Showing posts with label aunt flow. Show all posts
Showing posts with label aunt flow. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

April 2013 : CD1

2:18 PM

Tgk kalendar bebtul.
Hari ni berapa hb?
Oh. 4 April 2013. Betul kan.

Tgk sekali algi.
4 April 2013. Hari Khamis. Bersamaan 23 Jamidilawal.
Sekejap ja kan. J.Awal, J.Akhir, Rejab, Syaaban - Ramadhan.
Ada something nak ku usahakan sempena nak menyambut Ramadhan ni.
Moga2 Allah memberkati usahakan itu. Amin.

Oke. Tgk balik kalender 4 April ya. Btul kan 4 April.
Haha.
Bukan apa. Last month tersilap tulis. Laju ada org perbetulkan. Hihik.
Betul ya 4 April 2013 hari ni.

Oke lah. 
Tapi CD1 bukan hari ni.
Semalam.

3 April 2013.

Tanda2 bulan ni.
Takde apa sgt. Mild cramp 2,3 days before.
Lain takde. Itu je.


Suppose aku da bule call LPPKN.
Tapi nak dijadikan citer, aku misplaced aku punya kad appoinment.
Mana tah aku letak. Grrr... carik punya carik tk jumpa.
Ini misti akibat pindah rumah tu ari.
Lps tu dah period ni baru jumpa. Heh!
Mana buleh, nurse tu kata sblm period kena amik darah. Hurm.
Tggu cycle yg ni lah napaknya. And this is the last month yg aku buleh deal lagi ngan LPPKN.
Kalo takde.. aku nyer rekod lupus dah.
Hurm.


Tapi.

Mmg sahabat baik betul kan makcik itu.

Cipta rekod. 4 thn setgh. Tak penah delay sehari pun.
Eh. Ada la. Paling delay 5 hari. Tapi itu pun sekali je kot.

Senang kan.
Paling teratur. Paling displin.
Senang aku nak kira in coming date dia.
Pastu kalo nak bercuti ke apa ke, pun aku boleh detect dah.
So, senang la ini kawan.

Hai ya kawan, u tak mau rehat ka?
9 bulan ka? Tak mahu??

Adeiii........

Happy But Sad.
~Google~
p/s : Aku mmg jarang update blog ni. Sgt jarang. Unless ada cerita berkaitan ngan TTC. Jadi, kalo nak meriah sket, pegi la jenguk kebun stoberi aku tu ya. Situ hehari ada memacam. Haha (T___T)

Thursday, March 7, 2013

Wednesday, March 6, 2013

Berdebar Menanti

1:55 PM
Haha.
Cliche!
Manade berdebar.

Hari ni baru day 27th.
Normal.
Esuk pasti makcik tu datang melawat dgn gembira kan.
Tentah tak smpai esuk pun.

Utk bln ni :
- takde kekejangan sgt.
- takde pun rasa cramp cam nak period pain.
- rambut tak berminyak sgt.
Rata-rata bulan ni smoothly je keadaan dlm menanti kehadiran AF tu.
Cuma...
2,3 lps OD tu ari aku bloated cam nak giler.
Angin satu badan. Smpai tak boleh bangun.
Motip sgt kan.


Utk bln ni mmg tak menaruh harapan pun.
Sbb takde ber BD sgt pun.
Selain dari angin2 tu, sebuk dgn event ofis pulak. 
So, nantikan lah je kedatangan makcik tu dgn senyum simpulnya :)

Friday, February 8, 2013

AF Is Coming To Town

8:15 AM
HoHoHo!
Riang gembira melihat kehadiran mu wahai makcik...
Tanpa gagal. Tanpa delay sedikit pun.

Takpe. Bertenang. Redha.
Belum masanya.

Kira treatment aura tu berjaya lah tu.

Dan tak serasi utk kami.
Walau ustaz tu kata ada yg dgn sekali treatment dah berjaya.
Walau akak aku yg ada fibroid pun dah mula ada perubahan. Boleh dikatakan mula nak sembuh.



Tapi, tidak bagi kami.
Masih bukan rezeki kami.


Ya Allah.....
terkadang mmg perit nak melalui ujian ini.
Bila. Sampai bila. Sampai bila.

"Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia"

Next usaha - berubat kembali kepada perubatan kedoktoran.


****
Pada sesiapa nak tahu cara aura healing treatment atau nak tahu tpt kat mana, buleh la emel saya. Mudah je perubatan dia. Sangat2 mudah. Dan cepat je. Katanya ramai yg dah berjaya. Kakak saya pun nampaknya ada perubahan. Mungkin, pada kami je dia masih 'kebal'. Huhu.

Tak pe lah kan... kita usaha... selebihnya Allah yang menentukan.

Monday, January 14, 2013

Jan 2013 : CD1

8:28 AM
Tanpa gagal. Tanpa lewat. Spti biasa ia menjengah ku.
13 Januari 2013. {hai..cycle jadi 27 hari je pulak. Hai..engkau ni..}
:)

Senyum. Tak perlu kata apa-apa.

Walau dalam hati amat lah berharap satu keajaiban.
Tp macam tak mungkin.


Oke, mulai bulan ni, Insyaallah, saya akan menulis juga tanda2 makcik tu nak dtg. Bukan apa, tak mahu cam 'tipah tertipu' atau 'perasan mengandung'. Muahaha. Bukankah tanda2 nak period dan pregnant tu sama. Kadang2 kita terbuai2 pula perasaan dan terus 'perasan'!

Haha.

Bulan ni nyer sign :
#1 Backache : Bhgn bawah pinggang. Sesekali rasa cam sengal2.
#2 Abdomen : Tak sakit ngilu cam senggugut kali ni, tp cam lain sket la. Entah cemna nak cakap. Tp kali ni tak menyucuk2 sangat cam period pain tu. Pun, period pain takde bulan ni. Alhamdulillah.
#3 Tender breast : Ini biasa la kan. 

Tanda2 ni kan sama ngan simptom pregnant juga.
Bikin saya perasan saja. Heh!
Selalunya saya refer di sini : 


Apa pun, tahun 2013 ni mmg saya berazam utk serius TTC. Harus ada usaha setiap bulan. Tidak mahu menjadi hangat-hangat tahi ayam sebagaimana tahun2 yg lepas. 
Umur sudah meningkat. Sudah smpai border line. Had umur yg paling afdal adalah sebelum 35thn. Dan tahun ini saya sudah mencecah 34 tahun. So, what are u waiting for?? Ayuh berusaha.

image : google

Monday, December 17, 2012

Dia Mai Dah.Dia Mai Dah.

4:00 PM
Kira kira cam baru 27hari.

Awat awai sgt?
Tak sesaba kan?
Tetiap bulan displin kan.

Biasa dia tu...

Haha. Marah plak.
Ni laki aku sure kata la.. baru je lagi.. dah peyed lagi. Muahaha.

Tp tak rasa apa sgt pun.
Bulan ni mmg takde usaha apa pun.
Bukan bulan ni je. Bulan2 sebelum ni pun.


Yaih. Tahun 2012 berlalu tnpa buat sebarang treatment.
Nice. Fail aku kat LPPKN tu pun dah dilupuskan pun kot.

Tu la dianya.
Orang mengandung, orang dah beranak pinak tau pulak rasa cam rendah diri la down la apa la kan. Tp usaha apa pun takdak.

Takpe lah. Retu masa Semanis Kurma doktor tu kata - sesuatu tu akan datang waktu kita tak terlalu mengharap. Oke, saya akan buat let it goes by je lah. Muahaha.
(eh, dr Harlina yg jemputan Semanis Kurma tu dari HUKM ya. Nak try gi sana plak lah. Huhu)

Tapi kan, lately cam teringin sgt nak ada anak twin.
Retu cakap ngan myDH - teringin kembar - jom buat IUI ke IVF ke - buleh dpt anak kembo - myDH kata 'jom..jom'. Miahaha.
Best ah twin. 
Alolo.. geget kaki kang.

Wiii..homey..homey...

Hikhik... chumilll... ngap! rasa nak geget je.. 
All pic are from Google

Friday, September 30, 2011

Dah Kata Dah!

8:29 AM 2 Comments
Dah kata dahhh...
ce acah2 dia - wat entry nak check bagai.
Sure dia dtg tanpa ragu-ragu.
Ha...tau takut.

Muahaha. Bengong nak gado ngan 'makcik flo' tu.

Keputusannya : Sila usaha lagi.

Tp bila kekira balik kan, betul la tu.
Aku kan kata aku nyer cycle "tetap" 28 hari.
Oleh kerana bln puasa@bln lepas hanya 25hari,
maka bln ini diganti semula dgn lebihan 3 hari terlewat.
Utk menyamakan jumlah cycle yakni 28 hari.
Kan?
Aku je "super" perasan igt lewat.
Nasib tak "extra super" perasan lagi lalu membeli UTP eh UPT.

Jadinya, ini juga boleh men spoil kan hanimun kami pada bln dpn.
Sekiranya dia bersenang lenang on d dot 28 hari mmg dia mem-flo kan diri tepat hari aku 'terbang' tu.
Bes kan???
Haha.

Ah! tp aku bkn nak hanimun sgt pun. Tujuan utama mmg jalan2 smpai penat.
Tp sure tak selesa la.
Udah la sana toiletnya tidak srupa di sini. Seksa.
Tk blh minum bebyk supaya ke toilet hanya di hotel sahaja.
Mampuih dehydrate haku.
(T____T)

Tuesday, September 20, 2011

Sila Usaha Lagi

2:14 PM 5 Comments
Incik Google
Kehadiran jururawat jerawat di atas muka apakah tandanya?


Yaaaa..

Itu tandanya...


Usaha anda masih tidak membuahkan hasil.
Sila usaha lagi pada bln hadapan.


Majuk ah cam gini. Huawaaaa.....


p/s : "makcik' itu blum datang la, tp aku tau dah. Kalo tetiba ada sejibik 2 jawat manja berkeliaran ni, itu la tandanya, 2,3 ari dia mai lah. Ah. Aihaityu...!!!

Monday, May 16, 2011

Aunt Flow Bulan Ini

8:15 AM 4 Comments
Aduyai.
Memula izinkan saya merepek dulu barang sebaris dua.
Geram btul lah. Entry raba perut tu ramai yg bagi komen bes.
Dan saya dgn rajinnya, reply 1 by 1.
Tetiba blogger buat hal. Seme ilang. Yg sempat selamat 2 komen teratas tu.
Itu pun sbb katanya tak moderate lagi. So, publish balik la.
Ngenggg... mana nak carik komen tu? Mak pun tiada jawapan noks.. sedey :(

Oke. Tkpe lah. Nak buat cemna kan.

Skang saya nak citer pasal cycle bulan ni.
Cam biasa on d dot.
Itu tak kesah la. Sbb saya takde problem dgn 'makcik flow' tu.
Tp yg buat saya terkejut sbb bln ni tak senggugut.
Gosh.
Sepanjang2 umur saya hampir 32thn ni, ni la 1st time kot saya tak rasa apa2 pun ketika kedatangan makcik tu (ehhhh..cop..apa aku period start dari lahir ke?. Ok. betulkan)
Sepanjang saya ber period dari umo form 1, bln ni saya betul2 tak rasa apa.
Smooth je. No cramp at all on d 1st day.

Dan yg mengejutkan dia sgt heavy flow.
Yeps.. 'makcik' saya itu mmg tak heavy.  Tahap guna pad kategori slim pun buleh. Biasanya 1 ari je bebtul bleeding yg tk heavy, ari ke2 tu only spotting cekelat2 tu je.
Tp bulan ni on d 2nd day, humang ai. Saya terkejut juga.
Tak penah2 cam gini rupanya.
Takut pun ada.
Tp itu je lah. Ari ke3 mcm nak bersih dah.
Jadi apa yg saya nak cuba sampaikan adalah, adakah kerana HSG?
Adakah empangan yg dulu sempit telah diluaskan sehingga aliran trafik menjadi smooth.

Tatau nak kata apa. Tp kita tunggu pula nxt month (walo berharap nxt mth tiadalah makcik itu berkunjung kan. Huhu).

p/s : smlm mimpi pregnant plak. Adoyai. Aku ni. Terbawa bawa btul.
p/s/s : eh. apsal guna 'saya' lak ni. Haha.

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers