Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Second Birthday tickers

Friday, April 15, 2011

HSG : Tinjauan Rambang

“Histerosalpingografi merupakan satu teknik radiografi mudah, untuk pemeriksaan ruang dalaman rahim dan saluran fallopian, yang dilakukan untuk mencari sebab mengapa seseorang wanita itu sukar mengandung atau kerap mengalami keguguran.

“Teknik ini disarankan dilakukan pada hari ke sembilan atau ke 10 dari tarikh hari pertama kedatangan haid atau setelah darah haid benar-benar berhenti.

“Pesakit dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan selepas haid hingga tarikh pemeriksaan dilakukan supaya dipastikan wanita tersebut tidak mengandung ketika pemeriksaan HSG dilakukan,” ujar beliau.

http://www.srikasih.co.cc/2008/10/ujian-hsg-kenal-pasti-halangan.html

Bagi sebahagian kawan aku .. kata HSG tak sakit.. cuma senak, memang betul senak tapi ntah mana silapnya senak tu aku rasakan sakit.


cara dan kaedah telah dijelaskan dlm forum2 sebelum ni..semasa proses2 dijalankan ada rase 'cramp' kat perut..pas2 DR bagi rehat sekejap sebelum dibenarkan balik..selepas ujian HSG mayB akan ada pendarahan sedikit mcm dkt2 nak habis period..

http://ratuhati.com/forum/index.php?action=printpage;topic=378.0

Bagi pemeriksaan ini, anda akan diletakkan dalam kedudukan seperti menjalankan pemeriksaan faraj. Satu spekulum faraj dimasukkan demi membantu pandangan. Satu keteter halus dimasukkan melalui serviks dan kemudian kontras tersebut di alirkan ke dalam rahim. Kontras itu kemudian diikuti untuk melihat sama ada tertumpah dari tiub fallappio di kedua-dua belah. 

http://www.radiologymalaysia.org/Content/2006/Public/FAQs/BM/hsg.html

Dianggarkan lebih kurang 15 hingga 20 peratus daripada wanita-wanita yang telah menjalani prosedur H.S.G.  akan hamil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan berikutnya


Dah dpt appoinment utk HSG next week. Sedang mencari maklumat. Mmg aku lemah lutut benarnya kalo ikut kan bila baca pengalaman org lain, tp artikel tu terakhir tu melegakan aku. Moga moga ada rezekinya kali ini. Aminn.....

p/s : ada sesetgh dipetik dari laman blog kawan2, jika ada rasa kurang selesa sbb di qoute gini, boleh bagitau saya untuk saya disable kan :)

9 comments:

Fika Ashikin said...

saye sdh buat HSG! memang serius sakit gile..masa proses tu takdela sakit sgt..nyilu2 jer..lepas setengah jam pastu..hadoii!!!! tp lain org lain sakitnye..tak sama..

E K A said...

adeh....eka taktau la eka kuat cam kekda ke tak nak bt benda2 gini....eka tak ready lg la kekda...seram dengar...tp demi anak...kene gak la...tp bila bila dan bila

ramai yg ckp skt.tu kawan eka yg ckp la...apa2 pun smoga dipermudahkan olehNYA.tak leh minta ubat bius kat situ ke

PUANSTOBERI said...

Fika :

Ada mcm sakit senggugut ke atau lebih truk lagi?
Senggugut tu yg tahap sakit smpai menonggeng kuar peluh sejuk tu la. kalo lebih dari itu mmg akak seriau..

Eka :
Akak pun bukan kuat Eka. Ni pun rasa nak patah balik, tp no turn back dah kan. Akak pun tak sgka secepat ini plak rawatan nyer. terus menerus je. Cena plan nak gi HK ne?? huhuhu T_____T

Fika Ashikin said...

kak stoberi..org len xtau la cmne..tp fika ritu..mmg sakit sangat2 mcm di perah2 rahim ni..sakitnya tak mcm senggugut..tp tahla..perot ni jd cramp sgt..sakit tu mcm..hahah xtau nak ckpla..mmg sakitla..dlm kete smpai meraung..nangis smbil pegang perot..1lgi sbb fika ni xble mkn panadol..alergic! so sblom proses HSG mmg tak telan panadol @ apa2 ubat tahan sakit..tu yg sakit sgt kot..ada mmbe2 yg cadangkan sblom buat tu mkn panadol dlu..so takdela sakit sgt kot..

AiTotYati said...

salam kekda,

Ai baru buat hsg last month. sbb Ai allergik dgn seafood dr ade bagi pil kena mkn 12jam sebelum dgn 2jam sebelum Hsg. pil tu sume ada 16biji.

masa buat tu tu, dr terangkan sume. so kebetulan sbb Ai dah 'study' psl HsG sonang je Dr tu explain, Ai paham.


masa Dr masukkan alat tu je rasa mcm %&&^$$% tapi Ai baca selawat byk2. bile dye mula diinject masuk dlm rahim mmg rasa senang.

paling kelakar rasa mcm nak berak pun ade. tapi kekda jgn risaulah. sikit je. tak sakit mana pun

:D

eyza said...

kekda..
eyza hari tu buat kat h. tawakal... x sakit.. cuma senak sekejap...pastu ok... balik tu bole singgah makan ikan bakar lagi... :) cuma nak tunggu dari satu ke satu prosedur tu lambat sikit.. cam boring jer.... InsyaAllah.. x sakit... ade yang petua, sebelum buat hsg kena telan panadol dulu 2 bijik, baru x sakit... tapi eyza x telan pun.. masa eyza buat h.tawakal masih kat bangunan lama... skrg ni dah tukar bangunan baru... mesti lagi efisen.... Good Luck!

PUANSTOBERI said...

Ai :
adakah ubat yg dimasukkan ber perasa ketam?? hihi.. oke..joking.. ngee..

Hurm..akak tgh studi la ni, pastu pasrah je la. selagi tak buat selagi tu tatau apa masalah dlm perut ni. better buat, pastu dgr apa doktor kata, pastu baru pikir next step. kan???

by d way, maceh yunk :D

AiTotYati said...

salam kekda,

sorry salah taip perkataan *senang, bukan senang tapi senak.

selama ni Ai tak reti sakit senggugut tu camne sbb bila period mmg flow baek aje. ghupanya itule kot rasa senak. masa dye tu mula diinject masuk rahim.

paling best masa Dr stat tunjuk skrin yg ade rahim kite tu. subhanallah kecik je ghupa rahim. tak boleh imagine betapa elasticnye rahim wanita sbb baby kan biasanya 2, 3kg.

oh btw, masa proses Dr nk masukkan alat tu becok je mulut Ai boleh sembang dgn pelatih2nya. Ai buat kt GH. maybe itu satu cara Dr tu nk hilangkan ketakutan Ai.

Insyaallah kekda, takde apelah. yang penting relax (^___^).

oh jgn lupa bw pad sendiri sbb lps habis tu ade sikit bleeding.

mizzura said...

oh..betulla kn b pad la kan..kot2..hehe..