Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, December 31, 2015

Welcome 2016



Good bye 2015
Welcome 2016.
Tahun yg dirasakan begitu cepat berlalu.
Tahun yang membawa banyak kenangan manis.

Kenangan menunaikan umrah bersama mak dan suami memang tidak dilupakan.
Dapat bersujud di Raudhah, di Hijr Ismail memang kenangan yang takkan dilupakan.

Terima kasih Allah atas semua peluang ini.
Moga tahun 2016 membawa kebaikan utk kami sekeluarga dan untuk semua juga.


Tuesday, December 29, 2015

Happy Birthday And Happy Anniversary

Oh. Terlupa nak letakkan wish utk diri sendiri kat blog ni.
Hihi.

14.12.2015
Happy 36th birthday to me :)



13.12.2015
Happy 7th wedding anniversary to us :)


Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah.
Amin...

Tuesday, December 8, 2015

KL Fertility Treatment : 8DPIUI till 14DPIUI

Week 2 after IUI.
Kalau ikutkan dah ada implantation. InsyaAllah. Mudah mudahan.

8DPiui - 1 Okt 2015
Feel nothing.
Seriyes la. Takde tender breast. Takde cramp. Takde rasa cam nak period.
Pelik.
Tapi, mood agak swing.
Bila tgk orang komen2 kat laman sosial pun rasa ada je tak kena.
Ish. Kena jauhkan diri dari laman sosial agaknya.
Tapi, ngantuk giler mmg ada.

9DPiui - 2 Okt 2015
Pagi ni terjaga jam 3.30pagi. Hari Jumaat. Pagi yg hening.
Amik wudhuk terus buat solat tahajud. Solat hajat.
Alhamdulillah, Allah terjaga kan pada waktu yg cukup cantik.

10DPiui - 3 Okt 2015
Kami gi PD. Tujuan utama nak rest. Stay di Avillion Admiral Cove. Pernah dtg sini dulu. Lama dah la. Tahun 2010 camtu lah. Tempat yang cantik. 
Nak hibernate. Nak tenangkan hati.
Apa pun keputusan, kami terima. 
Duk PD mmg nak duk dalam bilik je.
Malas nak gi cari makan ke apa ke. Siap bawa bekal nasi lemak dari rumah. Pastu utk dinner, order je room service.
Tapi jerebu teruk sgt. Kat KL pun teruk. Kat PD pun teruk.

11DPiui - 4 Okt 2015
Hari ni kurang sket jerebu. Check out dari hotel dalam kul 12.00
Balik KL terus.
Singgah Gobang Maju utk beli gulai tempoyak ikan patin.
Rasa kecur je bila teringat tempoyak. Tapau. Pastu balik rumah masak nasik n buat sambal hitam. Err.. I know, tak elok makan yg pedas2 n masam2.  Tapi, can't resist la.
Gulai tempoyak tu siap hirup2 lagi. Pastu jadi "cirbir". Huhu.
Malam tu rasa cramp giler macam nak period. Letak minyak habbatus sauda then tidur.
Oh. Nak maghrib tu saja buat UPT. Guna kit murah ja brand Watson.
Nampak cam ada faint line. Entah. Mungkin baki2 HCG atau mungkin BFP?
Wait n see until 14DPiui.

12 DPiui - 5 Okt 2015
Hari ni sangat la rasa cam lemah je. Feel tired. Post-getaway symptom kot kan. Hehe.
Gi keja pun cam malas je. 
Lepas lunch makin lemau.
Malam, lps makan terus tido.

13DPiui - 6 Okt 2015
Bangun pagi dengan perut rasa berangin. Mmg tak makan nasik malam tadi pun.
Nak termuntah pun ada.
Sampai ofis terus makan.
Lepas tu mmg rasa nak termuntah je.

14DPiui - 7 Okt 2015
Akhirnya. Akhirnya habis gak tempoh 2WW. Haha.
So, cemna?
Giler oiiii...tggu result masa belajar dulu pun tak macam ni.
Tunggu result SPM, PMR pun takde macam ni.
Tunggu result akhir masa degree pun tak camni.
Tunggu result interview, langsung la tak sama.

Okay, kita cerita pada entry seterusnya ya! :)


Wednesday, December 2, 2015

KL Fertility Treatment : 1DPIUI till 7DPIUI

Selepas IUI, kita mulalah fasa two week wait atau bahasa ringkasnya 2ww
Kalau utk TTC ni, 2ww ni adalah masa yang sangat kritikal gitu.
Hehe.
Esp pada yg buat IUI/IVF.
Seksanya penantian itu. Bebuat tak tahu saja DPIUI, tapi, dalam hati... hihi.
Oh DPIUI adalah - Day Past IUI.


Dimulakan dengan Day0 dimana sperm bertemu dengan ovum.
Kemungkinan sebaik saja IUI dilakukan.

1DPiui - 24.9.2015
Hari raya haji. Kadang2 ada rasa cramp. Hari ni juga start makan duphaston. Waktu pagi sekali dan waktu malam sekali. Lepas makan duphaston ada rasa cramp jugak.
Balik rumah mertua. Tapi tak berani nak makan makanan yang berasaskan pulut like lemang, ketupat palas. Padahal feveret ketupat palas ni.
Lemang lagi la sbb isi dalam buluh kan. Buluh tu tajam. Tak pernah pun orang kata pantang camtu. Tapi, saja berjaga-jaga.
Balik dari PJ, terus tido.
Masih ada sedikit blood stain.
Dah lepas 24 jam dari IUI. Kalau sperm dah bertemu ovum, akan ada fertilization utk hari ni.




2DPiui - 25.9.2015
Jumaat. Still MC.
Lepak rumah. Masak sket. Dah takde blood stain.
Tapi, cramp masih ada. Mild cramp area ari-ari.
Malam tu agak stress. Terus rasa kecewa. Terus macam takde harapan.
Mungkin juga faktor hormon masih tingtong.
Hari ni day 2. Mungkin dalam 2-cell stage.

3DPiui - 26.9.2015
Sabtu. Memang cuti.
Pagi keluar kejap ke Kuang. Lepas tu balik rumah.
Hari ni jerebu teruk.
Cramp dah kurang. Blood stain pun dah takde.
Alhamdulillah.
Kalau ikut ari ni day3. 4-cell stage

Seterusnya menjadi 8-cell stage uncompacted morula
Mungkin begini.


4DPiui - 27.9.2015
Ahad. Pepagi terus rajin nak buat roti. Hehe.
Jadi, buat roti. Lps tu keluar kejap beli bahan nak buat kacang pool.
Oh. Hari ni jerebu sgt teruk. Bacaan area rumah adalah 265.
Hari ni kurang cramp. Stress pun tak. Okay okay je berehat :)
Tapi, pagi dan petang macam nak termuntah. Tapi okay2 je. Takde la rasa apa sangat pun.
Day 4 - eight cell compacted morula.


5DPiui - 28.9.2015
Isnin. Kembali bekerja.
Pagi meeting kat ofis. Petang meeting di Putrajaya.
Sebelum nak pergi Putrajaya tghari tu, nak ambil wudhuk, ada rasa nak termuntah.
Tak berani nak berhigh heel. Pakai flat shoes.
Walau rasa kurang konfiden nak gi meeting pakai flat shoes, tapi buat taktau je.
Mana nak? Nak berhati hati atau nak bergaya? =)
Day5-Early blastocyst.

6DPiui - 29.9.2015
Start makan vitamin Pharmaton Matruelle. Walau utk org pregnant, tapi saja beli dan makan. Biar ada feeling pregnant. Biar kita positive! 
Hari ni day6 - late stage blastocyst (hatching).
Semakin menghampiri implantation.
Ada rasa sedikit senak di bahagian depan. Pastu macam sakit belakang. Tp tak rasa sakit belakang ni simptom dpiui. Ini sebab duk kat kerusi masa ada majlis persaraan kot.
Tapi..hari ni rasa mengantuk sungguh lah. Lepas lunch (hari ni ada jamuan sempena majlis persaraan pegawai) terus rasa lemau. Ngantuk dan tak buleh tahan nak tunggu kul 5pm. Tapi, takkan nak tido plak waktu kerja. Takkan nak lari p tido dalam bilik fail/surau. Me is not like.
Jadi, tahan je lah sampai kul 5pm.
Lps makan malam (myDH siapkan dinner since I felt so lemau. Simple dinner - goreng ikan bilis, ulam kacang panjang n sedikit sambal belacan - eh. tak buleh makan pedas kan..takpe..sket je) terus tido. Ya hampun... ngantuk giler apa hal.


7DPiui - 30.9.2015
Dah 1 week. Tinggal lagi 1 week lagi untuk di countdown (walau hati kata jangan kira..jangan kira.. mana mau nya.. kan?)
Berdebar tau. Mungkinkah implantation sudah berlaku.
Tapi, sebelum nak makan vitamin Matruelle tu, tetiba terbaca doa "Ya Allah, sihatkan lah kandungan ku ini hingga selamat melahirkan". Tak tau kenapa, tapi tetiba terlintas doa itu sebelum makan. Ya Allah, moga benarlah ada embryo yang telah implant.




Seronok tau tgk perkembangan day by day ni.
Tak semua orang ambik tahu pun berkaitan perkara ni. Esp pada yg tak buat fertility treatment macam IUI atau IVF kan.
Tahu tahu dah pregnant.
Selalu tgk utube tentang fertilization, tentang implantation.
Subhanallah, ciptaan Allah memang sempurna dan perfect. Tak tergambar dek kata kata.
Kat sini pun ada detail berkaitan fertilization n implantation.
Link [embryology.med]

Disclaimer :
*Mungkin ada gambar yg tak selari dengan perkembangan sepatutnya.
Perlu google utk rujukan lebih tepat.

Wednesday, November 25, 2015

Clomid vs Nolvadex

Rata rata klinik/hospital menggunakan clomid sebagai ubat membantu merangsang telur.
Tapi, semasa rawatan di KL Fertility, saya diberikan Nolvadex.
Harga pun lebih kurang clomid kot. Tak tahu la sbb saya mmg tak pernah ambil clomid seumur hidup ini.
Sebiji Nolvadex berharga RM10.60. Utk 10 biji - RM106.00
Contoh. Gambar dari Google
Nolvadex ni kebanyakannnya digunakan utk pesakit breast cancer. Tapi, ada juga yang gunakan nolvadex sebagai merangsang ovulation.
Nolvadex diberikan utk dimakan selama 5 hari (sehari 2 biji).
Nurse advise makan sebelum tidur takut effect pening.
Tapi, Alhamdulillah, masa saya consume takde la effect apa pun :)

Apa beza Clomid dan Nolvadex?
Boleh google saja. Byk article (esp in English) bagitahu tentang ni.
Tapi ada satu web ni bagi pemahaman yang senang difahami.

What is Nolvadex?
Nolvadex blocks the effects of the hormone estrogen in the body. Since nolvadex is an effective estrogen antagonist, it is also used in the treatment and prevention of breast cancer. In addition, nolvadex preserves fertility in breast cancer patients while they undergo treatment.

Women with breast cancer who are in the pre-menopausal and post-menopausal stages are likely to receive tamoxifen as part of their treatment. Although, research shows that tamoxifen is more effective in pre-menopausal women, whereas aromatase inhibitors are more effective in the treatment of post-menopausal women with breast cancer.

Tamoxifen and Female Infertility
Tamoxifen works to help improve female fertility by inducing and regulating ovulation. Your doctor may prescribe tamoxifen to you for a short time period if you are not able to take clomiphene. Tamoxifen produces similar effects as clomid in stimulating the ovaries, but can only be taken on a short-term basis.

In fact, tamoxifen effectively induces ovulation in 65 to 75% of the women using this fertility drug. This success rate matches that of clomiphene. Although, tamoxifen can also increase the odds of getting pregnant by 30 to 35%, it has a lower success rate than clomiphene.

Side Effects of Tamoxifen
Women taking tamoxifen make experience a few side effects. Some of the side effects of tamoxifen include:

blood clots (thrombosis)
dizziness
endometrial cancer
endometriosis
hair and/or nail thinning
headaches
indigestion
irregular menstruation
nausea
visual problems
voice changes
weight gain

Taking Tamoxifen
Tamoxifen is taken in a tablet form, once a day, daily. It should be taken at the same time everyday. Tamoxifen can be taken with or without food, depending on your personal choice. Tamoxifen as a fertility treatment is taken for a short period of time, although as a part of a breast cancer treatment it can be prescribed for long periods of time, that is 2 to 5 years.

If tamoxifen is being taken to help induce ovulation, consult your doctor about the risk of multiple births with the use of this fertility drug. Some studies show that tamoxifen increases the risk of twins by 10%. Although, this fertility drug has not been linked to birth defects yet, women are strongly advised to stop taking tamoxifen when trying to conceive. Since it should not be used during any stages of pregnancy.

Lagi berkaitan nolvadex vs clomid [link]

Friday, November 13, 2015

IUI : Rumusan bayaran

Okay, ini bayaran untuk prosedur IUI saya di KL Fertility Centre.
Harus diingatkan, lain orang, lain masalahnya.
Bila lain masalah, harus lain bayarannya.
Tapi, buleh dijadikan guideline jugak lah.
Ada yang bukan dalam prosedur i.e blood test utk Vit D. Itu kalau orang dah cukup Vit D tak perlu dah nak buat semula test tu.

Saya bagi detail ni bukan utk di banding bandingkan dengan tempat rawatan lain. Ini sekadar perkongsian dan guideline utk sesapa nak mulakan rawatan.
Jangan lah ada yg tetiba dtg dan ckp "eh, u, tempat u ni lagi murah ya dari tempat I buat"
Atau cakap "oh, tempat u buat murah sbb dia pakai ubat murah ni"
Udah udah la tu. Apa motifnya tu sekadar nak bagitahu macam tu.
For me, rasa nya tak perlu kita nak beritahu sana murah, sini mahal. Pakai ubat begitu, pakai ubat begini. Tak perlu pun seme tu.
Tak tahu la orang kita ni. Mmg cukup suka bab compare meng-compare ni. Even masa gi umrah pun camtu lah. Mesti nak tanya orang dan banding2 dgn pakej sendiri. Membawa smpai la ke tanah suci sana. Asal jumpa kita tanya pakej kita berapa. Pelik kan?
Sebenarnya begini, ke mana kita pergi utk rawatan pun, yg "melorong-kan" atau yg memandu  kita ke situ adalah Allah. Allah tahu apa kemampuan kita. Kalau kita mampu buat rawatan juta juta, ke situ lah kita pergi. Ingat, Allah tak pernah menzalimi hambaNya.

Macam dulu, masa kat Dr Hamid, saya buat operation laparoskopi dalam 7k memang menggunakan duit simpanan saya sepenuhnya. Takde claim insurans bagai. Masa kat situ pun hampir 10k dan sesen pun saya tak guna insurans ke hapa. Mmg saya takde insurans utk cover tu operation buang cyst tu. Then masa kat LPPKN pun, sbb rawatan tak abis, walau sy boleh claim sbb kerja kerajaan, pun saya tak claim. Samalah untuk rawatan skrg ni - semuanya guna duit simpanan sendiri. Sebab Allah tahu, itu kemampuan saya.
Masa sy buat rawatan dgn Dr Hamid mmg saya rasa saya takde peluang nak gi umrah sbb duit yg saya guna tu adalah duit simpanan Tabung Haji. Tapi, awal tahun ni (tahun 2015) diiizinkan Allah saya buat umrah dengan duit simpanan sendiri. Malah dapat top up sket utk perbelanjaan suami juga. Alhamdulillah. Sememangnya Allah dah tahu kemampuan kita. So, tak perlu lah kita datang nak bagitahu orang tempat ni mahal, tempat ni murah.

Syukur saja lah kita boleh jumpa pakar. Ada orang termenung sana sini nak buat rawatan. Ada yg buat rawatan kat HKL, bayar minima sgt. RM5 setiap kali jumpa pun, berjaya juga rawatan.
Jadi, kalau rasa nak tahu pasal bayaran lain-lain kat klinik saya buat ni, terus je lah call klinik ni ya. Saya tak tahu bayaran lain-lain. Murah ke mahal ke saya tak tahu dan saya rasa saya tak perlu ambil tahu pun.

Okay back to story.

Kali ni treatment boleh dikatakan start from A to Z.
Dari appointment untuk tgk hormon, ambik darah dan terus dgn prosedur IUI.
Jumlah semua adalah RM4,486.40
Kalau IUI saja adalah RM2,976.50

Kos ini juga tidak termasuk segala vitamin yang beli sendiri dan perlu di consume sepanjang rawatan.
Antaranya :
Multivitamin.
Coq10
Calcium
Fish Oil
Vitamin C (husband)
Zinc (husband)

So, ini lah bayaran utk buat IUI di KL Fertility.
Kalau success, kita akan ada follow up lagi sampai lah kandungan 12minggu.

10.8.2015
1st Appointment 
FOC- Guna voucher
15.8.2015
2nd appointment
Blood Test (husband n wife)
Semen Analysis
Vit D Test
RM1,130.00
26.8.2015
3rd appointment
Vit D Emulssion (ubat)
Caltrate (Ubat Kalsium)
Pap Smear
RM379.30
11.9.2015
IUI procedure start.
CD3 appointment.
TVS
Nolvadex (ubat)
Humog
Vit D test (re-test)
RM931.60
18.9.2015
Appoinment on CD10
TVS.
Humog
RM495.60
21.9.2015
Appointment on CD12
TVS.
Ovulation test strip
Hucog
RM249.90
23.9.2015
IUI Procedure
RM1,300.00

TOTAL
RM4,486.40



Thursday, November 12, 2015

Hilang Selera Makan

12.11.15
(minggu ke9)

Hilang selera ke kurang selera ke entah la.
Ke tak lalu.
Tak pasti lah.
Yang pasti memang macam takde nafsu nak makan.
Dah la memang kita ni sejenis yg tak suka makan, kena plak camni.

Kadang rasa nak menangis nak kena habiskan makanan.
Dan selalunya memang berakhir dengan tak habis.
Membazir sgt.

Tadi myDH belikan ikan pari bakar.
Sesuatu yg menjadi feveret sebelum ni.
But now, bau dia pun dah buat tak lalu.
Ya Allah.. sorry la sangat suami.
Kesian dia, penat penat beli, dia boleh tak lalu pulak.

Sebenarnya tgh tak lalu nasik campur.
Rasa, kalau nasik lain macam boleh la telan.
Now, jangan la bagi nasik campur.
Total out.

Ramai je yg kena tak lalu makan ni kan.
Tapi, biasanya bersekali dengan mual (morning sickness) which I'm not.
Takde mabuk ke mual ke. Jarang lah.
Ada tu ada. Tapi mild mild je.
Lepas stop fish oil n coq10, now dah okay sket.
Tapi, tang tak lalu makan masih berterusan.

Agaknya sbb ibu dia mmg jenis tak suka makan.
Maka, dia pun jadi tak suka makan.
Doc kata takpe, makan je apa yg boleh nak makan.
Masalahnya takde apa rasa nak makan.
Tgk ketam pun macam takde nafsu, padahal feveret.
Terbayang sayur pun rasa macam cannot cannot.
How la nih.
Ibu harap baby ibu membesar dengan sihat jugak lah walau ibu tak suka makan.
Huhu.... 

Duration
Some women find that their appetite improves during the second trimester. Notes Dr. Raymond Poliakin in his book, "What You Didn't Think To Ask Your Obstetrician," many symptoms common to the first trimester resolve during the second, only to return during the third. Women in their third trimesters of pregnancy may not have much of an appetite because their increasingly large baby pushes against their stomach, reducing its capacity and making it difficult to eat anything more than a few bites at a time.

Prevention/Solution
Some of the reasons for loss of appetite during pregnancy are unavoidable, but others may benefit somewhat from a few at-home remedies. In her book "Conception, Pregnancy and Birth," Dr. Miriam Stoppard recommends frequent, small meals. These keep the stomach from feeling too full, help prevent nausea, and reduce acid reflux. Some women find that ginger, as in tea or ginger ale, helps reduce uncomfortable symptoms and restores appetite.

Expert Insight
Many women worry that having little appetite during pregnancy will negatively affect their developing babies. In general, limited appetite during the first trimester isn't a problem. Dr. Poliakin notes that some women eat so little as to lose weight during their first three months. Later in pregnancy, most women recover enough to make up the lost weight and gain appropriately throughout the rest of the pregnancy. For women with severe loss of appetite, physicians may prescribe vitamins to prevent severe deficits. Poliakin notes that regardless of appetite, pregnant women do need to ensure that they're drinking plenty of water so they're maintaining adequate hydration.

Kredit : Here


Wednesday, November 11, 2015

IUI : Rumusan ubat

Ini adalah rumusan ubat/hormon dari CD1 till hari prosedur (IUI) dijalankan.
Ubat ni memang dapat dari klinik.
Selain tu, ada vitamin yang kami consume.
Dan selepas IUI dijalankan kita kena consume Duphaston.
Klinik bekalkan Duphaston sehingga hari ke16 selepas IUI.
Dan kalau pregnant, klinik akan bagi lagi bekalan hingga lah 3 bulan.

CD1 – 9.9.2015
Call Klinik untuk set appointment
CD2 – 10.9.2015
 -
CD3 – 11.9.2015
Jumpa Dr Tasha. TVS. Start Nolvadex
CD4 – 12.9.2015
Nolvadex
CD5 – 13.9.2015
Nolvadex
CD6 – 14.9.2015
Nolvadex
CD7 – 15.9.2015
Inject Humog 75iu
CD8 – 16.9.2015
-
CD9 – 17.9.2015
Inject Humog 75iu
CD10 – 18.9.2015
Appointment – TVS – Inject Humog 75iu
CD11 – 19.9.2015
-
CD12 – 20.9.2015
Inject Humog 75iu
CD13- 21.9.2015
Appointment – TVS – malam jam 9.00 inject Hucog 5000
CD14 – 22.9.2015
-
CD15 – 23.9.2015
Prosedur IUI - jam 12.00 tengahari
CD16- 24.9.2015
Cuti Raya Haji

Week 9

11.11.2015

Sikit lagi menghampiri week 12.
Come on baby... baby kena kuat macam ibu.
Minggu ni agak calm.
Kerja hari Rabu n Khamis.
Macam biasa.
Tapi, hari Rabu tu mengantuknya Ya Allah.. 
Pulak tu hari Rabu dan Khamis tu boss ajak jumpa KP.
Jumpa tu macam kejap kan.
Tapi, berejam ko. Nak termuntah aku duk dalam bilik KP sampai 3 jam!

Hari Jumaat (13hb) ada appointment.
Macam biasa, cerita pada entry khas.
Ahah.
Pagi tu sebelum pergi ada member antar w.app berita Siti Nurhaliza sah hamil.
8 minggu.
Wahhh.. ini cam je ni. Hehe.

Lepas jumpa doctor dapat MC sbb doctor suruh berehat lps cerita tu ari ada brown discaj.
Ah. Dapat cucuk kat bontot gak.
Bukan bbtul kat bontot actually, bawah pinggang.
Sakit weh.

Jadi, berehat je lah lepas balik klinik.
Sabtu pun berehat. Ahad pun berehat.
Gitu.

Sabtu tu tetiba ada discaj lagi.
Brown tapi light brown.
Adey.. mengapakah.
Dah cucuk, dah tambah dos duphaston.
Mengapakah ini.
Rilek..rileks.. kita pantau.
Dan setiap kali solat, doa pada Allah.
Ahad malam tu Alhamdulillah dah takde.
Ada la tp milddd sgt discaj nya.

Tapi kan, kadang2 kita ni tak bila dah masuk laman sosial ni, tak kira lah apa pun kita terpaksa juga berhadapan dengan stranger.
Kerana itu lah url blog ini bertukar.

Lepas tu ada yg macam marah2 sbb tak sependapat.
Ada yg tak suka kita sembunyikan berita kehamilan. Sbb jangan nak perasan retis.
Eh. Artis je boleh sembunyikan berita.
Sedihnya rasa.
Walau orang tu tak tuju pada sesapa, tapi turut terasa tempiasnya. Dan sedih rasanya.
Do respect other opinion.
Please.

Week 8

4.11.2015

Minggu ke 8.
2 bulan sudah. Alhamdulillah.
Masih mild mild je muntah.
Biasanya malam. Pagi memang Alhamdulillah, baik sahaja.
Cuma nya rasa nak tido tu memang tak boleh elak lah.
Rasa nak amik cuti tanpa gaji je. Untuk tido. Haha.
Mak tak bagi tido sangat. Sbb dia takut baby jadi malas. Huhu (T___T).

Your 8th Week

You’re probably beginning to feel different, even though you don’t look pregnant. You may feel a bit low and irritable at times; this is largely due to the changing levels of hormones in your body. You may sometimes have mixed feelings about being pregnant, however much you long for a baby. If the idea of going on vacation appeals to you, opt for short trips and a safe climate, and take extra care of yourself.

NOTE

Your mood may swing from high to low as hormones and emotions take hold

[kredit : Here]

Minggu ke8 ni agak hectic dan menjadikan diri agak aktif.
Dah la rasa lemau. Kena jadi aktif pulak.
4 hingga 6 November pergi course di Melaka.
Lemau weh. Kalau boleh takmo pegi. But, have to.
Sudah lah masa nak pergi tu, menunggu boss kemain lama. Janji nak pergi pukul 4pm, tapi kul 7pm baru gerak ke Melaka. Course dah start pun masa kiterang sampai tu. Langsung la tak masuk kelas. Esuk paginya baru masuk. Lantak kan.

But.... baby sgt behave ya kat hotel.
Makanan hotel pun dia suka. Cuma ibu tak ambik nasik utk dia. Lelain dia suka je nak makan.
No muntah. No loya etc. Bagus lah anak ibu ni. 
Tapi, amboi.. makan kat hotel suka je yer.

Balik dari Melaka - esuknya balik kampung pulak.
Terus ke Taiping dulu sbb ada wedding. So, perjalanan agak panjang.
Cuma berhenti breakfast somewhere kat Sungkai. Keluar dari highway, masuk jalan lama carik warung2. Sbb RnR tempat makan hentian Tapah tutup.
Itu je lah berhenti sekali. Lps tu direct ke Taiping.
Makan kat rumah kenduri pun selera je. Suka baby makan nasi minyak, ayam bakar dengan air asam. Silap pulak sbb amik sket sbb ingat tak abis (T_____T).
Jalan nak ke Taiping banyak "geduk geduk geduk" tu. Alah, yg garis2 tak bagi orang laju tu. Agak rasa bergegar la kan.
Petang baru balik rumah mak. On d way tu pun rasa macam byk gak bergegar jalan nih. Tapi buat tak tahu je.

Malam tu agak tak selesa tidur. Mula mak suh tidur dalam bilik. Pastu macam malas. So, decide tidur luar bentang toto ja. 2 lapis toto. Tapi macam tak lena.
Pagi tu breakfast macam biasa. Takde rasa apa pun. Pastu sakit perut.
Masa kat toilet tgk kat pantiliner ada macam brown discaj.
Cuak kau.... tak pernah terjadi camni nih.
Pastu pulak berak keras (sbb dah 4 hari kut tak berak), dah ada cam setitis dua bleeding.
Cuak lagi. Mana nak carik klinik nih.
Tapi, bertenang. Mandi apa semua, kita pantau tgk.

Bed rest je lah. Dalam tghari tu tgk takde apa dah. Alhamdulillah. 
Risau jugak lah. Mula terfikir, ada menda yg tak boleh makan ke.

Makan lauk kenduri. Makan ketupat palas. Pulut ke tak boleh makan.
Ke sebab terhentak2 tu. Tapi, mostly terfikir sbb terhentak2 tu.
Pastu bila google ada yg tulis, kalau date macam masa kita supppose period kadang ada tanda2 macam tu jugak. Dan mmg ye lah, kalau ikut date, mmg tarikh aku period.
Hopefully takde apa lah sbb lepas tu no more discaj etc.
Cuma, kita tak balik KL petang tu. Extend esuknya (Isnin). EL lah.
Isnin tu balik KL setiap sejam berhenti. Huhu. Mula berhenti di Simpang Pulai, pastu berhenti di Ulu Bernam.
Mujur dari Perak je kan. If dari Kelantan. Phewww....
Dan Alhamdulillah... takde apa discaj ke apa.

Selasa - cuti Deepavali.
So, bebetul lah bed rest saja.
Risau juga kan.
Lepas ni takmau dah buat long distance travel. Unless dah lebih 12 minggu.
Family tanya cemna nak ke Langkawi nanti. Tapi, masa tu kira dah lebih 12 minggu.
If tak boleh kami kena gantikan lah dengan anak buah.

Oh. Isnin tu dapat berita baik juga.
Alhamdulillah, dapat juga temuduga untuk Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Kira cam biasiswa dari JPA untuk sambung belajar. Tapi, kali ni dia tawarkan cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa.
Ye, ini adalah salah satu peluang untuk jaga anak sampai umur dia 2 tahun.
Mudah mudahan dapat lah hendaknya.

Tuesday, November 3, 2015

IUI : Injection Humog dan Hucog

Utk injection merangsangkan telur, saya dapat Humog 75iu.
Ada orang tanya why ubat ni? why tak ubat yang gitu, yg gini. Macam kenapa tak dapat injection macam dia dapat lah.
Jawapannya -
I don't know - saya tak tahu, tapi saya percayakan gynea saya, jadi I'm put my full trust toward her.
Why tak sama dengan orang lain tu, mungkin kerana masalah kita tak sama.
Doktor mesti lebih tahu apa masalah yang kita hadapi berdasarkan assessment dan history2 kita sebelum ini.
Alangkan masa operate laparoskopi pun ada memacam jenis laps yg dibuat, ini kan pula bila kita dah start procedure. Kan?
Jadi, saya dengan Humog 75iu. (hasil google, saya tgk LPPKN pun ada guna ubat ni, Pantai pun ada kalau tak silap). Tapi lain orang, dapat lain. Ikut case memasing.
Permulaannya dapat dua kotak utk 2 hari injection.
Satu suntikan on CD7 dan satu lagi on CD9.
Suntikan pertama masa hari last consume Nolvadex.

Peralatan.
Dibekalkan bersama ice-bag.
Didalam nya dah ada ice-pack yang perlu disimpan dalam freezer.
Beg ni kena lah pulangkan semula.
Humog juga perlu disimpan dalam peti ais (letak kat tempat telur tu)

Peralatan untuk injection.
Dare? Or not dare? Haha.
Ada orang kata nampak menakutkan.
Kenapa tak pakai yg cam gini cam gitu.
Sekali lagi saya tekan kan - masalah kita tak sama.
Mungkin awak punya pengetahuan yg luas berkaitan kegunaan Puregon,  Gonal F and apa tah lah ubat utk stimulate folikel. Tapi saya trust doktor saya.

Takde masalah.
Saya boleh cucuk di KL Fert terus.
Jadi, kali pertama cucuk, saya pergi KL Fert. Dekat je dari office. Bawak la beg hikmat ni pergi ofis jugak. 
Punch kad then buat kerja kejap, kul 9 lebih minta kebenaran boss untuk keluar. Alhamdullilah juga bos byk membantu.

Suntikan pertama on CD7 (15.9.2015)
Sampai KL Fert, tgk eh ramai pula.
Kat kaunter pun q orang yg dah ada appointment.
Terus gitau nak inject je. So, nurse Nabila entertain.
Dia bawak masuk bilik kecik belakang kaunter. Duduk situ. Dia godak2 kan ubat2 tu, then cucuk.
Sempat tanya dia, sakit tak?
Gelak je dia. Cam gigit semut je katanya. Haha.

Takde la sakit nau pun. Masa masuk jarum mmg tak rasa apa. Sungguh.
Tapi, bila ubat tu dilepaskan macam sakit sket lah.
Pastu rasa cam ubat tu "bergerak" je.. huhuhu.

Settle suntikan pertama.
Nothing worried kan. Dulu takut sgt nak buat IUI sbb takut nak kena cucuk2 perut ni. Padahal buleh ja buat kat klinik lain pun kalau takut. Apa menda ntah. Memang tak terbuka hati lagi kata orang tu kan. Ah. Past is past. Takyah duk teringat lagi lah.

Suntikan kedua - CD9
Pun buat kat KL Fert dan nurse Nabila entertain.
Kali ni lebih rilex. Tak sakit lah. Dun worry. Takde tanda langsung pun.

Suntikan ketiga on CD10
Ini tambahan lepas doctor buat TVS. Mungkin saiz telur tak memberangsangkan.
Oh. Tu ari tanya kat nurse Nabila, ada tak ubat lelain. Dia kata ada je. Tapi, dah doktor bagi yang ni, kena amik yang ni lah. Tu saya kata, kita punya masalah berbeza. So, dose kita, jenis ubat kita juga berbeza :)
Injection yang ni ambik lepas jumpa doktor. Nurse Nabila inject belah kiri plak. Agak sakit plak kali ni. But, still takde tanda apa2. No lebam ke apa.

Suntikan keempat on CD12
Yang ni jatuh hari Ahad. Terpaksa pergi klinik biasa.
Surat referral dah ada. So, kami pergi Pusrawi.
Alahai Pusrawi ni. Memula tu kami tanya, orang yg register tu kata dalam RM15 je. Pastu bila dah siap cucuk, tempat nak bayar tu kata RM37.50.
Amboi.. lepas kita cakap kita cuma cucuk je. Jarum apa seme sendiri punya. Baru lah harga tu jadi RM13.05 (GST lagi tu). Itu pun kecoh call sana call sini.
Walau pun dulu Pusrawi ni pernah jadi panel office kami, tapi mmg a lil bit skeptical sket kat Pusrawi ni. Sbb pernah myDH pergi cuma nak ambik ubat batuk n demam je. Tapi dia suruh ambik darah bagai. Padahal bukan demam berpanjangan pun. Ambik darah tu okay lah. Tapi, menunggu nak jumpa doktor lama giler. Terus kami lari je balik (sbb panel kan..jadi takde la kita nak bayar ke apa). Terus gi klinik lain. Mudah je doktor bagi ubat.
So, kali ni depa caj lebih dari sepatutnya pulak dan kalau kita tak counter back harus bayar je harga mahal tu. Plus, nurse kat KL Fert dah cakap, kalau cucuk je biasanya range dalam RM10-RM15. Depends.

So, 4 suntikan humog untuk IUI.
Dan kesemua ubat berharga RM551.20

Seterusnya untuk pecahkan telur sebelum buat IUI, doctor bagi Hucog.
Kena inject jugak.
Kali ni kena inject malam antara jam 8.00 - 9.00 malam - 21hb Sept 2015 since IUI akan dibuat pada hari Rabu 23.9.2015 jam 11.00pagi. Hormone ni akan bertindak balas dalam tempoh 36jam.
Mulanya pergi ke klinik Reddy. Klinik tu kata dia takde peralatan bila tunjuk referral letter. Kami kata kami ada semuanya, just nak tolong cucuk.
So, yg jaga kaunter tu bawa ke Doktor. Dia kata doc buleh tlg cucuk.
Bila tanya bayaran, ambik masa yg lama pula. Duk tgk handphone. Masa adalah berharga ketika ini. Kami terus nak pergi hospital saja. Dia kata bayaran mmg akan lebih dari RM20 sbb consultation je dah RM20. Tu lah kita cakap, tak perlu lah sampai ke doktor. Nyata, klinik biasa bukan tempat yg bagus untuk pergi cucuk. Sesapa yg nak buat injection hormon ni better pergi hospital and bahagian rawatan kecemasan.

So, kami ke Pusrawi. Masa sampai situ dah hampir 8.45pm. Berdebar kau.
Ada sorang nurse bantu inject kan.
Masa masuk hormon ni mmg "terasa" lah. Beza dengan humog. Rasa macam ke tekak. Agak tak berapa nak selesa. Nurse tu sendiri kata ubat ni macam 'berat' sket. Masa dia buka botol pun macam dah terasa katanya.
Lepas tu tanya bayaran, nurse tu kata tak payah. Eh. Dia kata takpe. Tolong inject je. Bukan guna peralatan apa pun. Semua bawak sendiri.
Alhamdulillah. Murah rezeki awak nurse. Tapi, agak ralat sket sbb suppose bagi lah dia sedekah sket kan.
Hucog ni agak bersimptom. Jadi, tu yang keesokkannya (Selasa), minta cuti.
Tapi, Alhamdulillah.. okay je.. takde simptom apa pun. Normal je. Masa memula inject tu. Lepas tu okay dah.
Kos hormone Hucog - RM106.00/piece

Begitu lah. 5 kali cucuk. Ini yang ditakuti sedari dulu.
Rupanya takde la scary sgt pun. Takde la sampai lebam apa semuanya.
Okay je. Tak nampak langsung kesan kat perut.



Wednesday, October 28, 2015

Week 7

28.10.2015
Dah masuk minggu ke 7.
Hai la baby, moga awak membesar dengan sihat dalam tu ya.
Minggu ni masih lagi takde selera makan.
Muntah cuma waktu malam.
Itu pun kalau dah sumbat makan memacam.
If not, okay okay ja.

Tapi, yang pasti tido mmg jadi feveret.
Aduyai. Baca Quran pun dah jarang2 ni.
Ada sekali tu, lepas maghrib terus tido. Mandi pun tak.

Minggu ni baby dah besar blueberry katanya.
Kejap je besar kan.
Dari besar lentil last week dan jadi blueberry dah

7 weeks 2 days - gi jumpa doktor. Dan scan.
Yey. Dah nampak heartbeat baby. Dah dgr heartbeat juga.
Alhamdulillah.
(ada entry khas utk ini).

Oh ya, my in laws semua pun dah tahu tentang kehadiran si baby kecik ni.
Adik ipar pun call advise minum susu apa seme.
Iye kan je lah..Hihi.
Seme pun excited. Thank u all :)

Then hari last minggu ke7 balik umah mak PJ.
Sbb tu hari kan kata nak makan sambal bilis petai dgn kari ikan.
So, mak buat lah.
Puas makan. Pastu siang tu masa kat ofis ada terlintas, sedapnya kut dapat pengat pisang letak sagu.
Sekali sampai PJ, mak kata bubur pisang pun ada (depa tak panggil pengat. Depa mmg panggil bubur. Agak pelik sbb weols family sana panggil pengat kan. Huhu).
Terus rasa..best nya!

Mak kata if ada nak makan apa2 lagi, gitau je. Nanti mak masak.
Awww.. thank u mother. Hihi.

Tuesday, October 27, 2015

Week 6

Minggu ke-6
Masih rasa biasa biasa.
23hb ada appoinment doktor (special entry).
Masa minggu ke6 ni ada sorang lagi mamat kat ofis tanya aku pregnant ke.
Ter agak agak nak jawab.
Entah cemna dia tahu plak. Nanti heboh la tu. Mencik betul.
Baby, again, ibu minta maaf tau. Bukan ibu nak sorok2, tapi ibu tak mahu heboh2 lagi.
Takpe, lepas ni bila ada orang tanya ibu, ibu akan jawab
"InsyaAllah... please pray for me"
Ha...okay kan jawapan tu :)

Weekend minggu ni agak lemau.
2 hari cuti, 2 hari la berkurung dalam rumah.
Tido. Tido dan tido.
Pastu asyik la nak meludah je kerja nya.
Pastu beli lah vitamin baru - Blackmores.
Dah makan rasa macam sakit pinggang plak. Eh. Takut lah nak makan.

Pening takde.
Tapi, pagi pagi, mmg dah tak boleh nak baca Quran dah.
Duk nak meludah je.

Oh. Ada sore breast jugak minggu ni.
Minggu ni juga menyaksikan selera ku makin merudum.
Tahu la rasanya cemna bila kita nak makan, tapi takde rasa nak makan.
Dulu, aku pernah rasa camni. Masa tu demam truk. Kat uitm. Siap kena minta air jampi masa tu. Seksa nya.
Tapi, sekarang, demi baby, ku gagahi juga lah.

Terbayang pasal makanan pun rasa tak lalu.
Takde apa yg aku rasa aku nak makan.
But luckily, aku tak muntah. Itu je nasib baik.
Tapi, 2 hari before masuk week 7, muntah belahak jugak.
Malam tu makan bihun tomyam. Lps tu tak abis. Makan plak epal. Lepas makan epal, makan setongkol jagung rebus.
Nak tido tu gi gosok gigi dulu. Lps tu terus muntah belahak kuar jagung apa seme. Haha.
Tapi, takde la rasa apa ke. Just rasa, eh apahal ni.. kena muntah ni..
Ingat muntah sket je. Rupanya mmg muntah banyak. Habis setongkol jagung gaknya.

Last day before masuk week 7, teringin sambal bilis petai dgn kari ikan.
Nampak kat IG orang. Nampak begitu lazat skali. Sbb biasanya tgk makanan mmg rasa urgh, tak lalu. Tapi, tgk sambal bilis tu napak lazatnya. "Gu" plak dgn kari ikan. Memang mabeles. Tik tik menitik ailiyo.

Jadi, minta myDH call mak dia (mamentua) suh masakkan tu.
Jadi, terbuka lah rahsia semua. Huhuhu.
Tapi, mmg weols perlukan doa dari mak pun. Mak sendiri dah lama tahu sedari buat IUI tu ari. Mak mentua baru tahu.
Terus rasa terharu. Ni seme lah akan tahu ni nanti. While my siblings pun belum tahu lagi ni.
Takpe, after scan Jumaat ni buleh gitau lah.

Baby, baby kena muncul tau.
Ramai tau tunggu baby.. Derang seme tak sabar nak tunggu baby....

******
Causes of Appetite Loss
Nausea or morning sickness, vomiting, and loss of appetite during the first trimester are common symptoms most pregnant women experience. These are normal symptoms of early pregnancy and there is no reason to worry. Sometimes the symptoms extend beyond the first trimester, but they are usually temporary. However, if these are prolonged, dehydration and nutritional deficiency may occur, in which case medical consultation must be sought.

Nausea
The main reason that you may be losing appetite during the early part of your pregnancy is nausea. The feeling of being nauseated reduces your desire to eat. Nausea and vomiting are often referred to as "morning sickness", because they usually occur in the early part of the day, although some women may continue to have this feeling throughout the day and night.

Obstetricians say that these normal symptoms usually begin at the sixth week of pregnancy and end by the twelfth week, but for some women this may last during her whole pregnancy period. If vomiting is severe it can lead to dehydration, and if prolonged it can lead to nutritional deficiencies that will not be good for either the mother or the baby. Medical consultation must be sought.

Hormonal Changes
During pregnancy the body adapts to the presence of the fetus in the uterus in order to support its growth and development. Progesterone, a female hormone, increases to cause thickening of the uterine lining, an adaptation to accommodate the baby. However, one side effect of increased progesterone is the slowing down of the digestive system, which can result in a decrease in your appetite.

Constipation
Many women become constipated during pregnancy. This may be caused by the increase in progesterone levels and by the supplemental iron intake given by many obstetricians to pregnant women. When you are constipated you may pass hard stools or have difficulty defecating. This may lead to appetite loss. Constipation may also continue into the later part of pregnancy when the enlarging baby in the uterus presses on the bowels, making bowel movements difficult. This can make you feel full, thereby inhibiting your appetite.

Growing Baby
Some women also experience appetite loss during the late stages of pregnancy. As your baby grows, your uterus presses on the stomach, making you feel less hungry. You may also feel fuller, making eating difficult.

Stress
Stress during any stage of your pregnancy may cause appetite loss and be associated with other symptoms, such as mood changes and tiredness.

How to Overcome Appetite Loss during Early Pregnancy
Most of these symptoms are normal and temporary. To overcome your loss of appetite and maintain good nutritional status you may try these:

-Do not force yourself to eat; especially not in the morning.
-Eat smaller meals.
-Eat small amounts of food, but eat frequently throughout the day.
-Avoid fatty foods and foods that are difficult to digest.
-Eat fiber-rich foods such as fruits and vegetables to prevent constipation and maintain good health.
-Try eating a BRAT diet, which includes Bananas, Rice, Applesauce and Toast.
-Avoid foods with strong odor or taste such as spicy foods, fish or eggs, because these can trigger nausea.
-Avoid stress and fatigue.
-Drink plenty of water to avoid dehydration.
-Some women avoid morning sickness by eating soda crackers right before getting out of bed.
-Sniffing a lemon or sucking on some sour candy can help relieve nausea.
-Some women recommend drinking ginger tea or ginger ale to reduce their symptoms.

kredit : LINK

Monday, October 26, 2015

Week 5

14.10.2015
Dah masuk week 5. Alhamdulillah.

Sehari sebelum masuk week 5, ada rasa macam berdenyut, eh, bukan berdenyut lah, tapi macam ada "rasa" lah kat area belah kiri ni. Risau juga. Tapi, tak lama. Lepas tu hilang. 
Kita takut cyst ke apa ke kan.

Tapi hari tu masa tvs awal2 dah clear dah cyst.
Ya Allah permudahkan lah.
Oh. Dua hari sebelum juga masuk week 5 juga ada 2 orang tanya 'ada isi ya?'
Alamak. Haha.
Sebab malam tu ada majlis persaraan KP.
So, kami pakai santai2 sbb tema pun santai.
Mungkin ter pakai baju yg "nampak-macam-mengandung". Tu la, sapa suh pakai baju belang2 melintang kan.

Jadi, ada yg teka.
Sorang tu perempuan. 
Satu tu lelaki, dia tanya husband masa husband sembang ngan dia.
Ngeh ngeh ngeh.
Nasib mmg pregnant tau. Kalau tak, ai is sentap.
Eh. Cop. Tapi baru 5 week kot. 
Okay. Takmo dah pakai baju belang2 tu.

Baby, baby jangan sedih tau.
Ibu bukan nak sembunyi kan lagi baby.
Takpe.. nanti ibu akan reveal jugak kehadiran baby.
Ibu tahu, ramai akan excited kalau tahu.
Diaorang dah lama tau tunggu baby :)

Akhir week 5, mula ada sore breast.
Oh ya. Every morning, lps bangun tidur mmg rasa nak meludah ja.
Even  masa solat Subuh pun tak selesa.
And now, tak boleh nak baca Quran lps Subuh. Sbb nanti asyik rasa nak meludah.
Lucky, bila nak pergi kerja dah takde rasa.

Juga ada rasa nak termuntah pada bau bauan.
Ada sekali tu, ofismate makan ikan apa ntah kat pantry. Macam ikan rebus. Tapi, dia kata ikan cencaru, tapi bau kuat. Tgh basuh bekas tupperware masa tu. Mmg rasa nak termuntah ja. Tahan smpai ke tandas.

Nak terkucil tu jangan cakap la.
Oh. Constipation jugak. Mujur lah bukan jenis yg sakit giler sangat.
Kena banyak minum air. Have to.

Friday, October 23, 2015

KL Fertility Treatment : IUI Procedure

23.9.2015 bersamaan 9 Zulhijjah 1436.
Tarikh keramat juga dalam hidup. Juga jatuh pada hari Arafah dimana doa adalah mustajab. InsyaAllah.

Selepas 6 tahun 9 bulan dan 10 hari berkahwin, baru lah kami proceed dengan IUI (bersamaan umur saya 35 tahun 9 bulan 10 hari).
Suppose dah lama buat.
Okay. Tak perlu ingat kisah lama.
Apa yang penting yang di hadapan ini. Future.
Allah tahu apa terbaik.
Jadi, yakin, jalan ini adalah jalan yang Allah tunjuk.

Appoinment utk IUI di set kan pada jam 11pagi.
Tapi, kena hadir awal utk serahkan semen utk di 'wash'.
Husband buat kat rumah sbb dia selesa di rumah.
So, lepas tu lelaju pergi hantar.
Mujur jugaklah esuk dah nak raya haji. Jalan tak berapa jammed. Alhamdulillah.
[cam biasa, guna tips letak botol specimen kat celah peha bagi dia 'warm'. Hehe]

Sampai klinik dalam jam 9.00, hantar pastu pergi breakfast.
Breakfast mamak lah apa lagi.
Tak tau celah mana food court area sini. Macam takde je kan.
So, dalam kul 10 lebih kami naik ke klinik.
Orang makin ramai. Mmg ramai betul lah hari ni.
Appoinment dengan Dr Tasha pun mmg ramai.

Tunggu punya tunggu.
Kena full bladder. Dah full dah nak terkencing plak.
Pergi toilet dulu. Keluarkan. Pastu penuhkan balik.
Tak jugak dipanggil.
Fuh. Dugaan ni namanya.
Kul 11.30 baru dipanggil masuk bilik.
Nurse suruh baring dulu. Sambil tu dia dah bawak masuk peralatan n sperm2 terpilih yang sudah dicuci bersih.
Sebenarnya masa hantar pun dah cakap kat nurse "takpe ke ni, sket je ni"
Nurse kata "takpe. Takde masalah.."
Hehe. Ai is risau. It's not about quantity.. it's about quality, tak gitu.
Tapi, dekat 15 minit tunggu doktor masuk.
Bila doktor dah masuk, cakap nak pergi kencing.
Dia kata, takpe kencing sbb ada history RU. Kalau full bladder nanti dia macam susah nak buat.
Fuh lega. So, pergi toilet dulu. And masuk balik.

Doktor pun agak kelam kabut hari ni since dia nak pergi outstation ke Vietnam. Eh. OS, ke holiday ke tak tahu lah. Yang pasti dia nak p Vietnam.

Bila dah masuk, doc pun datang.
Prosedur dimulakan. Tepat jam 12 tghari.
Sakit. Masa nak pasang speculum mulut itik tu. Ish. Tak suka.
Dia macam speculum buat pap smear tu lah. Tapi masa buat pap smear tu ari tak de  lah rasa sakit sgt. Buat kat klinik ni jugak. Mungkin masa tu lebih rilek.

Doc guna speculum plastik. Disposable speculum kalau tgk kat google image.
Ada orang kata speculum depa steel. So, bila terkena kulit macam sejuk kan.
Kat sini guna plastik.
Bagi orang tak pernah tgk dan tak pernah tahu apa ke mendalah speculum ni dipasang, buleh la google. Kalau tgk gmbr pun rasa cam Subhanallah sangat.

Seterusnya prosedur memasukkan sperm.

Ada catheter panjang utk sedut sperm dan dilepaskan dalam uterus.

Sekejap sgt. Tak rasa apa. Masa ni baca doa mohon zuriat bebanyak kali.
Lepas tu doktor kata selawat (ini lah untungnya doc beragama Islam kan. Dan yg utama perempuan). Lps tu dia masa dah lepaskan sperm, doc minta tarik nafas-lepas. 3x buat camtu.

Lepas tu settle!
Doktor suruh baring dalam 10minit.
Then lepas tu masuk nurse bagi ubat Duphaston utk dimakan esuk hari. Pagi dan petang.
Baring jap. Lepas tu keluar. Gi toilet jap. Pastu buat bayaran.
Kos utk hari ini - RM1,300.00. 

Lps tu ambik MC.
Dapat sampai Jumaat. Utk 2 hari lah kiranya. Hari Rabu n Jumaat. Khamis tu kan mmg cuti hari raya haji.
Dah bayar apa seme ambik gmbr jap ngan Qmie.
Oh ya. Appmt kami sama. Tp Qmie buat TVS utk tgk perkembangan telur dia. Dia nak buat ICSI. OPU (proses sedut telur) akan dibuat pada hari Jumaat.

Balik rumah, baring kat seat belakang.
Tp lagi pening kan kalau baring kat seat belakang.
Mujur rumah tak jauh.
Smpai rumah, rehat. Tp masa nak kencing tak lama pastu tgk ada bleeding.
Trus google. Ada yg tulis, itu adalah normal.

Tk tahu kenapa. Adakah disebabkan speculum. Heharap sbb speculum sbb speculum tu area vagina ja. Tk smpai dalam uterus.
Masa makan duduk atas kerusi kayu. Pun lepas tu macam bleeding gak.
Hari pertama mmg rest.
Dan mak ada di rumah. So, kena lah tolong2 sket mak buat rendang ngan kuah kacang.

Petang tu sempena hari Arafah, banyak2 berdoa.
Solat pun solat duduk (oh, sebelum tu mandi wajib jugak lah. Kena mandi wajib lepas buat prosedur IUI).
Begitu lah pengalaman IUI saya. IUI dengan Dr Nastasha di KL Fertility Centre
Moga ada rezeki kami. InsyaAllah.


(entry ditulis awal. Tapi, tak publish. Saja publish hari ni - genap sebulan dari tarikh IUI)