Wednesday, November 11, 2015

# pregnancy

Week 8

4.11.2015

Minggu ke 8.
2 bulan sudah. Alhamdulillah.
Masih mild mild je muntah.
Biasanya malam. Pagi memang Alhamdulillah, baik sahaja.
Cuma nya rasa nak tido tu memang tak boleh elak lah.
Rasa nak amik cuti tanpa gaji je. Untuk tido. Haha.
Mak tak bagi tido sangat. Sbb dia takut baby jadi malas. Huhu (T___T).

Your 8th Week

You’re probably beginning to feel different, even though you don’t look pregnant. You may feel a bit low and irritable at times; this is largely due to the changing levels of hormones in your body. You may sometimes have mixed feelings about being pregnant, however much you long for a baby. If the idea of going on vacation appeals to you, opt for short trips and a safe climate, and take extra care of yourself.

NOTE

Your mood may swing from high to low as hormones and emotions take hold

[kredit : Here]

Minggu ke8 ni agak hectic dan menjadikan diri agak aktif.
Dah la rasa lemau. Kena jadi aktif pulak.
4 hingga 6 November pergi course di Melaka.
Lemau weh. Kalau boleh takmo pegi. But, have to.
Sudah lah masa nak pergi tu, menunggu boss kemain lama. Janji nak pergi pukul 4pm, tapi kul 7pm baru gerak ke Melaka. Course dah start pun masa kiterang sampai tu. Langsung la tak masuk kelas. Esuk paginya baru masuk. Lantak kan.

But.... baby sgt behave ya kat hotel.
Makanan hotel pun dia suka. Cuma ibu tak ambik nasik utk dia. Lelain dia suka je nak makan.
No muntah. No loya etc. Bagus lah anak ibu ni. 
Tapi, amboi.. makan kat hotel suka je yer.

Balik dari Melaka - esuknya balik kampung pulak.
Terus ke Taiping dulu sbb ada wedding. So, perjalanan agak panjang.
Cuma berhenti breakfast somewhere kat Sungkai. Keluar dari highway, masuk jalan lama carik warung2. Sbb RnR tempat makan hentian Tapah tutup.
Itu je lah berhenti sekali. Lps tu direct ke Taiping.
Makan kat rumah kenduri pun selera je. Suka baby makan nasi minyak, ayam bakar dengan air asam. Silap pulak sbb amik sket sbb ingat tak abis (T_____T).
Jalan nak ke Taiping banyak "geduk geduk geduk" tu. Alah, yg garis2 tak bagi orang laju tu. Agak rasa bergegar la kan.
Petang baru balik rumah mak. On d way tu pun rasa macam byk gak bergegar jalan nih. Tapi buat tak tahu je.

Malam tu agak tak selesa tidur. Mula mak suh tidur dalam bilik. Pastu macam malas. So, decide tidur luar bentang toto ja. 2 lapis toto. Tapi macam tak lena.
Pagi tu breakfast macam biasa. Takde rasa apa pun. Pastu sakit perut.
Masa kat toilet tgk kat pantiliner ada macam brown discaj.
Cuak kau.... tak pernah terjadi camni nih.
Pastu pulak berak keras (sbb dah 4 hari kut tak berak), dah ada cam setitis dua bleeding.
Cuak lagi. Mana nak carik klinik nih.
Tapi, bertenang. Mandi apa semua, kita pantau tgk.

Bed rest je lah. Dalam tghari tu tgk takde apa dah. Alhamdulillah. 
Risau jugak lah. Mula terfikir, ada menda yg tak boleh makan ke.

Makan lauk kenduri. Makan ketupat palas. Pulut ke tak boleh makan.
Ke sebab terhentak2 tu. Tapi, mostly terfikir sbb terhentak2 tu.
Pastu bila google ada yg tulis, kalau date macam masa kita supppose period kadang ada tanda2 macam tu jugak. Dan mmg ye lah, kalau ikut date, mmg tarikh aku period.
Hopefully takde apa lah sbb lepas tu no more discaj etc.
Cuma, kita tak balik KL petang tu. Extend esuknya (Isnin). EL lah.
Isnin tu balik KL setiap sejam berhenti. Huhu. Mula berhenti di Simpang Pulai, pastu berhenti di Ulu Bernam.
Mujur dari Perak je kan. If dari Kelantan. Phewww....
Dan Alhamdulillah... takde apa discaj ke apa.

Selasa - cuti Deepavali.
So, bebetul lah bed rest saja.
Risau juga kan.
Lepas ni takmau dah buat long distance travel. Unless dah lebih 12 minggu.
Family tanya cemna nak ke Langkawi nanti. Tapi, masa tu kira dah lebih 12 minggu.
If tak boleh kami kena gantikan lah dengan anak buah.

Oh. Isnin tu dapat berita baik juga.
Alhamdulillah, dapat juga temuduga untuk Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Kira cam biasiswa dari JPA untuk sambung belajar. Tapi, kali ni dia tawarkan cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa.
Ye, ini adalah salah satu peluang untuk jaga anak sampai umur dia 2 tahun.
Mudah mudahan dapat lah hendaknya.

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers