Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, January 30, 2012

Take For Granted

Apakah take for granted?
take for granted
1. To consider as true, real, or forthcoming; anticipate correctly.

2. To underestimate the value of: a publisher who took the editors for granted.


Utk case yg aku nak cakap ni kita amik yg no. 2 tu lah. 
Atau bleh gak nak kata take for granted ni bila kita tak hargai sesuatu yg ada di depan mata.

Contoh mudah, me myself. Aku tak kata pun org lain.
Aku take for granted seme kemudahan yg ada utk aku buat treatment.

Sbb aku rasa tpt2 tu seme dpn idung aku kan.
Dkt. Sgt dkt ngan umah. Sgt dkt ngan tempat keja.

Aku terpikir ni bila aku baca entry Chinta dan aku drop komen.

Aku pikir aku ni ler.
Menda bila dah dpn mata mmg tak dihirau.
Tp bila jauh baru sedar kan.

Mmg aku take for granted menda2 camni.
LPPKN sgt dkt. Sgt mudah nak pegi. Cam aku penah buat dulu la.
Takde masalah pun. Nak pegi senang. Boss nak kasik cuti senang. Bagi time slip pun takpe. Tu pun aku pemaleh lagi nak usaha. Abis apa lagi?
Buat HSG pun sng. KPJ tu pun dpn idung dan sejengkal cuma dari umah *eh. nipu sgt nih. Hihi*

Naper yer. Bila kita ada kemudahan tu seme sure kita mcm tak hargai.
Tp bila dah takde, baru la tahu susah senang tu nati.

So, nati bila aku da pindah baru aku tau susah kot.
*eh, pindah pun tak jauh. Huhu*

Jadi, kenapa tah perlu bertangguh segala.

Tatau nak kata.
Owh. Aku rasa nak tukar wat treatment kat Klinik Dr. Hamid Arshat la plak. Malas nak pegi LPPKN dah. Haa.. ni pun satu lagi take for granted pun gak ni kalo bleh dikatakan begitu. Dah tu.... aku lagi senang gi LPPKN, siap leh claim lagi, tapi tetiba aku nak pegi yg berbaya plak. Ini bkn take for granted. Ni mengada-ngada. 

Oke dah.

Gambar yg takde kena mengena.
Tp ada la pasal take for granted. Haha

Google

Thursday, January 26, 2012

Ovulation Prediction Kit

Halus. Klik le kalo nak tgk besau.
Skang mmg ni je la aku sker buat.  Walo tau mmg tak tepat.
Nak buat BBT asik lupa je nak amik suhu. Tu la dia org malas kan. Haha.

So, bila tgk ni baru aku terperasan.
"start using the OPK today"

Udah. OPK plak. Google apakah natang itu.
Oh. Ovulation Prediction Kit lah. Haha.
Baru tingat. Aku ada lah mendalah tu. Beli bila tah. Tp ada lagi 2 stick.
Aku beli hok murah tu je. Jenama Watson tu.
Aku penah pakai skali. Masa tu tak ovulate pun. Lagi buat stress. So, skang meh study pasal OPK ni dulu.


  1. A positive OPK test means that your luteinizing hormone (LH) surge has been detected and that you will ovulate in anywhere from 12 to 48 hours.
  2. If you are in a treatment cycle (using fertility drugs), notify your physician's office once you have achieved a positive test.
  3. After a positive test, it is recommend that sexual relations occur before ovulation for maximum conception opportunity.
  4. If you consistently fail to achieve a positive result (after 2 or more cycles), notify your physician.
Tips:
  1. It is not necessary to wait every other day to engage in intercourse. Daily intercourse will maximize your opportunities.
  2. If you have great difficulty using any particular brand, try another one in the next cycle.
Source : Here


Dan ada gak kat sini

Tp bkn sng sebenarnya nak tau ovulate guna OPK ni. Mau berkeping2 tester tu kang. Udah la bkn murah. Tp ada yg kit yg predict guna air liur tu kan. Jimat sket la kot. Tah. Malas aku. Kang beli2 ter campak entah memana. Lagi la hampas.

Tp mana la tau. Ada rezeki kan, tetiba btul lak time kita ovulate tu. Maka, apa lagi. Mula tanam cerucuk la. Eh...?? *word yg kami di TTC Corner sker guna. Hahaha*



Wednesday, January 25, 2012

Usaha Itu Tangga Kejayaan

Orang kata usaha tangga kejayaan kan.

Kalo takde usaha mana nak dtg kejayaan.
Mcm masa study dulu. Kalo tak berusaha utk berjaya, mampuih la ko nak dpt DL every sem kan. *that's not telling I got DL for every each sem. Huhu*


So, skang dimana kah semangat utk berusaha itu.
Nan hado! Tp nak kata 'nil' tu mcm tipu sgt.
Ada, tp tak bersungguh. I admit.


Kadang terpikir, eh, aku ni tak risau langsung kan.

Adik2 yg baru umo 25, 27 dan seme blum cecah 30 da merempan risau takde anak. Yg baru setahun kawen pun da risau2 sgt.

While me, yg esuk lusa jika dipanjangkan usia dah masuk 'double 3' pun tak kesah apa.
Rileks sungguh la hai.

Kadang menyampah dgn diri sendiri.
Nak anak, tp usaha mendapatkannya macam 20% ja. Tu pun tak smpai kut.

Malas weh. Esp aku pikir pasai pa aku tak sama ngan org lain.
Org lain taperlu pun susah2 nak buat itu ini.


Tp semlm jumpa kawan lama. Kawen selang sebulan ja dari aku.

Anak dah 2. Latest baru 3 bulan baby nyer.
Katanya 'eh..kami pun ada poblem gak. Kut subur sgt pun risau jugak. Kena ada protection juga. Bkn bleh main sukati je'

Kan..? Camtu plak. Kena gak pandai adjust. Kita yg duk TTC ni sedaya upaya nak carik timing telur kuar, tp meke lak sedaya upaya carik menghindarkan time tu. Pun kena guna kaedah BBT gak ni. Huhu.

Melihat blog adik aku sorang ni - Yannie.
Dgn segala usahanya mmg aku terkesima lah.
Be it - traditionally, modern, seme dia cuba.

Rajin. 
Aku ni semangat mmg ada. Buatnya tak.



Nak pasang azam baru ke?
Malas!

Bukan aku disiplin pun.
Agaknya yg LPPKN pun tu pun dah tak valid dah kot rekod aku.
Malas aku nak call, set appmt seme nih.


Dari apa aku tulis ni mmg napak kan aku tak 'terdesak' sgt pun. Yg aku gedik sgt adalah plan bercuti cuti. Dok pikir nak kemana kemana.
Entah. Mungkin sbb ni lah pun Allah tak bagi lagi rezeki tu.

Lagi satu, aku nak sgt2 'dia' dtg secara natural.
Itu yg sgt2 ku harapkan. Sbb tu aku macam melengahkan seme usaha ni

Apa pun, aku tak pernah berhenti berdoa agar dikurniakan rezeki yang satu ini.
Kredit : Here

Saturday, January 21, 2012

Bermula Lagi : CD1 Januari 2012

Sesak. Sesak. Bleh lupa lak berapa hb CD1 bln lepas.
Salu aku tick kat memana. Tp bln lepas aku mmg rasa maleh nak buat apa2 pun.
Maka, langsung lupa.
Tp aku tau, mmg dia tak lari jauh. Dlm 28 hari gak nih rasanya.

Tkpe, mulai skang aku kena coretkan kat sini lah.
Sng nak igt.
So, today is CD1 ya.

Lps tu nak tulis gak apa usaha yg da buat.
Supaya bleh menjadi konsisten. Lps da lama konsisten, tp tak menjadi, bleh la let go kan usaha tu.

Oke, last month - Jus Perawan.
Tp makan pagi je. Tp tu pun ada gak skip2.
Balik kg tak bawak balik. So, tak makan.
So, bln ni akan sambung lagi Jus Perawan.
Mau makan smpai abis 2 botol. *jadinya da 3 botol lah*
If tak menjadi, tukar lain plak.

Bln ni rasa nak try balik buat BBT.
Lama da tak buat secara seriyes.
Tp bln ni buat cam warming up je  lah dulu.
Next cycle baru buat secara siyes.
Eh. Termometer aku da tk bunyi beep beep plak bila da 2minit.
Rosak ke bateri takde.

Mana lak nak halanya nak tukar bateri termometer ni ah?


So, itu je. Cuma nak catit kan CD1 ni agar aku tak terlupa.

Oh. Nak ucap tahniah kat Eimma - antara TTCians yg awal2 aku kenal.
Akhirnya berkat doa dan usaha, Allah kurniakan dia rezeki terindah itu :)

kredit : baby

Wednesday, January 18, 2012

Jangan Angkuh Dan Sombong

Dengan rezeki yang diberikan.
Kerana Dia lah pemberi rezeki.
Dan Dia juga lah boleh menarik rezeki itu.
Bila bila masa.

Mungkin si penutur tidak bermaksud.
Tp bagi kami yg ber TTC, memang terasa seperti ada keangkuhan dan bongkak pada tutur kata yang dikeluarkan.
Kau begitu bangga dengan rezeki mu yang lebih awal.
Kau begitu bangga berkata sesuatu yang masih 'jauh' perjalanannya.
Setiap bait ayat yang berkaitan, pasti nya menunjukkan kamu angkuh dengan rezeki kamu itu.

Mungkin juga aku yang terlebih sensitive. 
Tp kalo terlalu kerap diungkapkan, mmg menjadi angkuh.
Masing2 ada rezeki tersendiri. Jangan terlupa rezeki itu datang dari Nya. 
Rezeki tu pun masih terlalu awal. Terlalu.
Jangan rasa diri mu paling hebat.

Ya Allah,
aku mohon padamu, jika satu hari nati ditakdirkan aku merasai rezeki itu.
Jauh kan lah aku dari sifat sombong dan bongkak.
Jauhkan lah aku dari berasa angkuh dengan rezeki ini yang mana orang lain masih ada yg ternanti.

Bila kita berada di atas, jgn sesekali terasa diri mmg  selamanya di atas.
Kerana yang di atas itu, bila terjatuh, sakitnya akan lebih terasa.
Malah mungkin membawa kebinasaan!

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong, takbur lagi membanggakan diri."

(Surah Luqman, ayat 18)

Saturday, January 14, 2012

IVF dan TAFF

Berita selanjutnya : BeritaHarian

Seronok baca citer camni.
Lama menunggu. Sepasang terus dapat.
Alhamdulillah.

Aku tak igt samada aku penah cerita dlm ni atau sekadar meng google berkenaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF). Tp ini ada lagi artikel berkaitan TAFF ni.
Berita Harian
Memang ada kriteria2 cam umur, gaji, tempoh perkahwinan nak apply ni dan mmg ramai la yg menunggu.  Kalo asben n wife bergaji dgn jawatan degree, rasa mmg tak diutamakan. Tp, apa salahnya mencuba. Mana tau ada rezeki kan.

Wednesday, January 4, 2012

Malas Nak Serabut

Lama tersadai blog ni. Takde apa citer sgt la berkenaan TTC skang ni. Tp ada gak la idea2 nak menulis, cuma cam eh, nati la, nati la. Dari nati la, nati la langsung tak tulis. Kasihannn blog ni.

Hari ni start sekolah. Ramai yg sebaya aku nganta anak ke sekolah utk masuk darjah 1. Malah yg sebaya anak lebih darjah 1 pun ada. Alahai. Kalo pikir2 sedih woh. Aku apa pun takde. Tah 7 tahun lagi, 17 tahun lagi ke, Allah je yg Maha Mengetahui.

Seronok kan tgk org yg 'complete' life nyer nih.
Ada anak-anak, ada suami keja bes, ada rumah sendiri yg selesa, kerja pun bes-bes.
Tipu la kalo kata takde terselit rasa 'jeles'.

Naluri manusia kan.
Tp cecepat beristigfar. Semua tu Allah dah tentukan.

Allah takkan menzalimi hambaNya. Itu yg pasti.

Anak?

Aku da malas nak pikir sgt.

Bercakap dgn CC kat opis ni camtu. Dia kata 'eh, mana buleh camtu, umo da meningkat nih'.
Yer. Aku tahu tu. Umo aku da 32 tahun. Tp seorang anak pun takde. Sedangkan kawan2 lain umor 32 da sebuk antar amik anak kat sekolah. Aku? Kengkadang mmg rasa loser. Kalo takde iman mmg da merapu2 da jadinya. Tp kembali kepada ketentuanNya. Qada dan Qadar nya. 

Nak anak semata2 tanak rasa cam loser?
Tak ikhlas tu kan.
Tu sbb aku biar je dulu. Sbb Allah Maha Mengetahui. Kenapa dia belum bagi lagi rezeki tu kan. 

Skang ni apa aku nak kata - mmg aku malas.
Malas nak pikir pasal treatment. Kat LPPKN tu pun agaknya da 'expired' nama aku kut.
Aku rasa aku nak smbg treatment kat tpt lain lah. Aku takmo la terus2 ke IUI. Mahu la terai secara natural, dibantu oleh2 ubat-ubatan. IUI tu mcm last resort tu. 

Tp nak smbg tpt lain pun, apa pun aku tak buat. Nak buat appoinment malas giler kot. Apa aku tau adalah - nak gi holiday, nak gi jalan2. Ha.. itu je lah. Sapa salu duk kebun stoberi sanun, tau la apa aku plan kan. Malas la nak serabut2 kelapa kepala.  Skang tggu masuk umah baru dulu, smbil tu jalan2, dah settle duk dendiam kat umah baru tu, baru sambung (kot). Smbil tu usaha la lelain. Minum Jus Perawan ke apa ke, tp nak ke klinik. Maleh!

google
*Tahniah kepada salah sorang rakan TTC Corner. Ada 25 kami semenya. Dan dia yg sulung menerima rezeki gembira ini. Da 10mggu pun. Tahniah adik ku :)

Monday, January 2, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Google

Selamat Tahun Baru utk semua rakan2 TTC yang disayangi.
Tinggalkan segala kedukaan di tahun 2011.
Kita bina kegembiraan utk tahun 2012 ini.
Doa saya, utk rakan semua juga utk diri saya sendiri, moga ada rezki utk kita menerima berita yg kita tunggu2 selama ini - pada tahun 2012 ini.
Insyaallah.