Showing posts with label kata sinis. Show all posts
Showing posts with label kata sinis. Show all posts

Saturday, March 5, 2016

Reaksi Orang

10:48 AM
Bila kita ni dah kenali sbg TTC'ian, dan ttiba berjaya conceive, mmg pelbagai reaksi orang kita akan dapat.
Saya listkan beberapa reaksi sepanjang tempoh kehamilan ni.

Mostly ada yg bergembira. Reaksi yang menyenangkan hati saya.
Tetapi, ada juga yg melukakan hati saya.
Sedih, sebal saya dibuatnya. Tp sbb kan perempuan tu mmg perangai nya macam tu (hinggakan rakan seunit dia pun kalau boleh nak tukarkan dia), maka saya sabarkan hati saya sendiri.
Situasi di lif ketika itu, dia keluar lif dan saya pula sedang menunggu lif naik ke pejabat dia.
Hening ketika itu (waktu lunch hari Jumaat - orang rehat awal dan kaum lelaki pergi solat).
Dia nampak je saya terus dia kata "eh, dah mengandung yer"
Saya mula tak selesa.
Beberapa kali dia bertanya.
Terus saya katakan "cakap Alhamdulillah je lah kak..."
Memang saya terluka. Kata-katanya seolah saya ini tak boleh conceive selamanya. I cursed u women.. (Ya Allah tak baik nya saya.. tapi saya terluka). Ini lah reaksi orang yg pertama saya bebetul terhina.
Lps saya suruh dia cakap Alhamdulillah, still dia tak cakap pun Alhamdulillah.
Dari reaksi dia, mmg nampak bukan macam orang lain.
Takpe lah. Kan dia pun memang tak disukai rakan sekerja di deparment nya sendiri.. Melihat sendiri di dalam meeting bossnya menolak dia seperti bola, melelong bertanya siapa yg nak, memang pedih hatinya kalau dia tahu diperlakukan seperti itu.
Memang perangainya begitu. Maafkan saja dia.
Doakan agar dia tidak busuk hati dengan hati kita. Terkadang, menda kegembiraan ni boleh jadi sakit hati pada orang lain walau tidak ada kena mengena.

Masa awal awal ada yang acah acah macam dah tahu.
Sengaja ucap "tahniah..tahniah"
Tapi, bila ditanya tahniah untuk apa, berdalih pula.

Bila baby dah menonjol, ramai juga yg terus bertanya "berapa bulan, check up di mana, bersalin di mana"
Takde pula yg kata "eh, dah mengandung..."
Rasa terhina.. sungguh. Macamkan melawan takdir Allah. Melawan ketentuan Allah. Sepanjang hampir 7 tahun kami redha, tapi orang lain yg dah tentunya bukan sesiapa pun hubungannya pula yg terus merasakan gelapnya hidup kami dan selamanya akan begini.
Allah tahu apa terbaik untuk kita, kak.
Ucapkan lah kesyukuran utk saya. Atau setidaknya percaya lah dengan Allah apa tentukan

Sememangnya majoriti akan mengucapkan Alhamdullilah bila tahu. Bersyukur dengan kebesaran Allah. Tapi yang seorang tu memang aku tak boleh lupakan. It's hurt kak.. very hurt....

Takpe ibu... disekeliling ibu ni semuanya memahami.
Semuanya mengambil berat. Takde yang sinis.
Dia bukan dekat dgn ibu. Dia tak bekerja dengan ibu.
Lupakan lah apa terjadi.
Ibu mesti sentiasa gembira.. ibu kan kuat... :)

Thursday, January 17, 2013

Ada Anak - APTB???

12:00 PM
Hey.Hey.Hey..
(lalu terus menyanyi.. hey..hey..hey..hey... aku tak percaya.. cinta.. cinta...)

Heh! Aku tgh menyampah nih. Menyampah ke annoying ke tatau nak kata la. Tp sekitar2 tu la. Tatau la dah penah tulis ke tak dulu. Tp lantak lah kalo nak tulis lagi.
Penyakit kut aku ni. Bagi org lain mungkin tak, tapi kepala otak dan pikiran aku ni mmg tak boleh adapt langsung, mmg tak boleh absorb langsung, kalo org tulis ke cakap ke apa apa je lah yg camgini :
"seronok la korang, buleh tgk tv citer apa jer. Aku ni dah beranak pinak ni takde dah nak tgk tv apa"
"Sejak beranak pinak ni tak sempat dan nak tgk wayang apa pun"
"Sejak beranak pinak ni, mana letak kasut pun tak igt"
"Sejak ada anak ni, rumah tak kemas langsung"
Semua la sejak beranak. Sejak dah ada anak.

Salu nya orang2 camni dia cakap benda2 gini pada sesuatu yg kita boleh buat, tp dia tak boleh buat atau dapat buat. Jadi, bila dia tak dapat buat, anak lah didalihkannya. Supaya nak bagitau kita 'kau takde anak, kau buleh la buat tu semua'. Atau pun kau nak bagi tahu - aku ada anak. Ko takde. Riak?
Engkau yg memang perangai camtu, anak pula di dalihkan. Heh!

Statement kau tu macam menyesal tau. Kau tahu?
Tapi kau tak akan la rasa camtu. Sebab sebenarnya kau tulis tu kau nak kata aku ni takde anak sbb tu kau boleh buat macam2. Tp apa lah gunanya seme tu berbanding ada anak.
Yer. Kelihatannya aku terlalu sensitif. Super Sensitive. 
Tapi bukan semua orang begini. Ada segelintir je. Itu yg menjadi pelik tu. Orang lain ada anak berderet tak pernah pula dalih camni. Hey. APTB la kau ni kan!

Aku tak mahu kata orang camni jeles ngan life kita. Untuk apa pun dia nak jeles. Tapi orang camni sebenarnya nak bagitau 'aku dah ada anak, sbb tu aku ni tak sempat buat apa, aku ada anak, jadi aku tak heran la tgk wayang2 ni. Aku ada anak, aku tak heran la nak pegi snorkeling. Aku ada anak, dan aku jadi alzheimer terus'

Sket2 anak. Sket2 anak. Dah cara lain takde dah nak di compare. Itu je modal yg ada. Utk je lah digunakannya. Jangan riak sgt. Semua tu anugerah Allah. Rezeki dan bahagian memasing.
Orang lain pun beranak pinak. Takde pulak aku tgk camtu gayanya. Takde la pulak banyak sgt dalihnya. Elok je pegi tgk wayang. Elok je bawa anak2 gi snorkeling. Elok je bawa anak2 gi Disneyland. Molek je rumahnya. Takde plak pernah dalihkan dah jadi gemuk, dah jadi alzheimer seme.

Dulu pun, masa bujang pun salu gak kena camni.
Tak boleh la kita cakap sket 'ngantuk nya hari ni'
Sure la kena bambu 'hai.. belum kawen pun asik ngantuk. Hang buat apa'
Ooo... orang dah kawen je lah buleh ngantuk. Org belum kawen tak boleh ngantuk.

Entah la. Nak cakap annoying ke meluat ke apa kang takut terjadi pula pada kita. Tapi kalo tak suka orang buat tu, Insha Allah.. buleh la control diri dari tak buat menda yang sama tu.
Cam soklan "eh... ko dah mengandung?"

Tak pernah la aku tanya soklan tu ke kawan2 lama tak jumpa walo aku mmg nak tahu. Tkpe lah. Biarlah. Aku pernah rasa 'sakit' dan sehingga ini masih 'sakit' dengan soalan tu. Aku tak suka. Dan aku harap, aku juga takkan buat orang camtu juga.

Google
Yer, mmg aku takde anak. Dan aku bubuh gambar anak orang. Bukan cam kau kan.
APTB!!

Saturday, May 12, 2012

Seronok Pergi Bercuti??

1:00 PM

Kata si A : "Seronok pegi bercuti"
Kata aku :  "aje giler tak seronok..harus seronok" *smile*
Sampuk si B : "Pegi ler jalan-jalan sementara tgh takde anak ni"
Kata si A : "Eh. Yang ada anak pun boleh jugak jalan-jalan"
Kata aku : "Btul tu, malah lebih seronok kot. Boleh bawak main swimming pool, mandi laut, lagi seronok"

Selalu kan berhadapan dgn situasi ni.  Kenapa plak time takde anak je yg boleh jalan-jalan. Ko biar benar. Anak tu menyusahkan ko ke? Insyallah..kalo ada anak pun, tak menghalang minat aku jalan-jalan ni. Selagi boleh ku usung, ku usung. Selagi boleh ku pikul, ku pikul. Sekali pun tidak akan ada terlintas di hati aku "susah nak jalan2 ni bila dah anak"

Anak tu menyusahkan ke?
Atau menyusahkan kalo nak jalan-jalan?

Aku punyai ramai kawan. Yg tak kesah pun gi berjalan bawak anak.
Kak Julie tu. Ke Bandung, tak bawak suami. Tp anak kecik yg baru setahun lebih di bawanya. Takde masalah pun.

Naper memandang aku; yg masih tak beranak ni boleh seronok seronok pegi berjalan. Bukan korang yang ada anak pun tak boleh. Nak ngan taknak je.

Bila ada anak, haruslah kita nak menggembirakan anak kan.
Mak ayah aku dulu, time cuti sekolah harus bawak aku jalan2. Selalu je kami ke KL. Kadang berkereta, kadang-kadang bagi aku merasa naik keretapi. Sbb tu smpai skang aku mmg 'gile' berjalan. So, takkan bila ada anak nati aku nak tinggalkan pulak. 

Dah la. Lupakan je lah kata2 cliche tu. Tukarlah ayat lain, boleh?? Anak tu anugerah terindah, bukan menjadi alasan 'susah nak jalan-jalan bila ada anak'. Igt kami ni riang gembira ke berjalan takde anak?

Igt kami takde impian macam ni ke?
kredit : google
Hanya Allah yang tahu perasaan kami........

Info :
Si A : Lelaki
Si B : Perempuan.


### ada sesuatu aku nak buat, tp masih memikirkan kewajarannya. Aku yang memulakan.... tak wajar kut kalo aku menamatkan.

Friday, July 15, 2011

Lagi Lagi Pasal Itu

5:45 PM
Aku tak kira. Aku nak tulis gak sini.
Sbb selain journal treatment aku dlm TTC ni, aku nak gak tulis, apa yg menyebabkan aku emo sepanjang TTC ni.
Last week, sbb ini lah aku pvte kan blog ni seketika.
Sbb ada yg masih mcm tak memahami.
Jadi yg ni aku open, tkde password, tp nyer no comment yaw.

Entry ni, kalo nak baca, bacalah aku bebel ni.
Tknak baca pun takpe.
Yg pasti, selagi kamu tak berada di dalam 'kasut' ini, selama tempoh ini atau mungkin lebih lagi, mmg kamu kamu takkan memahami :)

Hari ni kena lagi. Seriyes. Aku tak reti nak cakap apa. Mmg aku nak rasa ber tempelak je. Tp takkan tergamak kita nak buat camtu.
Aku nak blaja control emosi. Aku nak jawab soalan yg diberikan dgn memberikan jawapan yg sebaik mungkin.
Tp tak boleh. Aku mmg emosi. Tak tau bagaimana aku nak buat lagi.

Si penanya bukan tak pernah kena dgn aku. Bkn dia taktau aku emosi kalo ditanya hal2 anak, lagi mau nak buat aku ter bakooo lagik. Tu aku pelik tu.
Dia ni lama dah aku tak jumpa. So, ari ni jumpa. Sbb kursus.
Dia kata aku berisi. Oke lah. Sbb lama tak jumpa kan.
Lps tu tak lama dia kata lagi 'berisi ke Da?'
Oh. Rupanya dia nak tanya samada aku mengandung ke tak.
Aku igt dia nak kata aku gemuk.
Aku malas btul nak cakap 'tak lah. Manade mengandung'
Aku senyum. Pegang perut.
Dia provoke lagi 'berapa bulan?'

Dlm hati nak je aku jawab 'hey! yg kau sibuk sgt aku mengandung ke tak apsal ah? Aku mengandungkan anak laki kau kah?'
Ha.. begitu. Tp idak lah keterlaluan  camtu kan. Cuma aku geram sgt. Apa yg disebok sgt hoi. Kau tu pun bkn kawan rapat aku. Jumpa sekali skala je kot. Bleh tanya menda lain tak yg membina sket selain soklan dalam kain.

Aku masa tu berdiri, tggu kawan aku keluar toilet. So, aku cuma jawab
'nanti lah bagitau, tak suka la tanya2 soklan camni'
Dan aku berlalu ke toilet.
Dalam toilet aku sengaja cakap kuat2 dgn member2 dlm tu
'hoi..penat hoi nak gitau seme org aku tak mengandung, perut je buncit mcm org mengandung 4 bln'

Mmg aku buncit skang ni wei. Tp idak la aku nak beli PB ke PC ke segala tu.
Aku pun tatau apsal membuncit dgn jaya perut ni. Melampau sgt.

Aku sgt berharap, perut aku ni buncit sbb ada anak. Ada zuriat. Ada baby.
Tp takde. Dan tolong lah. Tolong. Tolong. Dan Tolong.
Tolong lah jangan sebok2 tanya. Kalo yer pun aku pregnant. Why? Ko suka? Sbb apa kau nak tumpang suka plak? 

Seriyes la. Apsal ada org camni. Ke sbb balasan aku sker tanya org dulu2. Entah. Aku rasa, aku la umat paling tak sker langsung sebok hal org, smpai kadang org da tau citer/gosip smpai ke bulan, aku baru tau kat Jalan Pudu tu je ha.

Mungkin org kata aku emosi. Paling terjejas emosi smpai org tak bleh bertanya langsung. Tp perlu ke? 
Takde soklan lain, takde bertanya khabar, takde tanya hal2 lain, alih2 tanya berapa bulan. 
Berisi tu semestinya mengandung ke? Buncit tu semestinya ada anak ke dlm perut tu. 
Dan sekali lagi aku nak tau, kalo aku mengandung, apa kena mengena dgn kau? Itu je aku nak tau sgt. 
Kalo ada kaitan, yes, sila lah tanya. Kalo takde, tak perlu kot nak kongsi joy ngan aku. Joy je la nak kongsi, pain ada kongsi?

Tah. Tak reti aku. Tp jgn marah kalo nati aku mmg tak tegur ko, bkn sbb aku marah ko, tp sbb aku takde jawapan. Tp oke kut kalo nak tegur, aku nak ckp gini 

'eh..aku tak mengandung tau, jadi jangan tanya aku berapa bulan. Ini perut ni buncit ni aku pun tatau nak buat cane, tolong sponsor PB kat aku boleh?'

Thursday, July 7, 2011

Meluat

5:06 PM
Si A : Eh. Dah pukul 5 ni. Nak balik dah ker?
Si B : Yelah. Nak balik lah ni. Nak jumpa baby.

Si A adalah Aku. Dan si B adalah lelaki yg mcm seolah2 dia sorang je ada baby.

Maka nak tau apa jawab si A.

Eleh..! mcm kau sorang je ada baby la.

Dan tatau la si B ni dengar ke tak.
Dalam hati si A mmg sakit amat.

Aku tau, ko mmg pikir ko hebat amat la kan sbb buat bini ko sekelip mata, sekali pancut terus mengandung kan.
Dan kau pikir dgn kata2 kau 'nk tgk baby' tu kira mcm nak kata kat aku 'padan muka ko, ko takde anak, balik rumah takde sapa nak tengok'.

Satu menda je dari aku - gi mampp... kau jangan berlagak sgt. Nati bila di tarik balik ke belagak kan kau tu, baru ko tau langit tinggi rendah.

So, takyah nak perasan haibat sgt sbb ko bleh dpt anak awal, seawal yang mungki dan bikin hati aku meluat okeh. 
Benci! Serius benci!
Mmg tak kan aku tegur ko dah. Titik!

*mmg perasaan bercelaru - sahabat dtg lagi tepat pada masanya. Penattt... aku penatttt.....

Edit :
Utk citer panjang berkaitan perkara ini bleh tgk kat blog utama saya.
Cabaran ari ke 22.
Bkn saya sengaja nak emosi. Ada sebab utk saya berpikiran sebegitu rupa.
Maafkan jika entry kali ini agak kasar.
Terima kasih pada yg komen, tp maaf kali ni utk keamanan sejagat seme komen terpaksa di disable :)

Wednesday, May 11, 2011

Raba Perut

9:57 PM 28 Comments
Aku pun tatau nak buat apa dah.
Aku pun tatau nak bagi reaction apa dah.
Tkpe. Buat la apa pun kak oi.

Aku malas nak pikir dah.

Datang duk sebelah aku dlm bilik meting.
Tak sempat pun dia duduk, da raba perut aku.
RABA PERUT oke.
Dengan soklan 'ada dah ke? ada? ada? ada?'

Takpe. Aku tak kesah. Raba la perut aku.
Kut taknak berlapik pun takpe.
Nak raba kulit perut aku pun takpe kak.
Aku tak kesah.
Ke nak suh aku tayang perut dlm bilik meting pun aku tak kesah.
Aku mmg ditakdirkan jadi begini kan.
Jadi bahan 'mainan' korang kan.

Aku mmg biarkan je walo time tu mmg aku geram.
Tkpe. Aku jawab je.
'Takde kak. Ni perut cam org mengandung ni sbb saya tak pakai PB. Saya tak mampu nak beli corset ribu riban ni'.
Aku tau kawan di meja sebelah sana memandang aku dgn perasaan... entah...simpati ke hapa aku tatau.
Tp bila aku sebut pasal PB dia bantu la utk aku berlawak.
Jgn beli PB katanya. Beli la Elken.
Thanks fren, kerana menyelamatkan keadaan.
Sekarang bilik meeting adalah tempat utk aku dijadikan kaunter pertanyaan.
Dulu dlm bilik meting jugak.
"hang bila lagi nak cuti 3 bln?"
Skang kena lagi.
Tkpe... tanya la..aku tak kesah. Mereka bertanya sbb mereka 'prihatin'. Mereka 'sayang' aku. 
Mcm dulu, sebelum aku kawen. Sebok bertanya bila nak kawen.
Tp bila aku da bagi kad jemputan which setiap org di opis tu dapat, haram tak tunjuk muka kat kenduri kawen aku sedangkan 1 bas disediakan utk wedding aku kat Perak sana-percuma. Kata la kot umah aku jauh, so, umah suami aku dkt je, PJ sana, kenapa tak boleh nak hadirkan diri. Padahal sebok sgt dok tnya bila, bila. Laki aku bkn derang tak kenal. Satu opis maaa.
Aku pun tak faham ke prihatinan derang ni. Sgt. Sgt prihatin.
Dan bila kita da buat atau da dpt, senyap plak.
Takut org mintak adiah kot???.

Takpe lps ni aku da ada jawapan. Pada semua yang bertanya.
"kak... kalo saya pregnant, akak la org pertama yg saya letak pulut kuning di atas meja pada pagi Jumaat, tanda kesyukuran saya pregnant"

Wednesday, April 27, 2011

Mana Aku Tau Bila

6:44 PM 7 Comments
Mesti ramai dah baca pujangga Hamka di blog beliau ini kan - http://keretamayat.blogspot.com/
Janganlah menyangka suami isteri yang tiada anak itu banyak duit
kerana rawatan kesuburan itu mahal harganya.

-Hamka Keretamayat
Dan skang, meh aku lak nak ber pujangga.
Jawapan utk yang bertanya " bila kah nak mengandung/ada anak"
adalah sama seperti kau bertanya kepada diri kau
''bila kah aku akan mati?"
Jawapannya mmg sama, tiada lebih tiada ter kurang
-Pnstoberi

Oke. Tu je aku nak ckp. Kalo nak tau kenapa aku tetiba berpujangga, bleh semak status terkini aku di FB yg di update pada jam 5.34ptg tadi.

Sekian.

p/s: ada ke yg sudi nak jadi friend di FB? Kalo sudi emel  pada saya nama FB, dan saya akan add.  Sbb saya da private kan function utk di add as friend. Unless org tu friend dgn friend saya (Ai, igt tak betapa susahnya kita nak jadi 'friend' ari tu. hihihii)

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers