Wednesday, February 7, 2018

Tiada Anak - Satu Ujian Atau Satu Kifarah?

8:00 PM
Hari ni berkesempatan "fb-hoping".
Melompat dari satu fb ke satu fb lain.
Dalam erti kata netizen urban zaman sekarang ni - "stalk" lah sbb kita tak kenal orang tu dan orang tu pun tak kenal kita.
Tapi, bukan nak stalk apa pun. Tak kuasa.
Saja nak tgk bila orang dah viral2 ni.
Scroll, scroll, scroll down.
Tetiba terjumpa satu post yg lebih kurang berbunyi
"cara untuk cepat dapat zuriat"
Antaranya.
Jangan suka fitnah orang, jangan perli orang, jangan busuk hati dan semua jangan yang buruk buruk lah.

Terfikir seketika.........

Kita yang lambat dapat anak ni, gamaknya ada yang sangka kita kena kifarah.
Kita lambat dapat anak sebab kita ni busuk hati. Sebab kita ni suka fitnah orang.
Pendek kata sebab kau jahat - sbb tu kau takde anak.
Gitu ke?

Kalau itu lah yang difikirkan oleh masyarakat di luar sana, takpe, kami TTC'ian sedia menerimanya. Takpe.
Biar lah orang yang subur itu fikir begitu. Mereka lah paling terbaik. Tak pernah busuk hati, yang tak pernah perli orang. Memang maksum serba serbi.
Orang lambat dapat zuriat ni lah hati busuk, dengki orang dan sebagainya.

Takpe. Kita yang tahu diri kita.
Biar lah orang kata kita macam-macam.
Kita memang bukan yang terbaik, tapi kita sebagai manusia memang akan berusaha untuk jadi yang terbaik. Menjadi muslim terbaik.
Dan mana mungkin semua orang yang ada anak itu sifatnya maksum.
Kalau itu lah kiraan matematik yg di buat oleh si polan ini.

Tapi,
Bila kita mentafsirkan begitu, pastinya ada yg berkata "eh, kau ni cepat betul melatah, bukan orang cakap macam tu pun"
Dah pulak.
Serba salah.
Ya, being TTC'ian memang begitu lah. Serba salah.
Sedari dulu hinggalah sampai bila pun.
Sentiasa dalam serba salah.

Dear, bercakap memang senang.
Tak kena kat kita. Cuba kena kat diri sendiri, cemna pula.
Pastinya status bertukar
"kenapa lambat dapat zuriat?"
-Kerana Allah sayangkan kita.
-Kerana Allah pilih kita untuk ujian ni.
-Kerana Allah nak kita terus bersabar.

Saat itu, keadaan dah terbalik. Kita pula yang menghukum orang lain busuk hati dsb nya tetapi kita pula insan pilihan untuk ujian ni.

Sering juga terbaca, orang mesti cakap - selalu bersedekah untuk cepat dapat anak. Kadang otak ni macam ter-tune "orang ni kata aku tak pernah bersedekah ke cemna?"
Takde lah kan. Kadang kita dah buat semua dah. Kita dah cuba sedaya upaya dah. Memang takde rezeki.
Takde nya kita nak busuk hati kat sesapa aih. Untuk apa? Apa tujuan?
Nak dengki? Lagi lah jauh sekali. Nak dengki pasal apa?
Nak fitnah orang? Lagi lah merepek ntah hapa.
Don't la. Please, don't.

Bila kita dipermudahkan rezeki untuk beranak, please. Jangan lah fikir orang lambat dapat zuriat ni perangai macam takde pegangan agama. Perangai buruk.
Dan jangan lah perasan diri itu maksum segala sbb tu lah Allah bagi cepat zuriat.
Panjang lagi perjalanan.
Jangan lah eksyen menongkat langit sangat.
Takut nanti, bila jatuh, jatuh terduduk. Sakit sangat tau.


Once being TTC'ian, always be a TTC'ian.
Yang masih berTTC - sentiasa lah berdoa dan memohon dari Allah.
Kita memang bukan terbaik, tapi InsyaAllah kita akan jadi yang terbaik.

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers