Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, May 12, 2012

Seronok Pergi Bercuti??


Kata si A : "Seronok pegi bercuti"
Kata aku :  "aje giler tak seronok..harus seronok" *smile*
Sampuk si B : "Pegi ler jalan-jalan sementara tgh takde anak ni"
Kata si A : "Eh. Yang ada anak pun boleh jugak jalan-jalan"
Kata aku : "Btul tu, malah lebih seronok kot. Boleh bawak main swimming pool, mandi laut, lagi seronok"

Selalu kan berhadapan dgn situasi ni.  Kenapa plak time takde anak je yg boleh jalan-jalan. Ko biar benar. Anak tu menyusahkan ko ke? Insyallah..kalo ada anak pun, tak menghalang minat aku jalan-jalan ni. Selagi boleh ku usung, ku usung. Selagi boleh ku pikul, ku pikul. Sekali pun tidak akan ada terlintas di hati aku "susah nak jalan2 ni bila dah anak"

Anak tu menyusahkan ke?
Atau menyusahkan kalo nak jalan-jalan?

Aku punyai ramai kawan. Yg tak kesah pun gi berjalan bawak anak.
Kak Julie tu. Ke Bandung, tak bawak suami. Tp anak kecik yg baru setahun lebih di bawanya. Takde masalah pun.

Naper memandang aku; yg masih tak beranak ni boleh seronok seronok pegi berjalan. Bukan korang yang ada anak pun tak boleh. Nak ngan taknak je.

Bila ada anak, haruslah kita nak menggembirakan anak kan.
Mak ayah aku dulu, time cuti sekolah harus bawak aku jalan2. Selalu je kami ke KL. Kadang berkereta, kadang-kadang bagi aku merasa naik keretapi. Sbb tu smpai skang aku mmg 'gile' berjalan. So, takkan bila ada anak nati aku nak tinggalkan pulak. 

Dah la. Lupakan je lah kata2 cliche tu. Tukarlah ayat lain, boleh?? Anak tu anugerah terindah, bukan menjadi alasan 'susah nak jalan-jalan bila ada anak'. Igt kami ni riang gembira ke berjalan takde anak?

Igt kami takde impian macam ni ke?
kredit : google
Hanya Allah yang tahu perasaan kami........

Info :
Si A : Lelaki
Si B : Perempuan.


### ada sesuatu aku nak buat, tp masih memikirkan kewajarannya. Aku yang memulakan.... tak wajar kut kalo aku menamatkan.