Showing posts with label Rizq Iskandar. Show all posts
Showing posts with label Rizq Iskandar. Show all posts

Wednesday, January 16, 2019

Selamat Tahun Baru 2019

3:31 PM 0 Comments
Selamat tahun baru uols.
Halah..halah..berapa je entry last year.
Nak buat milestone dak Rizq pun tak terbuat.
Maka,
Mari lah kita flashback gambar2 Rizq Iskandar di tahun 2018 lepas.

JANUARI - lepak rumah je
FEB - Gambang
Februari - pegi Farm In The City
Hujung Feb - warded Prince Court sbb HFMD

Mac - patut ada gambar pegi tgk wayang DIDI.
Entah gi mana plak gambar tu
April - Balik kg. Opah buat kenduri


Mei - pegi Thomas Town n Legoland

Mei - balik kg. Ibu mengundi
Jun - saya 2 tahun ♥️
Jun - Aquaria KLCC. Tgk fish

Julai - pergi Melaka
Ogos - baju baru

Ogos - hari raya haji

Ogos - raya haji, ambik rambutan kt kg

September - Langkawi. Ibu n ayah sukan.
Oktober : Zoo Taiping
Oktober - pameran kucing



November - Terengganu
Disember - Johor lagi.

Begitu lah serba sedikit sepanjang tahun 2018.
Berjalan dari timur ke selatan ke utara dan kembali ke selatan.
Kalau tak jalan2 kami balik kampung.
Cuma tu lah.
Berat tak naik banyak dak kecik ni.
Tapi, Alhamdulillah.. selain HFMD, dia takde demam, takde sakit2 lain.
Ibu pun kumpul banyak cuti tahun lepas.

Friday, July 13, 2018

Rizq Dah 2 Tahun Dan Selamat Hari Raya

3:05 PM
Allah...
Lupa lah nak jot down kat sini.
Takpe. Kita #throwback ya.
Boleh lah kan?
Ini lah dia anak teruna saya yang genap 2 tahun umurnya pada 1 Jun 2018 yang lepas.
Kejap je masa berlalu.

Dari buat treatment, bersalin dan tau tau dah besar dah.
Dah jadi toddler dah.

Sangat manja.
Usah ditanya bila nak menjadi abang ya.
Haha.
Masih belum wean off.
Sekarang ni fully direct breastfeeding since saya tak bekalkan ebm ke rumah pengasuh dah.
Dah tak pam di office.

Dia minum fresh milk / full cream milk di rumah pengasuh.
Balik rumah terus pulun direct ja.
Takdak tanda pun nak wean off.


Manja sangat ni esp ngan ayah dia.
Sana sini "aiyahhh... aiyahhhh"

Banyak yang dah boleh cakap. Semua dia tahu. Gelap, sejuk, pedas semua tahu.

Makan okay, tapi berat kurang naik pulak.
Tak pernah turun, tapi berat tu slow.

Menjadi masalah bila pergi klinik biasa and doctor akan persoalkan walao paed tetap dia takde risau. Dia memang tak check up di KKIA. Dia terus check dgn paed di hosp. private. Tapi tu lah. Bila kita pergi klinik doktor biasa (GP) ni, depa lah akan merisau lebih.


Dan pada hari terakhir Syawal 1439H ni saya ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Raya untuk yang masih sudi membaca blog mak Rizq ni. Mohon maaf zahir batin andai ada penulisan yang mengguris hati memana pihak.


Adui. Asyik la terabai blog nan satu ini.
Soalnya, relevan lagi kah blog?
Semua dah beralih arah ke twitter lah, IG lah, FB lah, kan?
But, for me.. biar lah. Blog lah kita boleh tulis memacam. Dan blog lah paling senang nak carik info yang sebenar.
Tapi tu lah.. da tak ramai dah menulis :(

Friday, March 16, 2018

1.3.2018 - Rizq Iskandar 21 Bulan

2:00 PM
3 bulan lagi menginjak ke 24 bulan.
Bersamaan 2 tahun.
Dan ini juga menandakan..


Ya. Rizq Iskandar still full direct feeding. 
Masih takde minum susu lain if dia bersama mak.
Tapi, masa kt pengasuh, dari last month, mak dah top up sebotol fresh milk (3oz).
Kira nya camni.
Mak bekalkan 2botol ebm (3oz x 2botol), dan sebotol fresh milk.
Gitu.
Mak stilll mengepam di office.
Alhamdulillah dengan rezeki Allah.
Dan masih tak fikir pun cemna nak wean off nanti.
Biar lah.
Yang pasti mak tak mahu guna kaedah "letak menda".
Biar lah dia wean off atas kerelaan sendiri.

Oh ya.
1 Mac tu, Rizq celebrate 21months old dia di Hospital.
Dia admitted masa tu. Kena hfmd.
Tp duduk 3 hari 2 malam je lah.
(udah macam bercuti - ahaks).
Cerita penuh kat blog stoberi mak.


Takpe.
Kalau mak mak masih tak berpeluang breastfeeding utk anak pertama.
Masih tak terlewat utk bf anak kedua, ketiga dan seterusnya.
Tapi, cuba lah. Cari ilmu penyusuan banyak2. Sbb tanpa ilmu memang kita akan kecundang.
Cari lah LC/PC sekiranya ada masalah. Boleh masuk support group untuk terus bersemangat.
Kerana... breastfeeding ni adalah nikmat dan rezeki Allah yang tak boleh kita pertikai kan lagi manfaat nya.


Lupa nak tepek certificate of achievement masa Rizq setahun tu hari :D


Wednesday, November 16, 2016

Our Precious Rizq Iskandar

3:00 PM


♥ jangan putus asa dan terus berdoa.



♥ Rahmat Allah sentiasa ada untuk kita sebagai hambaNya.



♥ bukti kekuasaan dan rahmat Allah.
♥ doa kami dimakbulkan Allah pada ketika usia perkahwinan kami menginjak 7 tahun 6 bulan.
♥teruskan berdoa dan berdoa.
♥sucikan hati dan jangan ada sekelumit pun rasa negatif dalam diri.
♥jika mampu, pergi umrah. Berdoa lah sepuasnya di sana.
♥selain doa untuk diri sendiri, doa lah untuk orang lain juga.


p/s : Pregnancy journey, saya akan masukkan pada bulan2 sebelum ini. Sapa nak baca, buleh la klik entry yang bermula dari bulan September 2015 :)

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers