Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, May 30, 2011

Proceed or Postpone?

Hai kawan2.
Lama tak menulis kat sini. Takde menda nak update kan.
Bln ni pun tak kena pi LPPKN dah selain consultation retu.
Igt nak pi beli Biodex. Tp nyer asik bz je ngan Promosi Kerja Kahwin ni.
Nxt week pulak Kerja Kahwin kat umah in law. Hurm.

Tp saya nak dptkan pandangan kawan2 lah.
Saya mcm nak 'test market' lah nxt month. Huhu.
Mcm mencuba naseb la.

Cuba apa?

Cuba utk ini.......
Kredit : Here
Yeah. Utk Intra Uterine Inseminations (IUI).

Mmg susah nak dptkan appmt utk buat mendalah ni. As my adik Lady Mira said - doktor on leave lak time dia nak IUI ni.
Tp saja nak try test. 

So, mau la dptkan pandangan.
Samada opt for IUI this June or extend after balik dari Hong Kong (mean bulan November la buat).
Bagi la pandangan kawan2 yg tersayang. 2 ni je. Samada kata proceed or extend. Just berikan pandangan salah satu je.
Kalo ikutkan, my next cycle will b on 11/12 June.

Tp if tak dpt on June ni mmg confirm la saya akan buat after balik HK.

(update : 1 Jun : 3 proceed, 1 extend. Tkpe. Ada lebey kuang 12 hari lagi utk pikir semasak2nya. Tp harap2 bln ni ada rezeki. Tak perlu fikir2 dah kan. Hurmmmm )

Tuesday, May 24, 2011

Kahwin Lewat

LPPKN pandang serius kahwin lewat

KUCHING 23 Mei – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

“Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.

Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata satu pertiga dari 27.5 juta penduduk di negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 15 tahun ke bawah dan akan memasuki usia perkahwinan menjelang 2020.

Beliau berkata, satu dasar yang komprehensif amat diperlukan dalam menghadapi cabaran pembangunan keluarga kerana golongan itu akan memberi kesan kepada penambahan isi rumah yang berlipat kali ganda dari jumlah sekitar 6.3 juta yang ada sekarang. – BERNAMA

kredit : Utusan

**
Ye. Aku mmg ada tulis pasal ni gak kat kebun stoberi sanun.
Kali ni tulis kat sini plak. Sana secara am je la.
Sini secara khusus. Sbb ada relate dgn tpt treatment ku itu- LPPKN.
Aku rasa derang dpt dari database org yg pegi treatment tu la kut.
Kawen lambat pehtu kebarangkalian dpt anak pun lambat. Lps tu terpaksa wat treatment ngan derang. 

Tp ada je kawan aku yg kawen lambat, tp skang anak da 2 pun. 
Pehtu sorang lagi sebaya, kawen last year, pun tgh mengandung.

Huwaaa..... itu bukan masalahnya. Cepat lambat kawen tak menentukan cepat lambatnya dpt anak. Lagipun jodoh ni pun ketentuan Allah, rezeki zuriat ni pun ketentuan Allah.
Apa yg kita buleh buat adalah berusaha. Jangan lah dirungsingkan sgt masalah ni. 

Tp bila camni aku pun rungsing gak. Umo dkt 32 dah. Tp tak muncul sorang pun lagi anak ni. Sobs... sedey..sedey..sedey....

Monday, May 23, 2011

Rawatan LPPKN : 3rd Visit

23 Mei 2011

As per appoinment yg da dibuat on my 1st day 'makcik' itu dtg, maka kami somi isteri berpergian la skali lagi ke Tingkat 6 tu. Igt kut nak la smpai sana dlm kul 7.30pg. Tp tak berjaya jugak. Kul 7.30 baru hegeh2 nak kuar umah. Tetgk org ramai nak naik lif sbb da dkt kul 8am. Oh. 3 trip lif dibiarkan. Segan plak rasa dgn bawak sampul besau ni. Org sure tau nyer mesti xray. Lagi plak turun tgkt 6. Tp apa nak buat, at least kita usaha.

Ari ni dpt jumpa doktor. For the 1st time la kiranya jumpa Doktor Ghaffar ni. Masuk je tekan no cam biasa dpt no 004. Menunjukkan aku yg ke4 utk bertemu doktor.

So, tunggu je lah. Mujur. Org tak berapa ramai reni. Ada yg aku dgr buat IUI. Ada gak baru pertama kali dtg. Ada yg baru nak call buat appmt.

Dlm kul 9 lebih baru dpt jumpa doktor. Tu pun b4 tu aku dgr nama aku disebut2. Rupanya result aku retu derang tak print. Doktor pun tak jumpa.

Masuk jumpa doktor terus dia kata 'sori sbb menunggu, carik result ni. Itu la..ssh skang ni suma da depends on system, technology ni'. Ya..saya paham doktor, saya pun jaga memcam sistem kat opis tu. Salah satunya Sistem Pengurusan Aset. Eh. Idak la aku ckp camtu kan. Apa kes??

Seterusnya dpt penerangan dari doktor. Aku siap kuar buku 'saya nak tulis2 ye doktor' aku kata.
'Hui, mcm reporter' kata doktor tu. Hahah.
Tu pun seb bek saya bawak kuar buku je doktor. If saya bawak kuar kamera, pehtu kata 'saya nak amik gmbr la doktor'. Ha....lagi sebijik mcm reporter. Teheheheh.

Lps tu dpt penerangan mengenai result HSG. Yep. As result tu, takde apa yg perlu dirisaukan. Takde any sumbatan atau apa. Cuma aku ada sedikit 'pelvic adhension'. Tp doktor kata itu tak jejaskan any peluang. Lagipun aku  nyer result dari ujian darah ari tu (FSH, LH dan apa lagi satu PH ke apa eh) semenya melepasi tahap yg dikehendaki. Lulus la pendek kata walo tak dpt A++.

Yg paling aku bersyukur bila doktor kata 'telur ada, takde masalah, cuma tatau bila dia pecah'.

Sebelum tu dgr dulu penerangan ttg SA my asben. 

Jadi, kiterang pun paham la apa yg doktor katakan dan dlm 70% aku da clear ttg permasalahan kiterang ni. 30% tu kena tggu scan. Kut ada cyst ke PCOS ke. Doktor kata if nak tau seme tu mmg kena scan sbb HSG ni nak tgk cemna keadaan dlm ovari kita je. Oke. Noted.
So, doktor kata skang ni buleh truskan dgn IUI sekiranya bersedia.
Dan.
Aku pun berterus terang nak buat after Okt sbb aku nak travel dulu.
Doktor kata oke, takde masalah. Sbb dulu katanya ada gak patient dia, eluk da buat IUI, pehtu menjadi and pregnant. Tup2 dia kata 'alamak, camna ni doktor, saya nak mengandung ujung thn'. 

Abis... cena? awat tak pikir memasak kan. Aku pun tau if aku buat utk next cycle pun tak tentu menjadi. Tah bila telur pecah, besa kecik dsbnya kan.

Jadi, setakat ini keputusannya saya mungkin buat IUI dlm ujung thn la. Da dkt2 anniv kiterang yg ke3 nati kut. Dlm pada tu, 5 bln ni kiterang try la usaha sendiri dan kalo buleh nak try Biodex tu. Tp tgk dulu cena lah yg Biodex tu. Mebi nak pegi Darus Syifa, amik air. Dulu pun penah pegi, tp masa tu baru berapa bln je kawen.

Kalo dulu mmg aku tak serius utk TTC ni tp dlm tempoh 5 bln ni aku harap, aku boleh serius.

Dlm pada nak serius tu pun sebuk gak aku menyelit nak beli tiket katebang sekupang tu tadi. Hampir dpt dah. Ciss... tp pikir nak travel je. Bila time nak bebetul conceive?

Oh. Kali ni hanya bayar consultant fee shj iaitu RM10.00. Ceh. Bayar duit paking pun lebih kurang sama. Cam biasa, paking kat Maju Junction - RM8.50 utk 3jam. Hohohoho.

Dan selepas jumpa doktor ni, aku mmg harapkan keajaiban akan berlaku. Dan aku tahu, Allah itu Maha Berkuasa.
“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)
kredit : here
Kredit : Here

Saturday, May 21, 2011

Lagu : Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu

Masa aku buat entry drama Berpaling Dari Jannahmu ada yg bertanya
Suryani said...

    ada sesiapa tau lagu dalam drama ni....

Utk Suryani sekiranya lagu ini lah dimaksudkan, maka ini la lagu dari citer tu. Tp saya tak pasti if ada lagu lain. Tp saya pun nak carik gak lagu ni- lirik kredit from here

Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu 
Penyanyi Uji Rashid

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

Korus

Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...



p/s : sedihnya lirik dia. sobss.. :(

Friday, May 20, 2011

TTC : Program Kehamilan


Sapa penah cuba??
Maksud aku sesuatu yg berkaitan dgn qoute di atas tu.
Tu kalo masuk website ini mmg akan jumpa la.

So, antara kita yg 'sekasut' ni sapa pernah mencuba?
Kalo baca testimoni mmg la mcm seme nya menjadi kan (yeah..takkan dia nak buh org kata 'saya da mengamalkan program ini selama setahun, malangnya takde apa pun terjadi)
Tp sorang adik unit aku citer, akak dia amik program ni. Dan lepas 2 bulan kot, mengandung.
Dan sorang adik unit aku jugak, akak dia da 8 thn kawen, amik gak program ni tapi tak berjaya (yep. Umo akak dia tu sebaya aku, memcm derang cuba dah. IVF, IUI, segala lah, tp takde rezeki lagi, akhirnya last option amik anak angkat)

Aku tgh berkira-kira nak amik Program Kehamilan Biodex ni lps jumpa doktor nati. Sbb nak start menda ni pun kena tau apa masalah kita kan. So, esuk aku da jumpa doktor sng la aku nak jumpa pakar kat Biodex ni plak.

Alang2 kepalang aku da berabis duit untuk TTC, aku rasa aku nak cuba yg ni. Dulu mmg ramai sajes tp aku kata 'mahal'. Tp skang ni pun da beratus gak aku abis kat LPPKN. Jadi aku nak terai. 

Ari Senin ni jumpa doktor (oh. anyone yg ada same appmt on dat day - LPPKN, Jln Raja Laut? Kut ada tu, boleh la kita beramah mesra. Ewah!) Jadi tgk apa doktor kata. Pasal dilema tu, ekceli aku da diskas awal2 pun dgn my asben n dia pun setuju utk kiterang try natural dulu kot. Sng citer mmg tak opt for IUI la utk waktu terdekat ni. Cukup sekiranya dibekalkan ubat2 dulu (uh..aku masih takut sebenarnya kalo kena cucuk2 perut tu). Mebi bln Nov / Dis baru proceed.

Dan dlm pada tu aku nak terai la Program Kehamilan Biodex ni. Again, cam aku penah ckp dulu, if its come naturally, aku terima dengan penuh kesyukuran. Buat masa ni biar lah aku tak digodek2 dulu kut. Tggu settle segala nak masuk umah baru (ni pun tatau bila ni, nati nak call developer. Kena gak tau sbb nak plan itu ini), settle gi bercuti sok baru bersedia.  Mana tau kot honeymoon di negara org sok, ada miracle lak kan. Teheheh.

Apa pun, tggu je Isnin ni. Tak sabau. Moga2 takde la masalah. Nak dtg awal sket. Sbb tau sure ramai sbb ari Senin kan. Lps tu tatau nak amik time slip or nak cuti je trus. Hik hik.

Oh. Sapa ada pengalaman amik Program Biodex ni sudi sudi la share yer. Cam bes je bila baca testimoni derang ni.

Thursday, May 19, 2011

Drama : Berpaling Dari Jannahmu

Sambil ber FB dlm bilik tetiba my dear kata 'meh tgk citer ni, bes ni pasal dia da 10 thn kawen tak dpt anak'.
Aku pun apa lagi. Berdesup keluar tgk tibi.
Tgk Ogy tgh berdoa. Antara doanya yg aku igt
"Ya Allah..telah 10 thn aku menunggu, kurnia kan lah daku zuriat. Aku bersedia untuk menerima segala dugaan apabila dikurniakan zuriat ni"
Sayu ati. Sebak lak tetiba.

Trus la aku un plug lappy segala, usung bawak ke luar (huhu. igt nak off kan terus. tak jugak...hahah)
Bes jugak la citer tu. Lakonan Ogy Ahmad Daud (isteri), Nasir Bilal Khan (suami). Aku tekan kat info astro tu ada tulis nama Eja. Aku igtkan ada la Eja. Rupanya dia silap tulis daaa..mengong.

Lps doa tu akhirnya isteri ni pun pregnant. Tp si isteri ni rajin mengemas. Tak boleh tgk umah selerak. Tgh sarat pun mengemas jugak.
Dan bila da ada anak pun camtu gak jadinya. Anak dia tak buleh buat sepah2. Main kaler2 tak buleh. Yg bes tu anak dia Mia Sara. Uii..budak comey tu. Yg mmg jadi impian ku untuk dpt gegirl secomel dia. Hihi.
google

Mak dia ni tak la penah pukul. Cuma cam cerewet. Dan si anak pun jadi cam takut. Smpai ada sekali tu dia marah sbb anak dia buat sepah smpai ter cakap 'ada anak susah, takde anak susah'. 
Dan climax citernya bila kawan2 si Mia ni dtg umah. Derang pun kaler2, lps tu tampal sticker kat kusi segala. Apa lagi mengamuk la mak dia. Mak dia marah2. Mia pun lari kuar umah. Dang! kena langgar. Lalu meninggal.

Jadi la mak dia cam meroyan royan. Tak boleh terima anak dia mati sbb kena marah dgn dia. Dan last nya mak dia pun sedar balik yg sikap dia mmg keterlaluan.

Gitu. Citer simple dan mmg cam takde apa. Tapi bagi aku yg kepingin anak byk maksud yg disampaikan dlm citer ni.
Antaranya :
- Allah lebih mengetahui kenapa kita tak dikurniakan zuriat rezeki ini. Mcm citer ni la. Sbb isteri ni seorang yg cerewet. Ada anak lebih menimbulkan masalah utk dia. Jadi sbb tu dia tak dikurniakan rezeki tu lagi.
- Bila dah berjanji dgn Allah, maka hendaklah kita tunaikan. Dlm citer ni, isteri ni da berjanji akan menghadapi segala dugaan, tp akhirnya dia yang abaikan.
- Hargai lah apa yg ada sementara dia masih ada. Sbb kalo dia dah takde kuar air mata darah pun tak guna.
- Sekiranya Allah da makbulkan permintaan kita, maka hargai la sebaik-baiknya. Kerana itu lah kurniaan yg tiada gantinya. Pasti!

Itu saja. Tp mmg terkesan la citer ni. Menyampaikan satu maksud utk kita renungkan bersama :)

Monday, May 16, 2011

Aunt Flow Bulan Ini

Aduyai.
Memula izinkan saya merepek dulu barang sebaris dua.
Geram btul lah. Entry raba perut tu ramai yg bagi komen bes.
Dan saya dgn rajinnya, reply 1 by 1.
Tetiba blogger buat hal. Seme ilang. Yg sempat selamat 2 komen teratas tu.
Itu pun sbb katanya tak moderate lagi. So, publish balik la.
Ngenggg... mana nak carik komen tu? Mak pun tiada jawapan noks.. sedey :(

Oke. Tkpe lah. Nak buat cemna kan.

Skang saya nak citer pasal cycle bulan ni.
Cam biasa on d dot.
Itu tak kesah la. Sbb saya takde problem dgn 'makcik flow' tu.
Tp yg buat saya terkejut sbb bln ni tak senggugut.
Gosh.
Sepanjang2 umur saya hampir 32thn ni, ni la 1st time kot saya tak rasa apa2 pun ketika kedatangan makcik tu (ehhhh..cop..apa aku period start dari lahir ke?. Ok. betulkan)
Sepanjang saya ber period dari umo form 1, bln ni saya betul2 tak rasa apa.
Smooth je. No cramp at all on d 1st day.

Dan yg mengejutkan dia sgt heavy flow.
Yeps.. 'makcik' saya itu mmg tak heavy.  Tahap guna pad kategori slim pun buleh. Biasanya 1 ari je bebtul bleeding yg tk heavy, ari ke2 tu only spotting cekelat2 tu je.
Tp bulan ni on d 2nd day, humang ai. Saya terkejut juga.
Tak penah2 cam gini rupanya.
Takut pun ada.
Tp itu je lah. Ari ke3 mcm nak bersih dah.
Jadi apa yg saya nak cuba sampaikan adalah, adakah kerana HSG?
Adakah empangan yg dulu sempit telah diluaskan sehingga aliran trafik menjadi smooth.

Tatau nak kata apa. Tp kita tunggu pula nxt month (walo berharap nxt mth tiadalah makcik itu berkunjung kan. Huhu).

p/s : smlm mimpi pregnant plak. Adoyai. Aku ni. Terbawa bawa btul.
p/s/s : eh. apsal guna 'saya' lak ni. Haha.

Thursday, May 12, 2011

Rawatan LPPKN : Appoinment Seterusnya

12 Mei 2011

Ari ni call LPPKN. Utk set date appoinment seterusnya.
Kali ni agak susah sket.
Aku guna general line sbb aku tak bawak kad appoinment aku ke opis.
Kut tak dlm tu ada no phone direct line.
Retu tu misi tu da kabo, puan call no ni, gitau nak ckp ngan asisstant Dr Ghaffar (Dr. G).

3 kali call line asik penuh.
Kali ke 4 baru dpt ckp ngan operator dia.
Minta smbg ke Klinik Subfertiliti.
Skali lelaki yg jawab. Terkejuit aku. Terus jadi tergagap2 nak ckp. Haha.
Yelah, aku bajet pompuan la jawab sbb 3x aku call tak penah lagi lelaki jawab.
Pulak tu yg lawaknya dia igt aku nak buat 1st appoinment.
Aku pelik bila dia tanya 'puan da bincang dgn asben?'
Aku mcm eh, apsal kena diskas plak. Aku tau la kalo nak jumpa doktor kena bawak asben, tp perlu ke aku diskas?
Aku pun jawab je, kena diskas apa? sy da diskas la.
Macam ni puan, kalo nak buat appoinment, suami tak leh kuarkan air mani dlm tempoh 3 - 5 hari.
Aku terus tnya dia balik. Eh, saya nak jumpa doktor la. Kena check air mani lagi ke?
Lps tu baru dia tau dia salah.

Apa la. Aku awal2 da kenalkan diri, aku gitau aku nak buat appmt utk jumpa doktor. Aku da buat seme test darah, HSG n 2nd blood test.
Haiya..

Lps tu baru dia pass kat asisstant Dr G.
Aku dgr org tu bla bla bla bla kat sana.
Last2 dia kata, puan bg no phone nati saya call balik.

Tk lama pastu dia call balik. Tp kali ni bkn budak laki tu la. Ni assisstant Dr. G. Dia gitau date appoinment aku. And bawak la segala HSG report, xray film segala.

Oke. Done.

Next appoinment : 23 Mei 2011

Hope everything will be fine. Lambat lagi kan. Buleh la seround 2 dulu. Eh???? Hahhahaha :P

Bosan Dan Sunyi

Giler bosan reni.
Rasa masa pun lambat tul berlalu.
Sunyi lak unit aku reni.
Bebudak aku ramai takde. Outstation la, ada urusan kat luar lah.

Yer. I admit. Ni time opis. Aku buat entry.
Aku jarang buat entry time opis. Kecuali entry yg siap di draf. Aku published kan saja. Aku sengaja tak guna auto published. Sbb kengkadang mendalah tu tak berfungsi. Aku ye ye je igt entry tu da kuar, rupanya da jadi draf. Tah pehapa.

Entry waktu opis adalah waktu lunch (yg salunya tak smpat pun nak karang). Dan after 5pm.

Oh. Sebenarnya nak gitau - today is d day.
D day apa?
Day kehadiran sahabat baik.
Jadi ptg ni leh call LPPKN utk appoinment jumpa doktor.
Tau tau betapa berdebarnya rasa hati nak call kali ni mengalahkan nak call utk appmt HSG.
Sbb,
risaunya nak dgr penerangan doktor.
Dan.
Ada yg kata Dr aku dpt tu susah nak jumpa. Tentah tak dpt kut appmt bulan ni.

Tapi.
Takpe la kalo tak dpt pun. Aku pun tak terlalu rushing.
If tak dpt jumpa kita try natural yew.
Ada satu menda aku patut buat waktu 1st day period smpai ari ke3.
Tp bln ni napaknya tak dpt la kut. Bln lps buat, tp sbb HSG dia jadi ting tong.

Hurm.
Apa-apa pun tunggu ptg kang yer.
Sbb kena call waktu petang utk appoinment.

Oh. Lupa. Thanks pada kengkawan yg memberi pendapat pada entry dalam dilema tu.
Igt nak solat istiqarah malam ni sempena keberkatan malam Jumaat. Tp nyer kawan baik da dtg, kena ikut instinct je la napaknya. Huhu :D

Wednesday, May 11, 2011

Raba Perut

Aku pun tatau nak buat apa dah.
Aku pun tatau nak bagi reaction apa dah.
Tkpe. Buat la apa pun kak oi.

Aku malas nak pikir dah.

Datang duk sebelah aku dlm bilik meting.
Tak sempat pun dia duduk, da raba perut aku.
RABA PERUT oke.
Dengan soklan 'ada dah ke? ada? ada? ada?'

Takpe. Aku tak kesah. Raba la perut aku.
Kut taknak berlapik pun takpe.
Nak raba kulit perut aku pun takpe kak.
Aku tak kesah.
Ke nak suh aku tayang perut dlm bilik meting pun aku tak kesah.
Aku mmg ditakdirkan jadi begini kan.
Jadi bahan 'mainan' korang kan.

Aku mmg biarkan je walo time tu mmg aku geram.
Tkpe. Aku jawab je.
'Takde kak. Ni perut cam org mengandung ni sbb saya tak pakai PB. Saya tak mampu nak beli corset ribu riban ni'.
Aku tau kawan di meja sebelah sana memandang aku dgn perasaan... entah...simpati ke hapa aku tatau.
Tp bila aku sebut pasal PB dia bantu la utk aku berlawak.
Jgn beli PB katanya. Beli la Elken.
Thanks fren, kerana menyelamatkan keadaan.
Sekarang bilik meeting adalah tempat utk aku dijadikan kaunter pertanyaan.
Dulu dlm bilik meting jugak.
"hang bila lagi nak cuti 3 bln?"
Skang kena lagi.
Tkpe... tanya la..aku tak kesah. Mereka bertanya sbb mereka 'prihatin'. Mereka 'sayang' aku. 
Mcm dulu, sebelum aku kawen. Sebok bertanya bila nak kawen.
Tp bila aku da bagi kad jemputan which setiap org di opis tu dapat, haram tak tunjuk muka kat kenduri kawen aku sedangkan 1 bas disediakan utk wedding aku kat Perak sana-percuma. Kata la kot umah aku jauh, so, umah suami aku dkt je, PJ sana, kenapa tak boleh nak hadirkan diri. Padahal sebok sgt dok tnya bila, bila. Laki aku bkn derang tak kenal. Satu opis maaa.
Aku pun tak faham ke prihatinan derang ni. Sgt. Sgt prihatin.
Dan bila kita da buat atau da dpt, senyap plak.
Takut org mintak adiah kot???.

Takpe lps ni aku da ada jawapan. Pada semua yang bertanya.
"kak... kalo saya pregnant, akak la org pertama yg saya letak pulut kuning di atas meja pada pagi Jumaat, tanda kesyukuran saya pregnant"

Mimpi Lagi

Lately ni mmg selalu btul aku bermimpi tentang yg satu itu.
Rasanya pada kengkawan lain yg sedang TTC mcm aku ni kalo mimpi yg itu, mmg la mimpi terindah.
Rasa mcm betul. Dan bila tersedar mesti kecewa kenapa hanya mimpi.
Malam tadi pun mimpi lagi. Seronoknya rasa.

Tau kut aku mimpi apa.
Anak.
Yeps. Aku mimpi anak. Anak aku sendiri.
Alangkah seronoknya dapat membelai anak sendiri.
Mendukung dia. Bermain dgn dia.

Tp apakan daya. Semua itu hanya mimpi.

Cuma yg pasti, seingat aku acapkali aku bermimpi, anak tu mesti perempuan.

Tak tau kenapa. Mungkin sbb aku teringin btol anak perempuan.

Tapi aku pernah baca/dgr yg org kata kalo mimpi baby ni ada petanda tak baik.

Tapi, Insyallah bukan kot sbb dengan keadaan aku skang, perasaan tu terbawa bawa ke dalam tidur agaknya.

Alhamdulillah, walo belum pernah merasai nikmat menjadi ibu, tp Allah sering hadirkan dalam mimpi aku. Bangun je gi mandi teringat lagu ni
Tak sanggup kehilanganmu
Walau itu hanya dalam mimpi
Dengarkanlah oh sayang bicaraku
Sesungguhnya
Ku menyintaimu

Monday, May 9, 2011

Di Dalam Dilema

Yep. Mmg aku dlm dilema. Entah. Cam aku ckp dulu la. Aku sebenarnya tak fokus ni.
Aku tau hari da makin dekat ni. Dari segi ke-cramp-man (hancus bahasa. Haha), mmg aku tau, best friend aku nak berkunjung tiba tak lama lagi. Mmg da  nak cukup time pun kan.
Bulan ni mmg aku tak mengharap la. Selain dari masih fobia akibat HSG retu, suhu badan aku mmg tak normal tul bln ni. Turun naik grafnya. Oh. Jgn salah anggap. Walo aku kata HSG tu tak sakit, tp fobia juga ada. Ye lah. Tetiba je org lain godek2 kat situ

Patut aku happy kan. Sbb bila shbt aku tu berkunjung, aku da leh call LPKKN. Aku da leh jumpa Dr. Ghaffar. Aku da leh tenang ati, sbb aku tau apa penyebab aku jadi se'istimewa' ini. Tp aku tetap dalam dilema.

Tau kenapa? Kena stori gak la sbb kat sini la ada nyer kengkawan yg berkongsi rasa, yg saling memahami. Sayang uols ketat ketat ya.. :)

Aku sebenarnya dilema samada nak buat bebetul treatment ni atau tidak. Ha...kan. 
Oke, sng citer camni la. In case aku dpt jumpa doktor bln ni, maka lps tu doktor mesti suruh buat pilihan samada aku nak teruskan treatment or go natural je. Kata lah aku opt utk treatment, maka utk cycle ni aku da buleh la buat IUI. Walo aku tau bkn semudah itu, ni aku andaikan ada rezeki itu lah kan. Lps tu bila da buat IUI kena rest secukupnya. Bln ni bermacam menda yg memerlukan aku agak 'lasak'. Ada wedding akak ipar aku on 4 Jun, lps tu kena gi majlis menghantar ke umah lelaki lak kat Melaka on 11 Jun. Ada promosi kat opis dari 26 Mei - 6 Jun. Mungkin juga kena outstation ke Kedah n Perlis-sengsorang-naik flight (tp yg ni takpe..leh je tukar or postpone).

Itu tak pe la lagi. Yg nyatanya trip ke HK on Okt. Katakan aku berjaya la IUI tu, bln 10 tu kurang lebih 4 bulan la kiranya. Mmg leh je naik flight. Tp selesa kah?

Tu tak masuk lagi kemungkinan aku berpindah rumah baru dlm waktu terdekat  ni sbb umah aku da siap. Mebi before raya or after raya. Gitu la.

Ini la antara menda yg buat aku dlm dilema. 

Aku igt nak 'go natural' je dulu. Pas raya baru buat IUI. Tp tu lagi lah. Lagi dah dekat nak gi HK kot. 

Napaknya mmg after Okt la kot. Ckp kat doktor aku terai berubat kg ke apa dulu lah. Tp dlm pada tu aku mintak ubat2 je. Lagipun aku pun tatau apa sebenarnya yg buat aku lambat pregnant ni kan. Tgk kat report HSG tu mmg leh wat andaian, tp kena gak tau apa penerangan doktor kan. Tp aku tau, bila da jumpa doktor mesti aku mcm nak nak sgt buat IUI tu. Tehehehe.
(psstt.. selain tu aku takut tgk korang citer inject2 perut tu..serius serammm....)

Entah ek? :) 
Bebetul dalam dilema tau. Kalo kata aku ni tak plan, tak jugak. Sbb aku baca seme org kata mcm lambat je prosedur kat LPPKN ni. Aku pun saja la call. Igt kut dia nak bagi appmt aku nun bulan 9 ke, 10 ke. Sekali dia kata 'dtg esuk je'. Tak ke aku tetiba mcm eh, laju la pulak. Huhu.

Tak.. jgn salah anggap kata aku tak bersyukur ke apa. Aku bersyukur sgt sgt. Cumanya tu lah. Dalam dilema. Hahaha. Mengada oh aku ni. Rasa nak sekeh je kepala sendiri. Tp aku rasa aku opt for natural dulu la kut.  Give me another 5 months oke. If dia dtg secara naturally..... itu mmg aku nanti natikan. Dan amat2 aku alu alu kan. If natural, burn air-tix pun aku sanggup :)

Hurmm.... dalam dilema la mummy....

Saturday, May 7, 2011

Terima Kasih Mak (s)

Minggu ini. Hujung minggu yg ada hari istimewa.
Hari ibu!

Maka, mari lah kita ucapkan Selamat Hari Ibu pada ibu kita. Ibu kita yg tersayang dan untuk ibu mertua kita juga. Terima kasih mak kerana mak telah melahirkan saya, menjaga saya dan membesarkan saya dan Alhamdulillah, saya mengecapi apa yg saya sedang kecapi sekarang.  Saya bersyukur kerana mak adalah mak saya.
Dan utk mak mertua ku, terima kasih melahirkan insan yang sgt baik hati utk saya yg kini telah menjadi suami saya.

Nak tulis pepanjang tak boleh nati sedih. Cakap pasal mak je sure sedih, lagi pulak aku yg duk jauh ngan mak, yg sebulan sekali je jumpa. Hanya telefon yg jadi penyambung kasih. Kalo agak lama je tak call, mesti mak tnya 'lama da tak tepon, kenapa? sebok?' Huhu. Padahal baru 3,4 ari je. Jadi setiap 2 ari sekali mesti saya call mak. Jgn biarkan mak tertunggu tunggu atau mak sendiri yg call sbb penah dgr penceramah motivasi ckp, kalo tetiba mak call sbb kita da lama tak call, buleh jatuh jadi berdosa sbb mcm kita lupakan ibu. Oh...

Setelah ketiadaan ayah 6 tahun lalu (oh. betapa cpt masa berlalu tanpa sedar. Al-Fatihah utk ayah), maka hanya mak saja lah tpt mengadu skang. Walo mmg taknak bagi mak bersedih, bagi mak terasa tapi kadang tetap ada jugak. Maafkan saya mak. Saya cuba utk jadi anak yang terbaik.

Dulu mak salu ckp 'kamu tak jadi ibu lagi, sbb tu kamu tak tau perasaan ibu'. Mak, doakan lah saya mak utk jadi ibu, utk merasai perasaan mak. (oh..sambil menaip ni berderai plak air mata). 

Apa pun. Selamat Hari Ibu utk semua... Mak, Ada sayang sgt sgt mak. Mak lah mak terbaik utk Ada. Selamanya...
Mak mertua berbaju hijau, mak berbaju biru. 
Ni gmbr masa wat makan2 kat umah. 
Masa our 1st wedding anniversary. 
Jadi terpaksa la dibagi effect kat wambut tu. Huhu.

*kenapa aku buat entry Hari Ibu kat blog ni? sbb di blog ni lah segala harapan aku utk menjadi ibu tertulis.

Friday, May 6, 2011

Keyword Yang Berkunjung

Haha. Takde stori pasal treatment or TTC yg nak di up kan.
So, kita santai2 citer pasal keyword.
Jenguk keyword blog ni kat Nuffnang.
Maka terkeluarlah ini.

Hik hik.
Oke kita tgk satu persatu yer.

1) Rajuk Jiwa Menanti Permata 
-ok la. takde apa la yg kelakar.

2) Borang untuk ujian kumpulan darah 
-ha ni mesti termasuk kat entry ujian darah yg aku buat kat LPPKN. Maaf le kalo tk dpt apa dicarik yer. Hik hik.
Nak buat ujian takyah borang kut. Pegi je kat spital.
3) nak keluar akaun kedua kwsp nk kawin 
-alahai... ni mmg rasa cam kelakar, tp pada masa yg sama cam kesian plak. Satu, sian sbb kat blog ni mmg takde la apa dihajatinya tu. Keduanya, buleh kuar duit KWSP eh utk kawin? Lps tu mesti dia kecewa sbb pasal akaun kedua kwsp ni aku citer pasal buat treatment utk dapat anak pulak. Org tu baru nak kuar duit utk kawen, aku da citer treatment tak dpt anak. Hihi.

4) prosuder h.s.g di jalankan (mmg ditaip begitu yer. aku copy n paste je ni)
-ha.. yg ni betul la kalo masuk sini. Tp aku nyer takde la detail sgt 'prosuder' nyer. Ngeheheh :D

5) Jurnal susu kambing 
-gulp...??? apa kah yg dicarik oleh pencarik?? jurnal?? susu?? atau kambing?? ada ke jurnal susu kambing. Ada ke keyword aku yg aku tulis camni? Teheheheh.
Tp aku yakin ni mesti termasuk kat entry susu kambing tu.
Sini adalah blog My TTC Journal. Jurnal utk aku tulis pahit manis utk conceive, bkn jurnal susu kambing atau jurnal jual susu kambing mahupun jurnal kambing. Teheheheh..... adehh..pelawok..pelawokk...

Wednesday, May 4, 2011

HSG : Sebelum, Semasa, Selepas

Lama dah aku nak publish entry ni. Tp cam takde mood. Tp utk info kengkawan yg nak buat HSG, aku buh la. 
Tp harus diingatkan, pengalaman memasing adalah berbeza. Ini hanya sekadar berkongsi pengalaman yg che puan stoberi lalui dalam merasai 'nikmat' HSG. Mungkin leh jadikan panduan :)
HSG adalah singkatan dari hysterosalpingogram. Satu ujian utk mengesan apa kah sebenarnya berada dlm sistem peranakan kita hingga menyebabkan kita begitu 'istimewa'.
Utk tau pasal HSG ni, just taip je HSG kat google. Beribu ribu info akan dpt. Jadi ni info dari saya ya.
Sebelum
1) Kalo ikut prosedur di LPPKN, dia akan bagi satu surat yg mengatakan kita di refer dari LPPKN. Nurse LPPKN ada la brief sket cemna proses tu.
2) Nurse bagitau sehari sebelum buat HCG adalah tidak boleh 'bersama' dgn suami. Tapi kalo aku baca kat artikel2 kat internet pula dikatakan tak boleh 'bersama' langsung selepas period sebelum buat HSG. Mungkin dikhuatiri, ada ovum melekat dgn sperm pula. Jadi saya mengambil langkah langsung tidak bersama sebaik saja bersih sebelum buat ujian HSG.
3)Dptkan seberapa banyak maklumat tentang HSG.
4) Dari maklumat tersebut akan ada memacam feedback tentang pengalaman HSG esp kesakitan. Ramai yg kata sakit. Tapi sematkan di hati mu bahawa setiap org lain rasa kesakitannya.
5) Maka persediaan mental sebelum ujian ini amat diperlukan. Set ur mind. Kata mungkin kita kena yg tak sakit. Tak sakit. Tak sakit. Ulang2 la seberapa byk pun setiap kali kita teringat kita nak buat HSG
6) Solat hajat sebaik saja 'bersih'. Mohon segalanya dipermudahkan.
7) Oleh kerana akan diuji di bahagian 'tut' itu, maka bersihkan la mana2 yg patut. Agar tak la malu pada doktor nati.
8) Ada yg kata makan panadol 2 hours before nak HSG. Tp saya tak makan pun. Sbb saya nak tau cena rasa sakit tu. Tp saya dah spare gak panadol. If sakit lps buat HSG tu sy terus telan.

Semasa
1) Rileks. Bila da baring atas 'meja' tu, mmg kena rileks. Selawat bebanyak. Baca ayat kursi seme.
2) Bila juru xray tu suh sign borang, dgr penerangan dia. Dia akan gitau kena masuk 'dye' , itu ini. Mengkalo kita da dpt kan  maklumat kat internet maka kita akan rasa faham dgn apa dia terangkan tu.
3) Memula masa doktor nak masukkan alat tu mungkin ada rasa malu. Tp takpe. Tenang dan ikut ckp doktor saja. Doktor akan bagi tau dia nak masukkan alat apa, sakit sket, senak sket. Camtu lah.
4) Ujian tu tak lama. Godek sana godek sini, dlm 15-20 minit siap la. Cuma kena tunggu dlm 1/2 jam utk tgk aliran 'dye' tu.

Selepas
1) Ada sedikit pendarahan. Juru xray akan bagi satu menda mcm pad. Sbb darah turun sket dgn cecair dye yg keluar. Kalo bawak pad, boleh pakai pad. Kalo tak, pakai je pantiliner. Oke dah kut. Tp ingat, lain org lain  hasilnya. Cam saya mmg tak banyak pun darah. Tp pasti berdarah. Biasa la.. ada mendasing masuk situ kan. Memula masa mendasing yg 'itu' masuk pun berdarah gak kan. So, usah gusar. Itu normal. Doktor pun kata gitu. Tp if berdarah berterusan, or pas 2,3 ari ada darah lagi cepat2 gi jumpa doktor ya.
2) Kalo senak lagi, nak jalan pun tak boleh, telan je panadol. Tp saya rasa saya oke. Jadi tak makan la panadol. Makan McD lagi ada. Hihi.
3) Rasa senak mungkin ada. Mungkin leh buatkan kita trauma utk 'bersama'. Biasanya HSG ni ari ke10, kemungkinan bertelur lak ari ke 12-15. Sayang plak telur. Mana la tau, kot sungai telah dibuka luas, mungkin air di empangan buleh mengalir laju. Eh. Macam citer Hikayat Merong Mahawangsa pulak. Hihikkkk.

Maka itu saja. Jgn rasa takut utk buat HSG ni. Sbb kejap je pun. Kalo kita tak buat lagi kita tatau. Dan aku syorkan buat la HSG ni dulu sblm proceed to any treatment. Sbb boleh tau apa masalah, apa tersekat, apa terlekat dan apa tersumbat. Hihi.
Tp terpulang pada tempat treatment memasing gak kan. Cam clerk aku, dia buat kat HUKM. Takde pun katanya HSG ni.
Dan tahap kesakitan juga berbeza. Mungkin pada yg senggugut mcm aku yg tahap peluh2 sejuk, pucat2 lesi dan sakittt giler pada perut akan rasa takde apa kot HSG ni. Doktor yg buat test ni pun bila da abis dia tanya aku 'sakit ke nervous?'. Aku gelak je. 'Nervous kot, sbb saya da biasa senggugut teruk' aku jawab. 'Owh, so ni nothing to u la' kata doktor tu. Hihik.
Seriyes, rasa dia mmg senak mcm senggugut tu. Cramp sket. Tp sekejap. Senggugut tu lagi lama ko. Sari suntuk kadang. Aku kalo da senggugut tu letak losyen halia pedas panas extra tu, tuam dgn air panas, telan panadol then tido. Itu je ubat dia.

So, jgn takut yer. Buat je HSG tu. 
(aku ada tgk keyword kat Nuffnang, ada yg cari 'pendarahan lps HSG'. Jika yg mencari itu mahukan jawapan adakah berdarah atau tak, maka jawapannya mmg ada darah. Byk atau sket terpulang pada penerimaan badan memasing. Yg penting kita rilek... )

Igt yg ni, Insyallah... semua akan oke

Kredit : Here
Demi mu, anak...........

Tuesday, May 3, 2011

Menumpang Kasih

Hihi. Tajuk cam kesian.
Ni ha.

Menumpang kasih anak org kekdahnya.
1st ever kot aku taruk gmbr sendiri dlm blog ni.
Mmg mencik tgk gmbr tu sbb double chin. Ada petua tak nak ilangkan double chin tu? Geram haku.
If ada sesapa terjumpa aku kat LPPKN tu harap tegur la yer. Teringin gak nk jumpa rakan se blog. Bkn susah nak kenal. Kut ada org ber double chin tu aku le tu. Sbb aku sker pakai tudung awning tu lagi la terserlah ke dabel an nyer tu. Hahahah.
Tp aku sker je gmbr ni. Si Mia ni memula cam susah je nak amik dia.
Dah last2 nak balik tu terai amik dia dari mak dia.
Eh eh.. nak plak dia. Tu trus amik gmbr tu.
Ni gmbr anak kawan aku ni. Lps kiterang 'melalak' kat 'Kotak Merah, Sogo' semalam.
Ada chemistry kot... miahahahah

Ni kalo aku taruk kat FB mesti org akan kata 'hai, anak sendiri bila lagi?'.
Mmg rasa nak bako je.... hieee....

Rawatan : LPPKN - 2nd visit

3 May 2011.

Fuh. Lega. Dah selesai pun amik darah utk day21.
Smpai kat LPPKN around 8am.
Masuk je tgk da ramai org.
Oh. Ramainya. Mebi sbb da cuti pjg kan.
Mana yg patut appmt smlm (Isnin) pun da tolak ke ari ni.
Tp sy cuma amik darah. So, tak la lama.
Kul 8.45 da siap seme. Amik time slip.
Nurse tu tulis kul 9.20am.

Sebenar takyah amik time slip pun takpe.
Da msg bos pun pepagi tu.
Tp tak elok la kan. Kerja kena la ada prosedur.
Da masuk lewat, msg bos then masukkan punch kad dlm bilik bos utk di sign beserta borang masuk lewat yg dikepilkan bersama time slip.

Ari ni takyah bayar apa2 pun.
Nurse tu kata retu da bayar.
Oke lah cam gitu.

Maka, skang tunggu next cycle. Call utk appmt berjumpa Doktor Ghaffar plak.
Hurm. Mmg tak sabar. Tp dlm nxt week je kut. Cycle aku kan on d dot dan tak panjang.

Tp berharap jugak tak perlu jumpa doktor.
Mana tau kut2 ter lekat lps HSG retu
Teheheheh. Bangan la kan. Haih!

Kos utk ari ni : RM4.50 utk paking di Maju Junction. Sarapan pagi - nasik lemak, milo ais. Kos tatau. Asben baya. Teh teh teheheheheh :D