Showing posts with label new month. Show all posts
Showing posts with label new month. Show all posts

Friday, April 13, 2018

April, Syaaban Dan Tahniah Yani

10:45 AM
Dah tgh bulan baru berkesempatan say Hi April.


Nampaknya penulisan di blog ni makin merudum ya.
Dan 18hb April, masuklah kita pada bulan Syaaban.
Yang menandakan kita hanya sebulan untuk ke bulan Ramadhan.
Puasa dah habis ganti yong?
Hehehehe.

Oh ya, di kesempatan ini mak Rizq nak ucapkan tahniah pada adik TTC mak Rizq iaitu Yani Batik Pink (mesti ada kalangan TTC'ian yang mengenali Yani, kan) atas kelahiran anak pertama beliau pada hari Jumaat penuh barokah - 6 April 2018 bersamaan 18 Rejab 1439. Baby boy.
Hadiah dari Allah yang dititipkan setelah 7 tahun usia perkahwinan.



Sabar itu indah, kan?
Diuji dengan pelbagai dugaan dan kegagalan (dia pernah gagal IUI).
Kemudian Allah kurniakan rezeki secara tak terduga.
Ya, dia conceive secara naturally.
Itu lah dinamakan Allah sehebat - hebat perancang.


Buat sahabat yang masih menanti.
Teruskan berdoa.
Tambahan pada bulan2 yang dinantikan ini.
Bulan yang penuh barokah. Bulan yang doanya sangat mustajab.
Minta la sesungguh-sungguhnya.
Allah bukan tidak memakbulkan doa kita.
Tapi, Allah memberi pada waktu yang terbaik utk kita.
Percaya lah :)


Thursday, April 13, 2017

April 2017

10:07 AM
Rupanya baru satu entry dalam blog ni utk tahun 2017.

Byk nak tulis sini. Tapi masa tak mengizin kan.
Alhamdulillah. Dah suku tahun kita dalam tahun 2017.
Rizq Iskandar pun dah masuk 10bulan.
Tak lama lagi dah tak baby.
Dah jadi toddler :)

Sket masa lagi dah nak bulan Ramadhan.
Hehe.
Puasa blum abis ganti lagi.
Hehe.

Nak share ngan rakan2 TTC saya berkaitan bf journey.
Satu pengalaman yg indah.
Nak tahu, lepas saya lalui jalan berliku dalam TTC, Allah permudahkan journey breastfeeding.
Alhamdulillah sangat.
Sehingga kini, Rizq Iskandar masih fully bf. Alhamdulillah.

Nanti lah kita cerita lagi.
Rindu nak menulis kat sini.
Pada rakan2 yg masih berusaha, masih dalam rawatan, saya ucapkan moga berjaya.
InsyaAllah. Yakin pada Allah.
Betulkan niat kenapa nak ada anak.

Then, serahkan sepenuhnya kepada Allah.
Allah akan bagi bila tiba masanya.
Jangan risau.
Yang penting. Usaha. Dan Doa.


Monday, February 6, 2017

Tahun Baru. Bulan Baru.

4:21 PM
Fuh.
Lama juga rupanya tak menulis di sini.
Last bulan November.
Sekarang dah Februari.
Februari 2017.
Tiada ucapan new year pun utk tahun ni.
Tiada ucapan anniversary dan birthday juga pada bulan Disember yang lepas.

*tarik nafas panjang*

Sayang dengan blog ni.
Sbb mostly cerita cerita agak private ada di sini.
Takpe lah kita cuba juga layan blog ni.
#siscuba

30 Januari tu hari, selesai buat majlis akikah Rizq Iskandar.
Alhamdulillah.
Terlaksana sudah hajat kami.
Cuma, kami akikahkan seekor kambing dahulu.
Seekor lagi kami akan buat melalui ezyqurban.
InsyaAllah.
Sbb nak dapat keberkatan akikah yang diberi pada asnaf2.

Tengok view entry lepas lepas.
Boleh tahan.
Ramai dah baca ya.
Maaf la sbb tuan tanah tak update pula.

Banyak nak cerita. 
Esp bf journey untuk Rizq Iskandar.
Untuk TTC'ian - tahu tak kenapa kita lewat dikurniakan rezeki yang satu ini.
Sbb Allah nak permudahkan perjalanan kita selepas itu.
Percaya lah.
Kita akan harungi dengan mudah segala nya selepas itu.
Saya memang nak sangat sharing cerita ni.
Tapi tu lah. Asyik tak sempat.
Rizq Iskandar dah 8 bulan 1 Februari tu hari :)

Okay lah.
Belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2017.
Saya doakan rakan2 semua segera dikurniakan zuriat.
Sentiasa.
Jangan putus asa. Terus berusaha. Dan berdoa.
Allah akan makbulkan tepat pada waktunya.




Friday, May 20, 2016

Tuesday, May 3, 2016

Saturday, April 9, 2016

Thursday, March 3, 2016

Wednesday, February 10, 2016

Friday, February 5, 2016

Hello February

3:04 PM


Dah 5 Februari baru ada kesempatan nak menulis.
Hello Februari.
Bulan cinta kata orang bulan 2 ni ya.
Cepat betul masa berlalu.
Sebulan dah di tahun 2016.
Apa pun, selamat bulan Februari :)

Tuesday, January 5, 2016

Entry Pertama Tahun 2016

11:55 AM

Entry pertama tahun 2016.
Semoga tahun ini baik baik saja untuk kita semua esp rerakan TTC.
Jangan mudah berputus asa, teruskan berdoa.
Allah uji kita sbb Dia nak kita dekat dengan Dia.
Selalu ada dengan Dia.
Allah uji kita sbb Dia nak bagi kita pahala yang mudah. Dengan selalu mendekatkan diri dengan Nya, kita akan terus mendapat pahala. InsyaAllah.

Berdoa dan terus berdoa.
Jangan putus harap.
Terus kan berusaha.

Allah tahu apa terbaik untuk kita.
Dan perancangan Allah itu adalah yg terbaik untuk kita.

Oh ya, sesiapa nak bertanya khabar ke, apa ke, just emel saya ya.
Mana tahu, ada nak bertukar2 cerita ke.
Utk tahun ini saya cuba untuk me"limit"kan cerita di laman sosial.
No more instagram yang berbagai bagai.
No more FB utk update status.
Biar kita "hiatus mode" seketika.



Tuesday, December 1, 2015

Thursday, October 1, 2015

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers