Wednesday, May 4, 2011

# rawatan LPPKN

HSG : Sebelum, Semasa, Selepas

Lama dah aku nak publish entry ni. Tp cam takde mood. Tp utk info kengkawan yg nak buat HSG, aku buh la. 
Tp harus diingatkan, pengalaman memasing adalah berbeza. Ini hanya sekadar berkongsi pengalaman yg che puan stoberi lalui dalam merasai 'nikmat' HSG. Mungkin leh jadikan panduan :)
HSG adalah singkatan dari hysterosalpingogram. Satu ujian utk mengesan apa kah sebenarnya berada dlm sistem peranakan kita hingga menyebabkan kita begitu 'istimewa'.
Utk tau pasal HSG ni, just taip je HSG kat google. Beribu ribu info akan dpt. Jadi ni info dari saya ya.
Sebelum
1) Kalo ikut prosedur di LPPKN, dia akan bagi satu surat yg mengatakan kita di refer dari LPPKN. Nurse LPPKN ada la brief sket cemna proses tu.
2) Nurse bagitau sehari sebelum buat HCG adalah tidak boleh 'bersama' dgn suami. Tapi kalo aku baca kat artikel2 kat internet pula dikatakan tak boleh 'bersama' langsung selepas period sebelum buat HSG. Mungkin dikhuatiri, ada ovum melekat dgn sperm pula. Jadi saya mengambil langkah langsung tidak bersama sebaik saja bersih sebelum buat ujian HSG.
3)Dptkan seberapa banyak maklumat tentang HSG.
4) Dari maklumat tersebut akan ada memacam feedback tentang pengalaman HSG esp kesakitan. Ramai yg kata sakit. Tapi sematkan di hati mu bahawa setiap org lain rasa kesakitannya.
5) Maka persediaan mental sebelum ujian ini amat diperlukan. Set ur mind. Kata mungkin kita kena yg tak sakit. Tak sakit. Tak sakit. Ulang2 la seberapa byk pun setiap kali kita teringat kita nak buat HSG
6) Solat hajat sebaik saja 'bersih'. Mohon segalanya dipermudahkan.
7) Oleh kerana akan diuji di bahagian 'tut' itu, maka bersihkan la mana2 yg patut. Agar tak la malu pada doktor nati.
8) Ada yg kata makan panadol 2 hours before nak HSG. Tp saya tak makan pun. Sbb saya nak tau cena rasa sakit tu. Tp saya dah spare gak panadol. If sakit lps buat HSG tu sy terus telan.

Semasa
1) Rileks. Bila da baring atas 'meja' tu, mmg kena rileks. Selawat bebanyak. Baca ayat kursi seme.
2) Bila juru xray tu suh sign borang, dgr penerangan dia. Dia akan gitau kena masuk 'dye' , itu ini. Mengkalo kita da dpt kan  maklumat kat internet maka kita akan rasa faham dgn apa dia terangkan tu.
3) Memula masa doktor nak masukkan alat tu mungkin ada rasa malu. Tp takpe. Tenang dan ikut ckp doktor saja. Doktor akan bagi tau dia nak masukkan alat apa, sakit sket, senak sket. Camtu lah.
4) Ujian tu tak lama. Godek sana godek sini, dlm 15-20 minit siap la. Cuma kena tunggu dlm 1/2 jam utk tgk aliran 'dye' tu.

Selepas
1) Ada sedikit pendarahan. Juru xray akan bagi satu menda mcm pad. Sbb darah turun sket dgn cecair dye yg keluar. Kalo bawak pad, boleh pakai pad. Kalo tak, pakai je pantiliner. Oke dah kut. Tp ingat, lain org lain  hasilnya. Cam saya mmg tak banyak pun darah. Tp pasti berdarah. Biasa la.. ada mendasing masuk situ kan. Memula masa mendasing yg 'itu' masuk pun berdarah gak kan. So, usah gusar. Itu normal. Doktor pun kata gitu. Tp if berdarah berterusan, or pas 2,3 ari ada darah lagi cepat2 gi jumpa doktor ya.
2) Kalo senak lagi, nak jalan pun tak boleh, telan je panadol. Tp saya rasa saya oke. Jadi tak makan la panadol. Makan McD lagi ada. Hihi.
3) Rasa senak mungkin ada. Mungkin leh buatkan kita trauma utk 'bersama'. Biasanya HSG ni ari ke10, kemungkinan bertelur lak ari ke 12-15. Sayang plak telur. Mana la tau, kot sungai telah dibuka luas, mungkin air di empangan buleh mengalir laju. Eh. Macam citer Hikayat Merong Mahawangsa pulak. Hihikkkk.

Maka itu saja. Jgn rasa takut utk buat HSG ni. Sbb kejap je pun. Kalo kita tak buat lagi kita tatau. Dan aku syorkan buat la HSG ni dulu sblm proceed to any treatment. Sbb boleh tau apa masalah, apa tersekat, apa terlekat dan apa tersumbat. Hihi.
Tp terpulang pada tempat treatment memasing gak kan. Cam clerk aku, dia buat kat HUKM. Takde pun katanya HSG ni.
Dan tahap kesakitan juga berbeza. Mungkin pada yg senggugut mcm aku yg tahap peluh2 sejuk, pucat2 lesi dan sakittt giler pada perut akan rasa takde apa kot HSG ni. Doktor yg buat test ni pun bila da abis dia tanya aku 'sakit ke nervous?'. Aku gelak je. 'Nervous kot, sbb saya da biasa senggugut teruk' aku jawab. 'Owh, so ni nothing to u la' kata doktor tu. Hihik.
Seriyes, rasa dia mmg senak mcm senggugut tu. Cramp sket. Tp sekejap. Senggugut tu lagi lama ko. Sari suntuk kadang. Aku kalo da senggugut tu letak losyen halia pedas panas extra tu, tuam dgn air panas, telan panadol then tido. Itu je ubat dia.

So, jgn takut yer. Buat je HSG tu. 
(aku ada tgk keyword kat Nuffnang, ada yg cari 'pendarahan lps HSG'. Jika yg mencari itu mahukan jawapan adakah berdarah atau tak, maka jawapannya mmg ada darah. Byk atau sket terpulang pada penerimaan badan memasing. Yg penting kita rilek... )

Igt yg ni, Insyallah... semua akan oke

Kredit : Here
Demi mu, anak...........

18 comments:

Eyzamiel said...

Kak Reen,
eyza hari tu buat HSG kat Tawakal pun x sakit..cuma senak sekejap jer.. eyza dapat Dr Fatimah (kalau x salah).. soft spoken...semoga 'langkah' kita dipermudahkan..Amin...

chinta... said...

betul tu kak reen...."demi anak" semua kesakitan ditolak ke tepi...

Nana Aris said...

kekda (tgk org panggil kekda, nk panggil jugak..hehe)

mase nana operate cyst haritu doc trus buat dye test..tak tau la camne prosedur die tapi nak check laluan tula jugak..

mase tu dah tentu tak sedarkan diri so tau2 dah siap jela..hehe semoga Allah kurniakan rezeki dalam masa terdekat ni untuk kita semua..Amin

A*nY said...

Kak Reen, TQ 4 da infO yang sangat berguna....
"Wahai anak, besarnya pengorbanan Ibu untuk mendapatkan Kalian...."

aitotyati said...

kekda,

part yg makam McD lepas HSG tu macam sama la plak.

muahahahaha

su su said...

kekda,,,

su ngah plan nak buat.....
mau follow up dgn dr adilah.....
asyik tertangguh-tanguh su nie...
sebenarnya..su penakut sakit hu hu hu

A*nY said...

Kak Reen, TQ 4 da infO yang sangat berguna....
"Wahai anak, besarnya pengorbanan Ibu untuk mendapatkan Kalian...."

puanstoberi said...

Eyza :
Kak Reen dpt doc sharifah. tp yg sign doktor fatimah. tentah org yg sama tak. hihi. tu arr, pasal spital ke sbb kita tak sakit?? ngeee

puanstoberi said...

Chinta :
Tp kengkadang takut gak.. hik hik

puanstoberi said...

Nana Aris :
Leh je panggil Kekda. hihik

Ha.. iyer la kot kan. Ada buat test tu la kot. Apa pun moga ada rezki utk kita dan kawan2 kita ni Nana :)

puanstoberi said...

Anie :
Welkam... moga buleh dijadikan panduan :)

puanstoberi said...

Ai :
Kekda makan bubur Mekdi ngan eskrem peach. alamak..tetiba kecorr... tskkk

puanstoberi said...

Su su :
Buat je.. jgn takut.. tak sakit pun..kejap je cramp. Kena rileks. If stress lagi sakit. So, tenang je yer.. tak sakit lah..
Nati pegi tau :)

papaYA said...

Kenapa lame beb? Aku dulu tak sampai 5 min dia godek, siap soh mengiring ke kiri ke kanan..

puanstoberi said...

Yaya :
5 minit eh? ye la kot. Rasa mcm kejap. tp kang letak situ 5minit mcm kejap sgt plak.
Entah. Lebih kurang tu la.

mag said...

hsg bagi saya x sakit...senak sikit je..insyallah..baca doa je byk2 kan..

Scarlett said...

Salam.. saya pon tgh treatment kt hospital selayang.. hsg test sumer result normal. skrg ni tgh on clomid + hcg shot, da cycle ke 4.. pas cycle ke 6 akn proceed to IUI lak, for 3 cycles..
hrp ade la rezeki.. wlupun rasa mcm da mkin jauh jer impian tu..

Lina said...

Salam,nak tanya selepas buat rawatan HSG ni Dan keluar darah,bolehkah kita berpuasa Dan mendirikan shalat.
Terima kasih

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers