kaunter. Duduk situ. Dia godak2 kan ubat2 tu, then cucuk.
Sempat tanya dia, sakit tak?
Gelak je dia. Cam gigit semut je katanya. Haha.
Takde la sakit nau pun. Masa masuk jarum mmg tak rasa apa. Sungguh.
Tapi, bila ubat tu dilepaskan macam sakit sket lah.
Pastu rasa cam ubat tu "bergerak" je.. huhuhu.
Settle suntikan pertama.
Nothing worried kan. Dulu takut sgt nak buat IUI sbb takut nak kena cucuk2 perut ni. Padahal buleh ja buat kat klinik lain pun kalau takut. Apa menda ntah. Memang tak terbuka hati lagi kata orang tu kan. Ah. Past is past. Takyah duk teringat lagi lah.
Suntikan kedua - CD9
Pun buat kat KL Fert dan nurse Nabila entertain.
Kali ni lebih rilex. Tak sakit lah. Dun worry. Takde tanda langsung pun.
Pun buat kat KL Fert dan nurse Nabila entertain.
Kali ni lebih rilex. Tak sakit lah. Dun worry. Takde tanda langsung pun.
Suntikan ketiga on CD10
Ini tambahan lepas doctor buat TVS. Mungkin saiz telur tak memberangsangkan.
Oh. Tu ari tanya kat nurse Nabila, ada tak ubat lelain. Dia kata ada je. Tapi, dah doktor bagi yang ni, kena amik yang ni lah. Tu saya kata, kita punya masalah berbeza. So, dose kita, jenis ubat kita juga berbeza :)
Injection yang ni ambik lepas jumpa doktor. Nurse Nabila inject belah kiri plak. Agak sakit plak kali ni. But, still takde tanda apa2. No lebam ke apa.
Suntikan keempat on CD12
Yang ni jatuh hari Ahad. Terpaksa pergi klinik biasa.
Surat referral dah ada. So, kami pergi Pusrawi.
Alahai Pusrawi ni. Memula tu kami tanya, orang yg register tu kata dalam RM15 je. Pastu bila dah siap cucuk, tempat nak bayar tu kata RM37.50.
Amboi.. lepas kita cakap kita cuma cucuk je. Jarum apa seme sendiri punya. Baru lah harga tu jadi RM13.05 (GST lagi tu). Itu pun kecoh call sana call sini.
Walau pun dulu Pusrawi ni pernah jadi panel office kami, tapi mmg a lil bit skeptical sket kat Pusrawi ni. Sbb pernah myDH pergi cuma nak ambik ubat batuk n demam je. Tapi dia suruh ambik darah bagai. Padahal bukan demam berpanjangan pun. Ambik darah tu okay lah. Tapi, menunggu nak jumpa doktor lama giler. Terus kami lari je balik (sbb panel kan..jadi takde la kita nak bayar ke apa). Terus gi klinik lain. Mudah je doktor bagi ubat.
So, kali ni depa caj lebih dari sepatutnya pulak dan kalau kita tak counter back harus bayar je harga mahal tu. Plus, nurse kat KL Fert dah cakap, kalau cucuk je biasanya range dalam RM10-RM15. Depends.
So, 4 suntikan humog untuk IUI.
Dan kesemua ubat berharga RM551.20
Seterusnya untuk pecahkan telur sebelum buat IUI, doctor bagi Hucog.
Kena inject jugak.
Kali ni kena inject malam antara jam 8.00 - 9.00 malam - 21hb Sept 2015 since IUI akan dibuat pada hari Rabu 23.9.2015 jam 11.00pagi. Hormone ni akan bertindak balas dalam tempoh 36jam.
Mulanya pergi ke klinik Reddy. Klinik tu kata dia takde peralatan bila tunjuk referral letter. Kami kata kami ada semuanya, just nak tolong cucuk.
So, yg jaga kaunter tu bawa ke Doktor. Dia kata doc buleh tlg cucuk.
Bila tanya bayaran, ambik masa yg lama pula. Duk tgk handphone. Masa adalah berharga ketika ini. Kami terus nak pergi hospital saja. Dia kata bayaran mmg akan lebih dari RM20 sbb consultation je dah RM20. Tu lah kita cakap, tak perlu lah sampai ke doktor. Nyata, klinik biasa bukan tempat yg bagus untuk pergi cucuk. Sesapa yg nak buat injection hormon ni better pergi hospital and bahagian rawatan kecemasan.
So, kami ke Pusrawi. Masa sampai situ dah hampir 8.45pm. Berdebar kau.
Ada sorang nurse bantu inject kan.
Masa masuk hormon ni mmg "terasa" lah. Beza dengan humog. Rasa macam ke tekak. Agak tak berapa nak selesa. Nurse tu sendiri kata ubat ni macam 'berat' sket. Masa dia buka botol pun macam dah terasa katanya.
Lepas tu tanya bayaran, nurse tu kata tak payah. Eh. Dia kata takpe. Tolong inject je. Bukan guna peralatan apa pun. Semua bawak sendiri.
Alhamdulillah. Murah rezeki awak nurse. Tapi, agak ralat sket sbb suppose bagi lah dia sedekah sket kan.
Hucog ni agak bersimptom. Jadi, tu yang keesokkannya (Selasa), minta cuti.
Tapi, Alhamdulillah.. okay je.. takde simptom apa pun. Normal je. Masa memula inject tu. Lepas tu okay dah.
Kos hormone Hucog - RM106.00/piece
Begitu lah. 5 kali cucuk. Ini yang ditakuti sedari dulu.
Rupanya takde la scary sgt pun. Takde la sampai lebam apa semuanya.
Okay je. Tak nampak langsung kesan kat perut.