Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, August 27, 2015

KL Fertility Treatment : 3rd Appointment

Assalamualaikum..
Hari ni CD berapa ya.. jappp..japp nak check kat apps - CD16.
Oh nak update kt apps segala apptmt dan vitamin kena makan nih.

Semalam - 26 Ogos 2015 - 3rd appointment with Dr Tasha.
Kali ni kena buat SA (sbb tu previous entry ada cerita pasal SA).
So, bawak "sample" dari rumah. Within 1 hour yerp.
Sebenar memang tak jauh rumah ke klinik. Kalau weekend tu rilek2 ja dalam 10 ke 15 minit. Tapi, weekday.. mmg masak lah. Dengan pembinaan MRT lagi kan.
Dalam 40 minutes jugak baru smpai klinik.
MyDH gi park keta, while me terus lari lari naik klinik. Hehe. Bukan lari la ekceli, cuma laju laju.
Lepas tu nurse tgk borang kuning, tak isi lagi plak.
Hai ya.. my bad..my bad.. tak tgk langsung apa isi kandungan borang kuning tu.

Dalam form tu husben kena sign.
So, turun balik. Sebelum tu dah tinggalkan sample sbb kalau bawak naik bawak turun kan tak accurate plak pembacaannya. Cewah.

Dah hantar form gi breakfast dulu since our appointment on 11am.
So, jalan kaki gi kedai mamak Ali Maju situ. Jauh tak jauh la. Tapi, tak sempat peluh tiak lah. Mungkin gak cuaca masa tu mendung sayu ja kan.
Urban gaya kedai mamak sini. 2,3 tingkat kedai nya. Maklum lah, dah memang area urban kan. Harga pun urban gak la. Roti telur satu, roti kosong satu, tea ais, teh panas RM7 lebih. Eh. Ke standard harga tu. Entah. Jarang breakfast mamak lah.

Dalam kul 10 lebih gerak balik ke klinik.
Gitau nurse kat kaunter, ada appointment. Dia pun ingat. Tapi kena gak gitau kang jadi cam tu ari.
Orang tak ramai pulak hari Rabu ni gaknya.
Jadi, cepat ja jumpa doctor.
Doctor pakai uniform bilik bedah. Agaknya ada procedure IVF/IUI kot dia kena buat.
Doktor bagitahu result blood test, result SA.
Cara penerangan doktor sangat lah best dan detail.
Memula dia go thro' dengan my result.

Alhamdulillah, 
Hepatitis semua clear. Hormon (FSH, LH, Prolactin etc) semua pun okay. Darah, platlet count semua pun okay. Ni masa kat LPPKN dulu pun mmg okay result hormon me.
Dan kt KL Fert ada buat test Vit D (which I mention on previous entry - test ini paling mahal). 

Test ini dinamakan 25-hydroxy vitamin D [simple explaination - link]
Yang ini tak berapa nak  bagus resultnya. Low Vitamin D. Sobss.. Kurang berjemur di panas matahari ni agaknya. Huhu.

A low vitamin D level can be diagnosed with a blood test called 25 hydroxyvitamin D or 25(OH)D (OH = hydroxy, D = vitamin D). Although there is no formal definition of vitamin D deficiency, some groups use the following values in adults:

A normal level of vitamin D is defined as a 25(OH)D concentration greater than 30 ng/mL (75 nmol/L).
Vitamin D insufficiency is defined as a 25(OH)D concentration of 20 to 30 ng/mL (50 to 75 nmol/L).
Vitamin D deficiency is defined as a 25(OH)D level less than 20 ng/mL (50 nmol/L).

[kredit : Link ]
Ai dah termasuk dalam deficiency. Sobbbss...

Tapi, being Dr Tasha ni kan, dia tak bagi kita stress langsung. As I mention before, dia semua takpe ja. Terus dia kata, "takpe, utk low Vit D ni kita bagi ubat titis bla bla bla"

Lepas tu Dr brief result husband pulak. Darah husband tak berapa cantik. 
"Tapi, takpe.. saya listkan vitamin nanti u beli ya"
See.. takpe lagi.. aduhaii..best betul Dr Tasha ni. 
Utk result SA - Nampak ada perubahan dari LPPKN 4 tahun lepas. Haha. Pitam lah lama nau dah. Volume, Motility, Count seem to ber normal. Cuma "form" tak berapa cantik. Takpe.. nanti cari vitamin bla bla bla. 
Oh. Sebelum treatment ni, my husband consume madu + habbatus sauda every morning (ini mmg dah bercampur. Mulanya ini utk saya, tapi saya buka je penutup botol dah tak lalu bau habbatus sauda tu. So, bagi myDH consume).

Lepas tu scan. Buat pap smear dulu (oh, my 1st time buat pap smear. Huhu. Teruk kan. Dah tua pun tak pernah buat pap smear). Then TVS. 
Tgk ketebalan dinding rahim, telur semua pun okay. Alhamdulillah. No more cyst. Tp ada fibroid dalam 2cm which is doctor Tasha kata tak mengganggu pun tiub. So, abaikan.
(buleh baca blog Dr Tasha - latest entry pasal fibroid n pregnancy ni - link ]

Ya Allah.. tak tahu nak kata la kan betapa rasa selesa bila dapat doktor gini. Takde la kita cam stress dengan fibroid tu. 
Terfikir jugak, apsal la buleh naik balik mendalah ni. Agaknya ada lagi akar2 dahulu ni. Kena teruskan dengan juicing nih agar dia tak merebak kembali. Cisss..

Pastu doc tanya cemana. IUI or IVF?
Then doc kata jumpa kaunselor dulu utk dgr briefing pasal IUI n IVF.
So, lepas tu sesi kaunseling lah. Nama je lah kaunseling kan. Nurse lah yang terangkan apa itu IUI, apa itu IVF. 
At least dapat la clear picture. So, nurse ni pun suggest buat IUI dulu lah since me tak pernah IUI lagi. Huhu. Almost 7 years, tapi tak pernah buat IUI. Betapa melengahkan masanya kami.. huhu.

Lepas dah settle bayar lah.
Vit D Emulsion - RM160.00
Caltrate (ubat kalsium) - RM39.30
Pap Smear - RM60
TVS - RM120.00
Kali ni murah ja. Total RM379.30

*Kos utk vitamin husband - beli sendiri kat farmasi
Pharmaton multivit - RM40.28
Surbex Vit E - RM40.17
Vit C - RM22.90
Total : RM103.35 (ni pun terus jadi ahli farmasi Healthlane dan dapat harga ahli )

Dah tengahari pun settle, terus la cuti ja. Dah half day pun kan. Cuti je lah.

Itu je lah untuk kali ni.
Lepas ni appointment on next cycle.
1st day period call utk appointment. Tak kesah lah nak start IUI or IVF. Memang laju betul prosedur sini. Within 1 cycle buleh terus proceed. Nak iui ka ivf ka.
Tak sempat dah nak fikir nak travel ke apa dah. Haha.
Memang bagus sangat untuk orang yg suka lengah lengah cam ai ni.
So, mungkin kami start with IUI dulu lah. Try tgk cemana. 
Mohon Allah permudahkan segalanya.


p/s : 
Terima kasih pada yang emel untuk sharing cerita2.
Sesapa nak share, nak tanya apa2 pasal KL Fert ni pun buleh emel saya - idaramli2011@gmail.com.
Then nanti saya bagi no w.app :)

Update :
Mostly my TTC'ian friend tanya "doc bagi clomid?"
The answer is "no"
Saya dah tanya pada nurse yang bagi kaunseling. Dia kata mmg KL Fert tak bagi clomid. Sebenar clomid tak sesuai utk org 'kita'.
So, for record, saya mmg tak pernah consume any clomid walau pun sebijik. And. Alhamdulillah for that.
Bukan kah sesuatu terjadi itu memang ada hikmahnya. Now, u now why.. :)

Tuesday, August 25, 2015

Collecting A Semen Sample

Sapa yang biasa buat treatment untuk TTC ni haruslah pernah melalui prosedur ini kan. Prosedur Semen Analysis 
Err.. I mean, our husband lah kan.
Takkan kita plak collecting semen.

Hiks.

Kami pernah melalui masa kat LPPKN.
Kat Doc Hamid tak pernah buat (maybe tak sampai lagi ke prosedur ini. Sbb kan ai treatment tak abis).
Kat LPPKN ada bilik dia sendiri.
Ouch. Agak horror walau pun ada bilik.
Ada orang kata kalau hospital biasa (hospital kerajaan), pergi lah kau keluarkan kat bilik air (semasa itu lah. Sekarang tak tahu la kot dah ada bilik khas juga).
Horror tu bukan apa. Kalau dapat jenis susah nak 'keluar', tebal muka juga wife kena naik kat bilik khas tu dan berikan 'pertolongan'.
Ouch.. sorry kalau agak keterlaluan pula ceritanya.
Haha.
Ai ada pengalaman itu ya. Masa tu para suami orang lain sedang tunggu nak masuk bilik tu, tup tup ai pula kena naik atas masuk bilik tu. Eiii.. malu giler weyyy *blushing*

Itu pengalaman di LPPKN.
Dgn Doc Tasha pula, dia bagi bekas n bawak lah balik.
Dia suruh buat di rumah ja.
So, ai tak pernah melalui pengalaman ini (tp bila tanya kawan, ada 2,3 orang juga yang mmg bawak semen ni ke klinik. Tak buat di klinik lah maknanya. Depa bawak je dalam handbag depa kata). Hehe.
So, ai google lah cemna nak bawak semen ni yang sebenarnya.

Transporting Your Semen
If you collected your sample in a place other than your clinic, you need to get it to the laboratory within one hour after ejaculation because sperm do not have a long life outside of the body and at different temperatures. Delays in delivering semen and exposure to various temperatures will results in lower overall motile sperm count and poor semen cryopreservation.

Your semen sample shouldn’t be exposed to any extreme temperatures and, in fact, should be kept as close to body temperature as possible. The sperm motility value will be inaccurately low if the semen sample gets cold and or if it gets too hot.

Keep your specimen container upright in a plastic bag, with the lid securely tightened. The specimen should not be placed in your partner’s purse, or in your pocket or briefcase. Keep it as close to your body as possible, perhaps by tucking it under your clothing on the way to the clinic.

Dan bagaimana pula caranya semasa nak keluarkan semen tu supaya semen tu benar2 yang pure.

There are a few rules: First, take a shower and start out clean. Then, right before you get down to business, double check to make sure your hands and penis are clean. Wash them with soap and then rinse them with a lot of water.

You need to be a purist. You shouldn’t use any lubricant, including saliva. And, as mentioned, don’t collect your specimen in a condom (the spermicidal agents will alter the results of the analysis).

You will need to ejaculate directly into a sterile container provided by your clinic or lab. Avoid touching the inside of the cup and try to get the first part of your ejaculation as it is thought to be the most sperm-rich. If any semen spills, do not attempt to transfer it to your cup. Sorry, start again.

As soon as you’ve collected your sample, put the lid on your container. Make sure your name and the time and date of your sample is clearly printed on the cup.

Detail - boleh tgk link ini : collecting a semen sample

Semoga dipermudahkan lah.
Aminnn.... :)

Monday, August 17, 2015

KL Fertility Treatment : 2nd Appointment

Wah. Tasaba nak share cerita 2nd apppmt dgn Doc Tasha.
Hehe.

15.8.2015 (Sabtu).
2nd appoinment, as Dr Tasha kata dia nak scan. Sbb masa 1st time jumpa tu Dr Tasha kata kalau dah dekat nak period, terus lah jumpa masa tgh period.
So, lps jumpa on 10th tu, esuknya period terus mai. Ha kau.. tak dan dan. Tak smpai 27hari pun. Gasak kau.. takut lettew kite nak sambung treatment. Haha.
Jadi, masa appoinment tu dah hari ke 5 (hari ke 4 pun buleh gak sbb 1st day tu cuma stain2 gitu ja).

Appoinment jam 9.45pagi.
Sampai sana dalam kul 9.30pagi. Kena parking atas palet. Eh. 1st time che merah naik atas palet. MyDH pun cam takut2 nak naik smpai gelak dek orang jaga parking tu. Kat bangunan ni ada double parking. Kalau kereta kita atas palet, nanti dia naikkan palet tu pastu ada la kereta lain parking kat bawah. Tp sbb hari minggu, takde la pun dia naikkan palet tu.

Patut settle awal, tapi dek kerana report kiterang tercicir ke apa entah, kul 11.30 baru dapat jumpa Doc. Ter skip plak nama kiterang. Orang datang lewat plak masuk dulu.
Okeh, lesson learnt. Next time kena ringankan mulut tanya kat kaunter kalau dah macam lama sgt. Sbb ni bukan macam kat govt yer. Govt kalau, silap haribulan kena kat nurse yang datang bulan, terus kena cerca atau dipandang serong. lah. Kat sini takpe. Sbb semua pun nice belaka. 

Jumpa Doc, Doc tanya period dah?
Bila kata hari ke4, okay takpe katanya.
Pastu set next appoinment. Katanya on 24 or 25 Ogos. Tapi weols tak buleh dedua date tu. Jadi nak 26hb. Doc kata okeh, takpe. Next appoinment nih kena buat Semen Analysis. Then tgk result blood test. 
Ya Allah korang... dgn Dr Tasha ni mmg "takpe" je. Kita selesa sgt rasanya. Takde la macam eh, kalau tak boleh dua date ni kita kena buat bulan depan lah. Cam push kita la kan. Sampai la kita buleh gak date dia suggest.
Ni tak... semua takpe.. semua it's okay. Tu yang buat kita rasa selesa.
Then scan.
Berdebar uols. After 2 years and 3 month post-laps. Berdebar takut "tumbuh-tumbuhan" tu melata balik. Haha.
Result - Alhamdulillah.. takde cyst dah. Cuma ada nampak cam fibroid. Tapi kecil. Takde la doktor cakap masalah ke apa pun (still kena jaga makan nih).

Lama gak doc scan. Tekan sana, tekan sini. 
Nampak la telur. Pastu belah kanan cam tak berapa clear. Doc kata mungkin sbb pernah operation dulu. Dia cam susah nak nampak. Tapi takpe katanya (see.. takpe lagi).
Doc suggest IVF. Sbb telur pun macam tak banyak.
Tapi takpe katanya (takpe lagi..hehe), kita diskas kemudian.
My husband dah cakap - apa2 pun takpe but not 2nd operation (laps). Yer, my husband agak keberatan kalau kena go for 2nd operation. Eh. Dia tak bagi, ai lagi lah 1000x kali taknak.. 

Lepas jumpa doktor, tunggu utk buat bayaran.
Nanti ai gitau lah berapa total utk 2nd appoinment nih. Blur sekejap dibuatnya. Haha.
Lepas dah bayar, turun utk ambik darah - blood test.
Turun tingkat 4.
Kat lab ni, Ya Allah hai korang... staff yg ambik darah tu baiknya.
Seumur hidup, tak pernah rasa macam nak pergi ambik darah lagi.
Baik sungguh la hai. Siap address nama kita. Jangan takut Ida..tak sakit la Ida..
Dia cam auntie2 la. India. Baik. Sangat baik.
Tak sakit langsung la dia cucuk tu. Ish. Suka sangat. 

Dah amik darah, naik balik utk hantar darah. Utk wife kena buat 3 blood test. Satu tabung kena hantar klinik semula, while dua lagi tinggal kat lab. Utk husband buat 1 ja (hepatitis C). 

Then balik. Selesai dalam kul 12.30 tghari.
Phew. Tu lah sbb nama dah terskip tu. Kut tak, mmg awal dah kami settle. Dah la tak breakfast kan.
Doktor mmg minta maaf je lah masa kami masuk tu. Tu yang buat sejuk hati kita dengan private ni kan.

Kos :
Kiara 1 Test - RM150.00
Ans-Hep C (untuk wife) - RM210
Vit D test - RM330
Ans-Hep C (untuk husband) - RM210
Semen Analysis - RM130
Consultation - RM100
So, total kali ni - RM1,130.00
(untuk 3 blood test wife, 1 blood test husband, SA husband -siap bayar walau belum buat lagi, and consultation. Yang paling mahal adalah test vitamin D - RM330.00). Ini pun tak termasuk scan (TVS) tu. Sbb ini masih lagi dalam voucher dapat masa seminar tu hari. Kalau masuk scan seme tu harus 1.5k gaknya. Huhu.
Macam blur jap masa dia cakap total. Haha. Ye lah, tak la suspect kena ribu terus kan. Haha. Ingat tara tara cam ngan Dr Hamid dulu lah. But, masa kat Dr Hamid takde buat semua test nih. Tau tau dah tebuk perut ja. Nah.. ambik 7k tebuk perut. Haha.
Apa lagi, swipe je lah.
Utk next appoinment, dah tau dah tara tara itu bajetnya. So, kita bank in je lah duit dan guna debit card. Kena lah korek korek tabung nih. Huhu.
Rasanya kami teruskan di sini. Sebab apa? Sebab memang selesa and kalau go for IVF pun, rasa cam okay lah kat sini. Tapi, takpe (ce..takpe la pulak), kita tgk blood test apa semua camnaa nanti.
Range cost IVF buleh refer blog Dr Natasha [kenapa kos IVF mahal]


p/s : tak sabar juga nak tunggu 'bersih'. Nak mengadu dengan Dia. Nak tanya Dia, apakah perlu teruskan IVF atau cemana. Hanya Dia yang ada jawapan.... Aminnn....

p/s/s : Doakan rawatan kali ini berjalan lancar dan saya akan teruskan hingga peringkat yang sepatutnya. Tak macam sebelum ini. Dan terima kasih pada rerakan yang tak putus2 bagi semangat. Saya tahu saya bukan keseorangan. Terima kasih sekali lagi. Saya amat hargai :)

Wednesday, August 12, 2015

KL Fertility Treatment : Beli Vitamin

Masa jumpa Dr Natasha dia dah prescribed kan beberapa jenis vitamin.
Dia suruh beli sendiri ja. Bagus juga camni.
At least kita tak rasa lah keluar duit banyak masa kat klinik kan.
Ye lah, klinik pun mmg bagi ubat2 macam ni gak. Lepas tu depa tampal ja nama klinik.
Beli sendiri pun okay jugak. Lebih sesuai dengan bajet kita. Kan?
Tapi, bila dah beli tu makan lah.
Jangan beli lepas tu peram lepas tu dah expired langsung.
Antara yang di suggest oleh doktor adalah multivitamin, fish oil and co enzyme.

Yang agak menjadi masalah is - mostly farmasi jual vitamin in twin pack, atau lebih dari satu botol.
Masalah lah. Sbb saya tahu diri saya.
Berbotol vitamin dah saya pernah buang.
Jangan nak buat hal.
Sudah la vitamin sekarang siap ber GST.
So, mari kita carik yang satu botol, satu botol dulu.

Saya beli - multivitamin - brand Provite. 
Doc suggest Pharmaton. Takpe. Habis yang ni kita try Pharmaton plak.
Tapi, yang ni pun pelbagai juga kandungan multivitamin nya.
Heharap, kesihatan badan makin baik.
Lama dah tak consume vitamin nih.

Fish oil - Black More.

Kedua dua ni kat Watson. Buleh tambah point.
Beside, sblm ke Watson pergi satu farmasi ni.
Cam menyampah ja ngan dia punya SA. Kita yang nak makan, bukan dia nak makan, jadi, tak perlu nak suruh orang beli sampai lima nam botol walau pun mendalah tu tgh promosi. Sumbat vitamin tu dalam mulut kau nak?
Eh. Garang. Haha.
Co enyzme tu tak berapa nak ada kat Watson.
So, carik kat farmasi lain.
Ada.
Konon nak carik brand Vita-Health.
Tapi, satu botol dah mahal giler.
Jadi, beli yang brand lain. Yang tgh ada promo. 4 botol skali.
Eh. Tadi kata tak nak beli banyak banyak.
Haha.
Sbb SA dia baik. Takde macam nak push2.
Tu yang terbeli skali 4 botol (promo - buy 2, free 2 gitu).
Co enzyme brand Bio Life.


Masa kat Dr Hamid dulu pun dia bagi Fish Oil (FO). 
Persoalannya, kenapa mesti consume FO nih. Udah la besar bagak. Tsssk. Me very very dun like. Sbb tu la selalu tak abis. Besar sgt tau. Sangkut kat tekak rasanya! Huhu.
Tapi sebenarnya FO mmg bagus untuk TTC. Boleh google lah kaitan FO dengan fertility.

Then, multivitamin (MV).
MV ni bagi orang tak TTC pun elok consume.
Esp, wanita yang dah melepasi umur 30an nih kan.
Tu hari masa kat Doc Hamid dia bagi Vit C.

Co enzyme (Q10). Ha, yang ni memang tak pernah makan consume lagi.
Tanya kat Dr Tasha, utk apa Q10 ni. Dia kata buleh bantu banyakkan telur. Ooo.. okay okay.
1st time lah beli. Agak mahal di situ.
Tapi, bila google oh, mmg byk benefit dia.
Termasuk bagus juga untuk lelaki.
Jadi, share Q10 ni dgn husband.

Itu lah antaranya.
Harapan saya moga saya istiqamah

Kos :
Fish Oil : RM20.97 (promo kat Watson)
Multivitamin : RM24.70
Co Enzyme : RM99.00 (4 botol).

Monday, August 10, 2015

KL Fertility Treatment : 1st Appointment with Dr Natasha

Terima kasih Allah :)

Terima kasih pada Allah sebab kembalikan semangat yang hilang.
Akhirnya saya tekad.
Tanpa bertangguh, selepas buat previous entry, saya terus call klinik.
Mudah saja appoinment. Tak perlu nak tunggu berbulan lamanya seperti di previous klinik.
Saya call hari Khamis. Kata nak appmt hari Sabtu, tapi hari Sabtu dah penuh.
Saya diberi appmt hari Isnin - 10 Ogos 2015 - jam 11.30 pagi.

10 Ogos 2015 
1st time ke KL Fertility Centre.
Letaknya di Wisma Perintis.
Jenuh ai google, terlepas juga jalan.
Dia arah nak ke klinik doc Hamid juga.
Tapi, yang ini area2 bangunan PTPTN tu ja.
Klinik nya dalam Wisma Perintis. Dah la lorong nya kecik ja nak masuk. Terlepas jalan. Pusing balik smpai kena hon ngan teksi. Hoih! teksi ni kalau kita buat silap sket, mmg pantang. Ce kalau dia, takpe je. Menyampah.

Appmt kul 11.30pagi.
Sebelum tu pepagi dah ada malay lady call confirmkan tanya samada datang ke tidak.
Kami sampai 10.30. Huhu. Terawal sejam.
Beli roti, makan jap kat lobi pastu baru naik atas.
Tingkat 6.

Cam biasa - register then duduk dulu.
Ingat kot lama la kan.
Tak sempat nak berbalas whats app dengan member2 dah dipanggil nama.
Wah. Effecient sungguh nih. Maklum lah, tempat "ado ado" kan.
Jangan lah kau banding dengan previous tempat dulu.
LPPKN tu berjanggut nak jumpa doctor tau. Haha.

Dr Hamid tu faham lah kan. Sbb dia sorang ja.
So, kul 11 dah dapat jumpa Dr Natasha.
2nd time saya jumpa Dr Natasha.
1st time, masa seminar kat Royale Chulan bln 5.
Doc sangat lah lembut dan menyenangkan hati.
Dia yang hulur tangan bersalam dengan kita.
Soalan pertama dia "kita pernah jumpa tak sebelum ni, emel ke mana ke?"
Terus saya jawab - jumpa di seminar.

Lepas tu doc tanya background apa semua.
Saya cerita lah saya pernah buat treatment di LPPKN - tak habis.
Dengan Dr Hamid - tak habis. Tapi sempat buat laps.
Lepas tu tanya pasal suami plak.
Husband kena buat SA balik sbb last buat masa kat LPPKN.
Dengan Dr Hamid tak pernah.

Lepas terangkan itu ini, suppose doc nak buat scan (since voucher tu ada scan dan consultation percuma kan), tapi dia tgk date period dah dekat, so dia kata why not datang masa dah period nanti. Dia nak scan terus.

Doc prescribe kan beberapa jenis vitamin. Beli sendiri kat farmasi katanya. Saya rasa cara ini much better sbb tak perlu lah include dalam kos klinik kan. 
Heheheee... sapa yang tahu, tahu lah yang saya ni jenis tak suka makan ubat/vitamin.
Lepas ni saya harap saya tak culas lagi.
Doc juga ada bekalkan saya folic acid.
Haha. Bertahun saya tak makan FA dah. Heharap ini juga tak culas.
Then, pergi kat bilik bayaran. Free since saya ada voucher dari seminar.
Tapi, parking fee kena bayar lah. Huhu.

Next appointment will be on Saturday 15.8.2015.
Masa tu might be saya dah period. Jadi, doc kata nak scan.
Lepas tu baru lah proceed ke nxt step.
Saya harap sgt lah no more cyst. Itu je satu yang saya takut sgt.
Heharap dah clear la dari sebarang tumbuh tumbuhan tu.

Kesimpulannya, moga semuanya berjalan lancar.
Dan.
Doakan saya terus istiqamah :)


p/s : Sedikit cerita tentang Dr Natasha yang sangat lembut tuturnya
link [puas pesakit berjaya hamil]

Thursday, August 6, 2015

Mana Hilangnya Semangat

Salam Syawal.
Salam Ogos.
Ayat cliche - sekejap je dah bulan 8.
Tinggal 4 bulan sahaja di tahun 2015 ini. InsyaAllah.

So, apa perkembangan?
Berkaitan TTC lah.
Rasanya dah tersasar jauh. Jauh dari usaha untuk berTTC.
Entah lah.
Rasa dah "immune". Rasa dah "mua". Dan rasa tak kesah langsung.

Bila nak mulakan semula?
Terlalu lama hingga takde perasaan dah. Mei 2013 - last treatment. Lepas tu nan hado.. ahkak sebok la travel ke sana ke mari. Naik cruise, ke Cameron, Ke Perth, ke Sarawak, dan paling latest perform Umrah. Wahhh.. riang ria kan.

Tu hari seseorang yang concern mengenai journey TTC dah warning "bila akak nak mula treatment ni"
Selepas dibagi hint ajak pergi travel.
Terus rasa alahai..baiknya mereka yang concern ni kan.
Sahabat, yang tahu kita dalam journey utk conceive mmg akan concern.
Semua desak pergi lah sambung treatment. Pergi la..pergi lah.
Then, ada yang mengajak ke Bandung next year. Kerana tak nak pergi ku alasan kan next year nak buat fertility treatment. Amboi. Pandai pula alasankan itu ya. Kalau dia yang nak pergi travel, tak hirau pun pasal tu. Amboi boi boi asam boi kan.

Hurm.
Macam dah malas sebenarnya.
Kenapa ya?
Kalau disenaraikan memang la banyak sebabnya.

Entah ek.


Masa pergi Seminar Keluarga Bahagia last Mei dapatlah voucher untuk scan di KL Fertility.
Voucher tu valid sampai end of September 2015.
Untuk perjumpaan kali pertama dan scan.
Lepas tu nak buat rawatan, kena bayar lah kan.
Ikut lah apa treatment kita.
Kat sini treatment dgn Dr Natasha.
Ada byk sebab juga rasa macam nak proceed kat sini.
1st, masa seminar mmg dapat tgk cara Dr Natasha tu. Sgt la soft spoken.
2nd, pernah emel dia, laju je reply. Sgt memberangsangkan.
3rd, dia ada klinik di Pusrawi, so, kalau nak follow up apa ke minta buat di Pusrawi pun boleh
And above all - Dr Natasha adalah perempuan. Tentunya lebih selesa.

Kos?
Kalau kena IVF haruslah banyak kan.
But, kita pun ada option samada nak proceed ke tak.
Atau kalau IVF tu lah optionnya, tentu Allah lorongkan jalan.

Jadi.
Baiklah.
Kita cuba :)