Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa 1432





Utk kawan-kawan tersayang,

Diucapkan Selamat Berpuasa.
Maafkan jika ada tersalah kata, terkasar bicara.
Moga kita akan mendapat rahmat di bulan mulia.
Dan dimakbulkan segala doa kita.


Doa Hari Pertama Ramadhan
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Friday, July 29, 2011

Kuiz dan Penat

http://infertility.about.com/library/pregnancy-symptoms-quiz/bl-pregnancy-symptoms-quiz.htm

Korang kan, kalo rajin ce buat kuiz ni.
Tambah2 lagi kalo da dkt nak period kan.
Buat kuiz ni, pehtu kita bleh fefeling, eh, peknen kot.
Bahahaha.

Tp seyes lah. Mmg sakit ati, geram je kalo dkt2 nak period.
Sbb nyer time tu lah simptom simptom 'pregnancy' tu ada.
Mmg la, otak kita yg mengawalnya.
Dah kita dok pikir 'macam mengandung'
Maka, akan kuar la segala false alarm.

Tp gitau aku, cena kita nak elakkan rasa 'macam' tu.
Sbb kita - yg TTC ni, aku pasti dan yakin, mmg setiap bln kita harapkan kita berjaya.
2,3 ari lepas aku ada kata aku tak harap pun.
Mmg la. Tp jauh di sudut hati, berharap jugak. Tipu lah kalo kata takde.

Geram mmg geram.
Tp nak wat cena.
Ni lps 2,3 ari puasa sure smpai 'makcik' tu.
Tp dia nyer penangan - mmg menyakitkan (hati).
Cramp mcm senggugut.
Pening kepala.
Asik nak tido (yg ni dak Fika n Eka duk heran sbb aku ada shout kat FB).
Dan, asik nak terkucil.

Tp aku malas nak pikir apa2 (walo berharap).
Sbb nyer mcm atas tu la. Aku ada terpikir (juga berharap).
Maka dia akan main2 kan pemikiran kita dgn didatang nya simptom tu.
Lps tu makcik tu gedik2 sukaria dtg.
Pehtu kita pun semangat balik mulakan cycle.
Lps tu ulang balik.

Hurmph! Penat! Mencik!

Thursday, July 28, 2011

TTC : Doa Pembuka Dua Belas Pintu

Kredit : Here
Bak kata seorang sahabat -
Sharing is caring is loving

Ada jugak aku baca dan dengar pasal doa ni. Tp selama ni aku buat tak endah je.
Hinggalah seorang sahabat yg sudi meng emel kan berkenaan doa ni.
Katanya ada yg amalkan beroleh rezeki zuriat, beroleh rezeki bertemu jodoh dsbnya.
Dan terbuka pintu hati aku untuk amalkan pula doa ni.

Dan aku dah share pun pada adik2 opis aku.
Aku print, bagi derang sorang satu. Suh derang tampal kat partition memasing.
Dan utk aku sendiri, aku jadikan desktop PC.
Acapkali aku bkk PC, setiap pagi, sebelum mulakan keja aku baca doa ni dulu.

Moga kita dapat keberkatan dari doa ni.
Dan sama-sama lah kita amalkan dengan penuh penghayatan.
Bkn shj untuk rezeki zuriat kita, tp utk rezeki lain-lain juga.

Insyallah :)

Wednesday, July 27, 2011

Rompers Cute

Dalam banyak2 baby clothing,
aku paling geram dgn baby rompers.
Tatau pasal.
Tp mmg geram, suka, seronok tgk baby rompers.
Apa tah lagi tgk baby pakai rompers.
Geram banget tu.

Retu masa gi Bandung napak rompers ada gmbr stoberi.
Eih. Nyaris aku tak beli je.
Beli kang, bawak balik misti kena bising ngan laki aku.
Cute mute. Geram gile.

Meh kita cuci mata meh ngan rompers nih.

Kredit : Here
Alolo... stoberi ada, bee ada, temikai pun ada.
Utk stoberi junior nati harus la stoberi kan. Hikss.
Kredit : Here

Huppp...ini lagi bes. Harus dicarik nati. Tak kira la anak boy or gal. Hihi
Kredit : her
Suka kalo skali tutup kaki ni.

Kredit : here
Camni pun comey.

Kredit : here
Sesuai sgt kalo anak twin. Hikss

kredit : here

Pooh. Nomey nomey

Tuesday, July 26, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Morning utk seme TTC'ians.

Harap semenya sedang gembira, ceria2 selalu.
Namo sedey2 ya. Tp kalo sekali sekala sedey takpe.
Jgn pikir sgt kekurangan diri kita, carik kelebihan kita. Hihi.
Terpaksa....
Bkn sbb nak berlagak, tp utk kebaikan diri kita jugak.
Oke dah.

Minggu ni, eh. Bkn minggu ni, tp bulan ni.
Bulan ni Kekda mmg tak berharap langsung.
Tak berapa nak TTC pun.
Retu Kekda kata Kekda start minum jus perawan bln ni,
tp.. hurm... celuih jugak. Tak displin.
Ada masa minum, ada masa tak minum.
Cenggana?

BBT pun langsung tak amik.
Entah bila 'bertelur' pun tatau. Main agak2 je.
Itu pun ala ala je.
Maleh tul rasa bulan ni.

Lps tu bulan ni makan deyan banyak plak.
Kekda mmg tak sker deyan, tp kali ni bila bawak adik2 opis balik kg, Kekda pun join makan skali.
Lps tu bawak balik umah sini.
Sekali sebijik Kekda hadap sorang.
Eh. Bkn la sebijik tahap besau musang king tu.
Kecik je. Tau la deyan kampung kan.
Deyan kata org tak elok kan utk TTC'ians.
Panas eh?
Dah la time tu mmg melepasi waktu bertelur.

So, mmg tak harap apa2 la bln ni.
Menanti je ni makcik tu datang. Rasa mggu kedua puasa la tu dtg.
Tkpe. Jgn dia buat cam last year.
Awal puasa dia berkunjung.
Dah nak last dia mai lagi.
Rajin sokmo makcik tu datang kan. Haha.

Tu la dah kata.
Mcm nak nak nak sangat, tp usaha tak seberapa.
Tu maleh rasanya tu.

Tkpe. Next month kita usaha bebtul ya.
Puasa lak tu.
Tkpe. Usaha tangga kejayaan. Haha
Image : google

Sunday, July 24, 2011

Ujian Itu Indah

Memetik kata-kata dari sebuah artikel.
Yg mungkin boleh dijadikan pemangkin semangat kita semua.

Kesimpulannya, walau apa juga ujian yang diberikan kepada kita, baik hidup senang atau susah, kita hendaklah bersyukur. Bagi yang senang tidak perlu menghina yang susah dan yang susah tidak perlu mencemburui yang senang. Barulah semuanya akan hidup aman. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya tentang hamba ciptaan-Nya dan Dia tidak membebani kita melainkan dengan beban yang mampu ditanggung oleh kita. Wallahua'lam.

Bacaan sepenuhnya : IluvIslam

Friday, July 22, 2011

Saya Teringatkan Awak!

Selalunya ari Jumaat atau akhir2 minggu sure ada citer emosi emosi.
Salu citer mcm ada org yg menyakitikan ati dgn soklan ada anak.

Ari ni citer masih berkisarkan persoalan anak.
Tp dari sudut perspektif yg berbeza.

Ecewah. Rasa cam forum perdana plak bila tulis perspektif tu. Haha.
Oke. Seriyes.

Sebenarnya.....
Walo kita rasa ramai tak memahami, tp sebenarnya ada juga yg memahami.Yg bagi kita sokongan. 
Tp mmg, kalo kita tgk dgn mata kasar mmg kita rasa mcm ramai yg tak memahami dari memahami.

Dulu pun aku penah tulis (kat kebun stoberi). Siap tempek lagi status FB kawan aku.
Dia tulis pun sbb dia baca blog aku ngan blog kawan aku sorang lagi (yg senasib).
Dia mcm support la org cam kita2 ni. Dia kata tak perlu kot nak sebok2 tnya bila kita nak beranak.
Gituu.. aku terharu giler time tu. Rasa nak pegi peluk2 dia.

Dan semalam pun. Secara kebetulan. Dpt 2 menda yg berkaitan camni gak.

Satu tu akak opis ni. Waktu kat opis dia tegur. Katanya dia dpt cam 'bayangan' aku. Time tu dia kata dia mcm tido pun tak, tak tido pun tak. Aku pun tak reti nak kata la kan. Akak ni mcm boleh gak bantu2 org ni. Tp dia nak bantu tu dia mesti dpt 'bayangan' atau 'ilham' dia tu.
Aku kata tak kesah la kalo dia nak bantu. Mungkin Allah nak bagi melalui dia.

Itu satu citer.
Satu lagi, pagi ni. Bkk emel je napak emel takde subject.
Mujo aku tak delete. Sbb takde subject pehtu pengirim mcm aku tak kenal.
Tp aku bkk. Baca.

Eh. Mujur baca. Ada 'sesuatu'.
Yg buat aku terharu juga. Dia ni kawan di alam blog je. Tak penah kenal rapat apatah lagi berjumpa kan.
Katanya dia gi dgr ceramah Dato Fadzilah Kamsah. Antara yg di emel.

well, saya baru balik dari kursus pengurusan stress. penceramah dato' fadzillah kamsah (DFK). ada satu perkara yg dia sebut buat saya teringatkan awak. really i did! 

Paling aku terharu dgn word 'saya teringatkan awak'.
Sebak terus rasa hati ni. Ada juga insan berhati mulia, yg takde apa-apa ikatan persaudaraan, yg tak pernah menggelarkan diri 'aku kawan kau' tetiba teringatkan kita. Dan cuba nak bantu kita.

Aku mmg terharu. Kepada 'kawan' itu, terima kasih banyak2 diucapkan atas ingatan dan sedikit bantuan yang diberikan. Insyaallah akan disharekan bersama di sini 'bantuan' dia tu.

Cuma, apa aku nak sampaikan kat sini, di saat kita rasa disakiti, masih ada insan ikhlas yang menyokong kita.  Mereka sentiasa ada dan kerana mereka lah sebenarnya, kita masih kuat untuk menghadapi cabaran ni.



p/s : Ada yg respond kalo kita wat TTC'ians Gathering tu. Seronok kan kalo bebtul jadi. Jumpa kawan baru, share experience. Tukar tukar citer.
Mungkin kita bleh plan dari skang utk gather dlm bln Okt (sbb lps raya - wiken sure sebok ngan open house kan??). Mungkin kita leh create FB grup dan kita plan kat situ nati.

Kawan Baru

Smlm buat entry pasal 'dia'.
Pehtu ptg smlm, pas Maghrib jumpa 'dia'.
Hihi.

Smlm ke JJ AU2.
Buka puasa kat sana then ada nak beli brg sket.

Sblm tu kat opis, adik tu emel ke aku.
Lps tu baru mcm tingat yg dia ada gitau dia dok area2 JJ tu.
So, trus la ajak dia jumpa.

Jadi, berjumpaan lah kami.
Tp kejap je. Sbb nak beli barang n asben nak tgk bola plak.

Tkpe lah. Nati ada masa lapang lagi bleh jumpa.
Lagipun aku mmg salu je ke JJ AU2 tu.

Bes la jumpa geng2 TTC'ians ni. Rasa mesra. Seriyes. Mcm da lama kenal.
Aku la tu kan, mmg ada je menda nak cakap. Haha.
Sorry eh dik, akak ni mmg byk ckp. Napak memula dia cam memalu, tp agaknya da tgk aku pot pet pot pet dia pun oke. Hihik.

My asben pun bagi support. Paling bes dia kata :
"bagus gak cemni. Jumpa kengkawan baru yg sama2 'camtu'. Bleh tukar2 citer, pengalaman".

Hihik... sker sker. 1st time dia menyokong aku jumpa kawan baru.

Oh. Pada yg tak kesah identiti "di reveal", kita wat gathering nati nak.
TTC'ians gathering. Mmg syok. Sbb hanya kita yg memahami hati dan perasaan kita.
Bleh tukar2 citer, mana yg nak tau ttg treatment apa seme pun sng.

hugs and kiss utk seme kengkawan TTC'ians.

Salam Hari Jumaat (",)

Thursday, July 21, 2011

Musim!

Kan..
Dia mcm musim. Sorang kena, mesti ada yg lain berikutan kena.
Dulu 2,3 bln lps pun camtu.
Lps aku kenal ramai TTC'ians cam aku, maka mmg rasa mcm da dkt dgn mereka.
Pehtu kalo ada satu khabar berita tu, mcm cpt je merebak.
Seronok!

Serius. Aku seronok sebenarnya berada dlm golongan mereka yg seistimewa aku ni.
Dan aku lagi seronok lepak 'umah' ni dari 'umah' sanun.
Tp kat sanun aku byk update.
Sini, kena carik2 idea baru leh update.
Sbb tu umah sanun meriah dari umah sini. Tp umah sini ada ramaiiiii kawan yg memahami.
*hugs*

So, reni tau satu lagi berita gembira dari kawan kita.
Tp tak leh reveal lagi lah. Biarlah tuan punya badan tu sendiri yg reveal kan.
Dah wish congratulate pun kat email tadi.

Terharu bila dia tulis

Kak. Thank sgt. Akaklah antara org terawal bagi kekuatan,sokongan n push saya utk buat treatment. Sbb akaklah saya start berani nak pergi. Saya ingat jasa akak sampai bila2.
 *dah tukar saya tu dari nama dia (sbb takmo reveal siapakah 'saya' itu)

Utk adik ku itu. Tahniah sekali lagi dari Kekda
Jaga diri bebaik.
Kalo itu tertulis mmg rezeki kita, maka adalah rezeki nya :)

Kekda akan terus bagi kekuatan, sokongan pada seme yg senasib ini.
Moga selepas ini giliran kita pula akan menerima berita gembira itu.

p/s : Dah 2 org yg sedari awal derang emel tanya pendapat, yg masa tu derang belum start apa2 treatment,  da positive. Maka rasa gembira sgt utk mereka :))

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday - 20072011



Our pray.
Our hope.
Every day, every single minutes.

"Ya Allah, berikan lah peluang kepada ku untuk menjadi seorang ibu, peluang kepada suami ku untuk menjadi seorang bapa. Peluang kepada kami untuk mendidik anak-anak, sebagaimana ibu bapa kami mendidik kami terdahulu. Ya Allah, makbulkan doa kami" 

*All images are taken from goggle.

Tuesday, July 19, 2011

TTC : Implantation Dip

Masih lagi dalam mood belajar menda/term baru.
Dan masih berkaitan dgn carta BBT.
Byk rupanya yg akan tahu kalo kita buat BBT chart ni.

What Is an Implantation Dip?

As you may remember, ovulation can be detected on a basal body temperature chart by a slight shift in temperature mid-cycle. For more about basal body temperature chart, read this step-by-step piece on how to chart your body basal temperature and how to detect ovulation with a BBT chart.

An implantation dip is a one-day drop in temperature on a basal body temperature chart, occurring about one week after ovulation. The dip appears during the luteal phase, the time between ovulation and your expected period. Implantation of the embryo usually occurs between days 7 and 11 of the luteal phase, and this is why some people attribute this sudden one-day dip in temperature to implantation.

The dip in temperature may just be slightly lower than the rest of the post-ovulation temperatures, or it may even dip below the “cover line” on a fertility chart. (The cover line is an arbitrary line that the temperatures on average were below before ovulation, but appear on average above after ovulation.)

Sumber : http://infertility.about.com/od/tryingtoconceive101/qt/implantationdip.htm

Kredit : Here

p/s: Cycle kali ni aku langsung tak catat BBT pun. Asik lupa je bila da bangun pagi. Haih. Tp rasa mcm da ada tanda2 ke-ber-telur-an ni rasanya. Huhu

Sunday, July 17, 2011

Rawatan Islam : Darussyifa

Dulu. Di awal perkahwinan aku pernah ke Darussyifa.
Masa tu ada gak la mintak air penawar utk mudah mendapat zuriat.
Tp masa tu, baru sgt perkahwinan ni, maka aku tak mengambil berat sgt usaha ni.
(masa tu pegi ada sebab lain).

Jadi, slps lebih 2 thn, aku rasa aku perlu ke sini semula.
Paling dkt ada lah di Bangi.
Pada yg tak pernah pegi, ni map dia
Kredit : Darussyifa
Sng gak la.
Dkt dgn masjid ( ke surau tah).
Bleh berjemaah Maghrib dulu di situ.
Kemudian terus ke tpt ni.

Darussyifa ni bleh katakan ada kat seme negeri.
Leh refer sini - Darussyifa

Kalo nak bawak air sesiap pun buleh, nak beli kat situ pun buleh.

Kalo boleh bawak air mineral botol besar tu. Satu utk isteri, satu utk suami.

Masa aku pegi dulu, ustaz tu bacakan doa kat air dlm botol tu.
Lps tu dia tepuk2 blakang badan (dkt bahagian perut).
Tepuk berlapik dgn baju lah.

Lps tu air tu minum and sedikit di sapu di bahagian perut.
Amalkan setiap pagi.
Kalo air tu dah nak habis, tambahkan dgn air biasa agar dia kembali penuh.

Mungkin sblm puasa ni aku nak pegi sana.

p/s :
Pernah dgr berkenaan jin yg duduk di dalam rahim. Yg akan memakan benih2 yg sepatutnya boleh disenyawakan?
Aku mmg malas nak pikir pasal ni. Tp kadang mana lah kita tau. Tambahan pula kalo di lihat secara 'kasarnya' aku takde masalah hormon dan lain-lain.

Mungkin di sini dapat membantu. Insyaallah.

Friday, July 15, 2011

Lagi Lagi Pasal Itu

Aku tak kira. Aku nak tulis gak sini.
Sbb selain journal treatment aku dlm TTC ni, aku nak gak tulis, apa yg menyebabkan aku emo sepanjang TTC ni.
Last week, sbb ini lah aku pvte kan blog ni seketika.
Sbb ada yg masih mcm tak memahami.
Jadi yg ni aku open, tkde password, tp nyer no comment yaw.

Entry ni, kalo nak baca, bacalah aku bebel ni.
Tknak baca pun takpe.
Yg pasti, selagi kamu tak berada di dalam 'kasut' ini, selama tempoh ini atau mungkin lebih lagi, mmg kamu kamu takkan memahami :)

Hari ni kena lagi. Seriyes. Aku tak reti nak cakap apa. Mmg aku nak rasa ber tempelak je. Tp takkan tergamak kita nak buat camtu.
Aku nak blaja control emosi. Aku nak jawab soalan yg diberikan dgn memberikan jawapan yg sebaik mungkin.
Tp tak boleh. Aku mmg emosi. Tak tau bagaimana aku nak buat lagi.

Si penanya bukan tak pernah kena dgn aku. Bkn dia taktau aku emosi kalo ditanya hal2 anak, lagi mau nak buat aku ter bakooo lagik. Tu aku pelik tu.
Dia ni lama dah aku tak jumpa. So, ari ni jumpa. Sbb kursus.
Dia kata aku berisi. Oke lah. Sbb lama tak jumpa kan.
Lps tu tak lama dia kata lagi 'berisi ke Da?'
Oh. Rupanya dia nak tanya samada aku mengandung ke tak.
Aku igt dia nak kata aku gemuk.
Aku malas btul nak cakap 'tak lah. Manade mengandung'
Aku senyum. Pegang perut.
Dia provoke lagi 'berapa bulan?'

Dlm hati nak je aku jawab 'hey! yg kau sibuk sgt aku mengandung ke tak apsal ah? Aku mengandungkan anak laki kau kah?'
Ha.. begitu. Tp idak lah keterlaluan  camtu kan. Cuma aku geram sgt. Apa yg disebok sgt hoi. Kau tu pun bkn kawan rapat aku. Jumpa sekali skala je kot. Bleh tanya menda lain tak yg membina sket selain soklan dalam kain.

Aku masa tu berdiri, tggu kawan aku keluar toilet. So, aku cuma jawab
'nanti lah bagitau, tak suka la tanya2 soklan camni'
Dan aku berlalu ke toilet.
Dalam toilet aku sengaja cakap kuat2 dgn member2 dlm tu
'hoi..penat hoi nak gitau seme org aku tak mengandung, perut je buncit mcm org mengandung 4 bln'

Mmg aku buncit skang ni wei. Tp idak la aku nak beli PB ke PC ke segala tu.
Aku pun tatau apsal membuncit dgn jaya perut ni. Melampau sgt.

Aku sgt berharap, perut aku ni buncit sbb ada anak. Ada zuriat. Ada baby.
Tp takde. Dan tolong lah. Tolong. Tolong. Dan Tolong.
Tolong lah jangan sebok2 tanya. Kalo yer pun aku pregnant. Why? Ko suka? Sbb apa kau nak tumpang suka plak? 

Seriyes la. Apsal ada org camni. Ke sbb balasan aku sker tanya org dulu2. Entah. Aku rasa, aku la umat paling tak sker langsung sebok hal org, smpai kadang org da tau citer/gosip smpai ke bulan, aku baru tau kat Jalan Pudu tu je ha.

Mungkin org kata aku emosi. Paling terjejas emosi smpai org tak bleh bertanya langsung. Tp perlu ke? 
Takde soklan lain, takde bertanya khabar, takde tanya hal2 lain, alih2 tanya berapa bulan. 
Berisi tu semestinya mengandung ke? Buncit tu semestinya ada anak ke dlm perut tu. 
Dan sekali lagi aku nak tau, kalo aku mengandung, apa kena mengena dgn kau? Itu je aku nak tau sgt. 
Kalo ada kaitan, yes, sila lah tanya. Kalo takde, tak perlu kot nak kongsi joy ngan aku. Joy je la nak kongsi, pain ada kongsi?

Tah. Tak reti aku. Tp jgn marah kalo nati aku mmg tak tegur ko, bkn sbb aku marah ko, tp sbb aku takde jawapan. Tp oke kut kalo nak tegur, aku nak ckp gini 

'eh..aku tak mengandung tau, jadi jangan tanya aku berapa bulan. Ini perut ni buncit ni aku pun tatau nak buat cane, tolong sponsor PB kat aku boleh?'

Thursday, July 14, 2011

TTC Term : Triphasic Pattern

Kerana TTC ni byk juga term2 medical berkaitan yg aku da explore. Mebi ini hikmahnya.
Kali ni aku belajar menda baru lagi.
Baru aku tau, BBT chart sgt berguna pada TTC'ians ni.
Bukan je utk tau bila masa ovulasi tp petanda2 awal pregnant.
Aku mmg culas buat BBT ni. Diakui.
Sbbnya aku tick bila tanda nak ovulasi je. Lps tu aku malas dah.
Tp bila baca2 ni, rasa ruginya la plak tak tick sebulan penuh.

Salah satu petanda yg kita leh kesan samada pregnant atau tak adalah Triphasic Pattern pada BBT Chart kita. Walao tak la 100% accurate, at least, kalo kita amik tetiap bln, kita akan tau perihal badan kita sendiri.

So, meh kita share sesama apa menatang Triphasic Pattern ni.

Triphasic Body Basal Temperature Chart as a Sign of Early Pregnancy

What Is a Triphasic BBT Chart?

Every BBT chart that indicates ovulation shows a biphasic pattern. Biphasic, when it comes to BBT charting, just means that there is a clear, sustained upward temperature shift at the time of ovulation, making a clear distinction between the temperatures that came before ovulation, and the temperatures that came after ovulation. For more information on the basics of BBT charting, read this step-by-step piece on how to chart your body basal temperature and how to detect ovulation with a BBT chart.

With a triphasic BBT chart pattern, there is a third, sustained upward shift in temperature, usually occurring around 9 days post-ovulation.

Since progesterone is the hormone that causes the upward shift in temperature at ovulation, the theory is that increased progesterone from pregnancy might cause another upward shift in

The Bottom Line

Having a triphasic pattern on your BBT chart does not guarantee that you’re pregnant, but it does seem to be a good sign. However, it’s important to remember that some women show triphasic charts and are not pregnant. I have a friend whose BBT chart shows a triphasic pattern quite often, and she has not gotten pregnant.

It’s also important to remember that the greater majority of BBT charts do not show a triphasic pattern. So if you don’t see this third temperature shift on your BBT chart, you shouldn’t take that as a sign that you’re not pregnant.

kredit : http://infertility.about.com/od/tryingtoconceive101/qt/triphasic_chart.htm

Kredit : Here

Jadi marilah kita sama-sama bangun pepagi buta dan terus tick suhu kita. Huhu.

Wednesday, July 13, 2011

Pemakanan : Juice Perawan Plus Colagen

My TTC'ians friends,

Ever heard about Jus Perawan??


Diakui, sy mmg tak penah dgr ttg Jus Perawan ni.
Sehinggalah adik seunit kat opis beli.
Katanya utk kesihatan lah. Sbb dia salu mcm rasa letih2. Dia dpt tau pun dari Majalah.

 Lps tu tgk botol yg dia beli.
Skali ada khasiat yg membuatkan saya mcm 'eh... nak beli lah'
Khasiat apa lagi kalo bukan berkenaan anak kan.

Maka, saya beli sebotol.
Masih belum diminum kerana tak digalakkan minum ketika period. So, bila dah bersih saya akan mulakan. Maknanya bulan ni usaha saya adalah Jus Perawan.
Minumnya guna sudu plastik. 2 sudu pagi-setgh jam sebelum breakfast. Dan 2 sudu malam- juga setgh jam sebelum makan malam.


Ikhtiar dan cuba. 
Moga ada hasil sebelum Ramadan ini agar ada jawapan yg dpt ku berikan pada sedara mara ketika hari raya nati :)

Sebotol ni berharga RM35.00.

Tuesday, July 12, 2011

Doa dan Kesungguhan

Terkadang aku rasa, aku ni tidak bersungguh dalam berdoa ker?
Entah.
Dulu masa belajar, nak keputusan baik dlm exam (ketika di U terutamanya), mmg ada usaha, kemudian bersungguh berdoa.
Time final, mmg tahap rela bangun solat hajat ketika 1/3 malam.
Lps tu, baca Quran jarang-jarang tinggal.
Dan, Allah mengabulkan doa ku.
Result exam, Alhamdulillah... tak pernah mengecewakan walo tidak lah memuaskan 100%. Yg pasti mmg bersemangat utk sambung semester.

Sekarang.
Memang bersungguh utk memiliki zuriat.
Tp dimana kesungguhan ku untuk berdoa seperti dulu?
Solat hajat mmg jarang sekali.
Kalo dulu Quran jarang-jarang tinggal, tp skang dah jadi jarang-jarang baca.

Ya Allah, adakah aku semakin lalai dengan rezeki yang Engkau kurniakan sekarang?

Ampunkan aku Ya Allah....
Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini, semangat ku akan kembali spti dulu.

Selain usaha dan tawakal, doa satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:

1. Malam Lailatul-Qadar.
2. Ketika hujan turun.
3. Ketika akan dan setelah selesai shalat.
4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5. Sepanjang bulan Ramadhan.
6. Di antara Azan dan Iqamah.
7. Ketika Sujud dalam Sholat.
8. Ketika Iktidal akhir dalam Shalat.
9. Ketika khatam (tamat) membaca 30 Juz Al-Quran.
10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur/sholat malam).
11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat karena mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12. Di antara waktu Dzuhur dan Asar dan antara waktu laillahhaillah ( لا إله إلا الله ).

Penjelasan:
Pada syariatnya setiap waktu bagus untuk berdo'a agar kita terasa dekat kepada Alloh SWT, memanfaatkan waktu yang telah ada penjelasan dari Ulama itu lebih penting.

Kredit : here

Sunday, July 10, 2011

Usia Dan Kesuburan

Usia meningkat, kesuburan menurun

Oleh Rosmah Dain

KEBELAKANGAN ini perkara yang berjaya menarik perhatian masyarakat ialah mengenai isu serius berkaitan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita yang berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan yang menunjukkan 30 peratus wanita berumur di antara 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus lelaki berumur di antara 30 dan 34 tahun masih bujang.

Isu ini ditimbulkan pasti ada benarnya. Setiap pertambahan umur yang melibatkan golongan wanita maka faktor kesuburan mereka untuk melahirkan anak adalah semakin merosot.

Bukan itu sahaja, apabila semakin berumur seseorang wanita itu maka risiko keguguran ke atas kandungan mereka juga akan bertambah.

Namun, apabila berbicara mengenai faktor kesuburan, bukan hanya golongan wanita sahaja yang dikaitkan dengan faktor kemerosotan kesuburan, golongan lelaki juga turut dikaitkan dengan permasalahan ini.

Menurut Datuk Dr. Prashant Nadkarni, dari KL Fertility & Gynaecology Centre, sperma lelaki yang subur pasti akan mengalami penurunan satu peratus setiap tahun. Permasalahan ini sebenarnya bukan hanya berlaku di negara ini sahaja kerana ia bersifat global.

Menurut Dr. Prashant, faktor utama perkara ini terjadi adalah disebabkan oleh permasalahan yang diakibatkan oleh faktor-faktor sekeliling.

‘‘Dalam kajian yang telah dijalankan, kita dapati dalam tempoh lapan tahun iaitu dari tahun 1999 hingga 2007 sperma golongan lelaki berkurangan kesuburannya sebanyak 40 peratus,” katanya.

Selain itu katanya, stres akibat gaya hidup yang penuh dengan bebanan pada masa sekarang juga mengurangkan kemahuan pasangan untuk seks.

Kehidupan yang mencabar pada hari ini menyebabkan ramai di kalangan pasangan hanya melakukan seks seminggu sekali atau tiada dan ada juga yang tidak mempunyai mod langsung untuk bersama pasangan.

‘‘Namun, bagi golongan wanita antara faktor lain yang menyumbang kepada masalah kurangnya kesuburan ialah apabila wanita itu tidak dapat mengeluarkan telur untuk persenyawaan sebanyak sepuluh peratus akibat jangkitan kepada tiub, masalah hormon yang tidak seimbang dan tidak teratur,” katanya.

Dalam pada itu Dr. Prashant juga turut menyalahkan faktor obesiti menjadi punca masalah kesuburan wanita.

‘‘Kita sekarang mengalami masalah ke arah negara yang semakin ‘gemuk’. Apabila seseorang itu menjadi gemuk, hormon individu itu akan menjadi tidak teratur dan telur yang dikeluarkan juga pasti tidak bermutu dan memudahkan risiko keguguran menjadi lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu Dr. Prashant berkata, wanita yang berumur lebih 35 tahun peluang untuk hamil telah merosot 35 hingga 65 peratus.

Bagi wanita yang ingin mengandung dan mengalami masalah ketidaksuburan terdapat pelbagai kaedah yang digunakan dalam usaha membantu golongan ini mendapatkan cahaya mata.

Antaranya ialah melalui kaedah IVF, GIFT dan sebagainya.

Sekiranya wanita berkenaan didapati normal dan sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mengandung, mereka akan dicadangkan menggunakan kaedah suntikan kesuburan bagi memperbanyakkan telur.

Ujian kesuburan atau pengovulan boleh dilakukan di rumah. Ujian pengovulan bertindak dengan mengesan peningkatan hormon yang dipanggil Luteinising Hormon (LH) dalam air kencing.

Kenaikan LH terjadi lebih kurang 24 - 36 jam sebelum ovum dibebaskan dari ovari iaitu satu proses yang dikenali sebagai pengovulan. Wanita dikatakan berada pada tahap tersubur pada hari kenaikan LH wanita itu dikesan dan pada hari selepas itu.

Bagi penyelesai masalah mereka yang sudah lewat usia tetapi masih mahu mencuba untuk mengandung, Merck Serono baru-baru ini telah melancarkan Pergoveris, dalam usaha menambah kesuburan.

Ia mengandungi dua bahan penting yang aktif di dalamnya iaitu lutropin alfa iaitu versi sintetik LH dan follitropin alfa iaitu FSH. Bahan ini merangsang peringkat kesuburan wanita dengan memperbanyakkan telur (LH) agar dapat memudahkan wanita itu mengandung.

Sumber : Utusan

*owh...14hb Julai ni genap lagi 5bln umur ku menjejak 32 tahun. Sobssss :(

Friday, July 8, 2011

Tak Private

Assalamualaikum.
Hurm.
Aku mmg takde niat nak private kan blog ni.
Sbb aku rasa kalo aku private, ruang udara aku mcm 'tersekat'-tak bebas.
Cuma smlm, ada gangguan perasaan sket. Sebelum aku melahar tak tentu pasal dgn lebih teruk dan ada yg terasa dilahar, maka 'silence is better'.
Okeh. Lupakan pasal tu.

Aku sebenarnya nak try private kan lama.
Tp tak smpai 48jam aku da open kan balik.
Ada yg tak perasan  pun kot aku private kan.
Tp ada gak yg emel, gitau nak masuk tak bleh. Maceh ye my dear friend, yg salu jenguk sini, yg salu amik berat. We're friends rite?? Sayang korang ketat-ketat.

Ekceli, masa aku announce kat FB ada 2,3 org mintak diinvite juga. Tp buat masa ni aku blum nak gunakan 'open to invite reader only' tu.
Kalo aku nak open, mmg aku open trus. Susah kan nak invite2.

Tp sekiranya, sekiranya lah. Bukan pasti tau. Sekiranya aku tetiba rasa gatai nak guna invitation reader tu, awal2 aku nak mintak maaf, bukan seme dpt privilege utk di invite dlm blog ni. Bukan lah aku nak poyo nak kata 'eleh, mcm bes bebeno la blog dia ni, ada privilege la hapa la nak baca, pegi la mamp..' katanya gitu kan.
Bkn begitu. Kalo aku guna invitation mmg tak seme org akan diinvite. Yg pasti di inivite adalah yg senasib dengan aku, yg memang selalu 'bertegur sapa - samada di FB atau di blog' dan yang bkn seopis dgn aku. Itu saja terma dan syarat utk mendapat privilege. Takyah tanya kenapa, sbb seme org buat sesuatu dgn motif. That's all.

Blog ini mmg sepenuhnya mengenai kisah suka duka, perjalanan hidup aku dalam mengharungi apa yg dinamakan Trying To Conceive. Tidak sepenuhnya kisah aku mendapat treatment utk conceive. Dan tidak semestinya kisah emosi saja. Tp, terkadang, akan ada entry aku berbaur emosi, terutama bila berhadapan dgn org yg tak tahu Qada dan Qadar Allah (spti entry smlm) dan slps ni, aku akan disable kan komen pada entry tu atau aku guna password protected entry (entry smlm tu aku tak sempat nak pikir buat password sbb aku geram sgt). Dan privilege utk password sama seperti yg kat atas tu. Katakan ko tak penah nak komen kat blog ni, SR la kan, tetiba mintak password, mmg susah sket la kot aku nak bagi, sbb aku takut korang salah erti dan masih belum faham 'emosi' aku. Sbb mana yg mmg kenal dari blog utama, tau aku cemana.

Entah lah. Tetiba ter bebel plak. Sori lah yer kalo mcm gud gud je plak kan. Tp tak kesah la. Terpulang. Nak baca, silakan. Nak follow silakan, dan  nak unfollow pun silakan.  Memasing ada motif dan memasing ada sebab tersendiri.

Jadi, aku sayang seme sahabat2 TTC aku. Bila aku tutup (private) kan blog ni, aku rasa jauhhh dgn korang.  Korang je sahabat yg memahami aku, yg sentiasa ada. Esp yg mmg aku da add dlm FB. Lagi semakin dkt. Moga satu hari nati aku dapat jumpa korang dan dapat peluk korang 'ketat-ketat'.

Wassalam.

Love,
Kekda
*why must Kekda? - mostly my TTC's friends are younger than me. Tapi kalo yg older than me pun, I don't mind if u want to call me Kekda.  

Untuk seme kengkawan TTC - sekuntum bunga kuning yg penuh erti :)


Yellow Roses indicate joy, gladness, friendship and "I Care" 
 
The bright, sunny color of yellow roses evokes a feeling of warmth and happiness. 
The warm feelings associated with the yellow rose are 
often akin to those shared with a true friend
As such, the yellow rose is an ideal symbol 
for joy and friendship.

Thursday, July 7, 2011

Meluat

Si A : Eh. Dah pukul 5 ni. Nak balik dah ker?
Si B : Yelah. Nak balik lah ni. Nak jumpa baby.

Si A adalah Aku. Dan si B adalah lelaki yg mcm seolah2 dia sorang je ada baby.

Maka nak tau apa jawab si A.

Eleh..! mcm kau sorang je ada baby la.

Dan tatau la si B ni dengar ke tak.
Dalam hati si A mmg sakit amat.

Aku tau, ko mmg pikir ko hebat amat la kan sbb buat bini ko sekelip mata, sekali pancut terus mengandung kan.
Dan kau pikir dgn kata2 kau 'nk tgk baby' tu kira mcm nak kata kat aku 'padan muka ko, ko takde anak, balik rumah takde sapa nak tengok'.

Satu menda je dari aku - gi mampp... kau jangan berlagak sgt. Nati bila di tarik balik ke belagak kan kau tu, baru ko tau langit tinggi rendah.

So, takyah nak perasan haibat sgt sbb ko bleh dpt anak awal, seawal yang mungki dan bikin hati aku meluat okeh. 
Benci! Serius benci!
Mmg tak kan aku tegur ko dah. Titik!

*mmg perasaan bercelaru - sahabat dtg lagi tepat pada masanya. Penattt... aku penatttt.....

Edit :
Utk citer panjang berkaitan perkara ini bleh tgk kat blog utama saya.
Cabaran ari ke 22.
Bkn saya sengaja nak emosi. Ada sebab utk saya berpikiran sebegitu rupa.
Maafkan jika entry kali ini agak kasar.
Terima kasih pada yg komen, tp maaf kali ni utk keamanan sejagat seme komen terpaksa di disable :)

Wednesday, July 6, 2011

Cycle Day 2009-2011

Ya. Saya bkn tidak bersyukur cycle saya tertib kehadirannya.
Sbb ada je org lain yg periodnya tak menentu.
Tp oleh krn period saya begini la saya asik tertanya tanya
'apa masalahnya ne?' 'dimanakah silapnya ne?'
Kalo saya takde masalah hormon, takde masalah ovulate, tp kenapa mengapa sperm itu tak penah bertemu pasangannya. Pelik. Jadi saya pun google

Question: Why Can't I Get Pregnant if I'm Healthy?

A reader asks, “Why can’t I get pregnant? I have regular periods, my husband and I have sex at the right time every month. We are healthy, and we eat right. Why am I having trouble getting pregnant?”

Answer:

When you can't get pregnant, and things look good from the outside, it can be extremely frustrating.

The first thing to consider is how long have you been trying. About 80% of couples will get pregnant after six months of trying, and about 90% will be pregnant after 12 months of trying to get pregnant. (And that’s with well-timed intercourse each and every month.)

If you haven’t been trying for at least six months, or you haven’t been timing sex for ovulation, then you should keep on trying.

If you have been trying for six months to a year, and you’re still not pregnant, something may be wrong. Having regular menstrual cycles doesn’t mean you’re in the clear. There are many possible reasons for infertility.

Bacaan seterusnya : Here

Period saya dari dulu smpai skang mmg regular.
Dan lps kawen lagi mengikut tertib.
Jarang terlewat.
Paling lewat pun 5 ari.
Sbb tu saya da gelabah kalo 3 ari makcik itu tak berkunjung.
Tp toksah dok gelabah la aih. Jap2 lagi mai la dia.
Sejak kawen sy mmg duk tanda cycle day saya.

Year 2009

Year 2010

 Year 2011

Mmg regular banget kan.
Mungkin hormon berkaitan 'makcik' ini agak teratur. Masa sy check dgn org yg jual madu kat MAHA dulu, dia pun kata hormon saya  balance tp hormon asben agak imbalance.

Hurm. Saya pun tatau nak kata apa dah. Selain perlu berusaha dan terus berusaha.
Lps pegi bercuti Oktober nati saya smbg semula treatment di LPPKN.
Tetiba rasa rindu plak nak ke sana. Hihi.

Tuesday, July 5, 2011

Kisah Sedih - Al Fatihah

Boleh baca kat sini
Al-Fatihah

Ni anak kpd kawan, kawan aku.
Kira yg blog tu adalah blog kawan aku. Yg meninggal tu anak kawan sekolah dia masa form 6 kalo tak silap.
Aku pun blum tahu citer sepenuhnya.
Yg pasti baby ni lemas.

Ya Allah... tak dpt bayangkan betapa luluhnya hati seorang ibu dan juga bapanya.

Kalo kita diuji masih belum dikurniakan anak,
ibu ini dipilih utk menerima dugaan sebegini.
Dan kalo lah antara kita yg menerima dugaan sebegini, mmg tak boleh terima rasanya.

Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah utk baby Seri ni.
Walau sakit utk dikenangkan tp di akhirat kelak, dia akan 'menyerikan' ibu bapanya. Insyaallah...

*Aku lak rasa nak menangis......

Sunday, July 3, 2011

Simptom Mengandung

Dah jarang2 sembang pasal info2 berkaitan pregnancy kan?
Jadi meh nak tepek entry pasal Top 10 sings signs of pregnancy.
Dipetik dari web : babycentre

1. Prickling, tingling nipples

This can be one of the very earliest signs of pregnancy, kicking in within a week or so of conception.

You may feel a tingling sensation as pregnancy hormones increase the blood supply to your breasts, particularly around the nipples. Once your body gets used to the hormone surge, the sensation will subside.

2. Spotting and cramping

It's common to have some spotting, a slight pink or brown-coloured stain in your knickers or when you pee, as well as cramping. Spotting in very early pregnancy could be caused by the egg implanting in your uterus.

A little bleeding at around the time you'd normally expect your period may be caused by the hormones that control your periods breaking through.

3. Feeling sick

If you're lucky you'll escape this completely. However morning sickness is a common symptom of early pregnancy. It often starts when you're four to six weeks pregnant. You may feel nauseated and queasy, or even vomit. Despite its name, morning sickness can affect you morning, noon or night.

4. Tender, swollen breasts

From about six weeks pregnant, your breasts may become increasingly tender to the touch. It’s similar to how they feel before your period, only more so.

You may notice that your breasts are larger and swollen, with blue veins visible just below the skin. Tenderness tends to be most common in the first trimester, easing as pregnancy progresses.

5. Fatigue

Feeling tired? No, make that exhausted. You may find yourself diving for your duvet as your body cranks up to support your baby right from the early stages of pregnancy.

Though fatigue is not a sure-fire symptom on its own, it's a common pregnancy symptom. You may find tiredness wipes you out most in the first and third trimesters.

6. Needing to pee frequently

From about six weeks pregnant, you may notice that you're going to the loo more often.

This is down to a combination of pregnancy hormones, a larger volume of blood in your system and your kidneys working extra hard. Watch out though, if you get pain or a burning sensation when you pee, it might be a urinary tract infection.

7. Darkening of your nipples

Skin changes are common during pregnancy. One of the first ones you may notice is the circle of skin round your nipples (your areolas) getting darker. This can happen from about eight weeks.

You may also find that the bumps around your nipples become more pronounced or your nipples are more erect. At this time your vulva and vagina may change to a deeper, purplish red too.

8. Altered sense of taste

You may go off some foods, but develop a craving for others. Some women report a metallic taste in their mouth, others that they can’t stand the taste of coffee, tea or a food they usually like.

It's a cliché, but food cravings or aversions sometimes can be a sign of pregnancy. If they're accompanied by some of the other symptoms on this list, start counting the days from your last period.

9. A missed period

If you're usually pretty regular and your period doesn't start on time, you'll probably take a pregnancy test before you notice any other symptoms. A missed period is one of the surest signs of pregnancy.

But if your periods are irregular or you lost track of when your next one was due, you won’t realise your period is late. In this case, tender breasts, feeling queasy and needing extra trips to the loo may be early clues that you’re pregnant.

And finally...

10. The proof: A positive home pregnancy test

Most home tests will give you a reliable result if you wait until at least the first day of a missed period. If a blue line appears in the test window, you're probably expecting. Make an appointment with your midwife, read our article, 50 reasons to be glad you're pregnant. Congratulations!

******
Entah bila la dpt merasa sign sign ni kan.
Sedih rasa.
Sbb bila dkt2 nak period simptom2 ni mesti ada.
Kecuali yg missed period tu la.

Baru nak seronok2 berangan mintak2 la tak period dah.
Esuknya pasti dia terkulat2 datang. Haih.
Geram kan.
Salu je false alarm.

Ye lah. Bila kita mcm rasa ada simptom pregnant, otak pun mula berkomplot utk berniat jahat yg konon nya betul lah ko pregnant, sekali... nan hadoo.. pecah gak telur tu.
Again. Geram kan.

Tp sbg seorang yg periodnya amat regular, aku tak perlu la bangan lebih dah pregnant unless lewatnya seminggu sbbnya period aku tetap dan berpencen dah. Cycle dia 28-31 camtu je. Tak lari. Huhu.

Taktau la bila nak mengecapi perasaan ini... tssskkk......
kredit : here