Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, May 29, 2012

Redha, Pasrah Dan Tabah

Anak buah aku dah selamat kawen last weekend.
[anak buah itu adalah anak kandung kpd kakak kandung ku. Bukan sepupu sepapat ke hapa]
Jadi, aku kena belajar utk redha sedari skrg.
Kerna kemungkinan aku 'bercucu' sebelum 'ber-anak' adalah tinggi.
Hurm.

Redha. Bukan Pasrah.

Harap2 aku tabah.
Image : Google

Thursday, May 17, 2012

What To Expect When You're Expecting


Nak tengok movie ni. Cam bes je kot.
Sbb aku ada buku ni. Tp tu "before" you're expecting la.

Tak pe la pun kan. Nak tgk, nak tgk.

Kat Malaysia pun release 17 May gak. Yey. Boleh gi tgk Jumaat ni. Jom uolsss... rilek2 tgk citer orang mengandung. Huhu.

Kredit : GSC

Tuesday, May 15, 2012

Bila Artis Bunting Pelamin

Artis kan. Seme pun jadi bahan berita.
Seme orang dah tau. Smpai jadi bahan berita.
Aku tau dari twitter dia lah. Sbb aku 'follower' dia. Peminat katanya kan. Haha.

Lps tu dia retweet la seme yg org hantar kat dia.
Antaranya "Hiduppp Jejai. Anda mmg gagah"
Hek eleh *eh..bunyi cam jeles kalo aku meng hek eleh kan twit tu kan, tp ce pikir balik.. pikirrr.. dan pikir...*

Dan Fasha pun ada tweet 
"Kalau kita berniat baik, Insyaallah segala galanya dipermudahkan oleh Nya...."

Entah. Secara 'prima facie' nyer aku tak boleh nak mempositifkan diri bila tgk tweet dia tu. Terpikir apakah selama ni aku tak berniat baik, jd Allah tak bagi aku anak. Begitu?

But, we are what we are thinking.
Jgn bodohkan diri berpikir begitu lah.

Allah lebih mengetahui niat kita. Dan yg pasti Dia yg lebih tahu apa terbaik utk kita.
Jadi, redha.

Utk Fasha, tahniah. Utk Jejai, takkan la sbb tu pun anda dah gagah. Abis laki weols ni... tak gagah la. Kasihaann.....

Kut nak baca kat Metro ni : Fasha berbadan dua

Saturday, May 12, 2012

Seronok Pergi Bercuti??


Kata si A : "Seronok pegi bercuti"
Kata aku :  "aje giler tak seronok..harus seronok" *smile*
Sampuk si B : "Pegi ler jalan-jalan sementara tgh takde anak ni"
Kata si A : "Eh. Yang ada anak pun boleh jugak jalan-jalan"
Kata aku : "Btul tu, malah lebih seronok kot. Boleh bawak main swimming pool, mandi laut, lagi seronok"

Selalu kan berhadapan dgn situasi ni.  Kenapa plak time takde anak je yg boleh jalan-jalan. Ko biar benar. Anak tu menyusahkan ko ke? Insyallah..kalo ada anak pun, tak menghalang minat aku jalan-jalan ni. Selagi boleh ku usung, ku usung. Selagi boleh ku pikul, ku pikul. Sekali pun tidak akan ada terlintas di hati aku "susah nak jalan2 ni bila dah anak"

Anak tu menyusahkan ke?
Atau menyusahkan kalo nak jalan-jalan?

Aku punyai ramai kawan. Yg tak kesah pun gi berjalan bawak anak.
Kak Julie tu. Ke Bandung, tak bawak suami. Tp anak kecik yg baru setahun lebih di bawanya. Takde masalah pun.

Naper memandang aku; yg masih tak beranak ni boleh seronok seronok pegi berjalan. Bukan korang yang ada anak pun tak boleh. Nak ngan taknak je.

Bila ada anak, haruslah kita nak menggembirakan anak kan.
Mak ayah aku dulu, time cuti sekolah harus bawak aku jalan2. Selalu je kami ke KL. Kadang berkereta, kadang-kadang bagi aku merasa naik keretapi. Sbb tu smpai skang aku mmg 'gile' berjalan. So, takkan bila ada anak nati aku nak tinggalkan pulak. 

Dah la. Lupakan je lah kata2 cliche tu. Tukarlah ayat lain, boleh?? Anak tu anugerah terindah, bukan menjadi alasan 'susah nak jalan-jalan bila ada anak'. Igt kami ni riang gembira ke berjalan takde anak?

Igt kami takde impian macam ni ke?
kredit : google
Hanya Allah yang tahu perasaan kami........

Info :
Si A : Lelaki
Si B : Perempuan.


### ada sesuatu aku nak buat, tp masih memikirkan kewajarannya. Aku yang memulakan.... tak wajar kut kalo aku menamatkan.

Thursday, May 10, 2012

Anak Bukan Pertandingan

Sekadar renungan kita bersama.

Ya. Anak2 bukan satu pertandingan mahupun perbandingan.
Bukan menda yang boleh dibuat berlawan lawan. Anak ko lebih makna dah lawan la orang yg anak baru 2. Terhapa sungguh pemikiran sebegitu rupa.

Dimulakan bila ada yg bertanya pantang anak ke berapa.
Jawab kawan tu anak ke3.
Maka, si kawan yg ada anak 2 berkata (mungkin tanpa sedar) dah lawan dia.
Jadi, jawab si ibu yg baru melahirkan ni - takde niat nak lawan sapa2. Dan aku suka kata-kata selebihnya tu. Dia tak mampu untuk menjaminkan kuantiti = kualiti.
Bagus kan jawapan si ibu yg baru melahirkan tu.

Anak bukan pertandingan.

Abis kita yg langsung (masih) tak berpeluang jadi ibu ini macamana?
Kalah habis?
Tak berguna?
Zero??

Kasihan. Perihal anak pun dijadikan pertandingan kalah dan menang.

Wednesday, May 2, 2012

Anmum Materna vs Mamil Mama

Dah 2 kotak (650g) aku consume Anmum Materna.
Perisa coklat.
Memula tu beli kat Carefourre. Dpt rega murah. Ada promotion.
Org tu suh minum 2 kali sehari. Tp aku minum pagi je. Cukup lah tu.
Susu ni lebih elok kalo minum ngan air sejuk (air sejuk biasa, tp kalo air sejuk peti ais pun buleh kot), tp aku tak boleh blah kalo minum ngan air sejuk semata. Boleh menyebabkan kejadian tak diingini di pagi hari. Jadi aku suam suam kuku.
Oke la susu ni. Takde la 'suck' sgt rasa dia.

So, aku continue dgn kotak kedua. Kalo minum sekali sehari, tahan la sebulan. Tu pun ada gak aku 'sengaja' malas nak minum.

Dah 2 kotak ni, aku nak terai minum Mamil Mama lak bulan ni. Kebetulan pun Jusco bagi diskaun. Dari rega RM34.90 dapat berapa tah. Lps tu aku tgk dpt free bantal leher tu plak. Eh. Cam bes je. Maka beli. Hihi. Yer, barangan free juga adalah salah satu faktor yg boleh menyebabkan pengguna lebih tertarik. 


Taktau apa rasanya sbb tak minum lagi. Sebenarnya kandungan nutrien dlm Mamil Mama beza sket berbanding dgn Anmum Materna. Which kalo pregnant kena minum 3 gelas, and Anmum Materna kena minum 2 gelas shj.


Utk aku yg TTC ni, ah. Minum satu gelas pun dah rasa cukup bagus dah. Huhu.

Susu ni bkn la nak bagi senang mengandung, cuma, kalo tetiba mengandung, maka segala nutrien yg diperlukan dah ada dlm badan. Sbb aku ni mmg la susah nau nak minum susu. So, dlm susu ni dah ada segala asid folic. Takyah la nak telan pil2 tu. Jadi, dpt seme nutrien esp kalsium.

# err..aku lupa samada aku beli regular or fine cocoa. Kalo regular...pitam nak telan pepagi. Oh.....