Friday, December 12, 2014

Akhir Tahun 2014

12:47 PM
Hai kawan2.
Entry tahun ni ada 9 sahaja.
Syabas.. Huhu.

Apa maknanya tu?
Maknanya ... tahun ni mmg takde buat apa2 usaha!
Adoyai.
Tak tahu nak rasa sedih ke nak rasa suka.
Selamba kan.

Esok, hari anniversary kami ke6.
Dan lusa, genap pula umur saya 35 tahun.

Selamba sangat ni. Adik ipar kepada kakak ipar saya (ha, beripar ipar gitu), sedang mengandung anak ketiga. Rapat2 anak anaknya. Kata kakak ipar - dia sekarang dah berumur 33 tahun, jadi dia nak stop by umur dia 35 tahun. Sentap juga hati kecil ini. Ye lah, mudah je orang nak buat pilihan nak beranak bila. Dan kita ni, umur 35 sorang pun takde.

Tahun ni saya banyak travel.
Dimulakan dari Januari, Feb, Mei, Jun, Okt.
Kalau tahun tu saya banyak travel mmg usaha treatment out.

Kalau buat treatment pulak, travel mmg terpaksa diketepi kan.
So, sbb last year sy dah buat treatment yg agak 'major' jadi, tahun ni saya all out travel. Huhu.

Travel best, kan? Saya tgk mmg ramai TTC'ian ni minat travel. Semua pergi luar negara je. Betul tak? Tu lah.. Allah bagi kita rezeki kut lain pulak. 

Jadi, tahun ni Alhamdulillah saya dapat jejak kaki ke bumi kanggaroo. Perth je la tapi. Macam tahun 2011 dulu, treatment saya tersadai sbb saya ke Hongkong. 

Tahun depan saya nak stop travel lah. Saya kena sambung treatment. Kena usaha lebih sket lah. Saya rasa saya tak pernah meletakkan usaha untuk BERJAYA conceive sebagai salah satu azam saya. Kali ni saya nak target tu dalam KPI tahun 2015 saya. Ha. Begitu ya. Moga moga tidak hangat hangat tahi ayam lah.

Saya sebenarnya kagum dengan usaha para TTC'ian yang lain. Bila baca, mmg tertelan telan ailiyo lah. Giler banyak usaha mereka. Berbanding dengan saya.. kira cam 10% pun takde kot. Itu kadang saya terpikir, eh, aku ni nak anak ke taknak ni? Ha.. begitu.

Okay lah.. pada yang masih TTC'ian.. sama sama lah kita berdoa agar ada rezeki kita.. ada miracle utk kita (sy selalu berharap sgt ada miracle utk saya ) dan pada yg berjaya conceive, saya ucapkan tahniah ... dan saya sgt kagum dengan setiap usaha kawan2 semua.. ada yg jauh lebih muda dari saya.. pun tak berhenti berusaha..



p/s : Terima kasih pada yang sudi singgah di blog ni. Kalau tak dapat apa dicari, saya minta maaf. Saya jarang berlama lama di 'rumah' ini. Saya selalu nya di 'rumah' satu lagi. Di situ mmg InsyaAllah hehari ada. Apa pun, sehingga ke tarikh ini, saya masih TTC :)

Monday, September 22, 2014

Dah Tua Dan Takde Anak

1:00 PM 1 Comments
*Ini entry yang dah di draft berbulan lamanya. Cuma tak terpublish*


"Dah tua tua ni lah baru nak menambah anak"

Tersentap rasa hati seketika bila membaca ayat tu.
Tapi, segera me neutralkan diri - ayat tu bukan dituju kan untuk sesiapa - malah, jauh skali utk diri ini. Mengapa perlu terasa? Kan?
Itu lah sepatutnya.

Tapi,
Kita ini.
Insan biasa.

Dia,
dah tua baru nak menambah anak.

Kita,
dah tua masih takde anak.

Sedih.
Hiba.

Takpe lah.
Rezeki dia dah nak masuk 3 orang anaknya.
Walau pun tua.

Dan.
Rezeki aku,
hingga kini masih tiada anak.
Walaupun kita sebaya.

Takpe.
Aku lebih yakin, Allah Maha Adil.

Anak pun, bukan hakmilik total kita.
Tua muda bukan ukuran.
Jangan terlupa yg satu itu ya sahabat.

Friday, September 19, 2014

Wednesday, September 17, 2014

Friday, August 8, 2014

Salam Aidilfitri

4:15 PM
Selamat Hari Raya buat rakan2 TTC sekalian.

Tahun ni mmg cipta rekod btul entry kat blog ni.
Satu  bulan satu entry.
Hehe.

Itu maknanya, takde citer TTC untuk di share.
Citer bukan TTC kat kebun stoberi lah.

Apa pun, moga tahun depan kita dapat beraya bersama anak-anak-anak-anak.

p/s : Menghitung hari. Nak pergi cuti cuti. Bulan Oktober nanti. Moga dipermudahkan dan diberkati :)



Friday, July 4, 2014

Salam Ramadhan 1435H

7:57 AM
Masih tak terlambat utk ucapkan Salam Ramadhan untuk rerakan TTC tersayang sekalian.
Mari lah kita sama-sama rebut peluang yang ada di bulan penuh keberkatan ini kan.
Sama-sama kita berdoa, agar dipermudahkan rezeki kita untuk mendapat zuriat.

Doa. Doa. Dan terus berdoa.



Wednesday, June 4, 2014

Childless : Sampai Bila?

12:00 PM
Kadang-kadang tertanya juga.
Sampai bila nak childless ni yea?
Sampai bila Allah nak uji?

Seakan mengalah.


Hari tu, tersentap bila sahabat yg sebaya, yang sedang mengandung anak ketiga berkata :
"dah tua tua ni baru nak beranak no. 3"

Oh hoi.
Kamu no.3, aku sorang pun tiada.
Kita sebaya.
Anak sulung mu sudah ke sekolah.
Aku sehingga kini, satu pun tiada.
Kita sebaya.
Kamu sudah punyai sepasang cahaya mata.
Aku.
Satu pun tiada.

Ya Allah.
Tabahkan lah hati ini.


Takpe.
Allah lebih tahu apa terbaik utk kita.

Buku ni cam bes. Mana nak carik?


Buat semua sahabat seperjuang, yang masih TTC, semoga kita semua terus tabah. Dan diberikan kekuatan untuk Allah.
Allah sayang kita. Kerana itu Dia pilih kita :)

*3 days to next cycle.

Wednesday, May 28, 2014

Blog Rakan TTC

9:38 AM 0 Comments
Makin lama, rasa makin menjauh dengan TTC nih.
Rasa cam tak perlu kot nak guna term TTC.

One more thing,
Lama jugak tak baca blog TTC rakan2 lain.
Hurm.
Pikir pikir, dah la treatment apa tak sambung.
Lepas tu cam ala.. lantak ah.. lantak ah.
Senang kan hidup camni.
Muahahaha.

Wey.
Sapa taknak anak kan.
Tapi, tu lah.
Culas.
Usaha nak pergi sana sini tu malas.

Ingat mmg nak proceed IUI.
Tapi tu lah. Gedik dan gatal jari p booking p Oz bulan 10 nanti.
Ni jadi cam 3 tahun lepas lah ni.
Masa pergi Hongkong tu. Bulan 10 gak. Tgh treatment dgn LPPKN time tu.
Pastu konon tunggu nak balik Hongkong. Lepas tu.. hanyut..

Hurm.
Sebut pasal LPPKN.
Kalau pergi balik ke sana oke ke.
Ke cam bengong je.
Muahaha.

Dah la. Ngarut je.
Nanti lah call Dr Hamid buat appmt.

Oke lah uols.
Kalau ada masa lapang, nak marathon baca blog TTC uols.
Dah lama ahkak tinggalkan ni...

Wednesday, March 5, 2014

Cukuplah Allah ada Untuk Kita

6:59 PM 3 Comments
Hai kawan kawan.
Jom sembang sembang nak.
Kat 'rumah' sana macam tak best pulak nak sembang pasal TTC.
Kat rumah sini, oke sket.

Oke. 
Sekarang apa treatment dibuat?
Ada gak yg tanya2 "Kekda buat treatment apa skrg?"
Haha.
Takde dah.
Nak call Dr Hamid. Tapi tak ter call. Sbb kalau call, that's mean sy dah bersedia utk IUI.
IUI... hurm.. saya tak pasti saya nak buat atau tak.
Sbb rata-rata kebarangkalian tak jadi dari jadi tu lagi tinggi.
Orang kata - cuba dulu - mana tahu.
Saya dah malas guna term tu.
Sbb dari treatment kat LPPKN lagi.
Orang kata lps HSG, ada yg lekat. But, the lucky one is not me. Dan ianya berlalu bertahun tahun.
Seterusnya - orang kata lps buat laparoskopi - dalam tempoh setahun mesti berjaya pregnant. Dan ada yg berjaya selepas sebulan.
But, again - the lucky one - still not me.

Entah la *raup muka*
Nanti ada orang kata saya tak redha dengan takdir nih. Dengan ujian ni.
Tak la. Saya tak pernah rasa tak redha. Saya redha. 

Dulu, saya rasa saya tak pasti saya boleh lalui 5 tahun tanpa anak. Saya tgk orang lain bertahun tahun takde anak, saya tgk kuatnya dia. Tapi bila kita sendiri lalui - oke je. Takde la teruk sgt pun. Kata kata orang? Alah, nak buat cemana. Mulut tempayan, luas cemna pun kita boleh tutup. Mulut orang? Tak mengapa. Mungkin kata-kata mereka satu doa.

Saya rasa saya dah tahap berserah.
Berserah. Dan ikut kata hati.
Mana yg tergerak di hati ini, itu yang saya buat.
Buat masa ni, belum lagi tergerak hati nak buat IUI.

Mmg la bila pikir umur tu, agak serem jugak dibuatnya.
Tak seram ko, umur 35 tahun dah ni. Orang lain anak dah sekolah berderet2, kita ni satu pun takde.
But, tu lah. Kembali balik pada ujian Allah. Dan berserah. Mesti ada sebab Allah buat camni kan.

Tu hari, saya pikir, saya nak tambah aset. Saya nak beli rumah sebijik lagi. Buat investment. Ye lah, dari beli entah hapa hapa, baik saya invest camtu.
Pastu, satu hari terdetik sesuatu yang lain pula.

Yang lebih best dari invest rumah.
Masih belum bersedia utk di reveal buat masa ni. Sbb masih terlalu awal.
Nanti lah. Saya akan share jugak.
Sbb menda tu mmg agak penting utk kita yg TTC'ian ni.
Saya perlu jot down jugak untuk jadi kenangan dan mungkin referral untuk kengkawan.

Jadi, tu lah.
Bagi sapa yg masih TTC'ian - tabah kan hati.
Sebenarnya kita kuat. Kita je tak tahu.
Kita takde anak - walau orang kata 'heart is empty' tapi kita ada Allah bersama kita. Sentiasa. Dia ingat kita. Sbb tu dia pilih kita untuk ujian ni :)
Bak kata ustaz Kazim - kemanisannya di akhirat kelak - bila kita berjaya melepasi ujian Allah ni.

Wednesday, February 26, 2014

Entry Pertama Tahun 2014

1:28 PM
Hai Kesayangan!
Lama tak menulis kan.
Masih cerita biasa. Masih berharap dan terus berharap.
Berharap tanpa usaha pun tiada guna juga kan.
Entah lah.

Bulan ni period buat hal.
CD20 dah period.
Terperanjat sungguh dibuat nya.
Sebab selama ni tak pernah dia buat perangai camtu.

Nak jumpa doctor pun belum buat appmt lagi.
Jadi, cemana entah.
Malas nak cakap apa lagi.

Oh ya.
Sapa yang ada ikuti blog pnstoberi tu, saya dah tukar url ya.
Blog lama tu katanya violate Term n Condition.
Saya macam rasa 'kepalahotakdia'
Hahahaha.

Jadi url baru adalah puanstoberi.blogspot.com
Kat situ semua dah bertukar.
Sakittt je hati.
Follower pun semua hilang. If nak follow, sila lah follow semula.
Kalau nak follow lah. Huhu.

So, nanti ada cerita, kita cerita lagi ya.
:)


MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers