Monday, August 10, 2015

# dr natasha # kl fertility centre

KL Fertility Treatment : 1st Appointment with Dr Natasha

Terima kasih Allah :)

Terima kasih pada Allah sebab kembalikan semangat yang hilang.
Akhirnya saya tekad.
Tanpa bertangguh, selepas buat previous entry, saya terus call klinik.
Mudah saja appoinment. Tak perlu nak tunggu berbulan lamanya seperti di previous klinik.
Saya call hari Khamis. Kata nak appmt hari Sabtu, tapi hari Sabtu dah penuh.
Saya diberi appmt hari Isnin - 10 Ogos 2015 - jam 11.30 pagi.

10 Ogos 2015 
1st time ke KL Fertility Centre.
Letaknya di Wisma Perintis.
Jenuh ai google, terlepas juga jalan.
Dia arah nak ke klinik doc Hamid juga.
Tapi, yang ini area2 bangunan PTPTN tu ja.
Klinik nya dalam Wisma Perintis. Dah la lorong nya kecik ja nak masuk. Terlepas jalan. Pusing balik smpai kena hon ngan teksi. Hoih! teksi ni kalau kita buat silap sket, mmg pantang. Ce kalau dia, takpe je. Menyampah.

Appmt kul 11.30pagi.
Sebelum tu pepagi dah ada malay lady call confirmkan tanya samada datang ke tidak.
Kami sampai 10.30. Huhu. Terawal sejam.
Beli roti, makan jap kat lobi pastu baru naik atas.
Tingkat 6.

Cam biasa - register then duduk dulu.
Ingat kot lama la kan.
Tak sempat nak berbalas whats app dengan member2 dah dipanggil nama.
Wah. Effecient sungguh nih. Maklum lah, tempat "ado ado" kan.
Jangan lah kau banding dengan previous tempat dulu.
LPPKN tu berjanggut nak jumpa doctor tau. Haha.

Dr Hamid tu faham lah kan. Sbb dia sorang ja.
So, kul 11 dah dapat jumpa Dr Natasha.
2nd time saya jumpa Dr Natasha.
1st time, masa seminar kat Royale Chulan bln 5.
Doc sangat lah lembut dan menyenangkan hati.
Dia yang hulur tangan bersalam dengan kita.
Soalan pertama dia "kita pernah jumpa tak sebelum ni, emel ke mana ke?"
Terus saya jawab - jumpa di seminar.

Lepas tu doc tanya background apa semua.
Saya cerita lah saya pernah buat treatment di LPPKN - tak habis.
Dengan Dr Hamid - tak habis. Tapi sempat buat laps.
Lepas tu tanya pasal suami plak.
Husband kena buat SA balik sbb last buat masa kat LPPKN.
Dengan Dr Hamid tak pernah.

Lepas terangkan itu ini, suppose doc nak buat scan (since voucher tu ada scan dan consultation percuma kan), tapi dia tgk date period dah dekat, so dia kata why not datang masa dah period nanti. Dia nak scan terus.

Doc prescribe kan beberapa jenis vitamin. Beli sendiri kat farmasi katanya. Saya rasa cara ini much better sbb tak perlu lah include dalam kos klinik kan. 
Heheheee... sapa yang tahu, tahu lah yang saya ni jenis tak suka makan ubat/vitamin.
Lepas ni saya harap saya tak culas lagi.
Doc juga ada bekalkan saya folic acid.
Haha. Bertahun saya tak makan FA dah. Heharap ini juga tak culas.
Then, pergi kat bilik bayaran. Free since saya ada voucher dari seminar.
Tapi, parking fee kena bayar lah. Huhu.

Next appointment will be on Saturday 15.8.2015.
Masa tu might be saya dah period. Jadi, doc kata nak scan.
Lepas tu baru lah proceed ke nxt step.
Saya harap sgt lah no more cyst. Itu je satu yang saya takut sgt.
Heharap dah clear la dari sebarang tumbuh tumbuhan tu.

Kesimpulannya, moga semuanya berjalan lancar.
Dan.
Doakan saya terus istiqamah :)


p/s : Sedikit cerita tentang Dr Natasha yang sangat lembut tuturnya
link [puas pesakit berjaya hamil]

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers