Hehe.
15.8.2015 (Sabtu).
2nd appoinment, as Dr Tasha kata dia nak scan. Sbb masa 1st time jumpa tu Dr Tasha kata kalau dah dekat nak period, terus lah jumpa masa tgh period.
So, lps jumpa on 10th tu, esuknya period terus mai. Ha kau.. tak dan dan. Tak smpai 27hari pun. Gasak kau.. takut lettew kite nak sambung treatment. Haha.
Jadi, masa appoinment tu dah hari ke 5 (hari ke 4 pun buleh gak sbb 1st day tu cuma stain2 gitu ja).
Appoinment jam 9.45pagi.
Sampai sana dalam kul 9.30pagi. Kena parking atas palet. Eh. 1st time che merah naik atas palet. MyDH pun cam takut2 nak naik smpai gelak dek orang jaga parking tu. Kat bangunan ni ada double parking. Kalau kereta kita atas palet, nanti dia naikkan palet tu pastu ada la kereta lain parking kat bawah. Tp sbb hari minggu, takde la pun dia naikkan palet tu.
Patut settle awal, tapi dek kerana report kiterang tercicir ke apa entah, kul 11.30 baru dapat jumpa Doc. Ter skip plak nama kiterang. Orang datang lewat plak masuk dulu.
Okeh, lesson learnt. Next time kena ringankan mulut tanya kat kaunter kalau dah macam lama sgt. Sbb ni bukan macam kat govt yer. Govt kalau, silap haribulan kena kat nurse yang datang bulan, terus kena cerca atau dipandang serong. lah. Kat sini takpe. Sbb semua pun nice belaka.
Jumpa Doc, Doc tanya period dah?
Bila kata hari ke4, okay takpe katanya.
Pastu set next appoinment. Katanya on 24 or 25 Ogos. Tapi weols tak buleh dedua date tu. Jadi nak 26hb. Doc kata okeh, takpe. Next appoinment nih kena buat Semen Analysis. Then tgk result blood test.
Ya Allah korang... dgn Dr Tasha ni mmg "takpe" je. Kita selesa sgt rasanya. Takde la macam eh, kalau tak boleh dua date ni kita kena buat bulan depan lah. Cam push kita la kan. Sampai la kita buleh gak date dia suggest.
Ni tak... semua takpe.. semua it's okay. Tu yang buat kita rasa selesa.
Then scan.
Berdebar uols. After 2 years and 3 month post-laps. Berdebar takut "tumbuh-tumbuhan" tu melata balik. Haha.
Result - Alhamdulillah.. takde cyst dah. Cuma ada nampak cam fibroid. Tapi kecil. Takde la doktor cakap masalah ke apa pun (still kena jaga makan nih).
Lama gak doc scan. Tekan sana, tekan sini.
Nampak la telur. Pastu belah kanan cam tak berapa clear. Doc kata mungkin sbb pernah operation dulu. Dia cam susah nak nampak. Tapi takpe katanya (see.. takpe lagi).
Doc suggest IVF. Sbb telur pun macam tak banyak.
Tapi takpe katanya (takpe lagi..hehe), kita diskas kemudian.
Tapi takpe katanya (takpe lagi..hehe), kita diskas kemudian.
My husband dah cakap - apa2 pun takpe but not 2nd operation (laps). Yer, my husband agak keberatan kalau kena go for 2nd operation. Eh. Dia tak bagi, ai lagi lah 1000x kali taknak..
Lepas jumpa doktor, tunggu utk buat bayaran.
Nanti ai gitau lah berapa total utk 2nd appoinment nih. Blur sekejap dibuatnya. Haha.
Lepas dah bayar, turun utk ambik darah - blood test.
Turun tingkat 4.
Kat lab ni, Ya Allah hai korang... staff yg ambik darah tu baiknya.
Seumur hidup, tak pernah rasa macam nak pergi ambik darah lagi.
Baik sungguh la hai. Siap address nama kita. Jangan takut Ida..tak sakit la Ida..
Dia cam auntie2 la. India. Baik. Sangat baik.
Tak sakit langsung la dia cucuk tu. Ish. Suka sangat.
Dah amik darah, naik balik utk hantar darah. Utk wife kena buat 3 blood test. Satu tabung kena hantar klinik semula, while dua lagi tinggal kat lab. Utk husband buat 1 ja (hepatitis C).
Then balik. Selesai dalam kul 12.30 tghari.
Phew. Tu lah sbb nama dah terskip tu. Kut tak, mmg awal dah kami settle. Dah la tak breakfast kan.
Doktor mmg minta maaf je lah masa kami masuk tu. Tu yang buat sejuk hati kita dengan private ni kan.
Kos :
Kiara 1 Test - RM150.00
Ans-Hep C (untuk wife) - RM210
Vit D test - RM330
Ans-Hep C (untuk husband) - RM210
Semen Analysis - RM130
Consultation - RM100
So, total kali ni - RM1,130.00
(untuk 3 blood test wife, 1 blood test husband, SA husband -siap bayar walau belum buat lagi, and consultation. Yang paling mahal adalah test vitamin D - RM330.00). Ini pun tak termasuk scan (TVS) tu. Sbb ini masih lagi dalam voucher dapat masa seminar tu hari. Kalau masuk scan seme tu harus 1.5k gaknya. Huhu.
Macam blur jap masa dia cakap total. Haha. Ye lah, tak la suspect kena ribu terus kan. Haha. Ingat tara tara cam ngan Dr Hamid dulu lah. But, masa kat Dr Hamid takde buat semua test nih. Tau tau dah tebuk perut ja. Nah.. ambik 7k tebuk perut. Haha.
Apa lagi, swipe je lah.
Utk next appoinment, dah tau dah tara tara itu bajetnya. So, kita bank in je lah duit dan guna debit card. Kena lah korek korek tabung nih. Huhu.
Rasanya kami teruskan di sini. Sebab apa? Sebab memang selesa and kalau go for IVF pun, rasa cam okay lah kat sini. Tapi, takpe (ce..takpe la pulak), kita tgk blood test apa semua camnaa nanti.
Range cost IVF buleh refer blog Dr Natasha [kenapa kos IVF mahal]
p/s : tak sabar juga nak tunggu 'bersih'. Nak mengadu dengan Dia. Nak tanya Dia, apakah perlu teruskan IVF atau cemana. Hanya Dia yang ada jawapan.... Aminnn....
p/s/s : Doakan rawatan kali ini berjalan lancar dan saya akan teruskan hingga peringkat yang sepatutnya. Tak macam sebelum ini. Dan terima kasih pada rerakan yang tak putus2 bagi semangat. Saya tahu saya bukan keseorangan. Terima kasih sekali lagi. Saya amat hargai :)