Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Second Birthday tickers

Friday, December 12, 2014

Akhir Tahun 2014

Hai kawan2.
Entry tahun ni ada 9 sahaja.
Syabas.. Huhu.

Apa maknanya tu?
Maknanya ... tahun ni mmg takde buat apa2 usaha!
Adoyai.
Tak tahu nak rasa sedih ke nak rasa suka.
Selamba kan.

Esok, hari anniversary kami ke6.
Dan lusa, genap pula umur saya 35 tahun.

Selamba sangat ni. Adik ipar kepada kakak ipar saya (ha, beripar ipar gitu), sedang mengandung anak ketiga. Rapat2 anak anaknya. Kata kakak ipar - dia sekarang dah berumur 33 tahun, jadi dia nak stop by umur dia 35 tahun. Sentap juga hati kecil ini. Ye lah, mudah je orang nak buat pilihan nak beranak bila. Dan kita ni, umur 35 sorang pun takde.

Tahun ni saya banyak travel.
Dimulakan dari Januari, Feb, Mei, Jun, Okt.
Kalau tahun tu saya banyak travel mmg usaha treatment out.

Kalau buat treatment pulak, travel mmg terpaksa diketepi kan.
So, sbb last year sy dah buat treatment yg agak 'major' jadi, tahun ni saya all out travel. Huhu.

Travel best, kan? Saya tgk mmg ramai TTC'ian ni minat travel. Semua pergi luar negara je. Betul tak? Tu lah.. Allah bagi kita rezeki kut lain pulak. 

Jadi, tahun ni Alhamdulillah saya dapat jejak kaki ke bumi kanggaroo. Perth je la tapi. Macam tahun 2011 dulu, treatment saya tersadai sbb saya ke Hongkong. 

Tahun depan saya nak stop travel lah. Saya kena sambung treatment. Kena usaha lebih sket lah. Saya rasa saya tak pernah meletakkan usaha untuk BERJAYA conceive sebagai salah satu azam saya. Kali ni saya nak target tu dalam KPI tahun 2015 saya. Ha. Begitu ya. Moga moga tidak hangat hangat tahi ayam lah.

Saya sebenarnya kagum dengan usaha para TTC'ian yang lain. Bila baca, mmg tertelan telan ailiyo lah. Giler banyak usaha mereka. Berbanding dengan saya.. kira cam 10% pun takde kot. Itu kadang saya terpikir, eh, aku ni nak anak ke taknak ni? Ha.. begitu.

Okay lah.. pada yang masih TTC'ian.. sama sama lah kita berdoa agar ada rezeki kita.. ada miracle utk kita (sy selalu berharap sgt ada miracle utk saya ) dan pada yg berjaya conceive, saya ucapkan tahniah ... dan saya sgt kagum dengan setiap usaha kawan2 semua.. ada yg jauh lebih muda dari saya.. pun tak berhenti berusaha..



p/s : Terima kasih pada yang sudi singgah di blog ni. Kalau tak dapat apa dicari, saya minta maaf. Saya jarang berlama lama di 'rumah' ini. Saya selalu nya di 'rumah' satu lagi. Di situ mmg InsyaAllah hehari ada. Apa pun, sehingga ke tarikh ini, saya masih TTC :)