Dengan rezeki yang diberikan.
Kerana Dia lah pemberi rezeki.
Dan Dia juga lah boleh menarik rezeki itu.
Bila bila masa.
Mungkin si penutur tidak bermaksud.
Tp bagi kami yg ber TTC, memang terasa seperti ada keangkuhan dan bongkak pada tutur kata yang dikeluarkan.
Kau begitu bangga dengan rezeki mu yang lebih awal.
Kau begitu bangga berkata sesuatu yang masih 'jauh' perjalanannya.
Setiap bait ayat yang berkaitan, pasti nya menunjukkan kamu angkuh dengan rezeki kamu itu.
Mungkin juga aku yang terlebih sensitive.
Tp kalo terlalu kerap diungkapkan, mmg menjadi angkuh.
Masing2 ada rezeki tersendiri. Jangan terlupa rezeki itu datang dari Nya.
Rezeki tu pun masih terlalu awal. Terlalu.
Jangan rasa diri mu paling hebat.
Ya Allah,
aku mohon padamu, jika satu hari nati ditakdirkan aku merasai rezeki itu.
Jauh kan lah aku dari sifat sombong dan bongkak.
Jauhkan lah aku dari berasa angkuh dengan rezeki ini yang mana orang lain masih ada yg ternanti.
Bila kita berada di atas, jgn sesekali terasa diri mmg selamanya di atas.
Kerana yang di atas itu, bila terjatuh, sakitnya akan lebih terasa.
Malah mungkin membawa kebinasaan!
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong, takbur lagi membanggakan diri."
(Surah Luqman, ayat 18)
5 comments:
sabar ye.... Allah sentiasa bersama kita..
Ni kalau diaorang yang suka perli perli kita, baca ni, sure terasa panas je!!
amin
Tak pe la kekda... kkdg diaorg ni cakap macam tak ingat Allah.. sabar yer... harap2 kita semua nnt tak jd macam tu...
Belum tentu anak yang dikandung itu memberi kesenangan dan kebahagiaan pada dia..
Post a Comment