Monday, February 18, 2019

#mybfjourney

4:00 PM

Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan Rizq Iskandar dengan susu badan hingga umurnya 2 tahun. (malah lebih sbb sampai sekarang - umurnya dah 2 tahun 8 bulan masih belum wean off. Huhu)

Such a sweet moment.
As a TTC'ian, selepas melahirkan kita akan rasa lebih kental dan bersemangat untuk menyusukan anak dengan susu badan sendiri.
Percaya lah.
Takkan ada rasa mahu mengeluh.
Takkan ada rasa penat.
Takkan ada rasa lelah.

Memang betul.  Ibu yang tak tergolong dalam TTC'ian pun akan ada rasa camtu.
Tapi, kerana kita benar2 memerlukan kehadiran si kecil, semuanya akan rasa mudah.
Saya tak pernah merasakan tidak cukup tidur sebagai satu gangguan.
Ada yg kata "pening lah kalau dah masuk kerja nati, sbb asyik bangun sejam or 2 jam sekali"
Tak. Alhamdulillah. Tak pening.

Entry ini bukan lah utk membangga diri. Tidak sama sekali. Ini adalah perkongsian agar rakan2 TTC lain juga bersemangat untuk memberi anak2 kita susu badan. InsyaAllah.

4 bulan pertama - Rizq menyusu secara ekslusif. Totally direct feed. Sebab dalam maternity leave dan disambung dengan Cuti Menjaga Anak (CMA) selama sebulan.
Sebenarnya saya dah bf kan Rizq pada hari dia dilahirkan. Tapi saya tak pasti samada Rizq dapat menyusu dengan kenyang atau tak. Dapat colostrum atau tak.
Seawal hari ke3, saya bengkak susu. Nak pam tak keluar pula.
Mula lah resah. Apa yang saya buat, saya tuam dgn tuala kecil yg dibasahkan dgn air suam. Lega. Dan selepas itu no more "bengkak susu". Seterusnya Rizq terus direct feed (saya harap Rizq dapat lah colustrom).
Betul lah kata orang - bf is not just selak - nah minum. Ianya mesti datang dengan ilmu juga.
Rizq warded akibat jaundice pada hari keenam. Cabaran bila nurse tak bagi guna botol utk feeding. Tapi, kami buat tak tahu je. Kalau tak bagi botol cemna. Susu saya banyak, tapi Rizq seakan tak cukup bila dibagi. Pulak tu dia tak mahu disusukan belah kiri (kemudian baru saya tahu, susu saya sebelah kiri agak laju flow nya).

Dengan keadaan susu yang banyak, mmg saya df saja Rizq.
Demand Rizq every 2 hour. Jangan lambat dibagi, memang mengamok. Hihi.
Masa Rizq jaundice, kami duduk di wad dengan seorang chinese mummy. Dia pump. Dan hasil pump nya amat lumayan. Dalam 3 oz sekali pam. Terkejut sbb saya pump tak sampai 2 oz pun (memang masa ni kurang ilmu, rupanya awal2 mmg takkan dapat banyak). Mummy chinese ni mungkin rezeki dia dapat banyak.
Rizq warded 2 mlm and hasil paling byk saya dapat masa kat wad tu adalah 2oz. Tapi, Rizq macam tak cukup. Itu lah yang kami top up dengan formula.
Rizq prolonged jaundice sampai hari habis pantang (44 hari).
Jadi, dalam sebulan tu memang ada campur formula. Walau pun macam tu, sejak hari kelahirannya, tiada satu hari pun dia tidak meminum susu ibunya. 

Selepas 30 hari, no more top up dengan formula. Memang totally direct feed. Hingga lah nak masuk kerja semula. Rizq pula reject bottle feed. Beberapa kali melatih dia minum susu yg di pam dalam botol. Tapi dia taknak. Org2 terdekat mula mengasak. Mereka kata akan susahkan pengasuh, mereka kata biarkan saja dia berlapar kalau dia taknak minum botol.
Takpe. Saya tahu saya tiada pengalaman. Tapi, saya ibu nya. Biar saya tentukan. Saya taknak anak saya terganggu emosi nya.
Ya, saya percaya, Allah akan bantu. Saya bangun utk tahajud and solat hajat agar urusan penyusuan saya ini dipermudahkan.

Alhamdulillah, dengan rezeki mendapat pengasuh yang bersabar dengan kerenah Rizq, makanya kami survive! Huhu. Pada umur Rizq 5 bulan, saya bekalkan 6 botol EBM berisi 3 oz setiap satu botol. Saya pam di office 3x sehari.


First day masuk kerja utk sesi pertama.
Hasil hari pertama masuk kerja. Tak banyak, tapi mencukupi.
Cara saya bekalkan ke rumah pengasuh. 

Untuk ibu yang bekerja, jangan culas mengepam. Itu je tips nya. Kena pam setiap 3 atau 4 jam supaya susu kita tak banyak foremilk (susu seakan cair).
Jadual saya - pagi sebelum kerja akan pam secara tandem (sebelah nursing, sebelah pam).
Then, di office, jam 10 pagi, jam 1.30 thari dan 4.30 petang.
Dirumah Rizq memang totally direct feed.
Tapi, hari cuti make sure ada pam at least satu sesi. Supaya ada stok nanti hari Isnin. Ni yang biasa saya dapat pada pagi hari Sabtu n Ahad. Saya memang pam sekali je sehari kalau cuti.


Seterusnya bila Rizq dah mula makan makanan pejal, saya turunkan jumlah botol kepada 5. Makanan pejal pertama Rizq - avocado+puri kurma+EBM. Dan dia memang senang makan :)

Rizq dibekalkan dengan puree, dan masuk 7 bulan dengan bubur nasik. Rizq dah ada gigi masa umurnya 6 bulan, so, senang lah. Saya tak pernah pun buat nasik blend apa semua tu. Just buat bubur nasik atau nasik lembik. Paed Rizq pun galakkan buat nasik lembik supaya Rizq boleh berlatih mengunyah.

Sebaik setahun, saya mula perkenalkan fresh milk kepada Rizq since Rizq reject formula milk (dan dia masih tak nak minum botol kalau di rumah. Hanya di rumah nenek asuhnya). Namun, masih bekalkan dia susu badan. Top up lah kata orang tu. Kalau ada hari yg stok tak cukup, saya bekalkan fresh milk. Begitu lah hingga umurnya 2 tahun.

Saya terus mengepam sehingga umurnya 2 tahun. Jalan saya makin mudah, Rizq nak masuk 2 tahun masa bulan puasa. Jadi, mudah saya stop kan mengepam sbb  masa puasa, tak byk makan - jadi, susu pun agak surut. Sbb kalau nak stop pump ni tak boleh mengejut terus.

Allah permudahkan perjalanan penyusuan saya. Benar janji Allah. Selepas kesukaran, akan datangnya kemudahan.
Sepanjang 2 tahun itu tidak pernah dihantar kursus/outstation yang memerlukan bermalam.
Penyelia pula semuanya memahami.
Saya dapat waktu utk mengepam.
Susu mencukupi utk dibuat bekalan.

Syukur sangat sangat. Terima kasih Allah.
Rizq tak nipple confuse. Selepas diberi botol, Rizq masih boleh minum direct feed.
Tiada nipple crack. Tiada juga nipple inverted. Alhamdulillah.

Walaupun begitu, adakala kita resah juga takut susu drop.
Susu paling meriah adalah masa Rizq nak masuk 3 bulan. Masa tu saya di kampung. Tidur pun basah habis tilam. Tapi, saya tak buat stok sbb rasa susah nak bawa balik ke KL. Memang sepanjang saya maternity leave selama 4 bulan, saya memang totally df Rizq.
Saya hanya pam sekali sehari. Dapat lah dalam 3oz sekali pam. Itu lah yg dibuat stok frozen.

Moment direct feed baby adalah momen yang tak boleh dilepaskan oleh semua mummy. InsyaAllah, ada rezekinya. Jangan langsung pikir susu tak cukup. 
Emosi juga kena jaga. Bantuan dan sokongan dari suami amat amat diperlukan.
Alhamdulillah, suami byk membantu. Dia tidak lah menjadi tukang basuh pump and bottle (sbb ada orang kata, tu kerja husband. For me - no! sbb ai tak percaya orang lain basuhkan peralatan penyusuan saya. Hihi). Dia banyak membantu buat kerja2 rumah. Kadang2 dia buatkan nasi goreng. Jadi lah kan. Tukarkan pampers tgh malam pun suami buat.

Momen lain, saya dapat juga berkongsi rezeki Allah dengan anak yang memerlukan.
Tp tidak lah menjadi anak susuan.
Ada rakan dari grup breastfeeding yang memerlukan susu badan ketika itu kerana dia warded akibat denggi. Anaknya reject formula. Maka dia minta ibu2 yg ada susu lebih utk bekalan sekali minum (sekali kenyang, tak menjadi anak susuan). Rezeki, tak pernah derma darah, dapat juga derma susu dalam 5oz macam tu :)

Jangan risau susu tak cukup. Saya pun tiap kali pam dapat dalam 5oz. Biasanya. Tapi, kalau luar biasa, boleh la cecah 7oz. Itu rekod paling byk lah (ada orang dapat 120z, 9oz). Dan lebih luar biasa kalau nak period tu - 3 oz ja pun pernah dapat.
Jadi, jangan nak risau perlu susu melimpah ruah. Allah bagi cukup utk baby kita. Jangan risau.
Dan jangan fikir sbb umur ke apa susu takde.
Saya pun umur 36 masa mula menyusukan tu. Dengan berat badan 45kg cuma.
So, no need to worries.
Enjoy the moment.

Tuesday, February 12, 2019

Kemudahan Perubatan Infertiliti Untuk Penjawat Awam

12:00 PM
Mungkin ada di antara penjawat awam dah sedia maklum akan kemudahan perubatan ini.
Secara khususnya kemudahan rawatan perubatan untuk infertility.





But,
Jangan kecik ati tau - dalam pekeliling ni dia tulis "rawatan kemandulan"
Patut tulis lah rawatan kesuburan, kan?. Ni mesti yang draf pekeliling ni bukan TTC :P
Hehe. 
Alah, small matter je tu kan. 
Takpe, kita sebut je infertility.

Kemudahan ini adalah salah satu benefit kepada penjawat awam. Dan syarat nya adalah seperti berikut :








Kalau kita buat rawatan di Hospital Kerajaan, then memang lah penjawat awam akan ditanggung.
Kalau di LPPKN pula, kita bayar dahulu then claim.
Dan, utk rawatan di private - memang tak boleh la nak claim.

Cuma, saya tak pasti bab IVF.

Kalau ikut dalam pekeliling ni, kemudahan hanya utk primary infertility. Dan dia ada tulis tak boleh utk IVF etc etc.
So, memang terpakai utk IUI.
Tapi, kalau kita penjawat awam, dan buat IVF di hospital kerajaan, cemana pula.
Adakah masih tertakluk kepada kemudahan ini.
Yang ini kena dapatkan penjelasan lanjut dari hospital kerajaan tu ya.

Ini kemudahan untuk penjawat awam yang membuat rawatan di hospital kerajaan dan LPPKN.
Bagaimana pula utk penjawat awam yang buat di private?
Dan untuk yang bukan penjawat awam yang kena bayar sendiri di hospital kerajaan as well as di private?
Apa kata, lepas ni kita sama-sama bagi cadangan dalam laman web "bajet" agar sesiapa yang membuat rawatan infertility / kesuburan (tak kisah lah IUI ke, IVF ke ICSI ke) dan menggunakan duit sendiri boleh mendapat pelepasan cukai. Maybe terhad kepada RM5000, contohnya. Kan?
Last 2 year, saya pun pernah masukkan cadangan ini.
Tapi, kalau kita ramai2 masukkan cadangan ini, mungkin ia akan didengari.
Who know.
At least, walau kita bayar sendiri, dapatlah kita refund semula dalam cukai kita.

Dah masuk tahun 2019 ni, dah buat PCB?
Utk pembelian peralatan penyusuan pun ada pengecualian tau :D

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers