Friday, May 19, 2017

TTC Treatment

11:55 AM
Salam Jumaat.
Salam 22 Syaaban.
Salam 19 Mei.
Fuh. Terabai jugak blog ni.
(T___T).

Hari ni ada kelapangan sket.
Menelusuri blog2 rakan-rakan TTC yang mostly dah "senyap".
Blog-jumping. Eh. Blog-hoping.
Dari satu blog ke satu blog.
Senang je nak carik blog2 TTC ni.
Jumpa satu blog TTC, mesti ada list blog TTC yang lain.
So, mana yang dah lama tak baca tu, trus baca.

Tetiba terfikir.
Pengalaman rakan TTC lain lagi pelbagai.
Kesabaran, ketabahan mereka ini tidak berbelah bahagi.
Berbanding saya, dugaan mereka lagi besar.
Kalau diikutkan treatment, memang nampak saya ke sana sini.
Hakikatnya, saya sendiri yang salah. Tidak habiskan treatment di satu satu tempat.
Yang ni pun mujur Doc Tasha buat cepat2. Kalau takkk... 

Sebenarnya perjalanan TTC saya tidak terlalu sukar.
Bermula dari tahun 2010. Di LPPKN. Dgn keputusan HSG yang normal. Itu membuatkan saya berlengah2.
Tahun 2013 ke Dr Hamid pula. Pun normal cuma ada cyst n fibroid. Jadi, buat laparoskopi utk remove cyst. Bila doktor nak sambung dgn IUI, saya berlengah lagi.
Hingga lah sampai tahun 2015. 
Umur pun dah meningkat. 36 tahun. Takkan nak berlengah.
Tukar lagi tempat treatment.
Dan Alhamdulillah. Allah bantu kami kali ini.

Saya bukan PCOSer.
Period saya tidak pernah lewat. Tepat 28 hari. Atau paling lewat 30 hari. Tidak pernah berpanjangan. Cuma terkadang period tu sket sket.
Saya juga tiada masalah lain. Takde masalah berat badan.
Tapi, itu lah mungkin ada masalah lain yang menghalang utk conceive.

Jadi, bila IUI pertama saya berjaya pada usia 36 tahun dan di tahun ke7 perkahwinan, memang saya bersyukur. Kerana ramai di luar sana berusaha pelbagai cara, tapi masih belum berjaya.
Ye, saya TTCian, tapi, ada orang lain lagi yang lebih diduga.
Kalau kita pikir, kita susah, ada orang lain lagi susah.

Pada rakan-rakan yang masih menanti zuriat. 
Jangan sesekali berputus asa. Dan jangan bertangguh.
Masa tidak menunggu kita.
Berusaha lah selagi boleh.
Mohon pada Allah kita, agar kita dikurniakan zuriat supaya zuriat tersebut boleh mendoakan kita apabila kita tiada kelak. 
Dapatkan rawatan. Itu saja jalan untuk kita yang istimewa ini.
Dan kalau ada rezeki lebih, pergi lah tunaikan umrah.
Berusaha lah kawan2 utk ada zuriat sendiri.
Pergi lah dapatkan rawatan.
Jangan bertangguh.
InsyaAllah ada jalannya.
Ada harapannya.
Saya doakan.


MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers