Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, October 24, 2011

Rezeki Kita

Kadang2, 
mmg jeles tgk org murah sgt rezekinya tang anak.
Tetiap tahun beranak.
Dalam hati aku - oh. Mudahnya kan. Mungkin tak plan pun nak anak2, tup2 lekat.
Dan ada yg kawen sama date ngan aku, malah lewat dari aku. Dah 2 pun anak.
Rezeki mereka.

Tapi terkadang mendengar meke mengeluh bab kekangan duit, kekangan masa, baru aku tau Allah memang dah tentukan rezeki yg terbaik utk aku.

Hobi aku mmg sker berjalan2.
Nah. Utk tahun lepas dan tahun ni, mmg bleh katakan hampir setiap bulan ada je destinasi kami suami isteri *sampai leh buat fotobook Cuti Cuti Cinta lah. Hikss*
Tahun ni la terutamanya.
Dan diberi peluang utk merasa ke tpt yg jauh sket dari Malaysia. Contoh thn lps dapat ke Bandung n Jakarta.

Impian aku utk ke Disneyland?
Insyaallah, akan terlaksana sedikit masa lagi.

Hutang PTPTN? Alhamdulillah, langsai sebelum duit aku dipotong utk loan rumah.
Beli rumah? Alhamdulillah, walo tak cecah target utk dptkan sebelum umo 30thn, tp da dpt pun.  Walau pun rumah kecik, tak bertanah, dan org lain da nak masuk beli umah kedua, aku tetap syukur. At least ada aset utk diri sendiri. Hasil titik peluh sendiri *tang mana berpeluh sgt tu??*

Cuma target utk mendapatkan Master je belum tercapai lagi.
Tp Insyaallah, rezeki utk itu pasti ada.

Dan juga impian2 utk mendapatkan gajet2 yg melelehkan "ailiyo" juga telah slmt digunakan oleh tangan ini, pada tahun ini.
Juga rezeki utk menambah koleksi2 yg pada otak aku dulu mmg tak masuk akal.

Tak bersyukur lagi? Sombong sgt pada Allah kalo aku still mempersoalkan "kenapa aku takde anak?"

Aku tau, ada je yg bertuah berpeluang memiliki kedua-dua ni.
Maksud aku, rezeki beranak tetiap tahun. Juga rezeki bercuti di dalam dan luar negara.
Tp itu mmg btul2 lucky person la.

Biasa, kebanyakan mmg buat kos lepas esp kalo anak2 da nak masuk alam sekolah.

So, bersyukur dgn rezeki yang Allah tentukan ini.
Bukan lah bersyukur takde anak.
Tapi selepas hampir 3thn ni, aku dah napak kenapa aku masih tidak dikurniakan anak.

Tak lama nati, bila aku da berpuas hati dengan semua ini, tentu Allah datangkan rezeki anak itu.
Semestinya Allah mahu aku berikan yang terbaik dan yg selesa utk si comel itu nanti

Terima kasih Ya Allah atas rezeki dan dugaan Mu ini :)

Sunday, October 23, 2011

Tersadai Sepi

Lama tak menulis kat sini.
Mcm takde citer.
Ada je ekceli. Tp cam malas nak bercerita.
Nenati lah cerita. Hihi.

Treatment pun lama da tersadai sepi.
Tgk la cemana. Biar masuk umah dulu la kut.
Ke buat serampang 2 mata.
Ke camana?

Entah. Nati lah pikir.


Lps 3rd anniversary.

Insyaallah.

Tuesday, October 18, 2011

Perlu Pandai Kawal Emosi

Retu ramai da baca blog Irtiyah pasal status kat FB tu kan.
Dan dia citer ada member dia yg trus tutup FB sbb hal2 mengandung ni.
Aku pun dulu ada rasa camtu.
Tp, lelama aku pikir, takkan pasal tu aku nak kena larikan diri seme menda aku suka.
Tak adil utk diri aku tu.
So, biar.

Tp ari ni, menda camtu kembali lagi.
Bukan aku yg nak tutup FB ke apa.
Aku lak kena remove friend.
Malas nak citer panjang pasal ni.
Bleh trus ke blog pnstoberi je. Sanun citer lebih panjang.
*saja malas nak link*

So, camtu lah.
Aku tatau apa puncanya org tu bleh sentap hanya kerana status aku.
Status aku pun. Bkn status dia.
Lps tu kawan2 aku back up aku.
Trus dia sentap dan remove aku.

Aku mcm eh.
Patut aku yg sentap, sbb dia trus berdesup komen ucap tahniah sbb aku mengandung.
Hilang akal ke hapa?
Selama hari ni, berapa tahun dah jadi friends dalam FB tu, bleh dibilang ngan jari tangan ni je dia drop komen, tup2 ucap tahniah.
Motip?? tolong la bagitau motip ko wahai sahabat?

Kita ni sama je. Ko pun takde anak lagi.
Aku pun sama.
Tp ko suka tak org buat assumption camtu?

Ko tulis entah pasal apa, tetiba ada org reply, tahniah, dah mengandung.
Aku rasa takde TTC yang akan rasa Yey! Yey suka, ada org komen kata aku mengandung *sambil lompat bintang segala*
Dan rasa nak peluk2, nak cium2 org komen camtu.

Hilang akal la kalo suka, rasa nak pelempang lagi ada.

Tapi...kalo tak suka kenapa buat juga?
That's why la kawan2 aku dtg mem back up.
Cakap baby pun ko anggap aku mengandung.
Baby tu barang aku baru beli - baju tu casing dia cheq oii.
Takkan aku nak p habaq camni - nak gi beli casing IPHONE 6S ai lah. Sayang ni baru je beli semalam, nati calar. Huk huk - itu poyo oii..poyo namanya. Mcm aku sorang je mampu bali IPhone 6S tu *sekadar contoh.... baby baru aku tu bkn IPhone yer. Ai tak mampu lagi nak ber Iphone bagai*

Oh. Aku rasa beliau dah ter malu sendiri.
Sbb tu dia trus me remove kan dirinya sendiri, supaya kendian hari tak malu begini.

Satu je aku pelik. Sgt pelik.

Apsal, kita yg berkongsi rasa, tak bleh nak memahami apa yg kawan senasib rasa?
Sengaja tak faham or rasa terancam?
Terancam sbb aku mengandung dulu sedangkan ko tak?

Kemon la sahabat. Kemon... don't be to childish.
Kemon...

Ko sendiri tulis situ aku dan ko sama, takde anak.
So, kenapa la ko buat camtu kat aku.
Kalo ikut kan aku sedih tau ko komen camtu. Tak beberapa minit pas aku publish terus ko komen.
Tp sbb aku sibuk nak beli 'baju baby' aku tu. Trus aku tak balas.

Selama ni tak pernah langsung ko reply status aku, kenapa hari ni ko terus ucap tahniah kat aku.
Ko sebenarnya rasa kecewa kan sbb aku mengandung dulu?
Bleh tak kalo ko berhemah, berlapik tanya apa maksud baby tu.
Ni takde apa2, terus ucap tahniah.
Mana la tak kuar kawan2 aku tu.
Jadi, tgk, bukan aku je geram kawan2 aku pun geram.
Bukan je yg TTC, yg da anak 3 org pun tumpang geram.

Aku malas tau nak panjang2 kan citer FB ni.
Mmg byk buruk dari baik.
Tp aku takmo kerana ini, hilang plak satu hiburan.

Susah kan kita ni. Samada aku terlebih emo *mmg aku tak emo la time tu. Aku update status, lps tu aku takde tulis apa2 dah. tetiba je dia marah kawan aku, lps tu dia remove la kut*, atau..ah, aku takmo cakap org emo. Aku tau dia remove pun ada sebabnya. Jadi, aku hormati hak dia utk remove aku.

Utk kawan tu, aku doakan dia pun cepat dikurniakan zuriat. Dan sekiranya Allah tentukan rezeki dia terdahulu, sikit pun aku tak rasa cemburu, itu rezeki dia. Cuma aku harap, pada masa depan - kalo ditakdirkan dia kena komen macam tu,  harap pandai lah mengawal emosi. Jgn duk remove orang saja. Dari remove remove camtu, better ko ttp trus FB tu. Lagipun bkn ko aktif sgt kan FB tu.

Aku lain citer la. Tmbh lagi skang ni. Solat, tido, makan, mandi ngan berak je tak ber FB. Lelain, pantang ada masa terluang. Huhu. Yes, I admit..I'm FB addicted tetambah da ada smartphone ni. Awww.... *poyo lah ko nih, remove ko kang dari list baru tau. Haha.



Friday, October 14, 2011

Hanya Kerana Allah

Tadi dgr ceramah agama kat opis.

Biasa la 2 minggu skali opis kami ada buat baca Yasin and ceramah agama.
Jemput memana penceramah luar.
Tp reni aku rasa ceramah agak 'luar biasa'
Aku la rasa. Entah selama ni tak pernah rasa mcm tu.

Ada sesuatu yg menusuk "qalbu"
Eceh. Qalbu halanya. Oke. Poyo.

Dgn tajuk Ihsan - Indikator Kecemerlangan, byk yg aku dpt pelajarinya.

Cuma kat sini, aku sharing satu point yg amat menarik.
"buat yg terbaik hanya kerana Allah"

Beliau berkongsi cerita di zaman Nabi *if I'm not mistaken*
Kisah sepasang suami isteri. Suami terpaksa meninggalkan isteri dgn seorang anak yg sakit. Itu lah satu satunya zuriat yang mereka ada. 
Tp tak lama, semasa pemergiannya, si anak meninggal dunia dan jenazah diuruskan jiran. Suami masih tak tahu. Malam itu suami pulang dari kerja. Isteri menyambut spti biasa. 
Suami bertanya "mana anak kita"
Isteri cuma menjawab "dalam lindungan Allah"
Dan mlm itu isteri juga melayan suami seperti yang "sepatutnya". Hanya kerana Allah. Itu lah niatnya.
Dan pagi itu, suami bertanya lagi tentang anak mereka.
Jawapan isteri 
"abang, kalau kita pinjam barang dari jiran kita, dan jiran kita minta semula barang tu, abang bagi tak?"
Suami menjawab
"tentu lah bagi, bukan hak kita"
Isteri menyambung.
"Itu lah yg terjadi pada anak kita, Allah bagi nyer untuk pinjaman, dia sekarang, dia dah ambil semula"

Suami, walau pun pada awalnya macam nak marah dengar jawapan isteri, tp dia redha.
Anak cuma pinjaman dari Allah.

Dan pada akhir citer tu, hasil dari layanan isteri kepada suami hanya kerana Allah pada malam tu, maka lahir zuriat yang baik (aku dgr mcm dia kata jadi pendakwah camtu la).
Sebak sungguh aku masa ustaz tu cerita. Memang air mata mengalir. Tak pernah aku rasa aku sebegini emosi bila mendengar ceramah agama.

Kerana Allah. Ya. Segala apa dibuat harus berpaksi kerana Allah.

Aku terpikir semula usaha2 aku selama ini.
Apakah semua usaha aku ni betul2 kerana Allah?
Atau kerana taknak org mengata lagi, mungkin sbb nak sama cam orang lain dsbnya?
Aku perlu bulatkan hati, muhasabah diri.

Apa saja usaha adalah kerana Allah.
Dan mendapat zuriat adalah kerana Allah.
Insyaallah.


Wednesday, October 12, 2011

Terdesak

Owh. Sekejap je da pertengahan bln Oktober kan.
Selain menghitung jari hari nak gi bercuti, sy hitung hari anniversary juga.
Da dkt. Ada kesedihan dlm kegembiraan.
Ah. Uols pun da sedia maklum kan.
Dah 3 tahun, tp masih belum ber 3.
Apa cer?? *kata orang2 yg tak tahu Qada n Qadar Allah, atau pun tahu, tp saja bebuat tak tahu, sebok nak tau jawapan kita?*


Lama tak bebel2. 
Hari ni rasa nak bebel2.


Ada hikmah di sebaliknya.
Itu pasti.

Dan salah satu hikmahnya adalah dpt berkenalan dgn kamu, kamu dan kamu yg sedang membaca blog ini.
Yang sentiasa ada bila saya rasa mandom, blur, down dan seme yg negatif2 lah.
Juga bila dapat mengeratkan lagi hubungan itu, di alam realiti pula.
Bukankah itu hikmah namanya.
*love uols erat-erat*

Kadang tertanya juga, istimewa ya kita, smpai terpilih utk terima ujian ni.
Berat tau. Bukan mudah menjalani kehidupan suami isteri tanpa anak. Memacam org pikir dan anggap. Kata tak berusaha la itu la ini la.
Mujur kedua2 belah famili tak bising *tp blkg2 tatau la kan, tp aku mmg rasa tak*

Oh. Bercakap ttg usaha.
Cemana treatment aku kat LPPKN ni?
Lama da tertangguh sejak bln 6 retu.
Lupa da aku cena rupa Dr. G tu.

Proceed or not ah?
Aku kalo bleh tamo la trus IUI.


Nak la kalo makan ubat2 dulu ke apa ke.
LPPKN ni nan hado. Ko nak treatment - IUI la jawabnya.

Masa tu baru dia bekalkan segala ubat2an. Termasuk utk jadi doktor sendiri.
Huwaaa... takut giler rasa. 

Aku ada second thought ekceli.
Nak try kat Klinik Hamid Arshat.
Sbb aku tgk adik aku sorang tu da berjaya sbb dia gi klinik tu je.
Lagipun katanya kat klinik dia bagi ubat utk kita try natural dulu.
Kalo tak jadi baru proceed IUI.
Tp tu lah.
Tak bleh la claim, buat nya kena proceed IUI - pitam kejap. 

Lagipun dah ada record kat LPPKN.  Cam rugi lak. Dan bleh claim gak.
Tp hati ni rasa lebih nak ke Klinik HA. Lagipun senang gak sbb valid lagi HSG aku tu retu. Blm 6  bln kan.


So, cemana ah?
Kalo nak g klinik HA, balik HK la aku call appoinment sbb nya mmg takde nak rush2. Tgh nak prepare masuk umah baru lagi kan. Kira sambil2 la.


Hai..memikir option treatment ni sama la cam pikir option pencen gak. Nak smbg 60thn atau tak.
Tp hati aku berat 60thn gak la. Antara salah satu sbb jugak adalah - anak.
Yeps. Kalo aku tak smbg, mungkin nati ada anak aku yg tak abis sekolah (dibaca : Universiti) masa aku da pencen. So, cemana nak survive. Dah tu nyer cena? Umur dah 32 pun masih takde sorang anak. Kurang2 dlm 35 la ada sorang. Dan kalo aku opt pencen 60thn, umur dia 25. Kira just nice la kan.

Dari itu, aku nekad.
Before 35 mesti harus ada seorang at least.
Wahh.. bleh gak gitu kan? Huhu.

IUI ka IVF ka.. tak kisah. Asal ada. 

Sound like terdesak?

Yes, I'm.


Tuesday, October 11, 2011

Hari Bertelur


*ops. ini bkn entry tak senonoh.
*tp entry utk  berkongsi ilmu pada yg TTC-ians
*mungkin boleh dijadikan panduan
*Sumber : http://www.babymed.com/sex-getting-pregnant/frequency-sex-during-6-fertile-days
_________________
Your fertile days are the day of ovulation and the 5 days before that day. Your chances getting pregnant improve if you make love every day during the 6 fertile days.  *pitam nih.tp btul ke hehari? sbbnya masa nak buat SA kat LPPKN pun katanya asben tak leh kuarkan sperm dalam tempoh kurang 3 hari atau lebih 5 hari utk dptkan result sperm yg bbetul berkualiti. Mean - kalo kurang 3 hari mungkin sperm tak matang, atau kalo lebih 5 hari terlalu matang kot - ini teori aku laaaa...*
When trying to get pregnant how often should you have sex? Every day or every other day? Wait for the OPK to become positive? Or when the temperature goes up?
To improve your chances getting pregnant you need to make love on your fertile days. You only have 5-6 fertile days each cycle, the 4-5 fertile days before and the day of ovulation. Making love more than 5 days before the day of ovulation or making love the day after ovulation will not get you pregnant.
Timing Sex and Intercourse
Timing of intercourse is when you try to make love only within a day or 2 of ovulation. The problem with timing is that has never been shown to improve your pregnancy chances. In addition, many women often do not know the exact day that they will ovulate and studies have shown that even in women with regular cycles, ovulation can possibly happen any time.

You are probably not improving your chances of getting pregnant if you wait with intercourse until the ovulation predictor kit the OPK has become positive. The problem with the OPK is that by the time it's positive you may already have ovulated, and sex after ovulation is unlikely to get you pregnant. Waiting until the BBT temperature has gone up is even worse, as the temperature goes up after ovulation.
Frequency of Intercourse
Couples who tried to get pregnant were previously told to have sex once every other day during their fertile days. But studies have shown you can improve your chances if you have sex once a day every day (as long as his sperm are OK) during the fertile 4-5 days prior to, and the day of, ovulation. In those rare circumstances when the man does not have enough sperm (oligospermia), the old rule of once every other day still holds true.
In addition, researchers recommend that the average couple who is trying toconceive should make love regularly 2-3 times a week, every week because you don't know exactly when ovulation happens. *aduhai...kadang datang time aku maleh tu.. once a week pun aku malas. Acena?? 

Sex during fertile days  % Pregnancy
Sex every fertile day37%
Sex every other fertile day33%
Only once during fertile days15%
From: The New England Journal of Medicine (December 7, 1995 -- Vol. 333, No. 23). Allen J. Wilcox, Clarice R. Weinberg, Donna D. Baird
***
Aku salu tgk time kat calendar kat sini. http://www.babymed.com/fertility-ovulation-calendar-calculator
Ikutnya bln ni tepat time aku holiday makcik tu akan muncul. Owh hai... bleh tak ko hold jap. Tp kang kalo ting tong peyed aku, lagi la aku susah. Aduhai nyer punn....

Sunday, October 9, 2011

Pertemuan Itu : Taman Wetland, Putrajaya

~Kami datang dari latar yang berbeza~

~Detik perkenalan hanya bermula di alam maya~

~Perkenalan berbunga menjadi persahabatan~

~Hanya kerana satu persamaan~

~Persahabatan makin erat~

~Dan kita berkongsi rasa~

~Terima kasih Ya Allah kerana menemukan kami~

~Lupakan segala kesedihan melanda~

~Because we have each other~

*Perjumpaan pertama bersama sahabat2 (adik2 benarnya) TTC.
*Tempat : Taman Wetland, Putrajaya.
*Date : 8 Oktober 2011
*Tetap happening walo hanya kami berenam.
*Insyaallah, akan  dibuat lagi sekiranya ada kelapangan.
*Kisah di sebalik tabir - kebun stoberi.

Friday, October 7, 2011

Edisi Memecahkan Ais

Aduhai nyer.....
Kawan2, adik2 ku yg tersayang.
Terasa kebersalahan pulak bila ada yg respond dlm entry 8 Okt tu.
Ada yg kata tatau pasal jumpa jumpa ni.

Sebenarnya idak la nak buat besar2 pun.
Saja nak jumpa2 dulu.
Ala-ala ice breaking gitu. Kenal2, sembang2 santai, bertukar2 citer.

Tp idak la perlu membawa tukul bagai. Hihi.

Nak kata gathering pun idak la sgt.
More to pada santai2 je.
Kira cam sapa ada masa, takde hal apa, bleh la dtg.
And Kekda pun plan ngan sapa yg respond dlm entry ini.

Tapi, kalo ada sapa nak join, bleh je dtg.
Kalo ada masa, jenguk la kami esuk kat Putrajaya.
Kul 3pm.
Antara yg bleh dtg esuk,
Kekda
Zana
Eida
Sue
Yana
Che Bedah
Su
CINTA
CHINTA (oh..kekda kompius tul ngan adik dorang yg nama sama ni. Hihi)
Kazen Kekda yg TTC juga - Norlida

Kami wat simple je. Potluck bawak makanan ringan2 je.

So, sapa leh datang, kecik tapak tangan, talam kami tadahkan. Hihik.

Dtg je lah. Bleh emel Kekda - cikstoberi@gmail.com
utk dptkan no phone Kekda.

Oke. Lagi ramai lagi bes sebenarnya, tp susah nak plan kan, kadang ada hal yg kita tak dpt elakkan.
Dan lagi, moga tak hujan la esuk. Risau sebenarnya.
Tp kalo hujan, plan B - kita gi memana mall, main boling.

Mungkin dgn perjumpaan ini, ukhwah yg terjalin akan menjadi lebih erat :)
Juga pada yg dah berjaya TTC pun, adik2 pun dijemput sama sekiranya ber kelapangan.

Ikhlas,
Kekda.  (motipppp???? muahahahah)

Wednesday, October 5, 2011

Bila? Kenapa?

Dah... dia buat dah..
sendiri carik pasal.
Mencikkk sangattt.


Eh. Kenapa tetiba meroyan?

Gini.

Aku ni mmg tak ramai kawan kat FB esp kawan opis. Maleh.
Sbb nyer, bleh je jumpa kat opis hehari. What 4 nak kawan2 kat FB kan. Further more, maleh ah dak opis nak skodeng2 FB aku. Oke. Tu siri lain.
Tp kadang aku melompat2 juga tgk fren kepada fren aku, yg mana aku tak fren, tp derang tak set privacy pada gambar, dpt la aku tgk jugak.
So, mlm ni tgk FB budak opis.
Ada gmbr dia ngan anaknya.
Comel sgt anaknya. Sangat. Sangat.


Lps tu mula la terpikir. Apa la salah aku, apa la masalah aku. Kenapa la aku takde anak lagi.
Sedangkan org tu kawen tahun 2010 rasanya. Kejap je da ada anak comey.

Apsal aku tak macam org lain????

Mencik la pikir. Serious mencik!
Berapa lama lagi aku nak tggu?

Berapa lama aku harus bersabar?
Kenapa aku tak macam orang lain?
Kawen dpt anak, kawen dpt anak?
Kenapa aku diberikan anugerah 'istimewa' ini?



Bila? Bila? Dan Bila?
Kenapa? Kenapa? dan kenapa?

Aku takde jawapan!!!!


Ya Allah, kadang2 aku juga tak kuat menghadapi dugaan mu ini...............


Tuesday, October 4, 2011

Khasiat Al-Fatihah


*Artikel ini juga aku tepek kat blog sebelah*
----------

Apa yang akan disampaikan dibawah ini adalah sebagaimana tertulis dari buku mengenai rahasia keutamaan surah Al-Fatihah oleh ustadz Musannif Effendie, terbitan AlMadinah.

Tersebut didalam Kitab Al-Fatawish-Shofiyah: “Barang siapa membiasakan setiap hari, membaca Surah Al-Fatihah empat puluh satu (41) kali sebelum shalat subuh dan dibaca bersambung dalam satu majelis, tidak mengenai kefakiran bagi dirinya. Jika dia menanggung hutang, akan terlepas dari hutang-hutangnya dengan ijin Allah. Jika dia menderita penyakit, Insya Allah akan sembuh. Jika badan terasa lemah akan menjadi kuat dengan ijin dan karunia Allah.

Barang siapa membaca surah Al-Fatihah sebanyak empat puluh satu (41) kali sebelum shalat subuh selama empat puluh hari terus-menerus, Jika istrinya mandul Insya allah dapat melahirkan dan dikaruniai anak yang shaleh. Demikian keterangan Imam Al-Hakim didalam kitabnya Asrorul-Fatihah.


Demikian pula jika dihinggapi suatu penyakit yang sudah tidak dapat lagi diatasi oleh dokter, boleh anda coba untuk melakukan amalan dzikir ini selama empat puluh (40) hari sebanyak empat puluh satu (41) kali bacaan setiap sebelum shalat shubuh. Insya Allah akan dikembaikan kesehatannya kepada anda.
Cara mengamalkannya:
  • Sebelumnya bacalah dzikir Istighfar beberapa kali (100 kali lebih baik), kemudian membaca shalawat untuk Nabi Muhammad saw minimal 11 kali (lebih dari itu akan lebih baik).
  • Setelah itu membaca kalimat dibawah ini:
“Ilaa hadh-rati habii-binaa wa syafii-’inaa nabiyyinaa muhammadinil-mushthofaa shallallaahu ‘alaihi wasallam, tsumma ilaa az-waajihii wa ahli baitihi wa zurriyyatihi syai-u lillaahi lahum - Al faatihah.”
Artinya: Kehadirat kekasih kami dan pembela kami, nabi kami Muhammad yang terpilih SAW. Kemudian kepada isteri-isterinya kaum keluarganya serta zurriatnya. Seala sesuatu karena jin Allah untuk mereka semua aku tujukan Al-Fatihah ini.
Kemudian membaca Al-Fatihah satu (1) kali.
  • Kemudian membaca kalimat berikut ini:
“Ilaa arba’atil a-’immatil-mujtahidin Al-Khulafaa-irraasyidiin, saadaatinaa Abii Bakrin wa ‘Umaro wa Utsmaana wa ‘Ali, syai’u-lillaahi lahum Al Faatihah.”
Artinya: Kepada empat pemimpin Mujtahid Khalifah Allah Abu Bakr, ‘Umar, Utsman dan ‘Ali. Segala sesuatu dengan ijin Allah, Al-Fatihah ini aku tujukan kepada mereka.
Kemudian membaca Al-Fatihah satu (1) kali.
  • Kemudian membaca surah Al-Ikhlash tiga (3) kali, surath Al-Falaq tiga (3) kali dan surah An-Naas tiga (3) kali. Baru setelah itu membaca surah Al-Fatihah sebanyak empat puluh satu (41) kali.
Insya Allah segala permasalahan akan terselesaikan dengan ijin Allah berkat keutamaan surah AL-Fatihah.

Suatu keterangan lain tentang khasiat Al-Fatihah pula.

Barang siapa membaca surah Al-Fatihah selesah shalat lima waktu sebanyak dua puluh (20) kali, yang berarti setiap hari membacaseratus (100) kali, niscaya Allah akan meluaskan rejekinya sebagai imbalan dari sisi Allah. Dan menjadi baik keadaannya sehari-hari. Diterangkan hatinya, dimudahkan segala urusannya. Dan dikabulkan permohonannya oleh Allah swt. Serta dikeluarkan dari segala kesulitan. Insya Allah.

* Moga kita mendapat manfaat darinya. Insyaallah.


Monday, October 3, 2011

Plan 8 Okt 2011

Semoga plan kami kami utk 8 Okt ini berjalan lancar.
Utk permulaan ni kita buat ala-ala ice breaking dulu la kan.
(aku mmg terkenan dek game SIM Social - tak abih2 ngan ice breaking nyer. Huhu).

Ada sesapa mao join lagi?

Date : 8 Okt 2011 (Sabtu)
Time : 3pm
Konsep : Pot Luck (tp bawak makanan yg paling simple/senang dan mudah) tp takde paksaan. If tak bawak pun takpe.
Tempat : Putrajaya. Exact location akan dibagitau kepada yg bbetul nak dtg.

Boleh kita berkenal-kenal dgn lebih rapat lagi.
Dan
Bleh kita ber photo shoot juga.

Haha.

Harap2 tak hujan la kan. Skang ni musim ujan. Wisau tul.