Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, July 17, 2011

Rawatan Islam : Darussyifa

Dulu. Di awal perkahwinan aku pernah ke Darussyifa.
Masa tu ada gak la mintak air penawar utk mudah mendapat zuriat.
Tp masa tu, baru sgt perkahwinan ni, maka aku tak mengambil berat sgt usaha ni.
(masa tu pegi ada sebab lain).

Jadi, slps lebih 2 thn, aku rasa aku perlu ke sini semula.
Paling dkt ada lah di Bangi.
Pada yg tak pernah pegi, ni map dia
Kredit : Darussyifa
Sng gak la.
Dkt dgn masjid ( ke surau tah).
Bleh berjemaah Maghrib dulu di situ.
Kemudian terus ke tpt ni.

Darussyifa ni bleh katakan ada kat seme negeri.
Leh refer sini - Darussyifa

Kalo nak bawak air sesiap pun buleh, nak beli kat situ pun buleh.

Kalo boleh bawak air mineral botol besar tu. Satu utk isteri, satu utk suami.

Masa aku pegi dulu, ustaz tu bacakan doa kat air dlm botol tu.
Lps tu dia tepuk2 blakang badan (dkt bahagian perut).
Tepuk berlapik dgn baju lah.

Lps tu air tu minum and sedikit di sapu di bahagian perut.
Amalkan setiap pagi.
Kalo air tu dah nak habis, tambahkan dgn air biasa agar dia kembali penuh.

Mungkin sblm puasa ni aku nak pegi sana.

p/s :
Pernah dgr berkenaan jin yg duduk di dalam rahim. Yg akan memakan benih2 yg sepatutnya boleh disenyawakan?
Aku mmg malas nak pikir pasal ni. Tp kadang mana lah kita tau. Tambahan pula kalo di lihat secara 'kasarnya' aku takde masalah hormon dan lain-lain.

Mungkin di sini dapat membantu. Insyaallah.

13 comments:

Nana Aris said...

kekda,
dulu mase mula-mula tau ade cyst, terus nana pegi sini..ptg tu tau malam tu terus pegi tp apakan daya (chewaah)cyst tu da terlalu besar..tak boleh nak tunggu lagi..so kne la belah juge..

nana pon period sgt la tetap..kadang tu tak sempat sampai mase da keluar..igt kalau lame sgt pas operate ni pon tak lekat lagi nak pegi jugak la..

AniE said...

Yela,
kita tak nampak apa benda tu semua..kita pun tak pasti, betul/tidak kan..

Memang sebaiknya kita pergi ikhtiar camni...
sebagai perlindungan diri...

Tapi,
Anie ni asik bertangguh je nak pergi...dari minggu lepas-lepas lagi..bulan lepas lagi..
Asik tak jadi...
Ntah bila...bertangguh je..

Insyaallah....
Insyaallah...

~ JD said...

pernah dengar. ader yg ckp saka. kakak ipar tiap2 kali preknen mesti gugur. da 5kali. cian. tiap2 kali mesti ader lebam2 kat badan. skrang dia nk pegi tmpt macam darul shifa nie. dulu pernah jmpa seorang ustaz (kalau xsalah). mungkin saka katanye. cian sangat.nk tambah stress dia lg, ader plak bende ngikut suami nye (abg aku ler tuh). masa balik dari daki gunung. rileks jek bende tu duduk kat bahu?? gile ahhh. susah nk percaya kan. nak2 org2 moden macam kita :) tp percayalah bende2 camnie mmg wujud. pergi je dulu kat darul shifa tu (bestnye awak dekat). cuma utk kepastian.kalau xde alhamdulliah. da bole terminate alasan nie. kalau xpegi, kita pon dok pening ader ker takde bende tuh kat kita. org2 TTC cam kita, semua bende pon kita pikir kan. pemikir sungguh ;) ingt pon mau cuba perubatan islam nnti. hanya mau eliminate possiblity camnie. harap xde. eh..nnti share experience yer. sy doakan kamu ok! :)

~ JD said...

adehh letih taip pjg2. cam xkuor jek? huhuhh

C.I.N.T.A said...

Kak Ieda: ingat nak pegi gak la.. sebab pak mentua srh pegi :D. bayarn dia mcm mn erk?? ikut suke ke? or ade bayaran erk? thanks for the map ☺

fathy amany said...

membe ada jugak cite pasal darul syifa...ermm belom try lagi pegi sbb dengar cite ramai ek? betol k?

Pn.Leeda said...

kalo xde prob lain, elokla berubat cara camni..sy x pergi lg sbb nk settle mslh yg dah dikenalpasti..tkot2 ustaz tanye dh g hsptl? blm..kan dah malu..

myazara said...

mya pun ingt nk pegi la lps kek ieda cita cmtu..kita usaha mana yg mampu kan..harap xdala dok tangguh ja...adoi ssh btl ada pangai bertangguh ni..hihi..thanks kak ieda share map tu..

PUANSTOBERI said...

NANA ARIS :

Tu lah tu. Kita ikhtiar kan. Mana lah tau ada rezeki pas tu :))

ANIE :
Mmg menda ni kita salu je tangguh. Mungkin sbb kita nak usaha sendiri dulu.
Tkpe..pelan2 kayuh.. Ngeee :D

PUANSTOBERI said...

JD :

Dun wori..ur komen ada tu. Hihi.

Tu la pasalnya. Menda2 halus camni pun kita tak leh ketepikan kan.
Ikhtiar je kan.

C.I.N.T.A :
Bayaran, time Kekda pegi retu, dia kata ikut ikhlas kita. Tp tatau la skang, tp rasanya still camtu gak la. Dia ada tabung kat luar bilik rawatan tu, then nak balik kita taruk la ikut ikhlas kita :)

PUANSTOBERI said...

FATHY AMANY :

Mmg ramai, tp tu kalo waktu ustaz haron din je. Dia ada hehari (cuma 1 hari je ttp rasanya). Jadi kita leh pilih ari yg kita nak dtg tu.
Ikut kesesuaian kita.

PN LEEDA :

Ha..kalo da start treatment takpe.. tp oke jugak kalo pegi pun. Leh cite sesket nati kat ustaz ni.
Cam Reen pun tgh treatment gak, cumanya skang ni rest kejap sbb nak gi bercuti. Kalo bleh namo la wat IUI, biar la it's come naturally :)

PUANSTOBERI said...

MYAZARA :

Ikhtiar kan Mya, bleh je kalo nak pegi.
Cuba lah..mana tau, usaha kita kat sini berbaloi pulak :))

::EIDA:: said...

Ida baru balik dr kg. Dan ibu & ibu mertua pun cerita benda yg sama.. Mayb bulan pose nanti, nak jumpa ustaz tanyakan hal ni...

Kita mencuba....