Showing posts with label harapan. Show all posts
Showing posts with label harapan. Show all posts

Monday, May 23, 2016

Teruskan Usaha, Teruskan Berdoa

10:00 AM
Macam dah lama tak menulis panjang2 dalam blog ni.
Lps baca beberapa blog TTC'ian lain, baru saya macam terpanggil untuk menulis pula.
Masalah saya dalam ber-TTC ini tidak lah sehebat mereka sebenarnya.

Mereka itu memang kuat.
Tapi, mmg itu janji Allah, kan?
"Allah menguji hambaNya, mengikut kemampuan hambaNya"

Kisah PCOSer.
Kisah period yang haywire.
Kisah berkali kali menjalankan IVF.
Kisah berkali kali IUI.
Kisah menelan berbagai jenis ubat.

MasyaAllah. Mereka ini mmg kuat.
Memang luar biasa ketabahan mereka untuk menjadi ibu.
Kerana itu lah, saya mohon, janganlah disakiti hati mereka ini. Janganlah ditanya soalan2 berkaitan anak. Perjalanan mereka ini, takkan terjangkau oleh orang biasa. Mereka ini luar biasa.

Kisah saya hanya separuh dari kisah mereka.
Atau mungkin suku sahaja.
Saya bukan PCOSer.
Period sangat sangat regular.
Tak pernah teruk2 menelan ubat itu ini.

Bak kata orang, saya hanya TTC biasa. Yang hanya ada pengalaman sebagai TTC. Tapi, sekali menjadi TTC'ian, selamanya kita akan rasa perasaan itu.

Kepada mereka ini, saya doakan urusan mereka dipermudahkan.
Teruskan berusaha, teruskan berdoa.
Allah akan bagi pada masa yang terbaik.
Hikmah disebalik apa berlaku ini, kita makin dekat dengan Allah. Percaya lah.

Oh ya, rentetan dari plan nak buat discussion dengan Dr Tasha beberapa bulan lepas, saya dah ada small group TTC ni. Boleh dikatakan support grup juga lah. Walau discussion tu tak jadi atas kekangan masa, tapi kami sentiasa berhubung dan saling support.
InsyaAllah.. kita sebarkan positive vibe sesama kita. Kerana hanya kita yang faham perasaan "kita kita".
Mereka juga majoriti nya ada PCOSer, which is saya sendiri kurang ilmu berkaitan PCOS ni. Jadi, mereka ini juga saya kategorikan kuat.

Utk rakan-rakan, adik-adik dan semua TTC'ian, jangan sesekali putus asa.
Allah Maha Pengasih. Maha Penyayang.
Teruskan berdoa :)


Wednesday, March 5, 2014

Cukuplah Allah ada Untuk Kita

6:59 PM 2 Comments
Hai kawan kawan.
Jom sembang sembang nak.
Kat 'rumah' sana macam tak best pulak nak sembang pasal TTC.
Kat rumah sini, oke sket.

Oke. 
Sekarang apa treatment dibuat?
Ada gak yg tanya2 "Kekda buat treatment apa skrg?"
Haha.
Takde dah.
Nak call Dr Hamid. Tapi tak ter call. Sbb kalau call, that's mean sy dah bersedia utk IUI.
IUI... hurm.. saya tak pasti saya nak buat atau tak.
Sbb rata-rata kebarangkalian tak jadi dari jadi tu lagi tinggi.
Orang kata - cuba dulu - mana tahu.
Saya dah malas guna term tu.
Sbb dari treatment kat LPPKN lagi.
Orang kata lps HSG, ada yg lekat. But, the lucky one is not me. Dan ianya berlalu bertahun tahun.
Seterusnya - orang kata lps buat laparoskopi - dalam tempoh setahun mesti berjaya pregnant. Dan ada yg berjaya selepas sebulan.
But, again - the lucky one - still not me.

Entah la *raup muka*
Nanti ada orang kata saya tak redha dengan takdir nih. Dengan ujian ni.
Tak la. Saya tak pernah rasa tak redha. Saya redha. 

Dulu, saya rasa saya tak pasti saya boleh lalui 5 tahun tanpa anak. Saya tgk orang lain bertahun tahun takde anak, saya tgk kuatnya dia. Tapi bila kita sendiri lalui - oke je. Takde la teruk sgt pun. Kata kata orang? Alah, nak buat cemana. Mulut tempayan, luas cemna pun kita boleh tutup. Mulut orang? Tak mengapa. Mungkin kata-kata mereka satu doa.

Saya rasa saya dah tahap berserah.
Berserah. Dan ikut kata hati.
Mana yg tergerak di hati ini, itu yang saya buat.
Buat masa ni, belum lagi tergerak hati nak buat IUI.

Mmg la bila pikir umur tu, agak serem jugak dibuatnya.
Tak seram ko, umur 35 tahun dah ni. Orang lain anak dah sekolah berderet2, kita ni satu pun takde.
But, tu lah. Kembali balik pada ujian Allah. Dan berserah. Mesti ada sebab Allah buat camni kan.

Tu hari, saya pikir, saya nak tambah aset. Saya nak beli rumah sebijik lagi. Buat investment. Ye lah, dari beli entah hapa hapa, baik saya invest camtu.
Pastu, satu hari terdetik sesuatu yang lain pula.

Yang lebih best dari invest rumah.
Masih belum bersedia utk di reveal buat masa ni. Sbb masih terlalu awal.
Nanti lah. Saya akan share jugak.
Sbb menda tu mmg agak penting utk kita yg TTC'ian ni.
Saya perlu jot down jugak untuk jadi kenangan dan mungkin referral untuk kengkawan.

Jadi, tu lah.
Bagi sapa yg masih TTC'ian - tabah kan hati.
Sebenarnya kita kuat. Kita je tak tahu.
Kita takde anak - walau orang kata 'heart is empty' tapi kita ada Allah bersama kita. Sentiasa. Dia ingat kita. Sbb tu dia pilih kita untuk ujian ni :)
Bak kata ustaz Kazim - kemanisannya di akhirat kelak - bila kita berjaya melepasi ujian Allah ni.

Friday, April 5, 2013

Penantian 21 Tahun : Pemangkin Semangat Kita

8:24 AM

Rasa seme TTC pun ada follow blog Dr Adilah kan.
Walo dia jarang2 update, tp seme yg di blog kan ada faedah utk kita.

Antara yg latest pasal penantian 21 tahun tu.

Jadikan pemangkin semangat kita dari kisah itu.
Jangan cepat berputus asa.
Usia perkahwinan 1 atau 2 tahun - masih awal. Terlalu awal jika ingin kecewa kerana setiap bulan didatangi sahabat baik kita itu. Lelebih lagi umur baru mencecah 23, 24 atau belum pun 27 tahun. Sebenarnya, mungkin Allah nak bagi kita mengenali hati budi pasangan kita secara lebih mendalam.
Usia perkahwinan antara 3 - 5 tahun - ya, perlu usahakan sesuatu. Tambahan pula sekiranya umur makin berlari ke angka 4 di depannya (aku le tewww.... 6 tahun lagi je nak masuk 40 wey... Haha. Tapi aku rileks je kan. Gile!)

Dan org tu selepas 21 tahun baru berjaya mengandung.
Sabar.
Allah dah tentukan yang terbaik.

Memetik kata Fyn Jamal dalam instagram nya, yg lebih kurang berbunyi "Allah dah tahu apa terbaik utk kita, kenapa kita masih risau dan gusar"
Kan. Mengapa kita nak melawan takdir. Kecewa dengan ketentuanNya adalah sama dengan kita tak redha dengan takdir perjalanan kita yang sememangnya Allah yang mengaturnya. 
Masih tak pregnant? Masih takde rezeki utk anak?
Pandang semula apa yg Allah bagi semenjak kita melihat dunia hingga ke hari ini?
Allah tak pernah menzalimi kita kan?
Takde anak - tapi rezeki lain kita pernah kira? Tak terkira kan?
Takde anak - rezeki lain mencurah2 datang. Kanan kiri atas bawah.
Tapi kita pandang rezeki anak juga.

Kita duk pandang juga pintu yang tertutup itu.
Padahal pintu2 lain terbuka luas utk kita terokai. Sayang. Jika peluang tu kita sia sia kan.

Jadi,
Sabar. Jalanlah kehidupan ni sebagaimana aturan ditentukan olehNya.

Jauhkan sifat negatif dalam diri.
Kita bertuah kerana dilahirkan sebagai orang Islam. Yang mana kita ada penawar (Al-Quran) di kala dilanda kesedihan dan kebuntuan.

Kembali lah kepada jalan yg benar. Usaha lah sebaiknya dan semampunya. Allah sentiasa ada bersama kita. Dia tak pernah nak menzalimi kita. 
Kita sebenarnya bertuah kerana diuji begini, kerana tak semua dapat bersabar dengan ujian begini.
Dan.
Kita terpilih kerana Allah tahu kita sanggup di uji begitu.
Allah lebih tahu tentang kita.
~google~

Wednesday, January 30, 2013

Yang Penting Kita Happy

1:35 PM
Hai.
Lama tak menulis d sini.
Hari ni dah 30 Jan. Berlalu sudah Januari 2013.
Apa yg aku usaha aku bulan ni.
Menghabiskan treatment aura healing.
Jumpa Ustaz tu lps abis period tu hari.
Pegi 20hb (nak catat, sbb lupa).
Tgk cemana. Mmg mengharapkan ada keajaiban.

Bulan ni ada makan fast food?
Ada.
Magic la kalo takde (ni pun baru pas mentekedarah Dominos Pizza. Haha)
Pizza, McDonald. McD berapa kali ah. Sekali ke dua kali tah.
Kena catat seme ni supaya senang nak refer.

Hari ni rasanya 7dpo.
Rasa cam awal O tu bulan ni.
Aku tak check BBT pun (temometer abis bateri..kott)
Tp dari tanda white egg.
Agaknya btul la kut. Entah.

Nak mengharap lelebih pun takut juga.
Jadi, skang kita buat pendekatan - wait n see.
Takde apa2, nxt month kita pegi kaedah lain pula.
Yang penting - kita happy..

Monday, October 24, 2011

Rezeki Kita

1:59 PM 9 Comments
Kadang2, 
mmg jeles tgk org murah sgt rezekinya tang anak.
Tetiap tahun beranak.
Dalam hati aku - oh. Mudahnya kan. Mungkin tak plan pun nak anak2, tup2 lekat.
Dan ada yg kawen sama date ngan aku, malah lewat dari aku. Dah 2 pun anak.
Rezeki mereka.

Tapi terkadang mendengar meke mengeluh bab kekangan duit, kekangan masa, baru aku tau Allah memang dah tentukan rezeki yg terbaik utk aku.

Hobi aku mmg sker berjalan2.
Nah. Utk tahun lepas dan tahun ni, mmg bleh katakan hampir setiap bulan ada je destinasi kami suami isteri *sampai leh buat fotobook Cuti Cuti Cinta lah. Hikss*
Tahun ni la terutamanya.
Dan diberi peluang utk merasa ke tpt yg jauh sket dari Malaysia. Contoh thn lps dapat ke Bandung n Jakarta.

Impian aku utk ke Disneyland?
Insyaallah, akan terlaksana sedikit masa lagi.

Hutang PTPTN? Alhamdulillah, langsai sebelum duit aku dipotong utk loan rumah.
Beli rumah? Alhamdulillah, walo tak cecah target utk dptkan sebelum umo 30thn, tp da dpt pun.  Walau pun rumah kecik, tak bertanah, dan org lain da nak masuk beli umah kedua, aku tetap syukur. At least ada aset utk diri sendiri. Hasil titik peluh sendiri *tang mana berpeluh sgt tu??*

Cuma target utk mendapatkan Master je belum tercapai lagi.
Tp Insyaallah, rezeki utk itu pasti ada.

Dan juga impian2 utk mendapatkan gajet2 yg melelehkan "ailiyo" juga telah slmt digunakan oleh tangan ini, pada tahun ini.
Juga rezeki utk menambah koleksi2 yg pada otak aku dulu mmg tak masuk akal.

Tak bersyukur lagi? Sombong sgt pada Allah kalo aku still mempersoalkan "kenapa aku takde anak?"

Aku tau, ada je yg bertuah berpeluang memiliki kedua-dua ni.
Maksud aku, rezeki beranak tetiap tahun. Juga rezeki bercuti di dalam dan luar negara.
Tp itu mmg btul2 lucky person la.

Biasa, kebanyakan mmg buat kos lepas esp kalo anak2 da nak masuk alam sekolah.

So, bersyukur dgn rezeki yang Allah tentukan ini.
Bukan lah bersyukur takde anak.
Tapi selepas hampir 3thn ni, aku dah napak kenapa aku masih tidak dikurniakan anak.

Tak lama nati, bila aku da berpuas hati dengan semua ini, tentu Allah datangkan rezeki anak itu.
Semestinya Allah mahu aku berikan yang terbaik dan yg selesa utk si comel itu nanti

Terima kasih Ya Allah atas rezeki dan dugaan Mu ini :)

Friday, October 14, 2011

Hanya Kerana Allah

5:56 PM 3 Comments
Tadi dgr ceramah agama kat opis.

Biasa la 2 minggu skali opis kami ada buat baca Yasin and ceramah agama.
Jemput memana penceramah luar.
Tp reni aku rasa ceramah agak 'luar biasa'
Aku la rasa. Entah selama ni tak pernah rasa mcm tu.

Ada sesuatu yg menusuk "qalbu"
Eceh. Qalbu halanya. Oke. Poyo.

Dgn tajuk Ihsan - Indikator Kecemerlangan, byk yg aku dpt pelajarinya.

Cuma kat sini, aku sharing satu point yg amat menarik.
"buat yg terbaik hanya kerana Allah"

Beliau berkongsi cerita di zaman Nabi *if I'm not mistaken*
Kisah sepasang suami isteri. Suami terpaksa meninggalkan isteri dgn seorang anak yg sakit. Itu lah satu satunya zuriat yang mereka ada. 
Tp tak lama, semasa pemergiannya, si anak meninggal dunia dan jenazah diuruskan jiran. Suami masih tak tahu. Malam itu suami pulang dari kerja. Isteri menyambut spti biasa. 
Suami bertanya "mana anak kita"
Isteri cuma menjawab "dalam lindungan Allah"
Dan mlm itu isteri juga melayan suami seperti yang "sepatutnya". Hanya kerana Allah. Itu lah niatnya.
Dan pagi itu, suami bertanya lagi tentang anak mereka.
Jawapan isteri 
"abang, kalau kita pinjam barang dari jiran kita, dan jiran kita minta semula barang tu, abang bagi tak?"
Suami menjawab
"tentu lah bagi, bukan hak kita"
Isteri menyambung.
"Itu lah yg terjadi pada anak kita, Allah bagi nyer untuk pinjaman, dia sekarang, dia dah ambil semula"

Suami, walau pun pada awalnya macam nak marah dengar jawapan isteri, tp dia redha.
Anak cuma pinjaman dari Allah.

Dan pada akhir citer tu, hasil dari layanan isteri kepada suami hanya kerana Allah pada malam tu, maka lahir zuriat yang baik (aku dgr mcm dia kata jadi pendakwah camtu la).
Sebak sungguh aku masa ustaz tu cerita. Memang air mata mengalir. Tak pernah aku rasa aku sebegini emosi bila mendengar ceramah agama.

Kerana Allah. Ya. Segala apa dibuat harus berpaksi kerana Allah.

Aku terpikir semula usaha2 aku selama ini.
Apakah semua usaha aku ni betul2 kerana Allah?
Atau kerana taknak org mengata lagi, mungkin sbb nak sama cam orang lain dsbnya?
Aku perlu bulatkan hati, muhasabah diri.

Apa saja usaha adalah kerana Allah.
Dan mendapat zuriat adalah kerana Allah.
Insyaallah.


Friday, September 16, 2011

Kalo Dia Ada

12:20 AM 17 Comments
Aku bkn nak bercerita pasal kesedihan aku.
Tp sekadar ingin berkongsi.
Aku ada course. 2 ari.
Aku gi ngan clerk aku. Aku ngan clerk aku ni senasib. Cumanya dia kawen bln Mei 2009 dan aku Dis 2008. Dan dia jauh lebih muda dari aku. Dlm muda 5thn ke 4thn camtu la.

So, kami pun cakap2 sebelum fasi masuk.
Aku : Senangnya derang ni pregnant kan (me refer pada kawan2 sepejabat kami)
Dia : A;ah. Kawan je pregnant.
Aku : Sng je kan. Cemana kita ni rasa susah sgt ah.
Dia : Entah la kak. Penat dah.
Aku : Da dkt tahun 2012 ni. Retu akak kata kawen 2009 pun da ada anak, kawen 2010 pun da beranak. Ni yg kawen 2011 pun da pregnant. Satgi yg kawen 2012 pun da banak gak. 
Dia : Akak berapa thn da. 3 kan? kejap je kan.
Aku : Ha la. Kejap je. Kalo akak ada anak, misti da besar kan. Lps tu tentah da nak ada anak no. 2
(dahh..time aku tulis ni plak aku rasa sebak ha.. haihs)
Dia : Dlm 2 thn lebih la kut kan kalo akak ada anak. Da pandai jalan pun.
Aku : Ha'ah. 

Lps tu terus mcm ter berangan. Bes nya la kan kalo btul. Misti da bijak pun anak aku tu. Kalo pompuan da bleh pakai baju kurung tau ari raya retu. Lelaki pun misti da segak dgn songkok, baju melayu dan sampinnya. Lagi plak dlm family aku da takde baby ni. Misti dia jadi tumpuan. Kira sonang kojo makcik ne.. tak yah nak tgk salu, ada je la yg tulung perati. 

Sedih giler kalo pikir. Sobss..

Yelah..yg kawen lambat dari aku pun da anak dua tu. Mau tak sedih.

Tgk org bawak perut pun sedey. Bila time rehat kursus tu org citer2 pasal hospital, pasal bersalin mmg aku pause! Rasa loser tetiba. Bodohnya la hai perasaan aku ni.

Kalo aku ada anak.....

Mesti da pandai mandi camni


Da pandai singing singing


Da pandai main doll. Mekap mekap kan.

Da pandai pakai kasut. Leh jalan2.
Dan, da tentunya leh share lappy ngan mak nyer. Hihi.

Ah..sudah..sudah.. makin sebak. Baru je dgr course stress yg katanya kita yg menentukan tahap stress kita. Maka, jgn stress yer. Happy..happy.

Tp kenapa yer. Dari dulu lagi, kalo aku ber kehendak sesuatu aku misti kena bangan banyak banyak dulu. Lps tu nati baru dpt. Mmg aku mcm tu lah. Dah lama aku peratikan diri aku. Aku mmg impikan itu ini itu ini sblm dapat. So nyer biler impian tu ter realisasi, seme akan jadi smooth sbb aku mmg da bangan. Hihi.

Jadi, sabar yer. Aku tahu, akan ada rezeki aku, sbb kalo tgk dari segi perkahwinan, anjakan karier aku semenya lambat, tp rezeki tu ada. Insyaallah. Aku tau pasti ada.

Eh. Sori le. Gambo seme gambo anak omputih. Saja namo goggle gambo anak melayu, kang mak pak nyer tgk amik gambo anak deme, udah jadi salah paham pulak. Lagipun, geram nengok anak omputih ni. Hihi.

**all photos are from goggle

Wednesday, April 13, 2011

Stain Itu Bukan Stain Lagi

1:10 PM 18 Comments
So kawan2 tersayang... terima kasih atas ucapan dan sokongan.
Korang mmg bes!
Tp rakan ku nan satu itu lagi la bes.
Sbb akhirnya beliau berkunjung juga tanpa segan silu.
Itu lah aku da kata, kalo aku mula seyes utk TTC, otak aku ni mesti tune 'peknen kah..peknen kah'. Itu la sbb aku menyampah tu. Baik aku buat biasa2 je.
Tp seyes, tak pernah lagi aku bleeding sikit2 tu sblm period. Mana la aku tak mula menggagau bukan bukan. Hahaha.

Smlm pas opis berdesup ke JJ AU2. Lps beli barang suma masuk Watson. Trus carik la UPT kit tu. Tp Watson tak bes. Tk byk pilihan. Aku masuk Guardian plak sebelah dia je. Hihi. Motip nak carik yg byk pilihan?. Sama je fungsinya kan. Tp kat Guardian byk jugak. Bes. Ada yg murah, ada yg sederhana, ada yg mahal. So, aku amik yg sederhana. Yg seploh inggit. Hihi.

Then tunjuk kat asben. Sbb masa tu dia tggu kat luar je. Katanya 'moga2 pregnant lah'. Aku senyum je. Sbb walo dia tak tunjuk sgt yg dia pun nak anak, tp aku tau dia pun berharap sama. Oh. Tetiba mcm sebak. Huhu. Then aku tnya 'kalo betul, awak nak nazar apa. Belanja pulut kuning?'.
'hurm..kita blanja la derang pulut kuning, suh mak saya buat' kata my dear.

Oh. Tp smpai umah aku check da takde stain. Aku tau itu adalah sahabat baik ku.
Takde la aku kecewa sgt pun sbb aku rasa da mcm takde cuma saja menda tu berdolak dalik je ngan aku kan. Aku je poyo lebih padahal bkn lewat smpai sebulan. Haha. Sila jgn tiru kepoyoan saya ini yew. Bahaya. Hahahah.

Lagipun aku perlukan kehadiran dia jugak utk aku buat appmt ngan LPPKN kan.

So, takpe, mari kita usaha lagi utk bln ni. Apa lagi, cepat la buat BBT chart utk bln ni. Yeay!.


Simpan dulu la stick ni. Napak yg dia tulis 5 tu.
Katanya buleh detect 5 ari sebelum kita dijangka period. Kira mcm leh detect awal lah. Hihi. Tkpe, kita simpan dulu yer. Nati 1 sweet day kita guna yer :D

Dan yey! leh call LPPKN jap gi. Tak usah pening nak ckp bila 1st day period. Cakap je ari ni. Dah, tak perlu pening2. Kita yg buat dia. Apa yg penting... kita enjoiceeee.... 

Tuesday, April 12, 2011

Debaran

2:15 PM 8 Comments
Dup Dap Dup Dap.
Itu la debaran yg dirasa skang.
Kenapa la beliau buat pangai cemni plak kali ni yer.
Aku rela postpone kan pemergian outstation sbb beliau.
Ari ni napak mcm da byk 'stain'.
But, aku tatau nak classified it either period or other.
Smlm ptg pun camtu. Igt dah mai dah la beliau. Sbb ada stain. Tp smpai pagi tadi nan hado apa2 walo aku da bersedia.

Tggu ptg sket kang.
Kalo takde jugak beliau, aku kena pi klinik la check.
Awat la plak tersekat sekat nih.

Tapi aku tak rasa ia benda lain walo aku harapkan 'miracle'.
Susah tul camni tau........
Sbb tu aku mls nak serius TTC.
Menda2 camni la salunya jadi.
If aku tak pikir sgt2, let's it goes by sure tak jadi camni.
On d dot, elok je flow dia.
Hieeeee....!! geram.....
Image : Google

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers