Date : 22 Mac 2011.
Aku dah lama simpan no bahagian infertiliti LPPKN ni. Tapi entah kenapa, dari dulu aku tak pernah tergerak nak call. Saja, simpan.
Tp hari ini, aku nekad. Aku perlu call sbb aku perlu mulakan. Lagipun, sbg govt servant, aku perlu gunakan peluang ni. Utk info lanjut leh baca entry kat kebun stoberi aku sanun- treatment
Kali pertama call, tiada jawapan. Hanya komputer yg menjawab. Mengatakan operator sibuk. Setelah 10min aku call semula. Ada jawapan. Ceh. Apa punya operator la. Sket pun takde greeting. LPPKN, sila amik berat yer. At least ada 'selamat pagi cik, LPPKN, boleh saya bantu'. Ini aku yg dok hello, pehtu kata sambungkan ke bhgn infertiliti. Tuttt,...tanpa sepatah kata dia trus sambung. Takde budi bahasa budaya kita langsung.
So, bila da ditransferkan ke bhgn infertiliti tu, dpt bercakap dgn seorang perempuan. Aku pun tanya terus "cemana prosedur nak buat rawatan".
"rawatan apa tu?".
"rawatan kesuburan"
Jadi dia tnya berapa tahun kawen, penah buat tak treatment dan dia mintak sediakan pen n kertas (which mmg ada je, aku da biasa kalo call org mmg standby je pen n kertas).
Jadi dia mulakan.
1) Kena dtg suami isteri. Kalo buleh ambil cuti sbb katanya derang takkan keluarkan MC. Yg boleh pun time slip. Dtg seawal pagi sebelum jam 8pagi kalo boleh. Sbb treatment pertama akan ambil masa setgh hari.
-takde poblem. Amik cuti je. Lagipun umah kami dekat banget dgn LPPKN. Paking saja di Maju Junction.
2) Kena ada RM200 dlm poket (ha..gini la akak tu ckp ngan aku yer).
3) Suami kena simpan air mani dlm tempoh 3 hingga 5 hari sebelum appointment. Tak boleh dikeluarkan dgn apa cara sekali pun. Lebih pun tak boleh. Nati sperma ada yg mati.
Itu saja. Then dia tanya period aku bila. Katanya kena call semula pada hari pertama period utk appoinment. Kena call petang sbb buku appointment katanya ada pada doktor. Darah akan diambil pada hari kedua or ketiga mcm tu kut.
So, itu lah saja. Jadi pada yg berminat nak buat treatment di LPPKN, boleh call trus hari 1st day period. Nati dia boleh bagi trus date appoinment.
Aku tau, mmg lambat nak dpt date appoinment, tp takpe, asal aku ada dpt date pun da cukup syukur. Lagipun byk lagi menda perlu aku settlekan dlm thn 2011 ni. Nak masuk rumah baru, nak apply untuk sambung study, nak pegi jalan2 bulan Oktober nati, so, mmg aku tak perlu rush rush. Apa yg penting aku dpt date tu. Kalo dpt awal, Alhamdulillah....
No. telefon :
03-26937555
03-26937555
Doakan mama ada peluang ye cayang! :)
8 comments:
amin
Salam perkenalan..
Saya pun TTC :)
Khamis ni nak kena ambil darah untuk 21st day period..
Saya punya appoinment 1st tu petang, jam 2. Jam 4 dah selesai. Masa tu ada 2 couples je, mungkin sebab tu cepat kot :)
Puan Su Su :
*Hugs* :))
Papaya :
Salam perkenalan :)
Treatment di LPPKN jugak yer. Boleh la kita sharing is caring together2 yer :)
cayok2..
salam kenal :)
eimma's :
Salam kenal jugak :)
Sesama la kita berusaha yer..
kekda beshnya....dah melangkah ke hadapan.eka je di takuk lama.nak kene heret en somi balik semenanjung la.otherwse ulang alik lah ko dari semenanjung ke sarawak.ponat tu...nanti cite lg taw.proses2 yg kene bt sume tu.thanx for sharing.incase eka nak ke sana leh la jadikan kekda as refernce
EKA :
Rasanya tak perlu buat di LPPKN pun takpe.
Kalo nak treatment kat hosp biasa, akak buleh amik surat rujukan dari klinik kesihatan dulu. then dia akan referkan kita ke mana2 hosp besar.
Terai la cuba buat ke sana.
Or else, Eka terai buat kat swasta dulu. Eka just mintak buat scan je. Tp kena byr sket lah. At least kita bleh tau apa masalah kita :)
Kita ada ramai kawan senasib.. dan sesama kita saling belajar :)
**hugs..**
Salam Pn Stoberi...
Saya pun TTC... baru buat rawatan kat LPPKN 8 April lepas...:-)
Nanti boleh kita share pengalaman masing2 yer...:-)
Post a Comment