Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, November 13, 2015

IUI : Rumusan bayaran

Okay, ini bayaran untuk prosedur IUI saya di KL Fertility Centre.
Harus diingatkan, lain orang, lain masalahnya.
Bila lain masalah, harus lain bayarannya.
Tapi, buleh dijadikan guideline jugak lah.
Ada yang bukan dalam prosedur i.e blood test utk Vit D. Itu kalau orang dah cukup Vit D tak perlu dah nak buat semula test tu.

Saya bagi detail ni bukan utk di banding bandingkan dengan tempat rawatan lain. Ini sekadar perkongsian dan guideline utk sesapa nak mulakan rawatan.
Jangan lah ada yg tetiba dtg dan ckp "eh, u, tempat u ni lagi murah ya dari tempat I buat"
Atau cakap "oh, tempat u buat murah sbb dia pakai ubat murah ni"
Udah udah la tu. Apa motifnya tu sekadar nak bagitahu macam tu.
For me, rasa nya tak perlu kita nak beritahu sana murah, sini mahal. Pakai ubat begitu, pakai ubat begini. Tak perlu pun seme tu.
Tak tahu la orang kita ni. Mmg cukup suka bab compare meng-compare ni. Even masa gi umrah pun camtu lah. Mesti nak tanya orang dan banding2 dgn pakej sendiri. Membawa smpai la ke tanah suci sana. Asal jumpa kita tanya pakej kita berapa. Pelik kan?
Sebenarnya begini, ke mana kita pergi utk rawatan pun, yg "melorong-kan" atau yg memandu  kita ke situ adalah Allah. Allah tahu apa kemampuan kita. Kalau kita mampu buat rawatan juta juta, ke situ lah kita pergi. Ingat, Allah tak pernah menzalimi hambaNya.

Macam dulu, masa kat Dr Hamid, saya buat operation laparoskopi dalam 7k memang menggunakan duit simpanan saya sepenuhnya. Takde claim insurans bagai. Masa kat situ pun hampir 10k dan sesen pun saya tak guna insurans ke hapa. Mmg saya takde insurans utk cover tu operation buang cyst tu. Then masa kat LPPKN pun, sbb rawatan tak abis, walau sy boleh claim sbb kerja kerajaan, pun saya tak claim. Samalah untuk rawatan skrg ni - semuanya guna duit simpanan sendiri. Sebab Allah tahu, itu kemampuan saya.
Masa sy buat rawatan dgn Dr Hamid mmg saya rasa saya takde peluang nak gi umrah sbb duit yg saya guna tu adalah duit simpanan Tabung Haji. Tapi, awal tahun ni (tahun 2015) diiizinkan Allah saya buat umrah dengan duit simpanan sendiri. Malah dapat top up sket utk perbelanjaan suami juga. Alhamdulillah. Sememangnya Allah dah tahu kemampuan kita. So, tak perlu lah kita datang nak bagitahu orang tempat ni mahal, tempat ni murah.

Syukur saja lah kita boleh jumpa pakar. Ada orang termenung sana sini nak buat rawatan. Ada yg buat rawatan kat HKL, bayar minima sgt. RM5 setiap kali jumpa pun, berjaya juga rawatan.
Jadi, kalau rasa nak tahu pasal bayaran lain-lain kat klinik saya buat ni, terus je lah call klinik ni ya. Saya tak tahu bayaran lain-lain. Murah ke mahal ke saya tak tahu dan saya rasa saya tak perlu ambil tahu pun.

Okay back to story.

Kali ni treatment boleh dikatakan start from A to Z.
Dari appointment untuk tgk hormon, ambik darah dan terus dgn prosedur IUI.
Jumlah semua adalah RM4,486.40
Kalau IUI saja adalah RM2,976.50

Kos ini juga tidak termasuk segala vitamin yang beli sendiri dan perlu di consume sepanjang rawatan.
Antaranya :
Multivitamin.
Coq10
Calcium
Fish Oil
Vitamin C (husband)
Zinc (husband)

So, ini lah bayaran utk buat IUI di KL Fertility.
Kalau success, kita akan ada follow up lagi sampai lah kandungan 12minggu.

10.8.2015
1st Appointment 
FOC- Guna voucher
15.8.2015
2nd appointment
Blood Test (husband n wife)
Semen Analysis
Vit D Test
RM1,130.00
26.8.2015
3rd appointment
Vit D Emulssion (ubat)
Caltrate (Ubat Kalsium)
Pap Smear
RM379.30
11.9.2015
IUI procedure start.
CD3 appointment.
TVS
Nolvadex (ubat)
Humog
Vit D test (re-test)
RM931.60
18.9.2015
Appoinment on CD10
TVS.
Humog
RM495.60
21.9.2015
Appointment on CD12
TVS.
Ovulation test strip
Hucog
RM249.90
23.9.2015
IUI Procedure
RM1,300.00

TOTAL
RM4,486.40