Friday, April 22, 2011

# rawatan LPPKN

HSG : Pemeriksaan @ KPJ Tawakal

22 April 2011.

As per my appoinment made, akhirnya ke Hospital KPJ Tawakal. Jalan Pahang lah utk buat HSG. Oh. Bes la spital ni. Layanan mcm kat hotel lak ku rasa. Pegi kat lobby, smpai kat receptionist, lum sempat bkk mulut nak tnya, dia dah menyapa kita. Senang hati aku tgk. Pulak tu akak receptionist tu siap bawak kan ke tpt nak xray tu. Bawakkan oke, bkn tunjuk arah je. Padahal tpt tu dkt je dr kaunter tu. 

"Abang, saya rasa mcm nak bersalin kat sini je nati. Buleh???"
"Takyah...HKL je cukup"

Miahahahahah. Tp bes oh situ. Dah la spital baru kan. Staff pun napak mesra je. Takde la mcm ada satu tpt tu. Udah la servis me lembap. Tp nak wat cena. Panel katanya kan. Huhu.
Tp kat spital gomen aku tatau la cena kan. Aku pun da lama tak gi spital govt. Sbb kalo takat batuk selsema tu ke klinik panel je. Moga2 spital govt pun skang camni la layanan dia.

Smpai kaunter bhgn nak xray tu terus aku ckp aku ada appmt HSG. Dan berikan dokumen yg nurse kat LPPKN kasik tu. Maka tk perlu tggu lama, trus aku di bawa ke satu bilik. Tk perlu tukar baju, just sarung je baju xray tu. Org yg bawak aku (nurse ke, tp rasa mcm bukan) bagitau 'kain n underwear bkk' (masa tu aku pakai skirt sbb da pakai gi opis. Mls nak salin). Yg underwear tu nak gelak pun ada, ate; kalo idak dibkk nak jolok celah mana lak kan. Hik hik.

Lps tu dia suruh baring atas tpt tu. Mmg berdebar giler lah time tu. Then dtg juru xray (ni aku sesuka je bg jawatan dia. hihi) dia suh aku sign satu dokumen. Sblm tu dia gitau prosedur HSG. Katanya nati nak dimasukkan cecair dye ni (dia tunjuk la botol tu). Rasa sakit mcm senak period pain tu. Lps tu dlm 2,3 ari mungkin perut akan rasa cramp. Mungkin jugak ada demam. Dan bleeding sket. Tp kalo tak berenti atau bleeding pas 2,3 ari call doktor yg buat HSG ni or call Dr yg kat LPPKN tu. Pasal prosedur tu aku da tau la kiranya kan sbb aku duk meng google je pasal tu 2,3 ari ni kan. Ngeee. Thanks to technology :)

Aku sebenarnya tak pernah nak tnya pasal doktor samada lelaki atau perempuan. Tah. Aku redha je. Malas nak bebising sbb kita pun nak buat rawatan kan. Walo ada rasa mcm segan la kalo doktor lelaki. Tp akhirnya Alhamdulillah.....dpt doktor perempuan, Islam. Dr.Sharifah Adila. Semua dipermudahkan napaknya :)

Seterusnya tanpa berlengah doktor tu mulakan operasi. Masa tu memacam ayat quran aku baca.

Alhamdulillah. Takde apa yg menyulitkan. Doktor tu bila nak masuk itu ini, dia bagitau, kata senak sket. Aku pun rilek je. Lps tu terasa mcm eh, apsal mcm sakit je perut ni. Mcm period pain tu. Lps tu ilang. Dan proses tu mmg tak lama. Tgk kat monitor. Doktor tu tunjuk la apa menda tah. Aku pun tak faham. Dia kata napak takde apa2. Normal je. Tp kena tggu gmbr xray after half hour nati. Kejap je. Tk smpai pun 10min dia godek2 tu.

Then kena tggu 1/2 jam. Katanya  nak ke bilik air pun buleh. Tp aku da mcm tak buleh je nak bangun. Bkn sakit. Tp rasa mcm ada cecair je keluar. Tp doktor kata itu la dye yg dimasukkan tu. So, after setgh jam, juru xray tu datang amik gmbr balik (bila amik gmbr ni tingat mcm nak amik gmbr yg suka2 utk masuk blog/FB tu. Yg siap buat peace segala tu. Haha)

Lps tu abis. Ada bleeding ngan cecair kuar gak. Adik juru xray tu kasik mcm pad tu utk cover masa nak gi amik kain. Kalo bawak pad, leh la pakai. Amik filem xray dan bayar. Semuanya RM180. Tp aku tak tau apa end result dia sbb aku tk jumpa balik pun doktor tu. Jadinya bersabo la hingga berjumpa Dr Ghaffar yawww... Mmg cemtu ke atau patut doktor tu gitau la apa sebenarnya. Tp aku rasa mmg takde doktor consult sbb aku dtg situ utk xray je kan. Kalo dia consult harus la kena consultant fee pulak kan.

Result ada la tulis kat kertas report tu. Ada yg lega, dan ada yg tak lega. Tp aku malas nak pikir sgt. Tggu jumpa doktor nati lah. Ada satu term tu aku perlu google lagi. Huhu. Tkpe...buat2 tak tau je dan pergi bercuti cutian dulu nxt week. Tehehehe.

Dah abis, trus ke McD. Lapo. Sbb lunch tak makan. Maklum la..riso kemahin kan. Beli bubur (cea..cam org sakit je) dan Sundae Mango Peach. Sedap oh. Hihi.

Eh. Aku pantang fast food lah. Alamak! cena???

p/s : Pada kawan2 yg meng wish smlm, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Saya sgt2 hargainya. Dan kerana semangat kawan2 tu lah, menjadikan saya kuat dan tak terasa kesakitan tu. Terima kasih kawan. I love uols... 
♥ ❤♥ ❤♥ ❤♥ ❤

7 comments:

E K A said...

oh ... dah buat ae... alhamdulilah ...semua berjalan lancar... mama eka pun dah start bising suh bertindak awal ni ha

su su said...

thankz coz sharing...su pun nak bertindak cergas nieee

Eyzamiel said...

Alhamdulillah.. 1 step dah berjaya diatasi.. InsyaAllah... step yang lain2 akan dipermudahkan oleh Allah... masa eyza buat dulu, tawakal masih kat bangunan lama.. buruk..:)

puanstoberi said...

Eka :
Lega dah rasa. hik hik

Su Su :
Most welkam dear (◡‿◡✿)
Yer..cepat2 la bertindak..semuanya akan oke. Insyaallah.

Eyza :
Lepas gak akhirnya. Insyaallah..yg lelain pun akan dipermudahkan.
Ha..kak dpt bangunan baru. mcm hotel lah. terus sker.. ngeeee
❀◕ ‿ ◕❀

Anonymous said...

owh dah berjaya pun ko buat HSG ek..untung ko dpt doktor pompuan.. aku lelaki weh! sepanjang2 prosedur tu aku tak pandang pun muka dia..SEGAN!!! tapi pikir sb nk anak, redhaa je..sib baik misi2 pompuan duk sebelah aku..so aku pndang muka depa je..heheheh!

darah dah cek?

fadwah said...

k.reen,

kite sama doktor la..saya pun dapat doktor Ghaffar. segan tol mase pegi scan telur hari tu..ingatkan ikut atas je..scan ikut perut rupanya scan ikut bawah...hahaha..maluu..

puanstoberi said...

Che Sue :
As per aku citerkan retu

Fadwah :
sama yer.. hikss :)

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers