Friday, July 15, 2011

# emosi # kata sinis

Lagi Lagi Pasal Itu

Aku tak kira. Aku nak tulis gak sini.
Sbb selain journal treatment aku dlm TTC ni, aku nak gak tulis, apa yg menyebabkan aku emo sepanjang TTC ni.
Last week, sbb ini lah aku pvte kan blog ni seketika.
Sbb ada yg masih mcm tak memahami.
Jadi yg ni aku open, tkde password, tp nyer no comment yaw.

Entry ni, kalo nak baca, bacalah aku bebel ni.
Tknak baca pun takpe.
Yg pasti, selagi kamu tak berada di dalam 'kasut' ini, selama tempoh ini atau mungkin lebih lagi, mmg kamu kamu takkan memahami :)

Hari ni kena lagi. Seriyes. Aku tak reti nak cakap apa. Mmg aku nak rasa ber tempelak je. Tp takkan tergamak kita nak buat camtu.
Aku nak blaja control emosi. Aku nak jawab soalan yg diberikan dgn memberikan jawapan yg sebaik mungkin.
Tp tak boleh. Aku mmg emosi. Tak tau bagaimana aku nak buat lagi.

Si penanya bukan tak pernah kena dgn aku. Bkn dia taktau aku emosi kalo ditanya hal2 anak, lagi mau nak buat aku ter bakooo lagik. Tu aku pelik tu.
Dia ni lama dah aku tak jumpa. So, ari ni jumpa. Sbb kursus.
Dia kata aku berisi. Oke lah. Sbb lama tak jumpa kan.
Lps tu tak lama dia kata lagi 'berisi ke Da?'
Oh. Rupanya dia nak tanya samada aku mengandung ke tak.
Aku igt dia nak kata aku gemuk.
Aku malas btul nak cakap 'tak lah. Manade mengandung'
Aku senyum. Pegang perut.
Dia provoke lagi 'berapa bulan?'

Dlm hati nak je aku jawab 'hey! yg kau sibuk sgt aku mengandung ke tak apsal ah? Aku mengandungkan anak laki kau kah?'
Ha.. begitu. Tp idak lah keterlaluan  camtu kan. Cuma aku geram sgt. Apa yg disebok sgt hoi. Kau tu pun bkn kawan rapat aku. Jumpa sekali skala je kot. Bleh tanya menda lain tak yg membina sket selain soklan dalam kain.

Aku masa tu berdiri, tggu kawan aku keluar toilet. So, aku cuma jawab
'nanti lah bagitau, tak suka la tanya2 soklan camni'
Dan aku berlalu ke toilet.
Dalam toilet aku sengaja cakap kuat2 dgn member2 dlm tu
'hoi..penat hoi nak gitau seme org aku tak mengandung, perut je buncit mcm org mengandung 4 bln'

Mmg aku buncit skang ni wei. Tp idak la aku nak beli PB ke PC ke segala tu.
Aku pun tatau apsal membuncit dgn jaya perut ni. Melampau sgt.

Aku sgt berharap, perut aku ni buncit sbb ada anak. Ada zuriat. Ada baby.
Tp takde. Dan tolong lah. Tolong. Tolong. Dan Tolong.
Tolong lah jangan sebok2 tanya. Kalo yer pun aku pregnant. Why? Ko suka? Sbb apa kau nak tumpang suka plak? 

Seriyes la. Apsal ada org camni. Ke sbb balasan aku sker tanya org dulu2. Entah. Aku rasa, aku la umat paling tak sker langsung sebok hal org, smpai kadang org da tau citer/gosip smpai ke bulan, aku baru tau kat Jalan Pudu tu je ha.

Mungkin org kata aku emosi. Paling terjejas emosi smpai org tak bleh bertanya langsung. Tp perlu ke? 
Takde soklan lain, takde bertanya khabar, takde tanya hal2 lain, alih2 tanya berapa bulan. 
Berisi tu semestinya mengandung ke? Buncit tu semestinya ada anak ke dlm perut tu. 
Dan sekali lagi aku nak tau, kalo aku mengandung, apa kena mengena dgn kau? Itu je aku nak tau sgt. 
Kalo ada kaitan, yes, sila lah tanya. Kalo takde, tak perlu kot nak kongsi joy ngan aku. Joy je la nak kongsi, pain ada kongsi?

Tah. Tak reti aku. Tp jgn marah kalo nati aku mmg tak tegur ko, bkn sbb aku marah ko, tp sbb aku takde jawapan. Tp oke kut kalo nak tegur, aku nak ckp gini 

'eh..aku tak mengandung tau, jadi jangan tanya aku berapa bulan. Ini perut ni buncit ni aku pun tatau nak buat cane, tolong sponsor PB kat aku boleh?'

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers