Showing posts with label dugaan. Show all posts
Showing posts with label dugaan. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Penantian 21 Tahun : Pemangkin Semangat Kita

8:24 AM

Rasa seme TTC pun ada follow blog Dr Adilah kan.
Walo dia jarang2 update, tp seme yg di blog kan ada faedah utk kita.

Antara yg latest pasal penantian 21 tahun tu.

Jadikan pemangkin semangat kita dari kisah itu.
Jangan cepat berputus asa.
Usia perkahwinan 1 atau 2 tahun - masih awal. Terlalu awal jika ingin kecewa kerana setiap bulan didatangi sahabat baik kita itu. Lelebih lagi umur baru mencecah 23, 24 atau belum pun 27 tahun. Sebenarnya, mungkin Allah nak bagi kita mengenali hati budi pasangan kita secara lebih mendalam.
Usia perkahwinan antara 3 - 5 tahun - ya, perlu usahakan sesuatu. Tambahan pula sekiranya umur makin berlari ke angka 4 di depannya (aku le tewww.... 6 tahun lagi je nak masuk 40 wey... Haha. Tapi aku rileks je kan. Gile!)

Dan org tu selepas 21 tahun baru berjaya mengandung.
Sabar.
Allah dah tentukan yang terbaik.

Memetik kata Fyn Jamal dalam instagram nya, yg lebih kurang berbunyi "Allah dah tahu apa terbaik utk kita, kenapa kita masih risau dan gusar"
Kan. Mengapa kita nak melawan takdir. Kecewa dengan ketentuanNya adalah sama dengan kita tak redha dengan takdir perjalanan kita yang sememangnya Allah yang mengaturnya. 
Masih tak pregnant? Masih takde rezeki utk anak?
Pandang semula apa yg Allah bagi semenjak kita melihat dunia hingga ke hari ini?
Allah tak pernah menzalimi kita kan?
Takde anak - tapi rezeki lain kita pernah kira? Tak terkira kan?
Takde anak - rezeki lain mencurah2 datang. Kanan kiri atas bawah.
Tapi kita pandang rezeki anak juga.

Kita duk pandang juga pintu yang tertutup itu.
Padahal pintu2 lain terbuka luas utk kita terokai. Sayang. Jika peluang tu kita sia sia kan.

Jadi,
Sabar. Jalanlah kehidupan ni sebagaimana aturan ditentukan olehNya.

Jauhkan sifat negatif dalam diri.
Kita bertuah kerana dilahirkan sebagai orang Islam. Yang mana kita ada penawar (Al-Quran) di kala dilanda kesedihan dan kebuntuan.

Kembali lah kepada jalan yg benar. Usaha lah sebaiknya dan semampunya. Allah sentiasa ada bersama kita. Dia tak pernah nak menzalimi kita. 
Kita sebenarnya bertuah kerana diuji begini, kerana tak semua dapat bersabar dengan ujian begini.
Dan.
Kita terpilih kerana Allah tahu kita sanggup di uji begitu.
Allah lebih tahu tentang kita.
~google~

Tuesday, February 5, 2013

Tuhan Sedang Menguji Kita

12:52 PM
Sempat beli ini ketika di Pesta Buku 1 Malaysia last week.
Sesuatu yg boleh membantu meningkatkan motivasi diri kita ketika di duga.
Selak helaian pertama .......

Kata-katanya sungguh menenangkan.
Semoga diri semakin tenang menghadapi dugaan ini.

"Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia"

Thursday, November 29, 2012

Bukan Tidak Subur, Tapi Belum Masanya

12:44 PM

Mungkin di luar sana, mengandaikan kami golongan tidak subur. Ada yg mendefinisikan sebagai tidak mempunyai anak dalam tempoh setahun selepas perkahwinan adalah tidak subur. Terkadang, sememangnya menyebabkan kita rasa stress.

Tidak subur?
Atau
Belum tiba masanya?

Sedangkan Allah Maha Mengetahui untuk kita.

Pada yg tidak dikategorikan dalam definisi 'tidak subur' tu, bersyukur lah dan jangan pula sewenang-wenangnya mengandaikan kami - para TTC - tidak subur. Jangan pula ada riak takbur bila diri itu subur. Utk diri sendiri juga, aku mengingatkan apa sahaja rezeki yg kita dapat bukan milik kita, tp milik Allah. Sekelip mata boleh diambil balik.

****
Bacaan yang amik baik utk memotivasikan diri - Allah Bukan Tidak Menjawab Kamu

Allah bukan tidak menjawab, tetapi Dia Maha Tahu bila hendak menjawab

Lama bertahan kadangkala membuatkan kita kecewa. Lebih menyakitkan hati, apabila kita cuba meluahkan penderitaan kita, orang lain hanya tahu menyatakan sabar sahaja. Sedangkan yang kita perlu adalah ‘tindakan’, bukan sekadar bicara-perkataan.

Tetapi apabila kita balik kepada hakikat ujian tadi, dan tujuannya, bukankah hati sudah sedikit tenang? Nyata di dalam ujian itu juga yang ada hanyalah kebaikan-kebaikan sahaja.

“Yalah, aku faham semua itu, tetapi aku manusia.”

Ya, saya faham. Saya juga manusia. Sebab itulah saya bermula dengan kebersihan iman, dan mengajak kita memahami hakikat ujian. Sebab saya sendiri pernah gugur dan jatuh. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali. Tersungkur, saat-saat merasakan diri ini ditinggalkan. Pernah hendak cuba menjerit ke langit dan memarahi Allah, pernah juga terfikir untuk merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Saya pernah bersedih hingga ke tahap itu. Dan saya yakin, esok lusa akan ada lagi ujian-ujian yang lebih hebat dari yang pernah saya lalui, yang akan membuatkan saya terlutut semula.

Tetapi, ada kelainan apabila kita memahami apakah itu ujian? Mengapakah diturunkan ujian? Apakah tujuan ujian? Ada perbezaannya apabila kita memahaminya. Apatah lagi apabila kita punya keyakinan terhadap Tuan Punya Ujian.

Akhirnya, lama-kelamaan, saya melihat bahawa putus asa itu sebenarnya berlawanan dengan kewarasan akal. Akhirnya saya berjaya melihat bahawa, menjerit ke langit itu berlawanan dengan kewarasan akal. Begitu juga merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Sebab sebenarnya, kita ada satu lagi pilihan. Itulah dia terus bertahan.

Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita.

Sebab itu, lihatlah firman-firmanNya berkenaan dengan ‘kelewatan’ pertolonganNya. Semua punya bonus.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Bagaimana agaknya, orang-orang yang teruji, sampai rasa tidak punya lagi harapan, dan pada saat itu sampailah pertolongan yang selama ini diharapkan? Bukankah kekuatannya akan lebih tertingkat? Bukankah dia akan menjadi yang lebih bersyukur? Bukankah keimanannya akan melonjak?

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.” Surah At-Taubah ayat 25-26.

Saat-saat sebahagian manusia telah berputus asa dan berundur, dan sebahagian lain pula kekal bertahan dalam keadaan kekalahan, bukankah apabila Allah turunkan pertolongan pada saat itu akan berlakunya peningkatan terhadap yang kekal percaya? Bukankah telah tertapis daripada golongan pejuang itu mereka yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Allah?

Sebab itu, Allah Maha Tahu bilakah hendak menjawab doa-doa hambaNya.

Dia tahu waktu dan ketikanya.

Yang tinggal adalah kita. Apakah mahu kekal bertahan dan percaya? Atau mengalah, menjadi yang rugi selama-lamanya?


Monday, September 12, 2011

Don't Give Up

6:03 PM 1 Comments
Seriyes. Aku pelik2 je tau.
Kalo aku dpt tau citer. Akan dtg citer yg sama berturut2.
Contoh, citer kawan2 dan sedara yg baru pregnant. Maka berderet2 citer itu.
Lps tu kalo dpt citer yg ditimpa musibah.
Pun. Berderet2 juga citer camtu.

Tadi baca blog Julie. Citer pasal pasangan yg dah tunggu selama 6 tahun, tetiba da bersalin, anak plak ada masalah. So sad. Kita mesti dapat rasa perasaan tu kan. Tunggu punya tunggu, begitu plak jadinya.

Lps tu, last month aku ada citer perihal kawan aku yg baru pregnant.
Tp retu awal puasa (ke tgh2 puasa tah) dia gugur.

Aku buat entry tu, sama ngan citer kazen aku yg pregnant gak.
Yg aku kata da 4 thn kawen tu kan.
Bleh recall kat sini - Down vs Up

Tapi hari ni, ptg ni tgk status kazen aku kat FB.
Len mcm bunyinya ni. Aku takmo sangka bukan2 dulu.
Maka aku tgk kat wall dia.
Btul la telahan ku.

Tak lama kegembiraan tu diberikannya. Tp aku percaya, walo sekejap, kenikmatan menjadi ibu tu terasa juga kan.

Rupanya hari raya tu ari dia masuk wad. Aku tatau pun. Walhal aku gi raya umah mak dia kat kg retu. Mmg kebetulan thn ni turn dia beraya kat Melaka-sebelah asben dia. Oh. Ptt la bila tnya ke mak dia bila derang nak balik, mak dia kata tak tahu lagi.

Tkpe lah yg tu. Mungkin ada sebab utk dia suh family dia tak bagitau ke kami.

Apa pun. Aku turut bersedih. Sebak sebenarnya.

Betapa istimewanya kita kan. Diberikan ujian demi ujian. Dugaan demi dugaan. 
Tanda Allah ingatkan kita.
Tak seme dapat keistimewaan ni.


Imej : google 
Buat kazen aku tu, tabah lah. Mungkin ada hikmah disebaliknya. At least, Allah kurniakan 'kenikmatan' itu biarpun sekejap. Tkpe. Nati kita cuba lagi yer. Caiyok. Caiyok.

Tuesday, July 5, 2011

Kisah Sedih - Al Fatihah

8:49 AM 4 Comments
Boleh baca kat sini
Al-Fatihah

Ni anak kpd kawan, kawan aku.
Kira yg blog tu adalah blog kawan aku. Yg meninggal tu anak kawan sekolah dia masa form 6 kalo tak silap.
Aku pun blum tahu citer sepenuhnya.
Yg pasti baby ni lemas.

Ya Allah... tak dpt bayangkan betapa luluhnya hati seorang ibu dan juga bapanya.

Kalo kita diuji masih belum dikurniakan anak,
ibu ini dipilih utk menerima dugaan sebegini.
Dan kalo lah antara kita yg menerima dugaan sebegini, mmg tak boleh terima rasanya.

Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah utk baby Seri ni.
Walau sakit utk dikenangkan tp di akhirat kelak, dia akan 'menyerikan' ibu bapanya. Insyaallah...

*Aku lak rasa nak menangis......

Wednesday, April 6, 2011

Kita Adalah Insan Terpilih

10:10 PM 10 Comments
Betapa sedih pun kita dengan ujian ni kawan, kita harus sedar bahawa kita adalah insan terpilih. Siapa yg tak mahu rumahtangganya di sinari dengan kehadiran si kecil. Takde seorang pun mengimpikan untuk tidak mempunyai cahaya  mata (tatau la kut kawen mmg taknak anak, tu mmg dasyoottt).
Dulu baru kawen, ada juga ber emel2 ngan sorang kenalan.
Dia kawen beberapa bulan awal. Risau sungguh dia. Mcm da end of d world dia tak mengandung lagi. Jenuh aku nasihatkan, takpe..takpe. Takkk...dia risau jugak.
Sudahnya dia mengandung. Happy dia. Dan aku pun jarang dah berhubung dgn dia. Kenapa? Entah.

Then, ketemu lagi kenalan yg mcm tu jugak. Setiap hari mengadu pada aku perihal kerisauan dia. Kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa tak mengandung. Rasa diri tak sempurna. Rasa tak disayangi mertua dsbnya. Yg ni plak kawen beberapa bulan selepas aku. Pun aku pujuk pujuk. Jgn down sgt. Jgn negative sgt. This is not our end of the world. Tapi tak lama pas tu dia mengandung. Mungkin skang dia dah jadi seorang yg positif kut. Hopefully.

Dan kita, yg masih menanti dan terus menanti, dipilih Allah kerana kita kuat kawan,......kita kuat sebenarnya untuk menghadapi, menanti sesuatu tak pasti. Sbb aku terpikir dgn 2 kejadian kat atas. Bukan aku kata aku lebih tabah dari mereka, tp bila aku bersembang, berbual pasti aku yg lebih positif. Bukan la nak kata aku ni mcm good good, idak... tp aku tak mahu 'kekurangan' ni membuatkan aku rasa mcm 'alamak.... cena kalo aku takde anak, alamak.. nati mertua benci, alamak.... nati laki lari dsb nya'. Come on lah. Walo ko terpaksa berhadapan dgn org yg kata ko 'tak pandai main / benih sambang (oh, ini aku tak penah kena, tp kazen aku ada) / tak sharp shooter or sebagainya', kita kena kuat. Bukan kita tak sempurna, tp kita belum merasa menjadi sempurna. Insyaallah, jika bukan di dunia, mungkin di alam kekal abadi sana.

Utk mendapat anak kita tak boleh terlalu stress, tp kadang aku tgk derang tu lagi kuat stress nya dari aku. Atau aku terlebih positif kut. Haha. Entah.

Apa pun kawan, kita kena kuat sbb kita adalah insan terpilih. Dugaan ini menandakan Allah ingat pada kita. Sebenarnya ini pun peluang, sbb makin kita terduga, kita makin ingat pada Allah. Kalo semuanya sempurna, takut kita ter lalai dgn kesempurnaan dari Nya. Allah Maha Mengetahui. Tp tak salah kita berusaha kan?

Terima kasih utk mereka yg sudi berkongsi dan memberikan sokongan :
Mama.Aysh
Yummy Mummy
bet
cikCha
waniaza

Ada yg saya tk dpt link blog dari profile. So, sekiranya mahu di bloglist dlm list 'Mereka Juga Sedang Berusaha', boleh emel pada saya yer. Sharing is caring rite.

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers