Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, November 16, 2016

Our Precious Rizq Iskandar



♥ jangan putus asa dan terus berdoa.



♥ Rahmat Allah sentiasa ada untuk kita sebagai hambaNya.



♥ bukti kekuasaan dan rahmat Allah.
♥ doa kami dimakbulkan Allah pada ketika usia perkahwinan kami menginjak 7 tahun 6 bulan.
♥teruskan berdoa dan berdoa.
♥sucikan hati dan jangan ada sekelumit pun rasa negatif dalam diri.
♥jika mampu, pergi umrah. Berdoa lah sepuasnya di sana.
♥selain doa untuk diri sendiri, doa lah untuk orang lain juga.


p/s : Pregnancy journey, saya akan masukkan pada bulan2 sebelum ini. Sapa nak baca, buleh la klik entry yang bermula dari bulan September 2015 :)

Saturday, October 22, 2016

IUI Berjaya 2

Sekali lagi, first n foremost, Alhamdulillah..
Terima kasih Allah dengan rezeki ini.
Tu hari dah ada kesah "sebelum IUI"
Kali ni kita share "semasa dan selepas prosedur IUI"

*Persediaan Minda.
Ini sebelum, semasa dan selepas IUI.
Cukup penting. Bukan senang kita nak set minda kita bila dah buat IUI.
Sebelum buat IUI, cari cerita kejayaan IUI.
Biasanya kalau forum oversea byk cerita kejayaan ni.
Sebenarnya dalam TWW tu elok kita 'menyendiri'. No, I mean bukan lah pergi masuk gua memana, lepas tu memencilkan diri. Maksudnya just wait. 
Antara artikel yang ada pengalaman orang berjaya - BFP by IUI
Jangan baca blog orang yg tak berjaya. Carik blog yg berjaya.

*Pemakanan
Bila baca ramai yang cakap jangan makan pedas, jangan makan masam, jangan makan itu, jangan makan ini.
Tahu dak kat oversea, depa siap makan pineapple core lps IUI. Haha. Pitam.
Itu ai tak berani lah. Giler ko. Nanas tu.
Tapi, saya tak strict sgt dalam bab makan ni.

Saya kerap buat jus avocado (blend avocado+fresh milk+coklat). Makan buah delima (memula makan delima buang bijik, rupanya kena kunyah bijik dia ye. Hihi).
Telur dadar/telur mata kerbau memang kerap saya makan.

Apa yang tak makan - laksa (walau ini feveret dan mak nak buat masa raya haji. Huhu. Nanges. Dan mungkin lama juga saya kena pantang laksa ni), lemang (raya haji ada lemang, tp saya takut sbb makanan tu dari dalam buluh, buluh kan sifatnya tajam), ais (sejak mula period utk cycle IUI - minum air suam je), ayam (saya macam ada terbaca jangan makan ayam, tapi tak ingat kat mana dan kenapa. Ayam organik boleh kot. Dalam TWW mmg tak makan ayam langsung lah). Fast food (McD/KFC mmg saya tak makan lama dah).

Orang kata jangan makan pedas - being me, saya mmg tak selera kalau tak pedas ni. Cili padi tu feveret utk tambah dalam masakan. Masa lepas operation laps dulu, dalam 2,3 hari je kot saya tak makan pedas. Lepas tu, saya curi curi makan gak sket sambal tumis ikan bilis. Hehe. Jadi, kesimpulannya mmg saya tak pantang pedas. 2 hari sebelum test upt, saya makan ikan patin tempoyak yang pedas. Siap hirup kuah tu. Masa teringin sungguh rasanya. Beli kat Gobang Maju. Memang la awesome tempoyak situ.
Sebenar, ikut ketahanan badan lah. Dan being moderate. Jangan tibai macam kita takde apa2. Jangan plak kita gi kunyah cili tu. Beragak lah kata orang tu.

*Rehat
Saya cuma cuti masa prosedur, dan keesukannya. Cuma, sbb saya buat sebelum weekend. Jadi, dapat juga lah berehat agak lama.
Itu pun saya takde lah bed-rest je.
Ye lah, masa tu nak raya kan. Tapi, rehat tu adalah. Cuma berpada pada. Takde la makan tido kat katil. 

SELEPAS

*Imiginasi/visualisasikan
Kedengaran macam agak tak berapa nak masuk akal. Tapi, cubalah. Kalau google web omputih pun ada tips ni. Namanya visualization technique "
You simply visualize what is going to happen with the sperm and the egg in your body as the procedure is being performed. Although we are not sure how this works, there has been a bit of research showing that the mind does have power over the body.
[kredit link : iui success tips]
Selepas prosedur IUI dijalankan, malam tu saya asyik tgk utube berkaitan "fertilization". Banyak sgt kat utube berkaitan ini. Atau boleh tgk video 'iui procedure'.
Just imagine yang sperm dan berjumpa dengan telur kita. Sambil tgk, sambil usap perut.
Fikirkan perkara ini sangat simple. Pertemuan ovum dan sperma. Dalam ribuan sperma yang dibasuh tadi mesti ada yg dah berjaya bertemu dengan ovum kan?
Jadi, esuknya pun kita tgk, apa terjadi pada hari kedua fertilization dan hari2 seterusnya. Sehinggalah hari ke 7 dimana penempelan telah berlaku.

*Solat duduk.
Selepas prosedur, ada bleeding. Maybe dari speculum tu.
Jadi, saya solat duduk (utk 2 hari je). Lepas tu macam tak boleh duduk atas tempat keras. Cam kerusi meja makan saya jenis keras tu. Terus je beli lapik span. Baru rasa selesa. 

*Doa
Dalam tempoh TWW ni doa adalah paling utama.
Instead of berdoa "Ya Allah, semoga IUI ku ini berjaya", mohon direct doa "Ya Allah, berjayakanlah IUI ku ini"
Seterusnya kerap solat hajat dan solat taubat.

*Positif
Jika ada bleeding selepas prosedur, jangan cepat bersedih. Jangan tune otak, tak jadi la ni.. dah berdarah. No. Never.
Jika cramp dekat2 nak hari ke 14 tu, jangan cepat down. Jangan ingat period nak mai.
Don't ever think - nak period lah ni.
Juga, fikirkan IUI ini berjaya. Tak kira lah % rendah ke apa ke. Tak payah fikir tak berjaya. Fikir, yg percent rendah berjaya tu lah ada aku. Mesti berjaya. Mesti berjaya.
Jangan tertanya2 berjaya ke tidak. Sabar. Tunggu lah DPIUI 14 - terus check. Ini untuk orang yg periodnya regular. Kalau tak regular, ada jugak cara dia.
So, sabar. Dan positif.

*Keep feet warm
Ini pun jumpa masa google iui success tips - tapi tak dapat detect kat mana dah. Lupa. Tapi, mmg dia ada tulis 'keep feet warm'
Tak tahu apa kaitan, tapi saya tido pakai stokin dalam tempoh TWW. Juga pakai selipar bulu2 dalam rumah.
Bila keluar rumah plak, mmg berstokin, so takde problem yang ni :)

*Remain silent
Sebelum pun kita dah silent kan, masa IUI, lepas IUI pun kita remain silent.
Mana yang tahu, tahu lah. Mana yang tak tahu, biarkan mereka tak tahu.
Berjaya atau tak berjaya, biarlah kita yang handle dulu.
Mereka akan tahu bila sampai waktunya. Sabar ya.
Tak perlu setiap hari update status begitu begini.
Dalam bebanyak yg gembira dengan usaha kita, maybe ada yg rasa tak senang.
So, biar kita berdiam seketika.
For me, mmg tak ramai langsung yg tahu bila date sebenar saya buat IUI. Hanya 2,3 orang je tahu. Selebihnya, depa tahu kita buat IUI, tapi tak tahu bila. Remain silent.


*Terus amalkan pemakanan sihat
Saya terus amalkan minum air suam, tak makan fast food, air gas dll yang tak menyihatkan. Tapi, lps IUI ni tak payah lah kita nak bersenam bagai kan. Biar banyak berehat. Jangan lasak-lasak. Tak payah dah pakai high heels bagai. Just sandal biasa. Kalau terpaksa naik tangga, jln slow slow.


Tuesday, October 11, 2016

IUI Berjaya


Alhamdulillah. Syukur pada Allah.
First and foremost, kejayaan ini adalah dengan izin Allah.
Kita berusaha, berikhtiar, Allah yang tentukan.
IUI ini adalah ikhtiar kita. Yang nyata, Allah datangkan rezeki dengan cara ini. Terima kasih Allah.

Saya akan share apa yg saya buat sebelum, dan semasa menjalani prosedur IUI.
Ini lah bukan "tips berjaya IUI", tapi mungkin ada sesuatu yang boleh kita kongsikan bersama. Kembali kepada paragraph pertama - semua ini adalah rezeki dan izin dari Allah :)

SEBELUM

*Mencari tempat rawatan yang selesa

Antara ketiga tiga tempat rawatan yang pernah saya pergi, KL Fertility Centre adalah tempat rawatan yang paling saya rasa selesa, paling saya suka.
Bukan lah saya katakan 2 tempat sebelum ini tak bagus. Kedua-duanya pun memang bagus. Kalau tidak masakan beratur orang pergi kan. Tapi kat KL Fert, memang saya selesa.
Selesa dengan persekitaran. Selesa dengan layanan doktor, nurses, dan semua staff nya. Tak keterlaluan saya katakan semua staff sini baik-baik belaka. Perjalanan rawatan saya kali ni memang dipermudahkan. Alhamdulillah :)
Selama ni saya tak pernah suka utk appointment, tapi kalau ke KL Fert, saya suka! Nak pergi appmt memang tertunggu2. Seriyes. Secara total, saya rasa berbaloi dengan apa yang saya bayar.
Walau bayaran parking boleh tahan mahal (tp ada diskaun sbb kita buat rawatan), tapi tak rasa rengsa pun.
Jadi, carilah tempat rawatan yang selesa untuk kita. Itu penting utk motivate diri kita untuk buat rawatan. Kita tak rasa terpaksa, malahan rasa seronok je.

*Badan yang sihat.

Sistem badan kita dengan orang yg senang conceive mmg  berbeza. Ada orang kerap makan McD, togok bergelen2 coke, pun takde apa. Malahan, setiap tahun beranak. Tapi kita?
Jadi, kita cubalah perbaiki sistem badan kita. 
Sejak buat operation 'laps' tahun 2013, saya kurangkan makan fast-food/processed food. No more maggi as "stok kot2 lapar tengah malam" kat rumah. No more minuman berpewarna/perisa/kordial/gas. Saya mmg banyak berjuicing. Invest beli slow juicer. KFC, McD pun jarang2. Setahun dalam 2,3kali je. Itu pun kalau betul2 teringin.
Selain tu rajin2 lah exercise. Yang ni saya akui, saya jarang exercise. Ada takde, saya berzumba kat rumah :P.

*Minum air  yang mencukupi

Have to. Nak conceive atau tidak, mmg kita perlu minum air mengikut keperluan badan. Ada kiraan dia, tapi kalau dalam berat biasa2 ni dalam 2liter - 2.5liter lah sehari. Boleh google lah berapa keperluan air untuk badan kita. Air ni boleh je air apa2 pun. Tapi, kalau caffeine ke, air gas ke, kordial ke, kan tak bagus. Jadi, stick to air kosong. Much better. Boleh letak lemon. Takyah la air detox fancy2 tu. Mula mmg excited, lelama...? Baik la taruk lemon slice je.
Mula2 mmg tak biasa, tapi lama kelamaan, badan kita sendiri tahu kita perlukan air. Cumanya saya kurangkan kalau pergi berjalan/outstation. Kuasa jugak asyik ke toilet kan?.
Minum. Minum dan minum. Nak terkencing? Tak mengapa lah. Itu detox semulajadi tu. Biasanya saya akan bawa bekal 2liter air ke office. Habiskan waktu ofis.
Banyak sangat kebaikan minum air mencukupi ni. Rugi sangat kalau tak amalkan.

*Supplemen

Saya akui, saya langsung tak ambik any supplemen lepas setahun saya operation. Kira dalam tahun 2014 tu mmg tak makan vitamin pun. Buat  bodo ja. Hehe. Plus, saya mmg susah makan supplement. Kalau beli pun pastu mesti culas.
And one thing, saya ni mmg bukan jenis yg suka try supplement yang orang2 jual online. Never. Ada lah sekali saya beli. Mahal. satu botol dalam RM100. Dia jenis cecair. Makan la dalam seminggu. Lepas tu takut sendiri. Sbb tgk takde alamat kilang apa. Entah apa bahan agaknya. Saya stop. 
Sehingga lah start treatment dengan Doc Tasha. Lepas dia prescribed kan beberapa vitamin, saya pun jadi displin dan makan dengan teratur. Alhamdullillah. Saya jadikan emak sebagai sumber inspirasi. Emak ada darah tinggi, dan memang sebeban ubat emak kena makan setiap hari. Kalau emak boleh, takkan saya tak boleh.

Jadi, saya syukur jugak lah sbb saya dapat conceive tanpa supplement online atau produk subur seperti yang diiklan di laman sosial =)

*Dekatkan diri dengan Allah

Saya percaya, semua orang buat ini. Tapi terkadang kita ni terkhilaf. Dulu saya acuh tak acuh tentang aurat. Juga culas dalam baca Al Quran. Solat sunat mmg jarang sekali.
Sejak balik umrah (bulan 4), Alhamdulillah saya berdikit2 menjaga aurat. Stokin wajib dipakai (mula memang lah rasa kekok, tapi lama kelamaan dah biasa). Mula pakai handsock. Mula nak jaga aurat dengan sebaiknya. Pergi rumah mertua, pun jaga aurat dengan ipar/biras lelaki.
Saya mula baca Al Quran beserta tafsir. Dan set target, saya mesti habiskan baca Al-Quran beserta tafsir dalam tempoh 4bulan. Berdikit2 lah kata orang tu. Ye lah, kalau target sebulan pun tak guna juga kalau kita buat kelam kabut kan. Biar lah target 4 bulan, tapi mungkin dapat cecah dalam masa 3bulan, 2 bulan.
Ya Allah.. tenangnya hati bila kita memahami ayat Al Quran. Dan bila kita tak baca Al Quran sehari rasa macam ada tak kena. Saya baca selepas Maghrib dan selepas Subuh. Oh. Saya juga bangun awal sebelum azan Subuh (sesuatu yang saya sukar lakukan sebelum ini). Solat tahajud, solat taubat. 
Masa bulan puasa tu hari juga dapat buat amalan di malam Lailatul Qadr. Hingga ada orang perli di IG mengatakan jgn sebuk mencari Lailatul Qadr bila saya up gambar tanda2 Lailatul Qadr. Dia perli melalui IG nya pula. Takpe. Pedulikan. Dia rasa dia bagus sbb hehari baca Al Quran, hehari bertahajud. Kita teruskan berdoa. Mana tahu, mmg ada satu malam tu mmg malam Lailatul Qadr. Kan? 
Solat sunat Dhuha - ini pun banyak membantu. Menambah rezeki. Dengan izin Allah. Tidak banyak, sedikit pasti ada rezeki yg kita tak sangka datang pada kita. Cuba lah.

*Sedekah

Amalan ni pun memang saya percaya semua orang amalkan.
Jadi teruskan. Saya pernah terbaca dulu ada orang buat tabung "sedekah pagi". Saya pun start buat tabung tu. Jadi, bebila asben pergi solat Jumaat, saya kirim. Kalau ada di office buat kutipan, saya gunakan duit sedekah pagi saya ini.

*Doa

Doa. Doa. Dan terus berdoa.
Allah tahu apa terbaik untuk kita.
Yakin lah dengan Allah.

Kalau ada kemampuan, pergi umrah dan berdoa di tempat mustajab di sana.
Saya dapat berdoa di Hijr Ismail dan dalam Raudhah.
Bila dapat masuk tempat2 ni (yang sememangnya sesak), doa lah sesungguh hati kita. Minta la sesungguhnya. Memang sebak rasanya bila diingatkan balik esp masa kat Raudhah. Dengan keadaan bersesak mmg tak rasa dapat peluang bersujud, tapi Allah bantu kita. Dipermudahkannya. Ya Allah.. terima kasih Allah... masa tu lah kita berdoa sesungguhnya.
Termasuk masa lakukan tawaf pun. Doa lah sesungguh hati kita. Masa saie pun sama. Saya tambahkan doa, sebagaimana Siti Hajar yang bersungguh mencari air untuk anaknya Ismail, kita pun mohon lah agar kita pun dikurniakan rezeki utk ada anak juga. Doa lah dimana saja masa kat sana.

Kalau takde peluang utk buat umrah pun takpe. Banyak waktu2 mustajab berdoa, seperti hari Jumaat, petang Jumaat lps Asar, waktu hujan lebat, ketika berbuka puasa. Gunakan semua waktu tu.


*Cuba Positif

Jangan terlampau berfikir kalau...kalau.. kalau.. fikirkan jadi je. Takpe. Tapi, kena pandai kontrol jugak. Jangan terlampau fikir jadi, nanti tak jadi, kita pulak akan jadi down.
Maksudnya di sini, kena positif dan pandai kontrol emosi.
Ini penting. Jangan belum buat rawatan pun dah rasa susah ni..susah.

*Tutup FB

Hehe. Ye, takde kaitan. Tapi, kalau anda orang yg cepat runsing, better deactivated dulu FB. Saya deactivated FB sejak saya menunaikan umrah. Dan sampai sekarang saya dah tak aktif langsung. Ada sekejap saya masuk. Tapi, seriyes, saya dah tak boleh cope apa menda yang ada dalam FB tu.
Tapi, kalau anda orang yg berhati kental, yang tak boleh hidup tanpa FB, takpe lah.. teruskan lah ber FB.

*Be silent

Saya tak tahu samada kaedah ini berkesan atau tak, tapi saya rasa elok kita silentkan seketika pada orang lain berkaitan rawatan kita buat.
Dia camni, ada orang tahu - tahu lah.
Tapi, kalau orang tak tahu, tak perlu lah kita heboh2kan.
Kita tak tahu, dalam ramai2 yang suka tgk kebahagiaan kita, terselit juga orang yang tak suka tgk kegembiraan kita. So, remain silent. Esp di laman sosial. Di laman sosial bukan semua orang kenal kita. Kenal kita melalui gambar2 dan sedikit cerita kita. Selebihnya, kita pun tak tahu hati dia, dia pun tak tahu hati kita.
So, remain silent.
Tapi, bos kena bagitahu lah sbb kita banyak nak kena minta keluar waktu office pada dia. Untuk ini saya amat berterima kasih juga pada boss saya yang banyak membantu.

Semua ni kita perlu lakukan sebelum kita decide utk buat rawatan lagi. Tak kesah lah IUI atau pun IVF. Kalau takde rasa nak start treatment pun, buat lah juga. Perbaiki diri, perbaiki hati.


Tuesday, October 4, 2016

14DPIUI : Keputusan

*entry2 selepas ni mostly adalah cerita "throwback" dari last year. Harap maklum.
Hihi.
Entry ini adalah kesinambungan dari entry ini [iui procedure]

14DPIUI bersamaan CD29 - 7 Okt 2015.
Biasanya AF akan menjelma pada hari ini. Atau semalam. Atau CD27 lagi.
14DPIUI penanda aras berakhirnya penantian Two Week Wait.
Yiehuu.

Tidur macam biasa. Tapi terjaga jam 4.30pagi.
Bangun dan terus capai UPT. 
Masuk bilik air terus buat test.
Apa pun keputusan kami terima Ya Allah.
Tapi, hati kuat mengatakan positif, positif, positif.
Berdebar debar masa celup test tu.
Dan tak perlu tunggu lama, terus nampak result.


Yang + tu keluar dulu. Laju, jelas je terus ada line menegak tu.
Kalau ikut step Clear Blue ni, akan keluar line pada control window dulu (yang kecik sebelah tu).
Tapi, yang muncul adalah line + di result window.
Jelas. Terang. Tanpa perlu rasa ragu.
(tapi, masih ragu sbb kat kotak kata kena keluar line control window dulu. Haha)
Beberapa saat baru lah keluar line pada control window.
Tapi, kalau ikut logic, urine lalu result window dulu kan?
Hehe.
Lelaju kejut DH. 
Dia pun lagi cam blur blur kan.
Shock. Excited. Semua ada.

After 6 years n 10 months, ini lah kali pertama dapat + line.
Ya Allah....

Tapi, tak mahu terlalu excited. Sbb ada terbaca, kemungkinan boleh dapat + result dari HCG trigger yg kita pernah ambil before IUI dulu. But... itu dah berapa hari dah. Takkan tak hilang lagi kan.
So, we decide utk terus buat Beta HCG Test kat KL Fertility. Tak sabar tunggu siang. Nak call klinik.

Dah habis gigil, shocked apa semua, amik wudhu, terus solat tahajud, solat hajat lepas tu tido balik. Tapi, mmg tak dapek la nak lena kan. 

Pagi tu pergi kerja dalam kul 8.30 pagi terus call klinik.
Sebelum tu dah fikir2 cemana nak cakap ni. Haha.
Tapi,bila dah call tahu la cakap cemna.
Nurse terus suruh datang. Buat blood test - beta hcg test.

Sampai klinik, nurse kat kaunter dah kenal pun. 
Terus dia ambik buku dan bawak ke dalam.
Ingat kot jumpa doktor hari ni. Rupanya tak. Just buat blood test. Hari ni pun klinik tak ramai orang. Aman damai je.

Nurse bagitahu, result dapat lepas 3 jam. Takkan nak tunggu. So, dia kata takpe, jangan "paksa". Maksudnya jangan lah nak tunggu jugak kan. Nurse chinese. Ikut bahasa dia translate lah kan. But, takpe.. Ai tak kesah. Nurse kat sini semua bebaik sangat. Selesa sungguh.
Nurse tgk gak upt test. Dia kata cam confirm.
Dia kata boleh balik n nanti dia akan call lepas dapat result. If bacaan tak bagus, kena amik lagi sekali test. Sokay lah.
Lepas tu set appointment untuk jumpa doktor.

Buat bayaran dulu. Person in caj kat akaun tu pun turut tgk UPT. Dia kata confirm ni.
Hehe. Takut tau. Dia kata clear blue biasanya mmg result 100% accurate.

So, turun kat 4th floor. 
Yey! Suka. Kat lab ni kan ada auntie baik hati yg ambik darah.
Masa masuk, dah ada sorang tgh ambik darah.
Sesambil tu dia beramah mesra. Dia patient Dr Prashant. Buat IVF. Dia kata kalau nak buat IVF ambik lah Dr Prashant sbb tangan dia 'miracle'. Hehe. Dia umur dah 40++. Cam orang serani camtu lah.
Takpe lah kan. Itu kepercayaan dia. Bagi kita, cukup bagus kalau dapat doktor muslim dan lebih utama, perempuan. Alhamdulillah. Tapi, kalau takde, kita pun tak kesah kan memana doktor.

Okay lepas tu ambik darah.
Settle. Balik rumah.

Dalam kul 1.00 pm, nurse call.
Dia kata Beta HCG reading dalam 200.
Siap tanya pada dia "confirm lah pregnant?"
Yes, dia kata. Nanti datang untuk appointment je lah.

Ya Allah.. Syukur Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah.
Sesungguhnya Allah akan bagi bila Dia tahu masa yang paling sesuai utk kita. 
Syukur..syukur..syukur..
Solat zuhur, terus buat sujud syukur.

Next appoinment 23hb. Lagi berdebar nak tunggu ni.
Sbb masa tu dah boleh scan.



Apa pun syukur. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Moga segala urusan dipermudahkan.

*4week1day :)
Kos :
Blood test : RM100.00
Duphaston : RM128.00
Total : RM228.00

Monday, May 23, 2016

Teruskan Usaha, Teruskan Berdoa

Macam dah lama tak menulis panjang2 dalam blog ni.
Lps baca beberapa blog TTC'ian lain, baru saya macam terpanggil untuk menulis pula.
Masalah saya dalam ber-TTC ini tidak lah sehebat mereka sebenarnya.

Mereka itu memang kuat.
Tapi, mmg itu janji Allah, kan?
"Allah menguji hambaNya, mengikut kemampuan hambaNya"

Kisah PCOSer.
Kisah period yang haywire.
Kisah berkali kali menjalankan IVF.
Kisah berkali kali IUI.
Kisah menelan berbagai jenis ubat.

MasyaAllah. Mereka ini mmg kuat.
Memang luar biasa ketabahan mereka untuk menjadi ibu.
Kerana itu lah, saya mohon, janganlah disakiti hati mereka ini. Janganlah ditanya soalan2 berkaitan anak. Perjalanan mereka ini, takkan terjangkau oleh orang biasa. Mereka ini luar biasa.

Kisah saya hanya separuh dari kisah mereka.
Atau mungkin suku sahaja.
Saya bukan PCOSer.
Period sangat sangat regular.
Tak pernah teruk2 menelan ubat itu ini.

Bak kata orang, saya hanya TTC biasa. Yang hanya ada pengalaman sebagai TTC. Tapi, sekali menjadi TTC'ian, selamanya kita akan rasa perasaan itu.

Kepada mereka ini, saya doakan urusan mereka dipermudahkan.
Teruskan berusaha, teruskan berdoa.
Allah akan bagi pada masa yang terbaik.
Hikmah disebalik apa berlaku ini, kita makin dekat dengan Allah. Percaya lah.

Oh ya, rentetan dari plan nak buat discussion dengan Dr Tasha beberapa bulan lepas, saya dah ada small group TTC ni. Boleh dikatakan support grup juga lah. Walau discussion tu tak jadi atas kekangan masa, tapi kami sentiasa berhubung dan saling support.
InsyaAllah.. kita sebarkan positive vibe sesama kita. Kerana hanya kita yang faham perasaan "kita kita".
Mereka juga majoriti nya ada PCOSer, which is saya sendiri kurang ilmu berkaitan PCOS ni. Jadi, mereka ini juga saya kategorikan kuat.

Utk rakan-rakan, adik-adik dan semua TTC'ian, jangan sesekali putus asa.
Allah Maha Pengasih. Maha Penyayang.
Teruskan berdoa :)


Friday, May 20, 2016

Salam Nisfu Syaaban



Hari tu takde entry Salam Syaaban kan.
Terlepas plak.
Tapi takpe. Masih ada Nisfu Syaaban.
15 Syaaban jatuh pada hari Ahad ni.
Moga kita dapat keberkatan dan dimakbulkan segala doa.

Tuesday, May 3, 2016

Hello May


Hello May!
Rupanya takde entry Hello April.
Never mind lah.
Dah masuk May pun.

1 month to go.

Saturday, April 9, 2016

1 Rejab 1437H


9.4.2016
1 Rejab 1437H.
Moga moga baik sahaja bulan ini.
Dan bertambah amalan kita.
Seiring menuju bulan Ramadhan :)

Thursday, March 3, 2016

Welcome March


Lupa sudah nak letak.
Hari ni dah 3.3.16.
3hb baru nak wish welcome March yer.
Huhu.

Tak lama je lagi dah kita nak berpuasa.
Berdebar ni. Huhu.


Thursday, February 11, 2016

Wednesday, February 10, 2016

1 Jamadil Awal 1437H


1 Jamadil Awal 1437H.
Semakin menghampiri Ramadhan.
Dah abis ganti puasa belum?
Hehe.

Friday, February 5, 2016

Hello February



Dah 5 Februari baru ada kesempatan nak menulis.
Hello Februari.
Bulan cinta kata orang bulan 2 ni ya.
Cepat betul masa berlalu.
Sebulan dah di tahun 2016.
Apa pun, selamat bulan Februari :)

Wednesday, January 20, 2016

Beta Pregnancy Test



A beta pregnancy test is a blood test for hCG. Doctor’s offices and hospitals use this type of test (as you know, home pregnancy tests are urine tests). Beta pregnancy tests come in two types: qualitative and quantitative.

Qualitative tests offer a simple yes or no; pregnant or not answer. The cut-off for a “yes” verdict is similar to many urine tests – 25 mIU of hCG. These tests will confirm a positive urine test that a woman takes at home, or tests a woman for pregnancy if she hasn’t already tested herself.

Most pregnant women hit the 25 mIU mark in their 3rd to 5th week of pregnancy (measured since their last menstrual period), and there can be a wide variance of hCG levels from woman to woman. Remember that a negative qualitative test does not mean that you are not pregnant; it means that your body has not produced enough hCG to register on a pregnancy test.

Quantitative tests show the amount of hCG in the woman’s blood. These tests are useful especially for women who are taking fertility treatments or who have a history of miscarriage. The value of knowing how much hCG in a woman’s blood is knowing whether her hCG levels are increasing. During the first weeks of pregnancy, hCG levels double every 48-72 hours. If a woman is undergoing fertility treatments, she will likely be taking several of these tests to ensure that her hCG levels are increasing and that her pregnancy is developing normally. If the levels are not increasing at the expected pace, she may have had a miscarriage, and would be encouraged to get an ultrasound to confirm the pregnancy.

There you have it: two types of pregnancy tests you didn’t know existed. So when you’re at your doc’s office for a pregnancy test, you can really show your pregnancy know-how by asking, “Is that a qualitative or quantitative beta pregnancy test?”

hCG Levels During Pregnancy

When tracking your pregnancy’s progress with blood pregnancy tests, you will want to see an increase in the level from one test to another. hCG typically doubles every 48 to 72 hours in a healthy pregnancy. If a hCG result is 100 on Tuesday, a second blood test should show a result of 200 on Thursday or Friday.

hCG levels During Early Pregnancy:

hCG levels in weeks from LMP (last menstrual period):

3 weeks LMP: 5 – 50 mIU/ml
4 weeks LMP: 5 – 426 mIU/ml
5 weeks LMP: 18 – 7,340 mIU/ml
6 weeks LMP: 1,080 – 56,500 mIU/ml
7 – 8 weeks LMP: 7, 650 – 229,000 mIU/ml
9 – 12 weeks LMP: 25,700 – 288,000 mIU/ml
13 – 16 weeks LMP: 13,300 – 254,000 mIU/ml
17 – 24 weeks LMP: 4,060 – 165,400 mIU/ml


Kredit : http://www.babyhopes.com/articles/beta-pregnancy-test.html

Friday, January 8, 2016

Perbincangan Ekslusif Untuk Rakan TTC

*seperti yang ditulis di blog personal saya juga*

Pepagi ni masuk kerja, buka emel, tgk ada emel dari Dr Tasha.
Eh. Tanjat ai tau. Biasanya ai yg emel doktor. Kali ni Dr plak yg emel ai.
Lagi plak Dr guna emel tak formal yg cikstoberi tu. Biasa ai emel dia guna emel lagi satu.
Takpe lah memana pun. 
Yang penting nak buat pengumuman ni.
Exclusive untuk rakan-rakan TTC.

Dr Tasha nak ajak kengkawan TTC utk buat small session non formal discussion.
Utk small group of TTC. Dalam 10 - 15 orang. Bukan lah sesi taklimat ke apa. Kira macam bincang2 atau sesi borak2 lah ni.
Yang paling best, sesi ni adalah bersama dengan Dr Tasha. Atau mungkin ada doktor pakar lain yang turut join juga.

Discussion ini adalah FOC. Ya, Dr Tasha nak bagi secara PERCUMA.
Ehhhh... best ni weeeeyy...
Ingat senang ke kita nak jumpa specialist tanpa ada apa2 bayaran.
Kalau jumpa specialist, biasanya sekali jumpa dah kena dalam RM100-150 per session. 
Ini Dr Tasha nak bagi percuma.
Antara topic yg akan di bincangkan :

1. What to do after your first IVF fails 
2. I want to be a mommy. Where do I begin
3. My hubby has sperms issue. How to get help
4. Kitaran haid tidak teratur, bagaimana nak ketahui waktu subur?
5. A-Z on IVF treatment
6. Ingin Hamil untuk wanita 35 tahun ke atas
7. Kerap gugur apakah yang perlu dibuat 

Setakat ni Dr Tasha belum bagi exact date. Tempat pun belum. Tapi, kemungkinan besar di KL Fertility Centre lah kot. Tempat tu mmg selesa. Worries not. Sepanjang treatment di sana, sekali pun tidak saya rasa annoyed. Malah suka nak pergi lagi ada. Tapi, kalau ajak Dr Tasha pergi taman2 ke, buat pot luck pun best jugak kan. Mungkin boleh di suggest pada Dr nanti.

So, saya tgh cari rerakan TTC yang nak join.
Sapa nak, just emel je pada saya - idaramli2011@gmail.com
Atau sesapa yg ada no w.app saya, just w.app okay.

p/s : Saya adalah patient Dr Natasha. Saya mulakan treatment di KL Fertility Centre dgn beliau pada Julai 2015. Dan last appointment saya dengan beliau adalah pada Disember 2015. Treatment di sana mmg tak mengambil masa yg pjg. Dalam 2 bln InsyaAllah boleh settle.
Bagi saya, memang saya berpuas hati dengan rawatan yang saya terima. Dari segi staff nya, dari doktornya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, saya mmg tertunggu appointment dan tak sabar nak pergi KL Fert.
Eh. Ni bukan iklan tau. Ni mmg ikhlas sbb sebelum ni saya dah buat treatment di 2 tempat yg lain (yg mmg bukan hosp govt lah).
Dr Natasha sangat lembut dan friendly. Bila kita rasa suka, InsyaAllah perjalanan treatment kita pun dipermudahkan :).
So, kalau nak tahu cerita berkaitan treatment saya di KL Fert, just emel juga ya.
Dr Natasha ada blog juga - dan aktif juga. Kalau tanya apa2 dalam blog tu, cepat je Dr Tasha balas. Begitu juga kalau kita emel pun, Dr Tasha cepat je reply.

Tuesday, January 5, 2016

Entry Pertama Tahun 2016


Entry pertama tahun 2016.
Semoga tahun ini baik baik saja untuk kita semua esp rerakan TTC.
Jangan mudah berputus asa, teruskan berdoa.
Allah uji kita sbb Dia nak kita dekat dengan Dia.
Selalu ada dengan Dia.
Allah uji kita sbb Dia nak bagi kita pahala yang mudah. Dengan selalu mendekatkan diri dengan Nya, kita akan terus mendapat pahala. InsyaAllah.

Berdoa dan terus berdoa.
Jangan putus harap.
Terus kan berusaha.

Allah tahu apa terbaik untuk kita.
Dan perancangan Allah itu adalah yg terbaik untuk kita.

Oh ya, sesiapa nak bertanya khabar ke, apa ke, just emel saya ya.
Mana tahu, ada nak bertukar2 cerita ke.
Utk tahun ini saya cuba untuk me"limit"kan cerita di laman sosial.
No more instagram yang berbagai bagai.
No more FB utk update status.
Biar kita "hiatus mode" seketika.