Lama tersadai blog ni. Takde apa citer sgt la berkenaan TTC skang ni. Tp ada gak la idea2 nak menulis, cuma cam eh, nati la, nati la. Dari nati la, nati la langsung tak tulis. Kasihannn blog ni.
Hari ni start sekolah. Ramai yg sebaya aku nganta anak ke sekolah utk masuk darjah 1. Malah yg sebaya anak lebih darjah 1 pun ada. Alahai. Kalo pikir2 sedih woh. Aku apa pun takde. Tah 7 tahun lagi, 17 tahun lagi ke, Allah je yg Maha Mengetahui.
Seronok kan tgk org yg 'complete' life nyer nih.
Ada anak-anak, ada suami keja bes, ada rumah sendiri yg selesa, kerja pun bes-bes.
Tipu la kalo kata takde terselit rasa 'jeles'.
Naluri manusia kan.
Tp cecepat beristigfar. Semua tu Allah dah tentukan.
Allah takkan menzalimi hambaNya. Itu yg pasti.
Anak?
Aku da malas nak pikir sgt.
Bercakap dgn CC kat opis ni camtu. Dia kata 'eh, mana buleh camtu, umo da meningkat nih'.
Yer. Aku tahu tu. Umo aku da 32 tahun. Tp seorang anak pun takde. Sedangkan kawan2 lain umor 32 da sebuk antar amik anak kat sekolah. Aku? Kengkadang mmg rasa loser. Kalo takde iman mmg da merapu2 da jadinya. Tp kembali kepada ketentuanNya. Qada dan Qadar nya.
Nak anak semata2 tanak rasa cam loser?
Tak ikhlas tu kan.
Tu sbb aku biar je dulu. Sbb Allah Maha Mengetahui. Kenapa dia belum bagi lagi rezeki tu kan.
Skang ni apa aku nak kata - mmg aku malas.
Malas nak pikir pasal treatment. Kat LPPKN tu pun agaknya da 'expired' nama aku kut.
Aku rasa aku nak smbg treatment kat tpt lain lah. Aku takmo la terus2 ke IUI. Mahu la terai secara natural, dibantu oleh2 ubat-ubatan. IUI tu mcm last resort tu.
Tp nak smbg tpt lain pun, apa pun aku tak buat. Nak buat appoinment malas giler kot. Apa aku tau adalah - nak gi holiday, nak gi jalan2. Ha.. itu je lah. Sapa salu duk kebun stoberi sanun, tau la apa aku plan kan. Malas la nak serabut2 kelapa kepala. Skang tggu masuk umah baru dulu, smbil tu jalan2, dah settle duk dendiam kat umah baru tu, baru sambung (kot). Smbil tu usaha la lelain. Minum Jus Perawan ke apa ke, tp nak ke klinik. Maleh!
*Tahniah kepada salah sorang rakan TTC Corner. Ada 25 kami semenya. Dan dia yg sulung menerima rezeki gembira ini. Da 10mggu pun. Tahniah adik ku :)
8 comments:
Kekda, masuk rumah baru adalah perkara yg best! Nak carik brg laa, lampu laa, kipas laa, perabot laa. Nak deco macam mana. Ily dah lalui last year. Mmg penat, tp bila tgk hasil rasa berbaloi2. Hehe.
Takpe Kekda, itu sume urusan Allah. Apa yg kita leh wat ialah doa, usaha dan doa lagi :)
itu la kekda..kawan sy yg sebaya sy pon da ada 2 anak. kdg2 mmg rs sayu betul. nak2 bile tgk muka husben. alahaiiiiiiiiii....
tp malas nk pikir. lg org mmg lain rezekinya.
cuma sy harap, sy xputus semangat. terus berusaha.
kita usaha sama2 yer kekda :)
kita serupa..
tahun ini begitu ramai kawan2 yg sebaya menghantar anak masuk tahun 1 & tadika. Saya entah bila..huhu.
Nak buat bagaimana, ini ketentuan Allah. Terima dgn hati terbuka...
InsyaAllah kekda.. meh kita same-same berdoa, sama-sama berusaha..moga seru Fara tu smpi kat kite =)
salam kenal..
sabar lah kak menghadapi hudup ni ye. berat mata memandang berat lagi kita yg TTC ni melalui hari2 dengan usaha, rawatan, cam2 lagi..bila org mkn itu ini dan berjaya prgnant kita semahu nya mencuba.agar rezeki kita sama cam dia..sy dulu pernah give up sampai kemurungan. lps 3 tahun kawen sy conceive thru IUI.sapa duga kan..rezeki hnya 10week saja..saya keguguran..lagi2 lah bertambah episode duka nya..huhuh
Salam kenal..
harap akk sabar ye..huhu..saya baru aje kehilangan.bby 10week..bertambah2 episod sedih sy lagi2 conceive thru iui..akk jgn pts asa k..trskan rawatan/usaha..sya pun under LPPKN
Kekda, saya pun macam akak..jalan2..duduk2 umah..malas nak fikir..memang IUI tu last resort.
entahlah, kadang2 rasa sedih tak ada anak..kadang2 rasa best tak ada anak..kadang2 rasa macam loser gila..kadang2 rasa macam beruntung gila..entahlah..
Saya berdoa kita semua yang senasib ni sama2 diberikan keredhaan oleh Allah. Tu yang paling penting
mekasih kekda.. org yg pernah ttc je tau camne rasanya.. fara doa kekda dan semua geng2 ttc akan menjadi ibu tak lama lagi.. jgn berhenti berdoa ye kak..
Post a Comment