Thursday, December 31, 2015

Welcome 2016

8:25 AM


Good bye 2015
Welcome 2016.
Tahun yg dirasakan begitu cepat berlalu.
Tahun yang membawa banyak kenangan manis.

Kenangan menunaikan umrah bersama mak dan suami memang tidak dilupakan.
Dapat bersujud di Raudhah, di Hijr Ismail memang kenangan yang takkan dilupakan.

Terima kasih Allah atas semua peluang ini.
Moga tahun 2016 membawa kebaikan utk kami sekeluarga dan untuk semua juga.


Wednesday, December 30, 2015

Week 16

2:43 PM
30.12.2015

Sehari selepas jumpa doktor dah masuk 16minggu anak ibu.
4 bulan InsyaAllah (dari tarikh LMP).
Minggu ni ibu dah boleh tidur selesa sket sbb ibu dah dapat pregnancy pillow yg ibu order online.

Selesa sket.
Lps tu hidung tersumbat pun macam kurang bila guna bantal ni.
Start minggu ni juga ibu makan iberet.
Hari pertama makan, rasa macam mamai mamai. Pening2 lalat dan mual sket.
Rasanya tak boleh ambik waktu siang lah ni.
Kena makan waktu malam.
Susah nya bila nak makan ubat ni.
Tapi, takpe, demi anak ibu.
Jadi, ibu makan waktu malam before nak tido. Ibu baca2 kata lps makan tu sulam ngan air ribena. So, ibu buat lah. Okay lah jugak.

Oh ya. Minggu ni agak kepanasan. Tapi, ibu tak boleh nak on air cond masa tido. Nanti hidung tersumbat :(
Panas oih. Sampai ke ofis pun panas walau duk dalam ekon.
Pastu kadang macam gatal2. Ada bekas yg dulu mmg gatal pun jadi gatal balik. Asyik menggaru. Ibu try letak gel aloe vera. Okay sket lah.

Last week ibu banyak order baju maternity. Hehe. Geram tgk. Comel2 belaka.
Ibu suka tgk kat sini mammahouse. Comel2 semua.
Ibu beli 3 pasang dari sini. Lepas tu dari Lazada pun ada.
Papa kata nati beli seluar plak. Boleh pakai dengan baju comel2 tu kalau pergi jejalan.
Semua baju ibu order dah sampai. Nati boleh ibu pakai.

Perkembangan baby minggu ni.
Blood vessels: Your baby's circulatory system is now working; her heart is pumping about 25 quarts of blood a day.

Head: Your baby's head is more erect now. Her scalp pattern is starting to develop although her hair hasn't started growing in yet.

Toe: Your baby has started growing toenails.

How your baby's growing

Get ready for a growth spurt. In the next few weeks, your baby will double his weight and add inches to his length. Right now, he's about the size of an avocado: 4 1/2 inches long (head to rump) and 3 1/2 ounces. His legs are much more developed, his head is more erect than it has been, and his eyes have moved closer to the front of his head. His ears are close to their final position, too. The patterning of his scalp has begun, though his locks aren't recognizable yet. He's even started growing toenails. And there's a lot happening inside as well. For example, his heart is now pumping about 25 quarts of blood each day, and this amount will continue to increase as your baby continues to develop.



16 weeks: Your baby is about the size of an avocado


Tu hari masa jumpa doktor tak puas sbb tak dpt tgk anak ibu gerak2.
Takpe. Next time ibu nak mintak tgk baby gerak2 okay.
Membesar dengan sihat ya sayang. Love you.

Tuesday, December 29, 2015

UKMSC : 1st Appointment

10:57 AM
29.12.2015
15weeks+6days


Sebagaimana yang telah di booking last month, hari ni ada perjumpaan pertama dengan doktor di UKMSC.

Oh, kot ada yg tak tahu, UKMSC ni terletak dalam bangunan hospital PPUKM. Which tempat ni adalah klinik pakar. Kalau sesiapa kerja kerajaan, GL adalah diterima di PPUKM, tpi tidak di UKMSC ni. UKMSC ni macam hosp private lah. Semua nya di bawah tanggungan kita kecuali ada insurans. Ofis memang cover insurans kat UKMSC ni, cumanya utk kes pregnancy insurans office tak cover pula. Tak pelah. Selama ni pun dah byk berhabis utk anugerah Allah ni kan.. ada lah rezeki tu nanti.

UKMSC ni macam full paying patient kat hosp govt lah kiranya. Cuma harga lebih sedikit dari FPP tapi tak semahal hosp private yang lain.
Selain saya nak check up dengan pakar, saya pilih UKMSC juga sbb dia mmg dah attached dengan hosp PPUKM sendiri. In case apa apa, senang je. GL saya masih diterima di PPUKM.


Doktor yang saya ambik Dr Kadir. Bukan taknak pilih doktor perempuan, tapi yg perempuan dah penuh. Available bulan 2 ke atas. Jadinya sebelum bulan 2 saya kena pergi tempat lain plak utk check up kan. Sedangkan check up dengan Dr Natasha yang terakhir pada 11.12.2015. So, takpe lah. 

Appointment jam 2-5 petang. Kira macam 1st come 1st serve.

Kami keluar dari office jam 12 tghari. Singgah makan kat Veledrome dulu. Then terus ke PPUKM. Terus naik ke tingkat 7 sbb nak tgk boleh register terus atau tak.
Tapi, bila naik tu, boleh je terus register. 
Lepas tu timbang berat, buat urine test then tunggu lah doktor.

Dapat no giliran ke3.
Menunggu pun tak lama. Dalam 2.45pm camtu dah dapat jumpa doktor.

Doktor ni simple.

Tapi, tak se detail doc Tasha.
Kalau dgn Doc Tasha siap dia godek2 masa scan tu. Dpt tgk itu ini.

Kali ni takde pun. Terus sedih. Haha.

Tak dpt pun tgk anak ibu gerak gerak.
Takpe. Next time nak minta juga tgk anak ibu gerak.

Lepas tu tak dpt gmbr scan. Huwa.. Ini sedih. Sbb biasanya kat doctor Tasha dia terus bagi. Huhu. Kena mintak agaknya. Tkpe, pasni kita mintak. Bayar kotttt... Huhu.

Dah dapat buku rekod.
Pink juga. Tapi tak sama lah dengan full govt punya buku.
Yg best nya doktor sendiri tulis detail2 tu.

Haha. Kat depan tu tak perlu pun nak tulis2 nama bagai.
Terus tampal sticker je.


1st time ni doc tanya sejarah2 je lah.

Bagi referral letter dari Dr Tasha. Senang sbb dia mmg kenal Dr Tasha.
Sebut je nama terus dia kata "KL Fertility ya"

Dan mujur juga bawa rekod2 dari sana. Keputusan pap smear, jenis darah. So, tak perlu nak repeat buat semua tu balik.

Biasanya orang datang sini dah 20 minggu ke atas.
Ai je yg perut kecik lagi dah datang. Haha. Takpe lah. Tanya kat doktor tak perlu pergi KKIA lagi kan. Doktor kata kalau nak pergi boleh ja. Tapi, sini pun sebulan sekali juga check. Dah 28minggu nanti baru 2minggu sekali. Okay lah. 


Dah ada buku rekod tu macam konfiden sket lah. Senang kalau apa apa hal kan. 

Dalam kul 3 lebih settle. Doktor bagi ubat Iberet since ai cerita yg ai akan muntah lps makan obimin pluz. 

Solat zohor dulu situ baru balik. Lps ni dah tahu. Pergi register dulu. Then solat. Then baru tggu doktor sbb mmg kul 2pm baru dia start panggil patient :)

Apa pun, puas hati juga check up sini sbb orang tak berapa ramai. Dan takde la nak menunggu lama macam yg orang selalu cakap tu. Moga dipermudahkan hingga sampai masa bersalin nanti :)


Bayaran : RM276.80
Next appointment : 26 Januari 2016

Wednesday, December 23, 2015

Week 15

9:53 AM
23 Disember

Oh. Cepat betul minggu yg ke14 tu hari. Agaknya sbb pergi berjalan ke Langkawi. Tu yang rasa sgt sekejap.
Minggu ke 15. Banyak cuti panjang. 4 hari ibu lepak2 rumah ja.
Rehat.
Minggu ni agak panas.
Memalam asyik ber air-cond.
Lepas tu hidung ibu asyik tersumbat plak bila dah kena air cond. 
Bila baca, itu adalah common katanya [link : stuffy nose during pregnancy]
Lepas tu kulit macam sensitif sket.
Ibu sapu balm kat area kepala, dia jadi macam melepuh. Dulu takde pun.
Selera ibu masih tahap biasa biasa. Takde la nak berselera naga ke apa.
Tgk makanan pun cam ala ala, okay, ada ada, takde pun takpe.

Tapi, tu hari datang sembelit lagi. Ya hampun... cemna buleh kena lagi ni.
Tapi tak berapa teruk. Risau ibu kalau sembelit ni tau.

Oh. Tu hari ibu makan Obimin Pluz.
Lepas tu ibu termuntah. Memang kaw kaw punya muntah. Selalu yg light2 je.
Apasal ek. Sbb ibu makan ubat lepas makan nasik ke ah.
Abis semua yg ibu makan terkeluar. Bila ibu google mmg side effect obimin pluz cam gitu. Ada yg muntah2 camtu.
Takpe, nanti ibu tanya kat doctor.

Minggu ni ibu ada appointment dengan Dr Kadir kat UKMSC.
1st time jumpa dia.


Perkembangan anak ibu minggu 15.


Amniotic sac with fluid: Your baby is busy inhaling and exhaling amniotic fluid, which will help the air sacs in his lungs develop.

Eyelid: Although your baby's eyelids are fused shut, he can sense light. If you shine a flashlight at your tummy, he's likely to move away from the beam.

Leg: Your baby's legs are growing longer than his arms now, and he can move all his joints and limbs.

Your growing baby now measures about 4 inches long, crown to rump, and weighs in at about 2 1/2 ounces (about the size of an apple). She's busy moving amniotic fluid through her nose and upper respiratory tract, which helps the primitive air sacs in her lungs begin to develop. Her legs are growing longer than her arms now, and she can move all of her joints and limbs. Although her eyelids are still fused shut, she can sense light. If you shine a flashlight at your tummy, for instance, she's likely to move away from the beam. There's not much for your baby to taste at this point, but she is forming taste buds. Finally, if you have an ultrasound this week, you may be able to find out whether your baby's a boy or a girl! (Don't be too disappointed if it remains a mystery, though. Nailing down your baby's sex depends on the clarity of the picture and on your baby's position. He or she may be modestly curled up or turned in such a way as to "hide the goods.")

15 weeks: Your baby is about the size of an apple

p/s : Tu hari, masa jumpa Dr Tasha ibu dah nampak gender anak ibu. Tapi, nanti ya. Esuk jumpa doktor kita confirm kan lagi.


Monday, December 21, 2015

Travelling : Tips Bagi Ibu Mengandung

10:44 AM
Bagi ibu mengandung yang hendak melakukan perjalanan jauh, beberapa faktor penting harus di ambil kira bagi memastikan keselamatan dan keselesaan diri serta bayi di dalam kandungannya. Antara faktor yang perlu di pertimbangakan ialah:-

Usia kehamilan.
*Keadaan kesihatan kehamilan
*Kesihatan umum ibu yang mengandung
*Persekitaran perjalanan.
*Pada lazimnya ibu yang mengandung pada usia kehamilan lebih 32 minggu tidak di galakkan melakukan perjalanan jauh. Ini adalah kerana jantung dan organ tubuh ibu yang mengandung akan bekerja lebih berat dari biasa dan tubuh ibu hamil akan lebih cepat merasa lelah dan daya tahan tubunya menjadi berkurangan.

Walaubagaimanapun, bagi membantu ibu-ibu hamil yang ingin melakukan perjalanan jauh terutamanya pada musim perayaan atau cuti, kami berikan beberapa tip yang berguna agar perjalanan anda akan berjalan dengan lancar seperti yang di rancangkan.

Tip-tip dan panduan ini banyak berhubung kait dengan kaedah perjalanan yang bakal di lalui dan jenis kenderaan yang akan di naiki.

Perjalanan menaiki kereta atau kenderaan darat

-Pilih lokasi tempat duduk yang paling selesa dan memudahkan anda untuk meluruskan kaki.
-Pastikan pengudaraan di dalam kenderaan atau penyaman udara berfungsi dengan baik.
-Bawa bersama bantal kecil untuk di jadikan alas punggung.
-Pakai pakaian yang longgar dan selesa serta mempunyai fabrik yang memudahkan penyerapan peluh.
-Beristirehat setiap dua jam sekali.
-Pilih lokasi istirehat seperti R&R yang mempunyai kemudahan untuk makan, minum, solat  dan kemudahan tandas.

Perjalanan menaiki Coach atau Kereta api

-Membeli tiket dengan memilih tempat duduk yang berdekatan dengan tandas bagi memudahkan pergerakan anda. (Ibu mengandung kebiasaanya akan kerap ke tandas).
-Elakkan dari mengangkat bagasi bersendirian. Sebaliknya mintalah bantuan orang lain untuk membawa dan mengangkat bagasi anda.
-Membawa pakaian sejuk untuk perjalanan malam.

Perjalanan menaiki Feri atau Kapal Laut

-Maklumkan kepada doktor anda berkenaan perjalanan yang bakal anda lakukan.
-Memaklumkan kepada doktor yang berada di dalam kapal bahawa anda sedang hamil. Tunjukkan surat keterangan kesihatan dari doktor anda jika perlu.
-Jika khuatir berkenaan mabuk laut, bawalah ubatan yang di berikan oleh doktor anda bagi mengatasi masalah tersebut.

Perjalanan Menaiki Kapal Terbang

-Usahakan untuk ‘Check in’ lebih awal dan minta tempat duduk yang selesa dan memudahkan anda untuk berjalan atau untuk ke tandas.
-Tekanan udara di dalam kapal terbang adalah rendah dan anda perlu banyak meminum air bagi menghindari dehidrasi terutamanya sewaktu penerbangan jauh.
-Gerakkan kaki setiap 15 minit bagi mengelakkan kejang kaki akibat penggumpalan di pembuluh darah balik akibat terlalu lama duduk. Di antara kaedah pergerakan ialah dengan meluruskan kaki, memutarkan pergelangan kaki dan menggerakkan ibu jari.
-Jangan khuatir tentang mesin pengimbas keselamatan yang perlu dilalui di setiap pintu masuk Lapangan Terbang kerana ianya bukanlah sinar X yang boleh menganggu keadaan bayi dalam kandungan anda.

sumber [link]

Wednesday, December 16, 2015

Week 14

9:56 AM
16.12.2015

14 minggu sudah. Alhamdulillah.
14 minggu di sambut dengan pergi travelling.
Yerp. Ibu ada family trip ke Langkawi.
Family abang2 gerak dari Perak.
Ibu plak gerak dari KL. Kena gerak awal dari mereka sbb ibu kena banyak rest. Kena slow n steady ja. Lps tu bermalam dulu di Kuala Perlis.

Ini bermakna minggu 14 ni adalah minggu baby berjalan-jalan.
Baby pun behave sgt.
Takde lah rasa susah ke apa.
Smooth je semua walau naik kereta berjam jam.
Alhamdulillah sangat.
Bagus anak ibu ni. Sayang dia.
Lepas tu ibu doa supaya ibu senang buang air kat sana sbb biasanya kalau travel sure macam susah buang air.
Takut tau kalau jadi camtu.
Tapi, Alhamdulillah.. Allah permudahkan semuanya utk ibu, utk baby.
Setiap hari ibu buang air pepagi. Syukur sesgt.
Kat Langkawi naik van. Pun okay je semua. Alhamdulillah juga.

Minggu ni pun okay2 ja. Takde yang pelik2 pun.
Meh tgk perkembangan anak ibu utk minggu ke 14

How your baby's growing

This week's big developments: Your baby can now squint, frown, grimace, pee, and possibly suck his thumb! Thanks to brain impulses, his facial muscles are getting a workout as his tiny features form one expression after another. His kidneys are producing urine, which he releases into the amniotic fluid around him — a process he'll keep up until birth. He can grasp, too, and if you're having an ultrasound now, you may even catch him sucking his thumb. In other news: Your baby's stretching out. From head to bottom, he measures 3 1/2 inches — about the size of a lemon — and he weighs 1 1/2 ounces. His body's growing faster than his head, which now sits upon a more distinct neck. By the end of this week, his arms will have grown to a length that's in proportion to the rest of his body. (His legs still have some lengthening to do.)
14 weeks: Your baby is about the size of a lemon

Selera makan ibu waktu travel agak baik.
Dia mmg camni. Tempat2 lain okay ja kalau nk makan, jangan kat ofis. Mmg buntu.
So, semua pun makan.
Kat Langkawi harus lah kena makan laksa kan. Tapi, ibu tak makan. Ibu rasa sket je dari papa. Papa makan semangkuk. Takpe lah. Demi anak ibu kan.
Ada coconut shake pun ibu tahan je.

Friday, December 11, 2015

11.12.2015 : Appointment Doktor Minggu 13

11:24 AM
Hari ni appointment last dengan Dr Tasha.
Dah plan nak bagi sedikit buah tangan.
Utk Dr Tasha bagi sepasang batik crepe. Kain yang belum dibuat baju.
Beli masa promosi seni taman kat office.
Blue color sbb rasa macam Dr Tasha minat biru je.
Selalu dia pakai kaler biru.
Utk nurse & staff bagi cheese tart.
Order dari bakers area Gombak.

Appointment jam 10 pagi.
Sampai pun just nice 10minutes to 10.
Parking pun ada kat Wisma Perintis. No need to mencari tempat lain.
Last appointment tu hari kena pergi parking kat building belakang tu.
Jenuh berjalan.
Naik lif skali ngan Ezlyn penyanyi tu lak. Ingat dia nak gi tingkat 6. Hehe.

Masuk terus cakap ada appointment.
Klinik pun sunyi. Tak ramai orang.
Beza sungguh masa bulan 8, bulan 9. Penuh semua tempat smpai takde tempat nak duduk.
Hujung tahun kot. Semua orang pergi bercuti dulu. Stop treatment jap.

Tak lama tunggu. Doktor keluar gi kat kaunter. Pastu dia nampak me tgh duk menunggu kat sofa depan pintu, terus dia ajak masuk. Eh. Boleh eh?
Hehe.
Masa tu myDH turun kat bawah gi toilet.
Doktor suruh msg husband, suruh masuk terus.
Doktor tanya cemna apa semua.
Bagi result yg pi buat NT test tu ari.
Doc tgk, then doc kata semua pun okay. Blood test tak ambik.
Doc pun kata kita ni orang Islam, apa pun result kita redha n terima je kan.
Pastu scan. Hihi. Tak sabau tau nak tgk anak ibu.

Letak je doppler tu terus nampak baby gerak gerak.
Baby aktif doktor kata.

Pastu doktor kasik rasa rahim dah tinggi apa semua.
Takut2 nak tekan.
Bila scan scan, doktor kata macam nampak 'something'
Aiyok.. Haha.
Dah nampak gender iyer... tak segan2 tunjuk kat ibu n ayah ea...
Sbb dia aktif sgt, senang nak nampak.
Apa gendernya - rahsia dulu lah.
Lagipun tak berapa nak kompom kan. Hiks.

Pastu dah scan apa seme, doktor tnya dah booking tempat bersalin.
Cakap dah booking kat UKMSC dengan Dr Kadir.
Dr Tasha kata Dr Kadir nice orangnya.
Oh. Lega dengar.

Since nak travel minggu depannya, tanya terus ke doktor.
Doktor kata InsyaAllah takde apa-apa. Baby IUI biasanya kuat!
Tapi, kena selalu berhenti lah. Supaya kaki tak krem.

Settle seme, tangkap gmbr dgn doktor.
Sedih pula nak tinggalkan klinik ni.
Tempat treatment paling best setakat ni. Dari doktor, nurse, staff semua pun best. 5 stars service ibu bagi kat klinik ni.

Next appointment will be kat UKMSC.
Debar rasa. Hehe.

Kos :
Scanning : RM120.00
Total : RM120.00 (saja doktor tak ambik consultation pun agaknya sbb ini yg last. Thank u doc)
Oh. Masa 1 Dis ada amik ubat duphaston. MyDH je pergi ambik. Kos RM70.00

Secara keseluruhan total cost di KL Fert adalah
-IUI : RM4,486.40
-Pregnant : RM1,927.00
Total : RM6,413.40

Wednesday, December 9, 2015

Week 13

9:58 AM
9 Disember 2015
(genap 3 bulan dari date LMP iaitu pada 9.9.2015 - easy to remember, rite?. Ngeee)

Ini bermakna dah 3x tak period.
Selepas beberapa tahun menunggu saat ni kan.
Alhamdulillah.. berpeluang juga. Terima kasih Allah :)

Okeh.
Dah nak masuk 2nd trimester.
Perkembangan baby 

Your baby's tiny fingertips have fingerprints, her veins and organs are clearly visible through her still-thin skin, and her body is starting to catch up with her head — which makes up just a third of her body size now. If you're having a girl, she now has more than 2 million eggs in her ovaries. Your baby is almost 3 inches long about the size of a (pea pod) and weighs nearly an ounce.


Amniotic sac with fluid: Your baby's urinary tract is now functioning; he's starting to urinate out the amniotic fluid he's been swallowing.

Fingers: Your baby now has his own unique set of fingerprints.

Head: Your baby's head is now more proportional; it's about a third the size of his body.

11hb appointment dengan Dr Natasha.
The last one. Oh, sedih juga rasanya sbb lepas ni tak jumpa dah Dr Natasha n team (ini ibu cerita kat entry lain ya).

Oh minggu ni birthday ibu yg ke 36 dan juga anniversary wedding ibu dan papa ke 7. Kali ni sangat special sbb baby dah ada dengan baby.

Selera makan ibu masih begitu juga.
Masih tak tahu nak makan apa, dan masih susah nak makan.
Baby bump dah nampak sket.
Baby don't worry okeh, ibu tak kesah pun orang dah nampak perut ibu.

Ada satu malam tu terkena simpul mengkarung. Entah pukul berapa time tu.
Tapi tengah lena lah.
Now plak malam je rasa panas walau petang hujan. Every nite tido pakai air-cond.
Papa dah risau2 takut nanti baby nak air cond je. Dia risau balik kg nanti baby tak boleh tido sbb dari dalam perut dah nak tido air-cond.
Haha.
Itu bukan baby lah. Itu ibu baby yg nak tido air-cond.
Malam nanti nak pakai socks lah bila tidur.
Dulu pun ada gak la terkena simpul mengkarung ni. Jadi, takde lah rasa 1st time kena. Pernah kena dan pernah rasa cemna sakitnya urat tersimpul tu. Huhu.

Pening-pening semua takde.
Everything smooth ja.
Thank u Allah :)

Monday, December 7, 2015

Sembelit Ketika Hamil

10:03 AM
Soalan

SEJAK kebelakangan ini saya kerap mengalami masalah sembelit. Untuk pengetahuan doktor, saya sedang hamil anak pertama. Mengapakah saya sering mengalami masalah tersebut? Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah tersebut ?Adakah sembelit semasa hamil boleh menjadi masalah yang serius? Mohon bantuan.Terima kasih.

* Amalin, Selangor

Jawapan

Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan perubahan hormon semasa hamil yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Tekanan oleh rahim yang semakin membesar ke atas rektum juga boleh mengakibatkan sembelit. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Pertama, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa-masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga.

Kaedah-kaedah lain juga boleh membantu. Anda perlu mengawasi diet anda. Pastikan anda minum air secukupnya dan melakukan senaman secara tetap. Perlu makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari.

Anda juga dinasihatkan minum banyak air atau jus buah-buahan dan sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu.

Lakukan aktiviti seperti biasa. Bersenam seperti berjalan, berenang dan menunggang basikal senaman, kerana kesemuanya boleh membantu mengurangkan sembelit, dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat. Suplemen pranatal yang mengandungi zat besi juga boleh menyebabkan sembelit. Tanyalah doktor jika ada pilihan lain.

Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor anda boleh memberi ubat yang selamat diambil semasa hamil.

Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita hamil, tetapi jika berlarutan, maklumkan kepada doktor anda. Kadang-kala, sembelit yang berpanjangan boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa. Ada juga yang mengalami pendarahan semasa membuang air besar. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas bersalin.

Kredit [utusan malaysia]

Thursday, December 3, 2015

Week 12

8:00 AM
2 Disember 2015

Alhamdulillah. Dah masuk minggu 12.
Kira 3 bulan pertama telah pun dilalui.
Ear: Your baby's ears are closer to their final positions on the sides of her head.

Eyelid: Your baby's eyelids are less transparent now and her eyes have moved closer together.

Umbilical cord: Your baby's intestines, which have grown so rapidly that they protrude into the umbilical cord, will start to move back into her abdominal cavity now.

Uterus: The top of your uterus (fundus) is starting to rise above your pelvic bones now; you may have noticed that your waist is thickening.

12 weeks: Your baby is about the size of a lime
Nampaknya minggu ni kain baju kurung banyak tak boleh kancing dah.
Tapi, kalau pergi ofis pakai baju kurung masih nampak biasa je.
Eh. Tu ari ada orang kat ofis ni tegur tau. Masa tu dalam bilik air. Ibu pakai jubah yg beli kat Mekah tu. Mungkin jubah tu macam kembang, so macam nampak la kot.
Ibu jawab "InsyaAllah... akak doa doakan yer"
See, jawapan selamat kan. Baby jgn risau, ibu tak sorok2 baby.
Baby membesar dgn sihat okay :)

Oh, tahap selera makan masih belum ditahap memuaskan. Masih takde rasa nak makan.
Smpai satu tahap yg rasa nak menangis suap nasik goreng. Perut lapar, tapi takde perasaan nak makan, tapi have to makan. Bertabah je lah.
Lagi satu, makanan rasa pahit. Tak semua. Ada lah sesetengah makanan. Dah kenapa??
Minggu ni gak malam2 dia mcm nak meludah je. Tapi tak muntah.

Wednesday, December 2, 2015

Week 1 - Week 4

5:13 PM


Week 1 till week 4 tu kira dari tempoh start period hingga ke masa buat IUI dan sehingga lah TWW.
Alhamdulillah, sbb period mmg regular, so takde la cam tertunggu2.
On d dot buat UPT on 14dpiui.
Then dah dikira sebagai 4 week.

Simptom sebelum check upt - mmg takde apa sgt pun.
Cuma kadang2 cramp je sehari dua before check upt tu.
Selain dari tu, biasa biasa je.
Eh. Jap, ada rasa macam tetiba cam dizzy masa buat kerja.
Macam dunia berpusing seketika.
Tapi, kejap je. Tak lama. Dalam 2,3 saat cam tu ja.

4 week, tapi kalau dikirakan baru 2 minggu dari tarikh kejadian baby.
Baby pun masih dipanggil embrio.

Lepas buat UPT, terus selalu makan sayur - esp brokoli.
Fasa paling penting sbb fasa ini lah pembentukan baby kan.
Jadi, kena makan makanan sihat2 je.
Dalam beg mmg ada je bekalan kekacang dan makanan sunnah.

Oh. Ada lagi.
Walau takde rasa nak muntah, takda rasa dizzy sangat, tapi rasa macam selera berkurangan.
Mmg ada rasa lapar. Tapi, bila makan mmg tak banyak.
Kena start makan kerap, tapi dalam kuantiti sedikit agaknya.

This week marks the beginning of the embryonic period. From now until 10 weeks, all of your baby's organs will begin to develop and some will even begin to function. As a result, this is the time when she'll be most vulnerable to anything that might interfere with her development.

Pengalaman 1st trimester

4:03 PM
Alhamdulillah.
3 bulan pertama dilalui dengan jayanya.

Ramai yg tanya "ada alahan?"
Secara jujurnya me sendiri tak tahu me ada alahan ke tak.
But, mostly buleh dikatakan takde.
Tapi, me sangat sangat tak lalu makan.
Takde selera.
Kalau itu dikatakan alahan, maka itu lah alahan me.

Kalau ikut pun mmg me bukan seorang pemakan.
Sedari kecik pun mmg bukan orang yg suka makan.
Tak kesah lah bab bab makan ni.
Tapi, bila kena takde selera ni, jenuh juga rasanya.

Start dari bila ya tak lalu tu.
Rasanya bila dapat tahu pregnant lah kot.

Selera down, down dan down.
Nasik terutama nya, mmg big no no.
Esp nasik campur yg jual kat kedai2 tu. Tgk lauk bebanyak tu terus rasa tak lalu.
Ikan keli yg jadi feveret pun no no no. Tapi, balik kg mak masak keli goreng sambal garing2, buleh je makan. Kedai punya. No!
Berapa lama tak turun cafe sbb tgk makanan yg ada pun rasa tak lalu.
Dah la makanan tu sama je.
Ikan pari bakar - pun tak lalu. Terhidu bau dia yg hok aloh..teruk nya bau ikan pari ni.
Banyak menda yg me suka, jadi tak suka.
Me suka pedas. Now, memang tak boleh makan. Cili padi bukan sahabat lagi macam dulu.

Seksa nya rasa takde perasaan nak makan ni.
Perut asyik lapar. Tapi, tak lalu. Kadang nak menangis bila nak fikir apa lah nak makan.
Dah macam jadi halusinasi. Satu demi satu bayangan makanan lalu kat otak, tapi takde apa yg rasa nak makan.
Jenuh nak pujuk diri, pujuk baby supaya terima makanan. Duk berzikir before makan - sedap sedap sedap.

Tapi, buleh terima makanan kat hotel. Haha. Masa pergi course kat Melaka, elok je buleh makan. Tp bukan nasik lah. Pastu kalau nasik ayam ke apa, buleh. Cuma jgn nasik. Kalau nak jugak kena share dgn suami. Huhu.

Selain tak lalu makan, tak selera makan tu, simptom lain cam orang lain gak la.

Susah buang air besar.
Ni mmg ramai orang alami pada awal pregnant kan. Constipation bahasa omputih nya. Tapi, paling lama tak membuang dalam 4 hari gitu lah. Nak atasi nya - me minum vitagen atau air yogurt. Atau makan buah yg masam. Kalau minum nutrigen botol kekecik tu mmg berkesan.

Mengantuk.
Simptom ni semua pun orang kena kan. Me tak pernah2 tidur waktu ofis ni. Kadang dah tak boleh tahan. Masuk kejap bilik solat - tidur dalam 15 minit. Kadang dalam kul 11 pagi pun dia bantai ngantuk. Kadang dalam pukul 3ptg. Suka dia lah. Tapi, tak selalu lah tidur. Biasanya tidur waktu lunch. Antara kul 1 - 2 tu. Jadi lah dapat lelap mata kejap kata orang.

Tiada muntah yang teruk.
Alhamdulillah, me takde kena muntah teruk. Ada gak sesekali, tapi jarang lah. Kalau ada pun waktu malam sebelum nak tidur tu. Ada orang tak buleh bau suami lah apa lah. Me takde tu seme. Tpi mmg idung ni jadi sensitif. Bau softener dari jemuran kain pun rasa annoying sgt. Rasa kuat sgt bau dia. Tapi, idak la terus muntah. Cuma tak boleh nak tolerate. Pastu mandian pun kena tukar. Nak pakai yg bau oren je.

Boleh je berdandan rapi.
Me takde jugak kena penyakit malas nak mekap apa seme tu. Okay je. Cuma me kurangkan menda utk ditempek di muka. Macam serum apa seme tu. Takut ada bahan yg membahayakan baby. So, pakai pencuci muka and BB cream saja. Pastu compact powder. Ada orang ofis kata, nampak macam tak mekap je muka. Ye lah, sbb tak byk ditampal. Lepas solat tu dia ilang lah semua.

Boleh control perasaan.
Alhamdulillah sgt yang ni. Takde la rasa macam annoying ke apa. Macam biasa je. Cuma kadang tu ada lah, tpi boleh control. Takde berjiwa sensitif ke apa. Mungkin tak kena utk trimester ni, ada 2 trimester lagi ni. Haha.

Berat tak naik.
Huhu. Langsung tak naik. Maintain 47-48kg aje. Tak pernah lebih dari 48kg. Agaknya kalau check up di KKIA mesti nurse dah bising kan. Hihi. Ini check dgn Dr Natasha, dia okay je semua. Tak lalu makan pun takpe. Jangan paksa diri. Nanti muntah.

Secara keseluruhannya, Alhamdulillah... Allah banyak membantu. Alhamdullilah juga me pregnant dengan dipantau rapi sedari awal oleh pakar.
Takde la begitu sukar perjalanannya. Boleh dikatakan smooth je semua nya. Kat office pun smooth je. Sbb tu orang office pun tak perasan. Me takde muntah apa pun kat ofis. Alhamdulillah.

Mohon Allah permudahkan lah pada episod episod seterusnya. InsyaAllah.


Week 11

2:14 PM
25.11.2015

Alhamdullilah...
Dah masuk minggu ke11.
Seminggu je lagi nak masuk 12.
Caiyok..caiyok.. 
Baby kena behave.. baby kena kuat :)

Masuk je minggu ke11, terus kena pergi temuduga.
Dapat temuduga utk HLP di Putrajaya.
Temuduga tu kira okay lagi.
Tup tup tempat temuduga nya kena mendaki tangga.
Nun di tingkat 4.
No lif okeh. Ini sekolah, bukan pejabat sesuka nak ada lif.
Huhu.
Redah aja lah. Lagipun, ibu percaya baby dah kuat.
Lepas tu fikir, sekolah ni bukan takde cikgu yang mengandung kan.
Depa tu lagi la hehari pagi petang kot naik tangga.

Ni sekali je. So, slow slow lah naik.
Mengah juga jadiknya. Huhu.
Pagi tu pun dah bercakap ngan baby, minta baby behave dan bantu ibu untuk temuduga.
Dan, mmg baby behave nya walau ibu tak makan pagi lagi.
Takde pedih perut ke apa.
Baiknya anak ibu ni. Kalau ada kursus ke, temuduga ke, baby mesti behave je.

Patutnya minggu ni buleh nampak baby bump dah sket.
Tapi, mmg nampak. If kat rumah, pakai babyT tu dah nampak lah.
Kat ofis, masih tak perasan.
Pakai baju kurung mmg orang tak perasan. Tapi, ada juga yg macam tengok2 perut. Heheh. Nak buat spekulasi lettew... kan?
Biar kan, biarkan mereka buat spekulasi sendiri.
Hehe.

Dalam minggu ni gak kerap pening waktu petang.
Dia bukan pening macam nak termuntah ke apa. Tp mmg ada rasa pening. Rasa nak melepek je.
Tak tahu lah sebab angin ke apa.
Tapi, mmg rasa sbb angin kot. Perut salu macam kosong sbb tak lalu makan pagi.
Mujur tak lama. Dalam 2,3 hari je. Lps tu dah okay. Alhamdulillah.

Oh. Minggu ni gak ibu gi detail scan kat FGMC.
Takpe. Itu entry khas okay. Seronok la dpt tgk baby gerak2.
Isk. Teruja. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas peluang ini.
Papa lagi teruja kot sbb dia siap tanya doktor tahu dah ke baby boy ke girl. Hihi. Takpe doktor kata tak boleh nampak lagi.

Lps tu ibu ada teringin makan ketam masak lemak. Sebelum ni tak teringin langsung ke seafood. Tapi, ni ada terasa nak makan. Ajak papa makan kat veledrom. Haaa...amik..seko RM26. Huhu. Mujur lah sedap cukup rasa semua dan ketam nya pun penuh isi dan rasa baru (fresh tu tidak, tapi tidak la rasa ketam lama). Takpe lah. Asal ibu ada selera nak makan dan baby pun dapat khasiat dia. Kan? :)

Tumbesaran baby.

Bone: Your baby's bones are beginning to harden and tiny tooth buds are starting to appear under his gums.

Hand: Your baby may soon be able to open and close his fists.

Skin: Your baby's skin is still transparent, allowing many blood vessels to show through.

Dan minggu ini baby baru besar buah fig. Hehe. Masih haluihh... :)


p/s : Minggu ni gak ada berita Siti Nurhaliza keguguran. Sebenarnya date kami hampir sama. Mungkin ibu awal sket dua minggu camtu. 
Ibu tumpang simpati. Takpe. Ada hikmahnya tu. Allah uji orang yg Dia tahu kuat. Tabah ya Siti.

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers