Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, January 25, 2012

Usaha Itu Tangga Kejayaan

Orang kata usaha tangga kejayaan kan.

Kalo takde usaha mana nak dtg kejayaan.
Mcm masa study dulu. Kalo tak berusaha utk berjaya, mampuih la ko nak dpt DL every sem kan. *that's not telling I got DL for every each sem. Huhu*


So, skang dimana kah semangat utk berusaha itu.
Nan hado! Tp nak kata 'nil' tu mcm tipu sgt.
Ada, tp tak bersungguh. I admit.


Kadang terpikir, eh, aku ni tak risau langsung kan.

Adik2 yg baru umo 25, 27 dan seme blum cecah 30 da merempan risau takde anak. Yg baru setahun kawen pun da risau2 sgt.

While me, yg esuk lusa jika dipanjangkan usia dah masuk 'double 3' pun tak kesah apa.
Rileks sungguh la hai.

Kadang menyampah dgn diri sendiri.
Nak anak, tp usaha mendapatkannya macam 20% ja. Tu pun tak smpai kut.

Malas weh. Esp aku pikir pasai pa aku tak sama ngan org lain.
Org lain taperlu pun susah2 nak buat itu ini.


Tp semlm jumpa kawan lama. Kawen selang sebulan ja dari aku.

Anak dah 2. Latest baru 3 bulan baby nyer.
Katanya 'eh..kami pun ada poblem gak. Kut subur sgt pun risau jugak. Kena ada protection juga. Bkn bleh main sukati je'

Kan..? Camtu plak. Kena gak pandai adjust. Kita yg duk TTC ni sedaya upaya nak carik timing telur kuar, tp meke lak sedaya upaya carik menghindarkan time tu. Pun kena guna kaedah BBT gak ni. Huhu.

Melihat blog adik aku sorang ni - Yannie.
Dgn segala usahanya mmg aku terkesima lah.
Be it - traditionally, modern, seme dia cuba.

Rajin. 
Aku ni semangat mmg ada. Buatnya tak.



Nak pasang azam baru ke?
Malas!

Bukan aku disiplin pun.
Agaknya yg LPPKN pun tu pun dah tak valid dah kot rekod aku.
Malas aku nak call, set appmt seme nih.


Dari apa aku tulis ni mmg napak kan aku tak 'terdesak' sgt pun. Yg aku gedik sgt adalah plan bercuti cuti. Dok pikir nak kemana kemana.
Entah. Mungkin sbb ni lah pun Allah tak bagi lagi rezeki tu.

Lagi satu, aku nak sgt2 'dia' dtg secara natural.
Itu yg sgt2 ku harapkan. Sbb tu aku macam melengahkan seme usaha ni

Apa pun, aku tak pernah berhenti berdoa agar dikurniakan rezeki yang satu ini.
Kredit : Here

7 comments:

yannie bunny said...

kekda, terharu sgt ada nama sy dlm entry ni! bergenang airmata! (sori sy sejak dua menjak ni sensitif sgt)

mungkin kami semangat sbb br stahun lebih kawen. agaknya kalu dh masuk tahun ke2, ke3 makin berkurang usaha kot kak. lgpn, husband sy tu jauh beza umur kak. plg kami risau dia dh masuk 40 br nk besarkan anak. cepat sakit pinggang nnt katanya. hehe.

xpe kak, insyallah, nnt dtg balik semangat tu. kita usaha sama2 smp berjaya. chaiyok kekda! ;)

CIK PUAN TIPAH said...

sama la kita..
saya pun double 3 jugak..hehe
Berusaha tapi tak bersungguh..
Smlm ada kwn hubby dtg dr KT utk jumpa ustaz kat KL ni..
Diaorg pun 3 thn kawen blm dpt baby..
Sanggup cuti dan dtg KL utk berubat..
Yang kat KL ni..relax jer..
bila nak bergerak ni..huhu

eKa said...

tu la kekda...rasa kerdil sgt tgk usaha2 mereka.antara eka dgn kekda, eka lagi sikit usahanya.balik retu ada la pegi perubatan islam.tu je...eka nak wat treatment.yg kekda suggest tu.tak sempat.asik la nak berjalan...guana...

sweet tooth said...

Insya Allah, ada rezekinya... Usaha hempas pulas tp kalau Yg Berkuasa kata 'not yet'... Belum la jugak... Yang penting tabah n sabar menghadapi ujian... Pasti ada hikmah semua ni kan :-)

Suwaibah YS said...

hurmm... mcm saya , usaha pun sejemput je..sbb skang ni rase terlalu stress nak pikir rawatan2 lain..
bila dh btul2 ready, bru nak start buat betul2.. tah bila
tpi dlm hati perasaan nak anak tu berkobar2.. huuu...

Bouncing and Cherubic said...

kak, sama la saya pun..umur dah tua tapi malas nak berusaha..tapi nak berjalan tu rajin semanjang..
:-D


entahlah kak, saya sekrang ni tahap redha dan lebih percaya pada kuasa Tuhan..tapi ya la usaha pun ena la ada juga..cuma tu la..memang tabik dengan Yannie..dia rajin..

ILY said...

Kekda, ily nih sejak 'berehat' daripada treatment trus mcm tanak fikir terus dh. Bahaya btol. Dok rasa seronok pulak mcm nih. Tak stress nk gi hospital sume. Oppss, tak membantu menaikkan smgt Kekda pulak :p

Takpe Kekda. Bila dah ready, Kekda mulakan balik ok? There's no finish line selagi usaha kita belum berhasil :)