Tadi dgr ceramah agama kat opis.
Biasa la 2 minggu skali opis kami ada buat baca Yasin and ceramah agama.
Jemput memana penceramah luar.
Tp reni aku rasa ceramah agak 'luar biasa'
Aku la rasa. Entah selama ni tak pernah rasa mcm tu.
Ada sesuatu yg menusuk "qalbu"
Eceh. Qalbu halanya. Oke. Poyo.
Dgn tajuk Ihsan - Indikator Kecemerlangan, byk yg aku dpt pelajarinya.
Cuma kat sini, aku sharing satu point yg amat menarik.
"buat yg terbaik hanya kerana Allah"
Beliau berkongsi cerita di zaman Nabi *if I'm not mistaken*
Kisah sepasang suami isteri. Suami terpaksa meninggalkan isteri dgn seorang anak yg sakit. Itu lah satu satunya zuriat yang mereka ada.
Tp tak lama, semasa pemergiannya, si anak meninggal dunia dan jenazah diuruskan jiran. Suami masih tak tahu. Malam itu suami pulang dari kerja. Isteri menyambut spti biasa.
Suami bertanya "mana anak kita"
Isteri cuma menjawab "dalam lindungan Allah"
Dan mlm itu isteri juga melayan suami seperti yang "sepatutnya". Hanya kerana Allah. Itu lah niatnya.
Dan pagi itu, suami bertanya lagi tentang anak mereka.
Jawapan isteri
"abang, kalau kita pinjam barang dari jiran kita, dan jiran kita minta semula barang tu, abang bagi tak?"
Suami menjawab
"tentu lah bagi, bukan hak kita"
Isteri menyambung.
"Itu lah yg terjadi pada anak kita, Allah bagi nyer untuk pinjaman, dia sekarang, dia dah ambil semula"
Suami, walau pun pada awalnya macam nak marah dengar jawapan isteri, tp dia redha.
Anak cuma pinjaman dari Allah.
Dan pada akhir citer tu, hasil dari layanan isteri kepada suami hanya kerana Allah pada malam tu, maka lahir zuriat yang baik (aku dgr mcm dia kata jadi pendakwah camtu la).
Sebak sungguh aku masa ustaz tu cerita. Memang air mata mengalir. Tak pernah aku rasa aku sebegini emosi bila mendengar ceramah agama.
Kerana Allah. Ya. Segala apa dibuat harus berpaksi kerana Allah.
Aku terpikir semula usaha2 aku selama ini.
Apakah semua usaha aku ni betul2 kerana Allah?
Atau kerana taknak org mengata lagi, mungkin sbb nak sama cam orang lain dsbnya?
Aku perlu bulatkan hati, muhasabah diri.Atau kerana taknak org mengata lagi, mungkin sbb nak sama cam orang lain dsbnya?
Apa saja usaha adalah kerana Allah.
Dan mendapat zuriat adalah kerana Allah.
Insyaallah.
3 comments:
maybe kena betulkan niat dulu kan..hmmm betulkan diri dulu..kadang nana pon rase cam malu gak. malu ngan Allah sbb mintak mcm2 tp kadang solat pon lewat, yg sunat2 pon jarang2 buat..
maybe bile kite dah betul br Allah nak bagi rezeki kat kite kot..
thanks kak sebab ingatkan zana juga ttg hal ni.. mungkin kita kena betul2 muhasabah diri agar apa yg kita hajatkan tu akan lebih diberkati Allah hendaknya..
nice story...
mmg pun..apa yang kita ada ni adalah pinjaman semata2 dan semuanya hak Allah.
Anak itu adalah hak Allah...
Post a Comment