Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, April 30, 2011

Masin Mulut

Seme org sibuk bercuti.
Aku je ha yg sebuk nk buat entry.
Walhal tgh melepak dlm bilik hotel ni.
Usung lappy?? Usungg... mak tkde BB nokss.. kena la usung lappy. Tehehe.

Ok, waktu cuti ni tetiba tinggg... dpt idea nak buat entry berkisarkan kisah masinnya mulut.
(Er. Mulut ke yg masin, ke lidah?. Haha)
Salu kita dgr org cakap camni "ha..masin mulut aku ni mmg menjadi apa aku ckp ni"
So, apa yg masinnya dan apa kaitan nye dgn isu TTC?

Cemni. Ada satu hari tu. Aku ckp2 ngan salah seorang panel lawyer opis.
Bukan la aku nak kata aku gud2 sbb bercakap dgn lawyer.
Aku nak share kan bahawa walo pun org gol profesional pun still percaya perihal masin mulut ni.
Aku ckp la pasal kut nak bersalin nati, aku nak pi kat Pusat Perubatan yg dkt ngan umah aku.
Aku kata leh jalan kaki jer.

Then dia kata
Eh... jgn ckp camtu, nati kang kalo nak bersalin, tak boleh plak sbb da ckp camni.
Katanya lagi, clerk dia retu tak dpt bersalin selagi asben dia tak smpai spital sbb dia penah ckp dia nak bersalin kalo asben dia ada je. 

So, cena? Ada kaitan. Percaya?

Entah. Aku pun tetiba risau. Buatnya esok aku da pindah rumah, jenuh aku nak jalan kaki. If tak jalan kaki tak bleh beranak. Cena. Haha. Tp aku takde terdetik pun kat ati. Tu just cakap2 biasa je. Furthermore, aku tak mengandung pun. Tk masin la kut kan.

Tp kalo kat Tanah Suci sana, ha, tpt tu mmg tak buleh kuarkan kata2 camtu. My mom masa kiterang pegi haji dulu, dia da ckp dia tak lalu makan. Skali bebtul tak lalu makan oh. 

Tp kat sini, mustajab jugak eh kata-kata?. Oh.

Dan kerana itu gak aku terpikir balik. Ada ke aku ckp menda2 yg membuat kan aku lambat dpt anak. Contoh :
"Lps kawen nati aku nak jalan2/gi bercuti puas2 sebelum dpt anak"
Kut aku tak puas lagi kut nak berjalan2, maka aku tak dpt la anak.
Hurm. Jap nak pikir. Thinking. Thinking. Thinking.
Hurmm....

Friday, April 29, 2011

Selamat Bercuti Seme

Huk aloh!
Dah ptg pun.
Little bit bz today.
Takde kat opis sgt pun.
Pepagi secara adhoc je kena pi PJ.
Assisstant gitau ada serahan bangunan dari Cawangan Selangor.
Erk. Awat immediate bos tak bagi tau. Dah la beliau cuti reni.
Haih! Tp takpe la. Pegi sana.
Pulak bkn pegi dgn pemandu biasa. Sbb da takde pemandu.
Pemandu gantian je. Udah la berpusing2 kat area PJ tu berkali kali.
Ceh!
Aku pun walo nama menantu org PJ, tp haram aku tak reti area situ.

Pulak tu ari ni jemmmm je manjang jalan.
Mungkin sbb nak cuti 3 ari ni kan.
Berdedai2 keta.

Lunch hour pegi Sogo.
Sogo tgh sale. Sembonia pun diskaun smpai 70%.
Tatau la ari ni je ke apa. Mula la mata aku ber 'twinkle twinkle little star'

Balik opis agak terlewat. Tp masih boleh dikawal.
Kelam kabut settlekan seme surat masuk dan keluar.
Sbb nati ari Selasa-3 Mei aku kena masuk lewat. Ada appmt amik darah.

Byk tpt nak call bila da masuk opis.
Hotel tpt nak check-in esuk sbb nak re-confirm balik nama aku ada ke tak.
Aku mmg cemtu, kalo booking online sure aku re-confirm.
Takut kang pepegi, takde nama. Baru padan muka kan?

Then Call LPPKN. Tp tak dpt. Operator busy katanya.
Busy ke da balik kg. Maklum la. Jumaat petang, cuti pjg lak tu kan.
Nak tnya kena bawak ke tak report HSG tu ari.
Aku pun lupa da nurse tu gitau retu samada nak bawak ke tak.
Ke masa jumpa doktor nati usung seme?
Ah. Sudah.

Cena? Sapa yg treatment kat LPPKN?
Kalo amik darah utk day21 kena bwk report HSG kita tu ke tak perlu?
Kalo ada yg nak jawab lah. If takde, aku usung je lah.
Dia nak aku bagi, dia taknak aku usung je bawak balik.
Abis citer.

So, utk seme kengkawan TTC, selamat bercuti 3 ari.
Jaga diri walo dimana anda berada yer.
Walo bercuti, saya tetap akan online.
Diakhiri dengan gambar ini. Sbb mood nak mandi swimming pool.
Hihikksss

Thursday, April 28, 2011

TTC : Suhu Hari Ini

Pagi tadi check suhu cam biasa.
Agak tinggi. 36.22 darjah celcius
Tp aku tak rasa ini masa 'bertelur'
Sbb rasa mcm cam 2,3 ari lepas je.
Sbb 2 ari lepas pun suhu mcm tinggi.
Bln ni suhu aku tak stabil sungguh.
Bln lepas bes. Stabil je. Dan boleh agak la bila 'bertelur'

Mungkin sbb aku mcm tak sihat kut ari ni.
Suara da sengau.
Smlm kat opis pun aku telan 2 bijik panadol.
Mungkin demam dalam tak demam la kut.

Oke lah. Ada meting JKPAK ni.
Jap lagi kita smbung.
Oh. Dah la jadi urus setia.
Perlu guide meeting. Guide Pengerusi.
Byk bercakap.
Suara sengau. Cena?

Jgn la tak sihat.
Da berangan nak mandi swimming pool neh.

Wednesday, April 27, 2011

Mana Aku Tau Bila

Mesti ramai dah baca pujangga Hamka di blog beliau ini kan - http://keretamayat.blogspot.com/
Janganlah menyangka suami isteri yang tiada anak itu banyak duit
kerana rawatan kesuburan itu mahal harganya.

-Hamka Keretamayat
Dan skang, meh aku lak nak ber pujangga.
Jawapan utk yang bertanya " bila kah nak mengandung/ada anak"
adalah sama seperti kau bertanya kepada diri kau
''bila kah aku akan mati?"
Jawapannya mmg sama, tiada lebih tiada ter kurang
-Pnstoberi

Oke. Tu je aku nak ckp. Kalo nak tau kenapa aku tetiba berpujangga, bleh semak status terkini aku di FB yg di update pada jam 5.34ptg tadi.

Sekian.

p/s: ada ke yg sudi nak jadi friend di FB? Kalo sudi emel  pada saya nama FB, dan saya akan add.  Sbb saya da private kan function utk di add as friend. Unless org tu friend dgn friend saya (Ai, igt tak betapa susahnya kita nak jadi 'friend' ari tu. hihihii)

Tuesday, April 26, 2011

Senggugut

Masalah senggugut yang teruk

Doktor,
Saya berumur 27 tahun dan baru sahaja mendirikan rumah tangga. Saya ingin bertanya adakah masalah senggugut isteri saya yang teruk akan berterusan selepas berkahwin dan adakah kesannya terhadap masalah untuk mengandung?

Adakah juga ubat-ubatan farmasi atau klinik yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah senggugut ini? Tolong bantu saya.

- Suami risau

Jawapan

Masalah senggugut yang dialami oleh isteri encik kemungkinan tinggi disebabkan oleh penyakit endometriosis.

Walaupun ada sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan senggugut, maklumat yang telah encik berikan membawa kepada diagnosis yang paling ketara merupakan endometriosis.

Dalam keadaan endometriosis, wanita biasanya mengalami senggugut dan mungkin juga sakit bila membuat hubungan kelamin dengan suami.

Kemungkinan organ-organ di pelvisnya telah melekat (adhesion) atau juga tiub fallopiannya boleh tersumbat.

Keadaan endometriosis boleh terjadi kepada sesiapa pun dan kadangkala didapati berlaku di kalangan adik-beradik.

Sebab sebenar terjadinya endometriosis sehingga hari ini tidak jelas walaupun ada postulasi yang mengatakan terjadinya pendarahan ‘retrograde’ ke dalam pelvis yang menyebabkan keadaan ini.

Untuk mengetahui sebab sebenarnya senggugut isteri encik, sebaiknya isteri encik perlu diperiksa oleh doktor pakar sakit puan.

Selain daripada ujian ultrasound untuk melihat jika ada sista (bengkak ovari), ujian leproskopi juga boleh dijalankan untuk memastikan ianya endometriosis dan juga untuk melihat jika terdapat jika tiub fallopian yang tersumbat atau tidak.

Jika diagnosis yang dibuat doktor adalah endometriosis, ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk mengubati keadaan ini dan dia juga digalakkan cepat mengandung.

Sebab-sebab lain senggugut adalah jangkitan pelvis (pelvic inflammatory disease) dan kadangkala disebabkan fibroid terutamanya jenis bertangkai (pedunculated fibroid).

Maka, isteri encik perlu diperiksa secara teliti untuk mendapat diagnosis yang tepat dan perlu diberi rawatan yang sewajarnya secepat mungkin supaya penyakitnya tidak melarat sehingga susah dirawat kelak.

Kredit :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

*Aku mmg ada senggugut. Tp aku rasa mcm senggugut primer je lah. Sbb ianya hanya sakit pada hari pertama period. Tk pernah berlarutan. Kadang tak sakit. Kadang tahap teruk smpai kuar peluh2 sejuk rasa nak pitam. Masa blaja dulu penah kena dlm dewan kuliah. Dah la masa tu ada kuiz. Sian bff aku masa tu- Juwita, yg kena papah aku balik hostel.

Org kata pas kawen dia akan ok. Oke la sket skang ni. Tkde la smpai tahap peluh sejuk. Tp kadang ada gak rasa cramp.

Tp dari laporan HSG last week ada satu term yg berkaitan dgn senggugut ni. Bukan endo. Seriau juga. Tp rileks je lah. Tunggu jumpa doktor nati. Agak pelik jugak lah sbb aku baca biasanya  menda  ni terjadi kalo kita pernah buat pembedahan.
Tp aku google juga. Tgk ada je org pregnant walo ada laporan yg sama term nya dgn aku.
Apa pun, aku perlu jumpa doktor dulu baru line clear sket kan.
Jadi toksah duk gusar dulu. Meh kita pikir perihal cuti cutian kita Sabtu ini. Yay!
Apa pun KUN FA YA KUN 

Monday, April 25, 2011

Diari Hamil

Hai kawan-kawan.
Apa kabar kawan-kawan ari ni?
Harap nyer seme sihat saja.
Minggu ni saya harap seme keja akan berjalan dgn baik.
Sbb saya seronok nk tggu weekend ini.
Weekend ni saya nak gi bercuti-cuti.
Tak la jauh. Dkt sangat.
Tp sbb namanya check in di hotel, maka saya suka juga.

Ok. Ahad lepas saya ke Pesta Buku.
Kawan2 yg dah ada di KL ni, dah pegi belum?
Saya mmg setiap tahun berkunjung ke sana.

Saya takde beli apa pun.
Sekadar majalah2 lama.
Ada saya tulis kat kebun stoberi saya sanun.
Tapi saya tak tulis yg saya beli ini di kebun stoberi sanun.

Saya tak tulis sbb nati ada yg salah anggap ingat saya dah hamil.
Saya tak suka. Jadi saya share di sini saja.
Sbb kat sini kawan-kawan faham kan???

Saya saja je beli.
Sbb buku ni napak comel je.
Saya tanya asben.
Boleh tak beli?
Dia kata beli je lah.
Saya pun beli.
Walo saya pun tak tahu bila saya buleh guna.

Umm... bila agaknya saya buleh guna kan buku ni yer.
Sobssss....

Saturday, April 23, 2011

Terima Kasih Kawan

Kita mmg tak pernah bersua muka.
Kita mmg tak pernah berkenalan secara dekat.
Cuma kita ada persamaan iaitu berada dalam kasut yang sama.
Dan persamaan itulah yang mewujudkan satu rantaian ukhwah yg tidak ternilai harganya.

Kita saling memahami apa yg dirasakan.
Kita saling bertukar semangat.
Dan kerana semangat itu lah yg membuatkan aku kuat untuk menghadapi ujian demi ujian.

Biarlah apa org di luar sana katakan.
Hanya kita yg melalui nya saja mengerti perasaan ini.

Dan ketika aku memerlukan semangat, aku tau kawan2 ini selalu ada.



Terima kasih kawan.
Doa ku utk kalian moga apa yang dihajati akan terlaksana.

Utk mereka dan semua kawan2 yg sentiasa bersama, hanya ini yg dapat diberikan, tanda persahabatan kita di alam maya.

Friday, April 22, 2011

Sedihnya Rasa Hati



Entry atas tu takde cite apa pun, cuma luahan perasaan. Tp kalo nak baca gak, boleh emel saya utk mintak password :

cikstoberi@gmail.com

Oh. Utk kesejahteraan sejagat, pword hanya utk yg sesama TTC + follow blog ini.
Oh. Masa emel tu kalo tak keberatan masukkan link blog yer. Sbb nyer saya nak trace juga kut2 ada blog yg masih saya tak follow.

Itu saja. Thanks yaww..

p/s: Syarat ini terpakai pada setiap entry ber password.

HSG : Pemeriksaan @ KPJ Tawakal

22 April 2011.

As per my appoinment made, akhirnya ke Hospital KPJ Tawakal. Jalan Pahang lah utk buat HSG. Oh. Bes la spital ni. Layanan mcm kat hotel lak ku rasa. Pegi kat lobby, smpai kat receptionist, lum sempat bkk mulut nak tnya, dia dah menyapa kita. Senang hati aku tgk. Pulak tu akak receptionist tu siap bawak kan ke tpt nak xray tu. Bawakkan oke, bkn tunjuk arah je. Padahal tpt tu dkt je dr kaunter tu. 

"Abang, saya rasa mcm nak bersalin kat sini je nati. Buleh???"
"Takyah...HKL je cukup"

Miahahahahah. Tp bes oh situ. Dah la spital baru kan. Staff pun napak mesra je. Takde la mcm ada satu tpt tu. Udah la servis me lembap. Tp nak wat cena. Panel katanya kan. Huhu.
Tp kat spital gomen aku tatau la cena kan. Aku pun da lama tak gi spital govt. Sbb kalo takat batuk selsema tu ke klinik panel je. Moga2 spital govt pun skang camni la layanan dia.

Smpai kaunter bhgn nak xray tu terus aku ckp aku ada appmt HSG. Dan berikan dokumen yg nurse kat LPPKN kasik tu. Maka tk perlu tggu lama, trus aku di bawa ke satu bilik. Tk perlu tukar baju, just sarung je baju xray tu. Org yg bawak aku (nurse ke, tp rasa mcm bukan) bagitau 'kain n underwear bkk' (masa tu aku pakai skirt sbb da pakai gi opis. Mls nak salin). Yg underwear tu nak gelak pun ada, ate; kalo idak dibkk nak jolok celah mana lak kan. Hik hik.

Lps tu dia suruh baring atas tpt tu. Mmg berdebar giler lah time tu. Then dtg juru xray (ni aku sesuka je bg jawatan dia. hihi) dia suh aku sign satu dokumen. Sblm tu dia gitau prosedur HSG. Katanya nati nak dimasukkan cecair dye ni (dia tunjuk la botol tu). Rasa sakit mcm senak period pain tu. Lps tu dlm 2,3 ari mungkin perut akan rasa cramp. Mungkin jugak ada demam. Dan bleeding sket. Tp kalo tak berenti atau bleeding pas 2,3 ari call doktor yg buat HSG ni or call Dr yg kat LPPKN tu. Pasal prosedur tu aku da tau la kiranya kan sbb aku duk meng google je pasal tu 2,3 ari ni kan. Ngeee. Thanks to technology :)

Aku sebenarnya tak pernah nak tnya pasal doktor samada lelaki atau perempuan. Tah. Aku redha je. Malas nak bebising sbb kita pun nak buat rawatan kan. Walo ada rasa mcm segan la kalo doktor lelaki. Tp akhirnya Alhamdulillah.....dpt doktor perempuan, Islam. Dr.Sharifah Adila. Semua dipermudahkan napaknya :)

Seterusnya tanpa berlengah doktor tu mulakan operasi. Masa tu memacam ayat quran aku baca.

Alhamdulillah. Takde apa yg menyulitkan. Doktor tu bila nak masuk itu ini, dia bagitau, kata senak sket. Aku pun rilek je. Lps tu terasa mcm eh, apsal mcm sakit je perut ni. Mcm period pain tu. Lps tu ilang. Dan proses tu mmg tak lama. Tgk kat monitor. Doktor tu tunjuk la apa menda tah. Aku pun tak faham. Dia kata napak takde apa2. Normal je. Tp kena tggu gmbr xray after half hour nati. Kejap je. Tk smpai pun 10min dia godek2 tu.

Then kena tggu 1/2 jam. Katanya  nak ke bilik air pun buleh. Tp aku da mcm tak buleh je nak bangun. Bkn sakit. Tp rasa mcm ada cecair je keluar. Tp doktor kata itu la dye yg dimasukkan tu. So, after setgh jam, juru xray tu datang amik gmbr balik (bila amik gmbr ni tingat mcm nak amik gmbr yg suka2 utk masuk blog/FB tu. Yg siap buat peace segala tu. Haha)

Lps tu abis. Ada bleeding ngan cecair kuar gak. Adik juru xray tu kasik mcm pad tu utk cover masa nak gi amik kain. Kalo bawak pad, leh la pakai. Amik filem xray dan bayar. Semuanya RM180. Tp aku tak tau apa end result dia sbb aku tk jumpa balik pun doktor tu. Jadinya bersabo la hingga berjumpa Dr Ghaffar yawww... Mmg cemtu ke atau patut doktor tu gitau la apa sebenarnya. Tp aku rasa mmg takde doktor consult sbb aku dtg situ utk xray je kan. Kalo dia consult harus la kena consultant fee pulak kan.

Result ada la tulis kat kertas report tu. Ada yg lega, dan ada yg tak lega. Tp aku malas nak pikir sgt. Tggu jumpa doktor nati lah. Ada satu term tu aku perlu google lagi. Huhu. Tkpe...buat2 tak tau je dan pergi bercuti cutian dulu nxt week. Tehehehe.

Dah abis, trus ke McD. Lapo. Sbb lunch tak makan. Maklum la..riso kemahin kan. Beli bubur (cea..cam org sakit je) dan Sundae Mango Peach. Sedap oh. Hihi.

Eh. Aku pantang fast food lah. Alamak! cena???

p/s : Pada kawan2 yg meng wish smlm, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Saya sgt2 hargainya. Dan kerana semangat kawan2 tu lah, menjadikan saya kuat dan tak terasa kesakitan tu. Terima kasih kawan. I love uols... 
♥ ❤♥ ❤♥ ❤♥ ❤

Thursday, April 21, 2011

HSG : Debaran Makin Terasa

Sian blog ni.
Takde citer plak kat sini semenjak 2 menjak nih.
Sbb takde lagi citer pasal TTC.
Esuk aku kena pi KPJ.
Appmt utk HSG.
Takut.
Tp takpe lah.
Selagi tak buat selagi tu tatau apa masak elah perut ni.
Nak kata period tak stabil.
Oke je. On d dot tetiap bulan.
Apa kena ah?

Dari tertanya2 baik aku buat je.
Abis citer.

Doakan aku yer kawan-kawan.

*Owh. Rugi malam Jumaat ku.. hahahaha.. tkpe, mlm ni kita 'study' yer supaya esuk tak rasa sakit. Hik hik.

Sunday, April 17, 2011

HSG : Appoinment

15-4-2011

A day after my 1st step at LPPKN.
Call KPJ Tawakal 4 HSG appointment.
Rasa seram sejuk masa nak call. Mula igt nak amik ari Sabtu, tp da full.
So, amik ari Jumaat. Mula nurse tu kata buat la pagi. Sbb kosong.
Tp aku request petang. Sbb aku namo la cuti lagi.
Masuk lewat?? Tak mo lah. Jumaat lagi pun kan.
Buat petang takpe, sbb nxt week ptg pun ada senam seni.
Jadi tak kerja sgt.

Baca feedback org rasa ngilu plak.
Tp bila ckp (chat on FB actually) ngan sorang akak ni, aku rasa lega sket.
Katanya :
xpe,
ida, nnt msa buat hsg tu kene dlm keadaan tenang
rasa dia sama mcm bila kita 'bersama'. klau kita tenag x sakit sgt
tp kalu kita stress mmg sakit


Itu la kata2 yg membuat aku sedikit bersemangat.
Jgn kata dia tatau, sbb dia pun da 7 thn berusaha utk dpt anak.
Memacam dia buat. IUI je 3 kali dah. Tp nasib masih tak menyebelahi dia.
CUmanya skang ni baru dia pregnant. 6 bln dah. Bukan dgn perubatan moden, tp dgn izin Allah SWT.

Tp mudah ke kita nak tenang. Entah. Retu pun masa kena cucuk duk baca
Imej : Google

Doa ni mmg aku amalkan. Tiap masa kalo rasa dlm kesusahan, baca, Insyaallah, dipermudahkan. Aku salu baca kalo bos besar kat atas tu panggil secara tetiba. Ye lah..kang kena marah kang naya je. Hihi.

Jadi utk HSG appmt aku next friday.
Sediakan la duit lagi.
Hurmm...napaknya nak natural TTC tak buleh la kut this month sbb tak bleh bersama sebelum buat HSG tu. Jadi kalo masa tu 'telur' kuar, agak kerugian, tp tak kesah la. Sbb selama ni pun dia tak bertemu ngan rakan dia yg satu lagi tu kan. Sapa suh... haa...skang ko jumpa rakan lain plak yer.. Eh...?? tehehhehe.

Utk persediaan HSG, aku google je. Memacam ada. Tp yg ini agak bagus sket penerangannya.
All About HSG (Hysterosalpingogram)

Pasti Ada Hikmahnya

Mlm tak online.
Mengantuk plak. Tgk cerekarama pun sket2 je.

So, thari ni baru berkesempatan online.
Spti biasa. Harus tgk FB.
Oh. Ada 2 org rakan seopis update status yg sama.
Al-Fatihah utk rakan seopis yg baru kehilangan anak kembar yg dikandung.

Aku baca pun tergamam. Rasa terhenti kejap nafas.
Aku salu pegang perut akak tu. Kadang saja letak perut aku.
"Kak...moga 'berjangkit' kan kak"
Itu lah gurauan ku selalu.

Dia, walo dah ada anak 3, tp napak teruja juga sbb nak menyambut kelahiran baby kembar.
Ye lah, sapa tak teruja kan.

Tp penat lelah mengusung kandungan berakhir dengan peristiwa menyayat hati.
Aku masih taktau penyebab kematian anak mereka, tp dari status tu dan balasan2 rakan lain, baby kembar tu meninggal sebaik saja dilahirkan.
Kata suami "kalau lah ini anak pertama mereka, mesti lagi sedih...."

Tetiba aku terpikir sekiranya aku di tempat mereka.
Menanti utk beberapa lama, kemudian disahkan mengandung, anak kembar, menanti dgn penuh kesabaran, tp sejurus di lahirkan anak tu dah takde. 
Ya Allah.... 

Tp, kembali pada kata2 kekuatan yg aku pegang selama ini.
Allah mmg menduga hambaNya yg Dia tahu kuat utk menghadapi dugaan ni. Allah tahu yang terbaik utk kita. Itu pasti. 

Utk akak tu dan suaminya (mereka berdua juga sama spti aku, kedua2 nya sama bekerja di ofis ni) takziah di ucapkan. Hikmahnya; mereka menanti kamu berdua di 'sana'.

Friday, April 15, 2011

Fokus Pada Harapan Itu

Masa aku tempek artikel berkenaan HSG, ex-osmet aku menegur.
"kekda nk buat ni ke?. Good luck".
Oleh krn dia ni pun dpt baby dlm tahun ke 3 perkahwinan, aku pun mengandaikan la dia penah buat mendalah tu jugak. Aku pun tanya
"penah buat tak ely?. Ramai yg kata sakit"
Maka dia jawab.
"Tk penah buat, jadi tatau"

Aku mcm eh... jadinya dia dpt baby secara natural lah retu.
Aku rasa mcm eh...apasal aku kalut2 sgt kan?

*Aku ni nak ke taknak anak ni?*

Lps tu baca lagi blog2, forum2 org yg TTC.
Ada yg baru setahun kawen da buat suma treatment utk infertelity ni.
Memacam term kuar yg aku pun tak faham.
Baru aku mcm eh... aku rupanya yg da lambat.

Jadi,
*Aku ni nak ke taknak anak ni?*

Lps tu terpikir lagi, thn ni kan memacam aku nak buat.
Aku nak smbg blaja. Aku nak masuk umah baru. Aku nak gi HK.
Suma tu pakai duit. Kenapa tetiba aku boleh ter buat treatment ni thn ni?

Eh.
*Aku ni nak ke taknak anak ni?*

Sebenarnya aku nak mulakan treatment after aku masuk umah baru.
Masa tu aku rasa otak aku pun da clear. Tk pikir itu tak pikir ini.
Last year pun setahun aku biarkan berlalu camtu je kan.
Tp apsal takde angin takde ribut aku buat appoinment ngan LPPKN.

*Aku ni nak ke taknak anak ni?*

Aku sebenarnya tak la sangka prosedur dia laju je.
Aku igt masa aku call nak buat 1st appmt tu tak le dpt trus.
Katakan la masa tu asben tak buleh buat sperm test, mesti aku tak dpt appmt tu.
Tp nak jadikan citer dpt plak kan.
Then utk buat HSG pun aku igt takde la call je trus dpt appmt. Kut penuh ke kan.
Skali, dpt plak trus. Ari pun elok je. Jumaat ptg. Yg mana esuknya trus rehat, tk perlu amik cuti if jadi apa2.
Abis aku baca mcm org dpt lambat je buat semua2 ni. Owh. mungkin masa nak jumpa doktor nati kut. Sbb ada yg kata susah nak jumpa doktor, doktor cuti, itu ini.

*Aku ni nak ke taknak anak ni?*

Owh. Rupanya ini bkn kerja mudah. Teringat sorang teman (ekceli yg turut TTC, dan aku kenal dia dari blog) pernah bagi nasihat "buat solat istikarah, solat hajat sblm nak buat rawatan". Masa tu aku mcm rasa tak perlu kut sbb aku pikir aku mmg nak anak.

Tp bila tgk prosedur treatment camni, aku rasa mmg aku perlukan fokus. Aku da mula tak fokus sebenarnya ni. Sbb aku tak set mind aku yg treatment ni senang je prosedurnya. Aku igt utk satu step ke satu step tu takes few mths. Rupanya within month je memacam kena buat. Ufff..

*Aku ni nak ke taknak anak ni?*

Bila aku da mula ni aku tau, no turning back. Tp aku tak mahu lalui kesakitan, kesukaran. Sbb aku akan mula rasa 'why me?'. Kenapa org lain sng je dpt zuriat? Malahan ada tetiap tahun mengandung, mengandung dan mengandung. Sempurnanya hidup dia?

*Aku ni nak ke taknak anak ni?*

Tp aku tau, ati aku terbuka utk melakukan ni kerana Allah dah tentukan begitu. Itu aku percaya dan akui. 

Tkpe, Insyaallah, lps da 'bersih' nati, aku nak mulakan solat hajat. Aku sedar, aku da byk terlalai. Dulu waktu study, aku tak pernah lupa berdoa sesungguh hati agar setiap sem, result exam aku oke. Maintain pointer. Dan Alhamdulillah, Allah mengkabulkan doa aku yg tu. Masa tu mmg aku rasa 'dekat' dgn Dia. Solat hajat di tgh malam, baca quran lps maghrib. 

Tp skrang.... aku buat yg wajib je. Tu pun di ujung2 waktu. Dulu setiap malam Jumaat slps Maghrib, aku luangkan baca Yasin. Skang ni, kalo tingat pun buat2 sebok. Apa yg aku sebokkan pun aku tatau. Quran pun kadang2 je. Solat sunat... mmg agak jauh. Ya Allah... aku da terlalai kah dgn nikmat mu? Ya Allah...ampunkan lah aku. 

Sebenarnya Allah dah lorongkan jalan utk rezeki ni, tp aku pulak tak yakin. Moga aku tak lalai lagi. Aku percaya hanya Allah yang tahu apa yg terbaik utk hambaNya. Ampunkan hambamu ini Ya Allah.

Utk itu, aku mesti fokus ttg apa yg aku harapkan. Perlu!

HSG : Tinjauan Rambang

“Histerosalpingografi merupakan satu teknik radiografi mudah, untuk pemeriksaan ruang dalaman rahim dan saluran fallopian, yang dilakukan untuk mencari sebab mengapa seseorang wanita itu sukar mengandung atau kerap mengalami keguguran.

“Teknik ini disarankan dilakukan pada hari ke sembilan atau ke 10 dari tarikh hari pertama kedatangan haid atau setelah darah haid benar-benar berhenti.

“Pesakit dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan selepas haid hingga tarikh pemeriksaan dilakukan supaya dipastikan wanita tersebut tidak mengandung ketika pemeriksaan HSG dilakukan,” ujar beliau.

http://www.srikasih.co.cc/2008/10/ujian-hsg-kenal-pasti-halangan.html

Bagi sebahagian kawan aku .. kata HSG tak sakit.. cuma senak, memang betul senak tapi ntah mana silapnya senak tu aku rasakan sakit.


cara dan kaedah telah dijelaskan dlm forum2 sebelum ni..semasa proses2 dijalankan ada rase 'cramp' kat perut..pas2 DR bagi rehat sekejap sebelum dibenarkan balik..selepas ujian HSG mayB akan ada pendarahan sedikit mcm dkt2 nak habis period..

http://ratuhati.com/forum/index.php?action=printpage;topic=378.0

Bagi pemeriksaan ini, anda akan diletakkan dalam kedudukan seperti menjalankan pemeriksaan faraj. Satu spekulum faraj dimasukkan demi membantu pandangan. Satu keteter halus dimasukkan melalui serviks dan kemudian kontras tersebut di alirkan ke dalam rahim. Kontras itu kemudian diikuti untuk melihat sama ada tertumpah dari tiub fallappio di kedua-dua belah. 

http://www.radiologymalaysia.org/Content/2006/Public/FAQs/BM/hsg.html

Dianggarkan lebih kurang 15 hingga 20 peratus daripada wanita-wanita yang telah menjalani prosedur H.S.G.  akan hamil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan berikutnya


Dah dpt appoinment utk HSG next week. Sedang mencari maklumat. Mmg aku lemah lutut benarnya kalo ikut kan bila baca pengalaman org lain, tp artikel tu terakhir tu melegakan aku. Moga moga ada rezekinya kali ini. Aminn.....

p/s : ada sesetgh dipetik dari laman blog kawan2, jika ada rasa kurang selesa sbb di qoute gini, boleh bagitau saya untuk saya disable kan :)

Rawatan : LPPKN - 1st visit

14-4-2011.

Aku pun tak sedar, rupanya ari ni genap 2 tahun 4 bulan kami berkahwin (dan genap juga umur ku 31 tahun 4 bulan). Kebetulan yg cantik skali.
Makanya spti yg dijadualkan aku ke LPPKN, Jalan Raja Laut.
Dari umah cam waktu biasa nak pegi opis, dlm kul 7.30 camtu. Paking di Maju Junction smpai dlm kul 7.45pg. Mmg dkt banget ngan umah aku kan. Sepelaung je. Jalan kaki sket dari Maju Junction tu. Smpai LPPKN terus naik tgkt 6. Naik lif ngan org yg pakai baju batik. Maklum lah, ari Khamis kan. Kut tak, ngan aku skali berbaju batik. Mujur cuti. Ahaks.
Smpai trus ke kaunter, akak2 yg duk kat kaunter dgn ramahnya suh letakkan IC dan amik no. Orang pun masih tak ramai time tu. Us dpt no ni:

Tk lama peh tu dia panggil utk register suma. Masa dia tanya date kawen, laju je aku jawab dgn kompidennya. Ate' tak kompiden ker, da sama ngan date befday aku. Hihi. 
Akak kat situ kata 'ha, bagus ni, mesti buleh cpt dpt anak, ceria je. Ada stgh tu baru daftar je da muram je'. Ye kak, saya ni mmg ceria orangnya, tp tah pesal tak dpt2 lagi anak ni. Hihi. Idak la aku jawab camtu kan. 
Tp derang kat kaunter ni mmg friendly. Datang sorang lagi, 'eh, cantiknya tudung awak dik....ada bunga2 cemni, beli siap ye dik?'. Aku angguk je la..takkan aku nak cakap "Ariani ni kak....yg Wardina modelnya tu kak.. mmg la cantik". Miahahhaha... tp bes. Oke je derang.

Dan suami kena naik tgkt 7, wat sperm test. While me dpt fail gi letak kat bilik blkg. Then ada nurse panggil, amik berat dan tinggi. Weh, giler kentang....berat aku da 50.05kg. Giler!.. Tidak..tidak... dulu nak cecah 40kg pun payah. Ptt la rasa mcm tong gas je skang ni. Giler! Lps tu dia survey sket. Tnya pasal background kesihatan keluarga, hubungan bersama suami, 1st time period dsb nya lah. Tkde menda pun. Then tggu la suami turun balik.

Tunggu punya tunggu tak teturun laki aku ni. Motip? Da dkt sejam okeh. Dia naik dlm 8.30, dkt 9.30 tak turun2 lagi. Then dia call. Buat hal tul la laki aku  ni. Terpaksa aku plak aku naik atas. Ceh!!!.. tp takpe la, setidak-tidaknya aku tau keadaan kat atas tu cena. Ahaks. Da rupa hotel pun ada. Siap ada toilet suma tpt tu. Hihi. Hai la hai...suami... suami.... bikin malu je kat pakcik pembantu makmal tu (agaknya la kut.. mandai je aku kasik jawatan dia).

Lps tu turun balik, suami lak kena soal selidik. Then nurse tu suruh kiterang makan dulu. So, turun jap la tgkt 2. Tetengok da ada lauk lunch. Kuwasa lah kan. Minum jer. 

Bila naik atas balik, tggu jap, nurse panggil utk amik darah. Then dia gitau gak result sperm test tu. Alhamdulillah, sihat sumanya sperm yg ada (dah ko sihat, aktif bergerak, kenapa ko taknak bertemu dgn telur itu?? eiiii).

Lps tu dia suh buat appmt utk HSG. Errkk... selaju ini kah prosedurnya? HSG ni kena buat before 3 Mei. Sbb nxt appmt utk amik darah adalah Day21 iaitu 3 Mei. Dia bagi pilihan nak buat kat Tawakal atau pun tpt lain. Aku rasa aku nak buat kat Tawakal lah. Dkt je ngan umah aku. Tp tgk cena la kan. If penuh payah gak. Dah tu kira dlm nxt week la buat HSG tu. Nxt week aku nak o/station plak. Hurmm... tp bleh adjust kut.

Maka ini lah appointment nya. Hurmm. Tk pernah terlintas di pikiran utk buat semua ni.

Amik darah kali ni asben n wife, tp yg masa Day21 tu amik darah wife je. Uhuks... tak sker. Aku ni sebenarnya penakut tau nak cucuk2 ni. Retu masa amik utk test HIV pun rasa mcm lemah lutut je. Pulak yg ni. Aku rasa mcm byk je dia amik. Nak penuh picagari tu. Nurse tu kata 'tkpe, puan kuat'. Aku rasa nak gelak pun ada. Dia pujuk mcm aku ni budak plak. Tp oke la...nice je nurse tu.  Dia kata lagi, nati kalo pregnant lagi la...tetiap bln amik darah. Yallahh... uwaa..... Tp demi anak, ko tempuh juga lah. Ni pun masih terasa lagi tpt cucuk tu. Huhu.


So, utk 1st time ni. Ini lah bilnya. Patut RM200 je, tp sbb asben tatau jenis darah kena la tmbh RM5. Boleh camtu kan, da umo lebih 32 thn pun still tatau darah apa dlm badan. Heh!

Begitu lah adanya. Aku tnya gak perihal claim. Nurse tu kata, segala resit simpan, sbb nati kemudian boleh claim. Mungkin after jumpa doktor nati kut. Sbb aku baca dlm borang tu, kena ada pengesahan doktor yg merawat, baru leh claim. Oh. Aku dpt Dr Ghaffar (Papaya..kita share doktor.. hik hik). Nurse tu kata "tkpe, Dr Ghaffar oke". Harus la dia kata ok, takkan dia nak kata tak oke plak kan. Aku napak jugak Dr. Hamizah. Nice juga napak org nya.

Jadi 1st day kami berjalan lancar. Kul 11 pagi kami da keluar dari situ. Pegi ke Sogo. Makan.
Gmbr aku makan harus ada, tp takmo bubuh. Da gumuk cam tong gas ni, tkmo bubuh. Ptt la semuanya baju mcm nak pecah skang ni. Ayok....diet..diet...

p/s: Bila smpai sini, kita tau, bkn kita keseorangan dlm menjalani masalah ni. Err...ada yg dtg pada hari yg sama semalam?? hik hik :D

Thursday, April 14, 2011

Rawatan : Segalanya Bermula

Akhirnya....
Alhamdulillah... segala berjalan lancar spti yg dirancang. Terima kasih Ya Allah kerana mempermudahkan urusan ku.
Takde rasa tertekan utk yg pertama ini.
Cuma ada la sedikit.. Just minor problem je. Tp tidak membuatkan aku stress.
Aku tau ini baru langkah pertama.
Byk lagi langkah kat dpn yg akan ku lalui.
Cuma... langkah pertama ini penting utk aku lebih bersemangat utk terus melangkah.

Segalanya akan diceritakan lebih lanjut utk journal ni.

Wednesday, April 13, 2011

Rawatan : LPPKN - Appoinment

13 April 2011

Rentetan dari tarikh ini. First step la tu kiranya. Sbb aku nak tau cemna prosedur dia, maka aku call dulu. Tp tak leh nak wat appmt sbb aku da abis peyed time tu.

So, this is d day. Makanya dgn lafaz Bismillah, aku call.
Line disambungkan terus ke no aku minta.
Mcm biasa, operator deme ni langsung tak greet caller. Heh!. Tp takpe..tak penting pun.
So,bila call aku disambungkan, bunyi macam chaos je di sana.
Jadi aku pun nyatakan la tujuan aku.
Mula mcm tak dpt je appoinment. Tp Alhamdulillah. Dpt utk esuk.
Aku pun tak sangka dpt secepat ini. Tp sebenarnya susah jugak utk buat appointment kat LPPKN ni. Sbb masa nak call on 1st day period tu kita kena tally dgn pengeluaran air mani suami.

Hah.. cena tu??
Kan masa kat entry ini, aku da cerita apa prosedur dia.
Air mani tak buleh dikeluarkan kurang 3 ari dan tak lebih 5 ari.
Ha... susah gak tu. Kut tak, aku tak dpt dah appmt sbb ini.
Tp aku suh dia kira balik. Tetengok dpt.
Bila aku tgh bercakap, sebuk juga org disana bercakap.
Aku dgr dia kata 'amik tpt yg org kansel kan ni'.
Makna ada yg kanselkan appointment utk esuk, dan peluang utk aku.
Alhamdulillah. Terasa dipermudahkan oleh Nya.
Juga semakin sedar, apa berlaku lately hikmahnya utk aku buat appointment ni.

Dah amik cuti juga utk esuk. Memula igt nak hafday je. Tp bila tnya kat CC dia kata cuti je la yang (a'ah CC aku ni mmg sker panggil org 'yang'). So, dia isikan dlm HRMIS. Aku gitau bos. Kena gak la gitau sbb nati aku salu cuti utk dptkan treatment susulan. My dear tatau lagi nak cuti ke tak. If abis awal, dia leh la masuk keja. Aku?? Tkpe la..cuti mak ada 32 ari lagi noks. Hihi. Susah2 kang claim OT retu. OT aku kan dpt cuti gantian jer. Hurmm..

Apa pun, aku doakan yg terbaik saja. Moga aku dapat la jawapan yg hampir 2thn setgh menghantui idup aku. Tp di jauh sudut ati aku, aku nak jadi mcm wanita lain yg senang je dpt zuriat tanpa ada apa2 treatment. Why me????

p/s : Rasa mcm ada rerama je dlm prut. tehehehe
Image : Google

Stain Itu Bukan Stain Lagi

So kawan2 tersayang... terima kasih atas ucapan dan sokongan.
Korang mmg bes!
Tp rakan ku nan satu itu lagi la bes.
Sbb akhirnya beliau berkunjung juga tanpa segan silu.
Itu lah aku da kata, kalo aku mula seyes utk TTC, otak aku ni mesti tune 'peknen kah..peknen kah'. Itu la sbb aku menyampah tu. Baik aku buat biasa2 je.
Tp seyes, tak pernah lagi aku bleeding sikit2 tu sblm period. Mana la aku tak mula menggagau bukan bukan. Hahaha.

Smlm pas opis berdesup ke JJ AU2. Lps beli barang suma masuk Watson. Trus carik la UPT kit tu. Tp Watson tak bes. Tk byk pilihan. Aku masuk Guardian plak sebelah dia je. Hihi. Motip nak carik yg byk pilihan?. Sama je fungsinya kan. Tp kat Guardian byk jugak. Bes. Ada yg murah, ada yg sederhana, ada yg mahal. So, aku amik yg sederhana. Yg seploh inggit. Hihi.

Then tunjuk kat asben. Sbb masa tu dia tggu kat luar je. Katanya 'moga2 pregnant lah'. Aku senyum je. Sbb walo dia tak tunjuk sgt yg dia pun nak anak, tp aku tau dia pun berharap sama. Oh. Tetiba mcm sebak. Huhu. Then aku tnya 'kalo betul, awak nak nazar apa. Belanja pulut kuning?'.
'hurm..kita blanja la derang pulut kuning, suh mak saya buat' kata my dear.

Oh. Tp smpai umah aku check da takde stain. Aku tau itu adalah sahabat baik ku.
Takde la aku kecewa sgt pun sbb aku rasa da mcm takde cuma saja menda tu berdolak dalik je ngan aku kan. Aku je poyo lebih padahal bkn lewat smpai sebulan. Haha. Sila jgn tiru kepoyoan saya ini yew. Bahaya. Hahahah.

Lagipun aku perlukan kehadiran dia jugak utk aku buat appmt ngan LPPKN kan.

So, takpe, mari kita usaha lagi utk bln ni. Apa lagi, cepat la buat BBT chart utk bln ni. Yeay!.


Simpan dulu la stick ni. Napak yg dia tulis 5 tu.
Katanya buleh detect 5 ari sebelum kita dijangka period. Kira mcm leh detect awal lah. Hihi. Tkpe, kita simpan dulu yer. Nati 1 sweet day kita guna yer :D

Dan yey! leh call LPPKN jap gi. Tak usah pening nak ckp bila 1st day period. Cakap je ari ni. Dah, tak perlu pening2. Kita yg buat dia. Apa yg penting... kita enjoiceeee.... 

My TTC WW

Image : google

Tuesday, April 12, 2011

Still Stain

Oke. Aku dah malas nak pikir.
Berita latest. Ia tetap mcm tu. Just stain.
Tnya asben. Katanya beli tester je lah dulu.
Sbb kang kalo nak ke Pusrawi, patblas jam menunggu.
Lambat oh Pusrawi tu. Aku sekali terkena mmg aku igt smpai bebila.

So, jap gi nak beli barang dapo, trus beli tester.
If hampagas jawapannya, maka esuk mlm ke klinik.
Tp nak taknak Pusrawi gak la.
Itu je panel yg ada spital dan buleh buat urine test memalam. 
Lelain kena dtg siang. Kuwasa la kan nak cuti jer.

Lps tu tetiba tingat kesah dak opis ni.
Pagi tu budak tu buat UPT. Positif peknen.
Bila nak sahkan kat spital rupanya ada ketumbuhan.
Trus esuknya jugak kena operate. Tak ke giler tu namanya.
Dan2 tu aku rasa takut nak check kat spital. Huwaaaaa.

Dan satu lagi, yang menjadi permasalahan aku tatau aku nak solat ke tak.
So, aku da gugel. Aku da taruk kat blog kebun stoberi aku sanun.
Mengatakan yg itu bkn haid.

Dan permasalahan juga, sekiranya esuk dia flow cam biasa, cena aku nak call LPPKN?
Cena aku nak tafsirkan 1st day period aku?
Haih.....
Lps tu nati payah aku nak kira menstrual cycle. Seb bek la ada aku da ada termometer suhu tu kan.

Dah tu je. Ni ler aku malas nak TTC secara seriyes ni.
Ni ler masek elah dia. Grrrrr....

Jadi kengkawan, doakan yg bebaik utk saya yer.

Besnya la hai kalo camni... uhuksss
imej : here

Debaran

Dup Dap Dup Dap.
Itu la debaran yg dirasa skang.
Kenapa la beliau buat pangai cemni plak kali ni yer.
Aku rela postpone kan pemergian outstation sbb beliau.
Ari ni napak mcm da byk 'stain'.
But, aku tatau nak classified it either period or other.
Smlm ptg pun camtu. Igt dah mai dah la beliau. Sbb ada stain. Tp smpai pagi tadi nan hado apa2 walo aku da bersedia.

Tggu ptg sket kang.
Kalo takde jugak beliau, aku kena pi klinik la check.
Awat la plak tersekat sekat nih.

Tapi aku tak rasa ia benda lain walo aku harapkan 'miracle'.
Susah tul camni tau........
Sbb tu aku mls nak serius TTC.
Menda2 camni la salunya jadi.
If aku tak pikir sgt2, let's it goes by sure tak jadi camni.
On d dot, elok je flow dia.
Hieeeee....!! geram.....
Image : Google

Monday, April 11, 2011

Kasut Yang Sama

Semakin hari semakin bertambah rakan TTC saya.
Sebelum itu saya nak ucapkan terima kasih kepada blog2 ini :


Traffic Sources

Kerana bila check kat stats traffic sources tertinggi datang dari blog meke ini.
Thanks Eka, S dan Eima :)

Dan terima kasih juga kepada follower baru saya ini :
Noor, yang kawen pada thn 2008 juga
Fika Ashikin, sahabat TTC dari Parit Buntar
AyangAizul, shbt dr blog kebun stoberi sanun
Mrs. Shizni, yg jauh dari Jepun
Irtiyah, shbt TTC yg saya kira paling lama dikenal di alam maya yang saya turut tumpang semangatnya
Lady In Mirror, yg sedang gigih buat treatment

Hampir kesemua follower saya ni berada di dalam 'kasut' yg sama. Sedang berusaha utk menjadi seorang ibu. Moga impian kami akan tercapai. Dan pada yg bukan di dalam 'kasut' yg sama, sekiranya ada entry yg mengguris hati, kami memohon seribu kemaafan sbb tak semua akan memahami apa yg  sedang kami rasai selagi kita tak berada di dalam 'kasut' itu. Sesungguhnya, semangat dan sokongan, itu yg kami perlukan :)

TTC : Implantation Bleeding

Bertitik tolak dari citer ber password dan bila baca kat blog Fika di entry ini, makanya aku pun google lah serata alam petanda2 tu. Ada yg buat aku cuak..cuak..cuak...
Ada pula bagi memberikan 'harapan'.

What are common reasons for bleeding in the first half of pregnancy?

Since bleeding that occurs in the first half of pregnancy is so common (20-30%), many wonder what the causes are besides some of the complications already mentioned. Bleeding can occur in early pregnancy due to the following factors, aside from the above mentioned complications:
    * Implantation bleeding can occur anywhere from 6-12 days after possible conception. Every woman will experience implantation bleeding differently—some will lightly spot for a few hours, while others may have some light spotting for a couple of days.
    * Some type of infection in the pelvic cavity or urinary tract may cause bleeding.
    * After intercourse some women may bleed because the cervix is very tender and sensitive. You should discontinue intercourse until you have been seen by your doctor. This is to prevent any further irritation—having normal sexual intercourse does not cause a miscarriage.
Kredit : http://www.americanpregnancy.org/pregnancycomplications/bleedingduringpreg.html

Sometimes women experience a very scant amount of bleeding in the first two weeks of pregnancy, usually around the time of the expected menstrual period. This slight bleeding is sometimes referred to as "implantation bleeding." Doctors do not know for certain what causes this bleeding, but it may occur as a result of the fertilized egg implanting in the uterine wall.
kredit : http://www.medicinenet.com/vaginal_bleeding/page5.htm

Implantation can sometimes cause a bit of spotting or bleeding, known as implantation bleeding. Implantation bleeding is a small amount of bleeding in the uterus that occurs when the egg implants into the uterus. A specific tissue, known as trophoblast, develops from the fertilized egg and it surrounds it. It is what attaches the egg to the inside of the uterus, and actually eats its way into the uterus. The trophoblast actually pulls the egg to the inside of the endometrium. Trophoblast even invades the mother’s blood vessels and diverts her blood to the fertilized egg. Sometimes, this blood will leak and this causes implantation bleeding.

Thus, it is possible that it can be as many as 7 to 14 days between the time of sexual intercourse and the time that the fertilized egg implants in the uterus.

Kredit : http://www.babyhopes.com/articles/conception-implantation.html

Biar pun mmg ada kena mengena tp aku malas nak terlalu 'berharap'. Lagi pun 2,3 ari ni suppose sahabat baik ku itu akan menjengah. Kita tunggu dan lihat je lah, sbb aku takde tanda2 lain selain itu.
If shbt baik ku datang pun aku bersyukur sbb ada 2 menda yg bakal dibuat dgn kehadirannya :)

p/s : Balik kg retu aku da telan gulai rebung n duyan... huhuhu...

Kredit : here

TTC : Susu Kambing

Satu lagi amalan untuk memperolehi zuriat atau pun utk mengandung, yg biasa aku dgr dan baca adalah minum susu kambing.
Ada yg amalkan bersama kurma yg dah diblend - rujuk entry Irtiyah
Kat opis pun ramai yg jd dealer susu kambing ni.
Ada yg beritahu asben, suh minum susu kambing ni sbb ada yg 'lekat' pas amalkan.
Jadi asben pun beli lah sekotak hi goat ini. Satu kotak ada 15 sachet. Berapa ringgit tah asben beli. Beli kat akak opis ni je.
Imej : google

Tp beliau je lah minum.
Uhuks.
Me??? Nga nga nga... ai mmg tak minum susu ori yg kaler putih.
Tak tau la apsal. Bukan sbb bau ke apa, tp mmg tak buleh masuk lah.
Retu terai rasa sket kat asben. Mmg lah sukar.
Kalo nak tau, susu Anlene pun ai minum ngan milo.
Penah beli yg cekelat tp tak sedap lak rasa dia.

Jadi, mungkin susu kambing ngan kurma oke kut.
Dah habis satu kotak pun asben minum.
Nati nak suh beliau beli sekotak lagi.
Dan nak minum ngan kurma.
Mudah-mudahan adalah rezekinya.

Cuma.... ada terbaca plak kata susu kambing ni panas. Tak sesuai utk org cam kita yg tgh TTC ni. Adehh... tp sebenarnya susu kambing ni lebih byk khasiat dari susu lembu.


Dan google punya google terjumpa plak artikel a.k.a iklan ini -Susu Kambing Al-Khishbun
Ada sesapa penah terai? Mcm bes je bila baca 'resepi' dia. hihi.
Aku ni mmg terai tu nak aje. Nak ngamalkan...... alahai...

Menanti Kehadiran Beliau

Saturday, April 9, 2011

Sharing Something

Ada something nak tulis.
Mungkin perlu buat entry berpassword.
Bkn sbb sesuatu yg 'secret'.
Cuma isi kandungannya tak sesuai utk di public kan.
Nak buat skang ni, blog ni tak di setting kan lagi utk buat entry password.
Tgk kang kalo rajin bleh setting.

Happy Weekend frensss... :)

Friday, April 8, 2011

Kita Ada Kelebihan Sendiri

Hari ni aku nak gebang2 sket (gebang ke bebel??hihi). Alhamdulillah..... ramai kawan baru yg kebanyakannya mmg dalam 'trek' yg sama aku dah kenal. Mmg itu lah tujuan aku dlm mewujudkan blog ni (oh... sapa yg baca blog kebun stoberi tu, mesti rasa lain eh. Aku kat sini agak formal. Tehehehhehe. Aku pun tatau cena ter formal plak bila menulis kat sini. Tehehehehehhe). Jumpa kawan baru, bertukar2 pendapat, berkongsi suka duka.

Smlm masa buat entry 'kita adalah insan terpilih', ramai juga drop komen. Thanks fren. *hugs*. Sememangnya kita insan terpilih. So, sekadar me review komen dari honeylily (yg lelain pun akan di review nati ya..)

honeylily said...
Semoga diri ini juga akan setabah dan sekuat puan...
Ada kalanya macam give up...
Tapi
Ada kalanya macam nak sangat2...
Ada kalanya rase macam untungnya belum ada anak..
Tapi..
Ada kalanya sedih berhari2 tengok anak orang...
Terutama apabila ada insan2 yg mulutnya takde insurans..
Alhamdulillah..hubby sangat supportive..thats more than enough

Honeylily.....
Sebenarnya saya pun tak la setabah dan sekuat yang disangka. (err...toksah duk panggil puan le Honeylily, just panggil je saya Ieda/ Reen.. errr...kak stoberi pun buleh kalo honeylily muda dari saya...tehehehehe)
Kengkadang saya pun down, saya juga selalu upset. Ditambah plak umo saya ni da 2 tahun masuk 3series.=32 tahun. Tp.... saya selalu sematkan 'this is not end of this world'. Takde anak bukan bermakna kita tak boleh bahagia (mmg sepatutnya ada anak pun tambah kebahagiaan). Tp Tuhan itu lebih mengerti apa yg terbaik utk kita. Mungkin ketika ini kita belum sesuai utk menjadi ibu dan bapa. Tp mesti kita pikir, aku da boleh dah jadi ibu,aku dah bersedia apsal plak belum masa lagi
Itu kata kita, tapi Allah lebih mengetahui.
Same goes to me. Saya seorang yg sgt sgt suka berjalan2, pegi sana sini. Makanya ini lah kesempatan yg saya ada. Dgn ditemani suami plak. Mcm Shahora ckp smlm. Rezeki dtg mencurah2 utk dia dan hubby dia lps kawen walo takde anak. Kita mmg kena akur bahawa Allah tak bagi kita rezeki segedebuk suma skali macam tu. Mmg kita down takde anak, tp sedar tak sedar kita diberi olehNya rezeki yg lain. Rezeki lps kawen org kata kan. Bagi sy sendiri, 2x interview utk tukar jawatan (dlmn), tak dpt. Tp thn lps, Alhamdulillah... saya dpt. Thn lps jugak sy dpt beli rumah sendiri. Thn lps jugak saya dpt pergi ke Bandung. Itu lah rezeki saya.

Saya tahu mmg tak suma tu tak menandingi rezeki anak. Iyer, itu tak dinafikan. Tp percaya lah,  rezeki tu lain-lain. Setiap kali saya cerita pasal tpt2 yg saya pegi/ lawati harus ada yg komen 'seronok la ko, aku ni ha,,kalo nak pegi, bkn utk sorang dua nak pikir, nak kena pikir anak2 lagi'. Maknanya, kita takde anak, dia kata kita seronok dpt jalan2, tp kalo kita tgk dia plak, kita rasa dia bertuah sbb ada anak2, tk payah jalan2 pun takpe. 

Tp mmg ada yg dpt suma2 rezeki tu, naik pangkat, suami kaya, anak2 yg comel.  Dulu sy down sgt bila tgk org murah je rezekinya. Saya ni kawen pun lambat. Naik pangkat pun tak. Lebih lagi bila ada yg grad sama ngan saya, tp dpt tu suma. Saya rasa saya paling malang. Tp bila sy tgk perjalanan hidup saya, rupanya mmg Allah ada perancangan terbaik utk saya.

Saya juga semakin kuat bila saya ayah saya meninggal secara mengejut pada thn 2005. Saya rasa itu lah dugaan terhebat utk saya. Sebagai anak bongsu, saya paling rapat dgn ayah. Tp saya tak dpt mengadap dia utk kali terakhir. Saya smpai di kg hanya bertemu jasadnya. Betapa rindunya saya nak bercakap dgn ayah. Smpai skang saya asik tertanya 'mengapa ayah boleh meninggal?' Sbb ayah saya sihat. Mlm sebelumnya saya sempat bercakap dgn arwah melalui telefon. Dan bayangkan jam 5pg saya dpt panggilan ayah dah takde.

Nak kata saya tak susah hati, saya pun susah hati. Tp jgn pikir sgt. Org mcm kita ni terpaksa 'ego'. Mmg la tak baik, tp terpaksa supaya kita tak terus susah hati. Kita jgn pikir sgt kelebihan org, pikir gak kelebihan kita. Kita dapat gi jalan2, dpt suami baik, dpt bos baik, dpt kerja yg baik, dpt duk rumah besar, dan suma2 yg terbaik yg ada pada kita. Yg ada keliling kita.

Mungkin pada pandangan org lain bunyinya macam agak 'arrogant', tp bagi mereka yg dah ada anak, yg dah sempurna lifenya, harap tidak la memandang kami2 ni mcm 'cacat/tak sempurna'. Jgn merendah2kan kami dgn ayat tak pandai main / mandul ke apa ke. Selagi anggap kami begitu, selagi itulah kami terpaksa jadi arrogant.
Walau apa pun, cuma satu je yg kita kena igt- tiada yg sempurna kat dunia ni. Masing2 ada kelebihan sendiri. So, jgn sedih-sedih... jgn gusar-gusar. Org cam kita mmg kena sentiasa positifkan diri. Sementara takde anak, mari kita buat apa yg kita suka. Gunakan masa yg ada. Kalo suka melancong, kita boleh gi  melancong (Cam EKA tu kan.... seb bek je dia keja cikgu, tk leh cuti sesuka ati, agaknya kalo keja cam saya ni, lagi dah kemana2 dah dia. teheheheh). Mcm saya  plak ujung minggu mmg jarang lekat kat umah. Ada je nak gi memana. Sbb saya mmg jenis yg sker jalan2/makan angin.  Tahun ni kami berkesempatan ke Kundasang Sabah, bln Januari (tpt tu sgt bes... sejuk, cantik sesuai tau nak beromantik dan buat anak juga. Eh... Teheheh). Lps tu gi Penang awal bln Februari. Oleh krn bln Mac kiterang sebuk kat tpt keja, maka skang ni tgh mencarik2 date sesuai untuk bercuti lagi. Mungkin 1 Mei ni la. Asben kata PD sudah..tp mcm nak carik tpt lain je. Asik PD...PD.. PD.. Genting Highland pun cam bes kan. Melaka baru pegi bln Nov thn lps. Hurmmmm.... any suggestion frennn???

*maaf sekiranya entry ni kedengaran spti belagak... ni just semangat yg ada utk di share sesama kita. Maaf yer jika ada tersinggung :)

Thursday, April 7, 2011

Semanis Kurma : Rajuk Jiwa, Menanti Permata

Memang kami jarang2 tgk TV9. Jarang sgt lah. Ada tak ada pun waktu ari Sabtu n Ahad je. Nasik lemak kopi O kan.
So, mlm ni tah cemna my dear ter tekan tv9. Tgk HIP katanya. Tp lps tu trus ada rancangan Semanis Kurma. Aku mengaku, aku tak penah pun tgk rancangan ni. Sekali tajuknya
Rajuk Jiwa, Menanti Permata.
Aku terus mcm eh, kebetulan plak.

-Allah tak menguji kita, selain dia tahu kita berkemampuan utk menghadapinya (sebagaimana entry aku sebelum ini)
-Koreksi diri. Mungkin ketika ini bkn masa yg sesuai utk kita menjadi ibu dan bapa. Allah tahu apa yg terbaik untuk hambaNya.
-Tak semestinya takde anak kita tak bahagia. Anak itu adalah anugerah Allah.
-Kepada sahabat handai/kaum keluarga, jangan lah tanya soalan yang menyakitkan hati. Cuba letak diri kita sekiranya berada di tempatnya.Bagi kata-kata semangat

Itu antara pengisian yg aku dpt. Panel dijemput Sharifah Shahora yg dah kawen 2 thn 6 bln (lebih kurang aku lah) dan sorang kaunselor perkahwinan.
Sharifah Shahora; kerana dia mengalami sebagaimana kita, jadi aku amat2 memahami perasaannya. Dia kata pada awal tahun perkahwinan, dia tertekan. Cara dia menjawab soalan yg kata dia mandul dsbnya. Katanya dia seorang yg outspoken (same as me...ngeeee). Jadi kalo ada soklan yg agak baik, makanya jawapannya baik, tp soklan sindir2 (macam yg kata ko tak reti main la ni) harus dijawab dgn jawapan yg seiring dgn soklan tu. Huhu. Tp biasanya kita ni terkedu kan. Tak reti nak jawab macamana.

Lagi kata ustazah tu, jgn terlalu pressure, cari menda lain yg menggembirakan kita. Mcm luangkan masa bersama suami selalu. (ha...ini mmg feveret lah kan, kiterang  mmg salu gi jalan2. Thn ni je tetiap bln jalan-jalan. Bln 4 ni tgh plan nak kemana. Bkn sbb bajet terlebih, tp tu lah..utk menggembirakan hati sendiri).

Tp lagi kesian pada Pn. Nor tu. Dia call la. Smpai teresak2 dia bercakap. Mula tak paham. Rupanya dia nak gitau yg mak kandung dia pun salu bagi tekanan pada dia. Asik tanya pasal anak. Kan..bila kita pikir susah, ada org lebih susah. Aku bersyukur la sbb mak, family rapat, tak penah tnya pun pasal anak. Same goes to family in law. Mak mertua tak pernah persoalkan. Kadang aku je yg jauh hati. Mak mentua aku rilek je cakap 'takpe..blum rezeki'. Smbil tu dia carik2 gak akar2 kayu utk kiterang makan. 

Dan diakhir rancangan, ustazah selitkan ini :
-Jangan putus asa, jangan putus doa
-Ikhtiar boleh, tp jauhi khurafat.
-Banyakkan amalan bersedekah, puasa sunat, solat hajat dll
Doa
-Al-Imran ayat 26, 27 & 38
-Al-Anbiya ayat 89.
(ada di entry awal aku dulu- sini)
Oh. Di awal rancangan ustazah juga menyelitkan agar kita amalkan Surah Al-Furqaan ayat 31. Utk jauhkan segala kesulitan. Baca la lepas solat. Jadikan zikir.
Jadi, jgn terlalu sedih. Pasti ada hikmahnya. Sabarlah.... :)

Rajuk Jiwa Menanti Permata

Rajuk Jiwa,Menanti Permata - Semanis Kurma TV9 skang.
Tatau yg ulang ke apa. Tp aku nak gi tgk. Nati akan di share kan jika dpt sebarang info. :)

Wednesday, April 6, 2011

Kita Adalah Insan Terpilih

Betapa sedih pun kita dengan ujian ni kawan, kita harus sedar bahawa kita adalah insan terpilih. Siapa yg tak mahu rumahtangganya di sinari dengan kehadiran si kecil. Takde seorang pun mengimpikan untuk tidak mempunyai cahaya  mata (tatau la kut kawen mmg taknak anak, tu mmg dasyoottt).
Dulu baru kawen, ada juga ber emel2 ngan sorang kenalan.
Dia kawen beberapa bulan awal. Risau sungguh dia. Mcm da end of d world dia tak mengandung lagi. Jenuh aku nasihatkan, takpe..takpe. Takkk...dia risau jugak.
Sudahnya dia mengandung. Happy dia. Dan aku pun jarang dah berhubung dgn dia. Kenapa? Entah.

Then, ketemu lagi kenalan yg mcm tu jugak. Setiap hari mengadu pada aku perihal kerisauan dia. Kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa tak mengandung. Rasa diri tak sempurna. Rasa tak disayangi mertua dsbnya. Yg ni plak kawen beberapa bulan selepas aku. Pun aku pujuk pujuk. Jgn down sgt. Jgn negative sgt. This is not our end of the world. Tapi tak lama pas tu dia mengandung. Mungkin skang dia dah jadi seorang yg positif kut. Hopefully.

Dan kita, yg masih menanti dan terus menanti, dipilih Allah kerana kita kuat kawan,......kita kuat sebenarnya untuk menghadapi, menanti sesuatu tak pasti. Sbb aku terpikir dgn 2 kejadian kat atas. Bukan aku kata aku lebih tabah dari mereka, tp bila aku bersembang, berbual pasti aku yg lebih positif. Bukan la nak kata aku ni mcm good good, idak... tp aku tak mahu 'kekurangan' ni membuatkan aku rasa mcm 'alamak.... cena kalo aku takde anak, alamak.. nati mertua benci, alamak.... nati laki lari dsb nya'. Come on lah. Walo ko terpaksa berhadapan dgn org yg kata ko 'tak pandai main / benih sambang (oh, ini aku tak penah kena, tp kazen aku ada) / tak sharp shooter or sebagainya', kita kena kuat. Bukan kita tak sempurna, tp kita belum merasa menjadi sempurna. Insyaallah, jika bukan di dunia, mungkin di alam kekal abadi sana.

Utk mendapat anak kita tak boleh terlalu stress, tp kadang aku tgk derang tu lagi kuat stress nya dari aku. Atau aku terlebih positif kut. Haha. Entah.

Apa pun kawan, kita kena kuat sbb kita adalah insan terpilih. Dugaan ini menandakan Allah ingat pada kita. Sebenarnya ini pun peluang, sbb makin kita terduga, kita makin ingat pada Allah. Kalo semuanya sempurna, takut kita ter lalai dgn kesempurnaan dari Nya. Allah Maha Mengetahui. Tp tak salah kita berusaha kan?

Terima kasih utk mereka yg sudi berkongsi dan memberikan sokongan :
Mama.Aysh
Yummy Mummy
bet
cikCha
waniaza

Ada yg saya tk dpt link blog dari profile. So, sekiranya mahu di bloglist dlm list 'Mereka Juga Sedang Berusaha', boleh emel pada saya yer. Sharing is caring rite.

Tuesday, April 5, 2011

TTC : Temukanlah Mereka

Jalan2 tadi. Terjumpa satu yg bes. Antaranya ini.

Tp ini gmbr still. Nak tgk gmbr visual yg ada gerak2? Ada kat sini -Menstrual Cycle

Cena lah keadaan aku sebenarnya yer. Jauh tu kalo nak ikutkan sperm tu kena  'berenang'. Naik bukit turun bukit. Adeh.. awat la korang tak bertemu ah?? Takkan tak pernah berselisih kot. Ke korang buat tak kenal jer? Alahai. Tegur2 la kalo jumpa tu, ke suma berbudi bahasa, memalu nak mulakan langkah, bertolak tolak, sudahnya satu pun tak 'lekat'. Uhuks.
Kredit : Here
Oh Tuhan, temukan lah mereka,
Kredit : Here
Agar aku berpeluang untuk yg satu ini.
Kredit : Here

Aminnnn Ya Rabbal Alamin...

TTC : Pemakanan - Fast Food

Satu perkara yg aku mmg tak boleh elak dlm ber TTC adalah mengelakkan utk makan fast food.
Sgt sgt tak boleh elak.
Dipetik dari sini - babyhopes

Drop the fast food. This doesn’t mean that you can’t hit the drive-thru when you’re trying to conceive. It does mean you need to avoid those typical fast food items that are full of saturated fats, cholesterol and more. If you must hit a fast food joint, go for a grilled chicken salad and go sparingly on the salad dressing. This will be an especially beneficial habit over the long term.
Aku pun banyak da baca yg fast food mmg no no no if kita nak TTC. But how ah? Last week rasanya twice aku makan mendalah fast food ni.

Tak boleh tahan lah kalo duk di bandar Metropolitan yg mmg terdedah dgn benda2 camni. Dah la ada yg 24jam. Menda2 tu suma seolah2 di depan mato den yo ni ha. Takdo dopan mato pun takpo, kol kan yo..dtg lah dia kek mano yg disuruh hanta... aiyarkkk....

Ni pun da terasa rasa nak makan kehepci. Aduhai. Yg ni mmg aku ssh la nak pantang. Adeh... tkpe, aku mesti cuba. cuba. dan cuba.
Kredit : Google

Berapa lama la boleh tahan yer.
Kredit : Edit sendiri

Anak, lihatlah pengorbanan yg ibu lakukan utk mendapatkan mu. (ceaaa...... mcm berkorban nak ke medan perang je. Miahahahahhaha.)

Kredit : Here

Bila tgk wajah secomel ini, mmg boleh kut. (kut la... tehehehehh)

Monday, April 4, 2011

TTC : Sahabat, Ku Perlukan Sokonganmu

Mereka ini juga sedang berusaha gigih untuk mendapatkan apa yg aku juga ingin dapatkan.
Moga usaha kami berhasil dan berpeluang menjadi ibu dan berpeluang mendidik anak untuk dijadikan anak soleh di muka bumi ini.


Terima kasih wahai sahabat yg sudi berkongsi suka duka. Yang sudi jadi follower.... korang juga sebahagian dari sumber inspirasi dalam TTC ini :)

Aitotyati
Puan Su Su dari Aura SuAizal
Eyza
Honeylily

Rawatan : LPPKN Treatment

Date : 22 Mac 2011.

Aku dah lama simpan no bahagian infertiliti LPPKN ni. Tapi entah kenapa, dari dulu aku tak pernah tergerak nak call. Saja, simpan.
Tp hari ini, aku nekad. Aku perlu call sbb aku perlu mulakan. Lagipun, sbg govt servant, aku perlu gunakan peluang ni. Utk info lanjut leh baca entry kat kebun stoberi aku sanun- treatment

Kali pertama call, tiada jawapan. Hanya komputer yg menjawab. Mengatakan operator sibuk. Setelah 10min aku call semula. Ada jawapan. Ceh. Apa punya operator la. Sket pun takde greeting. LPPKN, sila amik berat yer. At least ada 'selamat pagi cik, LPPKN, boleh saya bantu'. Ini aku yg dok hello, pehtu kata sambungkan ke bhgn infertiliti. Tuttt,...tanpa sepatah kata dia trus sambung. Takde budi bahasa budaya kita langsung.
So, bila da ditransferkan ke bhgn infertiliti tu, dpt bercakap dgn seorang perempuan. Aku pun tanya terus "cemana prosedur nak buat rawatan".
"rawatan apa tu?".
"rawatan kesuburan"

Jadi dia tnya  berapa tahun kawen, penah buat tak treatment dan dia mintak sediakan pen n kertas (which mmg ada je, aku da biasa kalo call org mmg standby je pen n kertas).
Jadi dia mulakan.
1) Kena dtg suami isteri. Kalo buleh ambil cuti sbb katanya derang takkan keluarkan MC. Yg boleh pun time slip. Dtg seawal pagi sebelum jam 8pagi kalo boleh. Sbb treatment pertama akan ambil masa setgh hari.
-takde poblem. Amik cuti je. Lagipun umah kami dekat banget dgn LPPKN. Paking saja di Maju Junction.

2) Kena ada RM200 dlm poket (ha..gini la akak tu ckp ngan aku yer).

3) Suami kena simpan air mani dlm tempoh 3 hingga 5 hari sebelum appointment. Tak boleh dikeluarkan dgn apa cara sekali pun. Lebih pun tak boleh. Nati sperma ada yg mati.

Itu saja. Then dia tanya period aku bila. Katanya kena call semula pada hari pertama period utk appoinment. Kena call petang sbb buku appointment katanya ada pada doktor. Darah akan diambil pada hari kedua or ketiga mcm tu kut.

So, itu lah saja. Jadi pada yg berminat nak buat treatment di LPPKN, boleh call trus hari 1st day period. Nati dia boleh bagi trus date appoinment.

Aku tau, mmg lambat nak dpt date appoinment, tp takpe, asal aku ada dpt date pun da cukup syukur. Lagipun byk lagi menda perlu aku settlekan dlm thn 2011 ni. Nak masuk rumah baru, nak apply untuk sambung study, nak pegi jalan2 bulan Oktober nati, so, mmg aku tak perlu rush rush. Apa yg penting aku dpt date tu. Kalo dpt awal, Alhamdulillah....

No. telefon :
03-26937555

Doakan mama ada peluang ye cayang! :)