Monday, November 2, 2015

# emosi # pregnancy

Mereka Banyak Pengalaman (kononnya)

Bosan kan. Kadang2 bila kita meluahkan dengan orang tentang sesuatu, tentang ketidakseleraan kita misalnya. Mesti mereka cakap 'ala, biasa lah tu, aku dah merasainya'

Entah lah. Bukan lah aku nak menyampah atau sesuatu. Tapi, a lil bit annoyed.
Konon konon sebab mereka lebih ber pengalaman, sebab mereka dah pernah mengandung, makanya apa yg jadi pada kita ni mereka pun pernah lalui.
Padahal, bukan semua simptom tu sama.
Tapi, ye lah.. kata dah berpengalaman kan.
Mesti lah belagak tahu serba serbi.

Bila kita kata kita tak lalu makan, mereka pun sama lah.
Bila kita kata kita tak muntah, mereka pun sama.
Hujung2 kata pulak depa muntah.

Sebenarnya nak tunjuk 'eleh, apa kau rasa tu aku dah rasa dulu dah...'

Taknak kalah lah kiranya.

Dia je lah yang serba tahu.
Dia je lah kena semua segala simptom.
Dia je lah super ada pengalaman semua.

Tu kadang aku macam lantak lah. Malas nak cerita itu ini.
Cerita pada orang pernah mengandung (wal hal sekali je pun mengandungnya), dia action bagai seme simptom pernah jadi pada dia.
Cerita pada orang tak pernah mengandung, macam kesian pula.
Sudahnya. Kita simpan dediam sudah.
Kita share ngan suami sudah.

Sama juga nanti if dah beranak apa semua.
Memang tak boleh nak share.
Nanti dia lah paling tip top berpantang. Paling tip top membesarkan anak. 
Serba serbi dia tahu.

Dalam tempoh 8 minggu pertama aku tak merasai sgt morning sickness.
Ada takde pun muntah mild2 ja.
Waktu malam biasanya.
Itu pun takde lah aku cam pening ke apa.
Just gi bilik air, lepas tu rasa cam eh, nak muntah rasanya ni.

Cuma, yang agak terseksa is langsung takde selera.
Langsung.
Lapar. Tapi bila makan sket je boleh masuk.
Lapar. Sampai rasa pedih perut, tapi tak heran pun dgn apa jenis makanan.

Harapnya selepas 1st trimester keadaan ni akan berakhir.
Selera ada semula tak lama lagi.
Sementara ni layan je lah.

No comments:

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers