Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Penantian 11 Tahun

5:46 PM
Lagi satu cerita yg boleh dijadikan sumber semangat utk kita.
Yang masih lagi ber TTC.
Sentiasa ingat, kita bukan keseorangan dalam menjalani ujian ini.
Ramai. Mmg ramai.
Malahan terlalu lama menanti.
Jadikan lah kesabaran mereka itu sebagai inspirasi utk kita :)

Gambar scan bayi 19 minggu. Umor ibu 32 tahun selama 11 tahun cuba hamil tapi gagal. Alhamdulillah hamil lepas rawatan kita. Scan nampak anak lelaki. Doakan dia selamat hamil dan lahirkan anak soleh.
Kredit : FB Dr Hamid

Bila aku share di wall aku, ada juga yg kata 'untung dia kawen awal, 11 tahun kawen pun masih muda umurnya'. Ya. Aku pun kawen lewat. Genap umur 29 tahun. Pun kalo dikira tggu 11 tahun mmg kata orang tu takde harapan dah.
Tapi.
Takkan kita nak bergoyang kaki menunggu miracle kan.
Teruskan berusaha.
Teruskan mendapat treatment dari memana doktor kalo umur dah mencecah 30tahun.
Memana doktor pun takkan menolak utk membantu kita kalau umur kita dah cecah 30 tahun.
Berusahalah. 
Dari entry yg lepas pun yg dari blog Dr Adilah tu pun, si ibu hamil dalam usia agak lewat juga setelah 21 tahun menanti.

Memang bukan mudah.
Tapi. 
Ini lah pengalaman yg amat berharga untuk kita.
Dan.
Takkan ada pada orang lain.

Diam tak diam aku pun serasa tak percaya yg aku sudah hampir 5 tahun menanti cahaya mata.
Hurmmm...mmg ada tertanya2. 
Memang ada rasa - kalo ada anak pasti nak ke tadika dah.
Tapi. Dah begini ditentukan.

Sentiasa ingat - Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambaNya :)

Thursday, May 10, 2012

Anak Bukan Pertandingan

3:00 PM
Sekadar renungan kita bersama.

Ya. Anak2 bukan satu pertandingan mahupun perbandingan.
Bukan menda yang boleh dibuat berlawan lawan. Anak ko lebih makna dah lawan la orang yg anak baru 2. Terhapa sungguh pemikiran sebegitu rupa.

Dimulakan bila ada yg bertanya pantang anak ke berapa.
Jawab kawan tu anak ke3.
Maka, si kawan yg ada anak 2 berkata (mungkin tanpa sedar) dah lawan dia.
Jadi, jawab si ibu yg baru melahirkan ni - takde niat nak lawan sapa2. Dan aku suka kata-kata selebihnya tu. Dia tak mampu untuk menjaminkan kuantiti = kualiti.
Bagus kan jawapan si ibu yg baru melahirkan tu.

Anak bukan pertandingan.

Abis kita yg langsung (masih) tak berpeluang jadi ibu ini macamana?
Kalah habis?
Tak berguna?
Zero??

Kasihan. Perihal anak pun dijadikan pertandingan kalah dan menang.

Tuesday, October 18, 2011

Perlu Pandai Kawal Emosi

12:25 AM 5 Comments
Retu ramai da baca blog Irtiyah pasal status kat FB tu kan.
Dan dia citer ada member dia yg trus tutup FB sbb hal2 mengandung ni.
Aku pun dulu ada rasa camtu.
Tp, lelama aku pikir, takkan pasal tu aku nak kena larikan diri seme menda aku suka.
Tak adil utk diri aku tu.
So, biar.

Tp ari ni, menda camtu kembali lagi.
Bukan aku yg nak tutup FB ke apa.
Aku lak kena remove friend.
Malas nak citer panjang pasal ni.
Bleh trus ke blog pnstoberi je. Sanun citer lebih panjang.
*saja malas nak link*

So, camtu lah.
Aku tatau apa puncanya org tu bleh sentap hanya kerana status aku.
Status aku pun. Bkn status dia.
Lps tu kawan2 aku back up aku.
Trus dia sentap dan remove aku.

Aku mcm eh.
Patut aku yg sentap, sbb dia trus berdesup komen ucap tahniah sbb aku mengandung.
Hilang akal ke hapa?
Selama hari ni, berapa tahun dah jadi friends dalam FB tu, bleh dibilang ngan jari tangan ni je dia drop komen, tup2 ucap tahniah.
Motip?? tolong la bagitau motip ko wahai sahabat?

Kita ni sama je. Ko pun takde anak lagi.
Aku pun sama.
Tp ko suka tak org buat assumption camtu?

Ko tulis entah pasal apa, tetiba ada org reply, tahniah, dah mengandung.
Aku rasa takde TTC yang akan rasa Yey! Yey suka, ada org komen kata aku mengandung *sambil lompat bintang segala*
Dan rasa nak peluk2, nak cium2 org komen camtu.

Hilang akal la kalo suka, rasa nak pelempang lagi ada.

Tapi...kalo tak suka kenapa buat juga?
That's why la kawan2 aku dtg mem back up.
Cakap baby pun ko anggap aku mengandung.
Baby tu barang aku baru beli - baju tu casing dia cheq oii.
Takkan aku nak p habaq camni - nak gi beli casing IPHONE 6S ai lah. Sayang ni baru je beli semalam, nati calar. Huk huk - itu poyo oii..poyo namanya. Mcm aku sorang je mampu bali IPhone 6S tu *sekadar contoh.... baby baru aku tu bkn IPhone yer. Ai tak mampu lagi nak ber Iphone bagai*

Oh. Aku rasa beliau dah ter malu sendiri.
Sbb tu dia trus me remove kan dirinya sendiri, supaya kendian hari tak malu begini.

Satu je aku pelik. Sgt pelik.

Apsal, kita yg berkongsi rasa, tak bleh nak memahami apa yg kawan senasib rasa?
Sengaja tak faham or rasa terancam?
Terancam sbb aku mengandung dulu sedangkan ko tak?

Kemon la sahabat. Kemon... don't be to childish.
Kemon...

Ko sendiri tulis situ aku dan ko sama, takde anak.
So, kenapa la ko buat camtu kat aku.
Kalo ikut kan aku sedih tau ko komen camtu. Tak beberapa minit pas aku publish terus ko komen.
Tp sbb aku sibuk nak beli 'baju baby' aku tu. Trus aku tak balas.

Selama ni tak pernah langsung ko reply status aku, kenapa hari ni ko terus ucap tahniah kat aku.
Ko sebenarnya rasa kecewa kan sbb aku mengandung dulu?
Bleh tak kalo ko berhemah, berlapik tanya apa maksud baby tu.
Ni takde apa2, terus ucap tahniah.
Mana la tak kuar kawan2 aku tu.
Jadi, tgk, bukan aku je geram kawan2 aku pun geram.
Bukan je yg TTC, yg da anak 3 org pun tumpang geram.

Aku malas tau nak panjang2 kan citer FB ni.
Mmg byk buruk dari baik.
Tp aku takmo kerana ini, hilang plak satu hiburan.

Susah kan kita ni. Samada aku terlebih emo *mmg aku tak emo la time tu. Aku update status, lps tu aku takde tulis apa2 dah. tetiba je dia marah kawan aku, lps tu dia remove la kut*, atau..ah, aku takmo cakap org emo. Aku tau dia remove pun ada sebabnya. Jadi, aku hormati hak dia utk remove aku.

Utk kawan tu, aku doakan dia pun cepat dikurniakan zuriat. Dan sekiranya Allah tentukan rezeki dia terdahulu, sikit pun aku tak rasa cemburu, itu rezeki dia. Cuma aku harap, pada masa depan - kalo ditakdirkan dia kena komen macam tu,  harap pandai lah mengawal emosi. Jgn duk remove orang saja. Dari remove remove camtu, better ko ttp trus FB tu. Lagipun bkn ko aktif sgt kan FB tu.

Aku lain citer la. Tmbh lagi skang ni. Solat, tido, makan, mandi ngan berak je tak ber FB. Lelain, pantang ada masa terluang. Huhu. Yes, I admit..I'm FB addicted tetambah da ada smartphone ni. Awww.... *poyo lah ko nih, remove ko kang dari list baru tau. Haha.



Friday, June 3, 2011

Dah Buat IUI?

5:37 PM 3 Comments
Pagi tadi, update status kat FB, yg lebih kurang berbunyi begini
"Tehee. My dear asben kena tanya 'wife ko da buat IUI?' oleh rakannya yang juga masih belum ada rezeki utk jadi bapa"

Tp seriyes. Aku tak rasa annoying pun bila asben citer kat aku. Lelaki ni mmg jarang citer2 bab camni kat kita kan. Pagi tadi je la asben citer. Ada 2 org da tanya pasal IUI tu. Yg dedua tu pun da lama kawen. Dan dedua pun da try buat IUI tapi tak berjaya.

Nak gelak jugak. Sbb seb bek asben tau apa dia IUI tu kan.
If tak, dia kata I love you la jawabnya. Pulak. Haha.

Maka, dia pun citer la sket2 kat kawan2 dia tu yg kiterang tgh treatment kat LPPKN.
Dua2 kawan dia tu buat kat private. Oke la kan.

Sng kan lelaki ni. Takde la mcm pompuan. Mcm citer aku lepas2 la. Raba perut la, tegur dlm bilik meting lah. Lelaki ni, derang mcm lebih membantu. 

Dan aku pun dpt reply dari sorang kawan. 
Aku pun tatau nak kategori kan jawapan dia ni apa. Tp cam fedap gak la dgn jawapan cliche camni..
"Relex ida enjoy honeymoon dulu...nanti adalah rezeki..."

Hahah. Dia ni tatau berapa kali da aku hanimun gamaknya. Sbb dia pun tak berapa tau susur galur life aku lepas kawen (sbb aku br je approved as friend 2,3 ari lepas)

Tp tak kesah la. Aku pun bukan sker tulis status camtu. Tp saja nak test market. Hahahhahaha.

(da tau test market lps tu fedap lak ngan komen org kang...mmg cam mintak penampo je aku ni. Teeeheee)

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers