Blogger Backgrounds

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, January 30, 2013

Yang Penting Kita Happy

Hai.
Lama tak menulis d sini.
Hari ni dah 30 Jan. Berlalu sudah Januari 2013.
Apa yg aku usaha aku bulan ni.
Menghabiskan treatment aura healing.
Jumpa Ustaz tu lps abis period tu hari.
Pegi 20hb (nak catat, sbb lupa).
Tgk cemana. Mmg mengharapkan ada keajaiban.

Bulan ni ada makan fast food?
Ada.
Magic la kalo takde (ni pun baru pas mentekedarah Dominos Pizza. Haha)
Pizza, McDonald. McD berapa kali ah. Sekali ke dua kali tah.
Kena catat seme ni supaya senang nak refer.

Hari ni rasanya 7dpo.
Rasa cam awal O tu bulan ni.
Aku tak check BBT pun (temometer abis bateri..kott)
Tp dari tanda white egg.
Agaknya btul la kut. Entah.

Nak mengharap lelebih pun takut juga.
Jadi, skang kita buat pendekatan - wait n see.
Takde apa2, nxt month kita pegi kaedah lain pula.
Yang penting - kita happy..

Thursday, January 17, 2013

Ada Anak - APTB???

Hey.Hey.Hey..
(lalu terus menyanyi.. hey..hey..hey..hey... aku tak percaya.. cinta.. cinta...)

Heh! Aku tgh menyampah nih. Menyampah ke annoying ke tatau nak kata la. Tp sekitar2 tu la. Tatau la dah penah tulis ke tak dulu. Tp lantak lah kalo nak tulis lagi.
Penyakit kut aku ni. Bagi org lain mungkin tak, tapi kepala otak dan pikiran aku ni mmg tak boleh adapt langsung, mmg tak boleh absorb langsung, kalo org tulis ke cakap ke apa apa je lah yg camgini :
"seronok la korang, buleh tgk tv citer apa jer. Aku ni dah beranak pinak ni takde dah nak tgk tv apa"
"Sejak beranak pinak ni tak sempat dan nak tgk wayang apa pun"
"Sejak beranak pinak ni, mana letak kasut pun tak igt"
"Sejak ada anak ni, rumah tak kemas langsung"
Semua la sejak beranak. Sejak dah ada anak.

Salu nya orang2 camni dia cakap benda2 gini pada sesuatu yg kita boleh buat, tp dia tak boleh buat atau dapat buat. Jadi, bila dia tak dapat buat, anak lah didalihkannya. Supaya nak bagitau kita 'kau takde anak, kau buleh la buat tu semua'. Atau pun kau nak bagi tahu - aku ada anak. Ko takde. Riak?
Engkau yg memang perangai camtu, anak pula di dalihkan. Heh!

Statement kau tu macam menyesal tau. Kau tahu?
Tapi kau tak akan la rasa camtu. Sebab sebenarnya kau tulis tu kau nak kata aku ni takde anak sbb tu kau boleh buat macam2. Tp apa lah gunanya seme tu berbanding ada anak.
Yer. Kelihatannya aku terlalu sensitif. Super Sensitive. 
Tapi bukan semua orang begini. Ada segelintir je. Itu yg menjadi pelik tu. Orang lain ada anak berderet tak pernah pula dalih camni. Hey. APTB la kau ni kan!

Aku tak mahu kata orang camni jeles ngan life kita. Untuk apa pun dia nak jeles. Tapi orang camni sebenarnya nak bagitau 'aku dah ada anak, sbb tu aku ni tak sempat buat apa, aku ada anak, jadi aku tak heran la tgk wayang2 ni. Aku ada anak, aku tak heran la nak pegi snorkeling. Aku ada anak, dan aku jadi alzheimer terus'

Sket2 anak. Sket2 anak. Dah cara lain takde dah nak di compare. Itu je modal yg ada. Utk je lah digunakannya. Jangan riak sgt. Semua tu anugerah Allah. Rezeki dan bahagian memasing.
Orang lain pun beranak pinak. Takde pulak aku tgk camtu gayanya. Takde la pulak banyak sgt dalihnya. Elok je pegi tgk wayang. Elok je bawa anak2 gi snorkeling. Elok je bawa anak2 gi Disneyland. Molek je rumahnya. Takde plak pernah dalihkan dah jadi gemuk, dah jadi alzheimer seme.

Dulu pun, masa bujang pun salu gak kena camni.
Tak boleh la kita cakap sket 'ngantuk nya hari ni'
Sure la kena bambu 'hai.. belum kawen pun asik ngantuk. Hang buat apa'
Ooo... orang dah kawen je lah buleh ngantuk. Org belum kawen tak boleh ngantuk.

Entah la. Nak cakap annoying ke meluat ke apa kang takut terjadi pula pada kita. Tapi kalo tak suka orang buat tu, Insha Allah.. buleh la control diri dari tak buat menda yang sama tu.
Cam soklan "eh... ko dah mengandung?"

Tak pernah la aku tanya soklan tu ke kawan2 lama tak jumpa walo aku mmg nak tahu. Tkpe lah. Biarlah. Aku pernah rasa 'sakit' dan sehingga ini masih 'sakit' dengan soalan tu. Aku tak suka. Dan aku harap, aku juga takkan buat orang camtu juga.

Google
Yer, mmg aku takde anak. Dan aku bubuh gambar anak orang. Bukan cam kau kan.
APTB!!

Wednesday, January 16, 2013

Genggam Bara Api

Sekejap je dah setgh bulan di bulan Januari.
Hari tu ada la bercerita2 dgn husband.
Propose ke dia utk buat treatment secara serius.
Dia setuju.

Alhamdulillah.
Kali ni mmg tak mau main main lagi.
Tolong. Harap2 aku serius.

Tahun 2012 hari tu dah berlalu begitu saja.
Takde apa treatment yg dibuat secara serius.
Smpai rosak dah BBT temometer haku! Choi sgt.
60hinggit wes.. jgn buat gile nak beli lain. Mungkin bateri abis. Nati lah p tukar bateri. 

Apa je aku buat tahun 2012?
Entah.

Ujung2 tu je ada buat susu kurma n kambing. Eh. Susu kambing n kurma.
Lelain takde rasanya selain bersuka hati bergembira menyusun jadual ke sana ke mari bercuti.
Ke Langkawi lah, ke Melaka lah, ke Bagan Lalang lah, ke Port Dickson lah, ke Krabi lah, ke Redang lah. Dah. Cukup. Jangan nak ber-riadah sgt tahun ni.
Takde la. Org kata jgn pikir sgt. Kalo pikir sgt nanti lagi stress. Jadi, tahun 2012 mmg tahun-malas-nak-pikir-pasal-anak then mmg gegila nak ke sana sini (termasuk ter jebak kaki dalam satu kawah - pastu tarik balik. ahahahah. Keputusan sengal yg aku kenang smpai bebila!)

Dah amik satu keputusan yg berat kan.
Didalihkan kerana nak buat treatment kan.
Jadi, jgn banyak hal. Nak buat, buat bebtul.
Genggam bara api, biar jadi debu terus.

Tapii..... aku berdoa sangat2 pada Allah agar aku dpt conceive naturally.
Kalo buleh tak mahu lah aku tempuhi segala i,i tu. baik iui ka, ivf ka.
Huhu.
Apa pun. Semoga ada hasilnya tahun ni. Insyaallah.

*weekend ni Insyaallah, nak sambung aura healing. Ustaz tu suh bawa madu (bukan madu orang tu.. madu tualang.hahahau). Tak beli lagi ni. Mana tah  nak beli. Kat Festival City tu dah tutup plak kiosknya. Hai... la hai...

kredit : here

Tuesday, January 15, 2013

Amalan : Surah Al-Waqiah


Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:

Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.
Rasulullah bersabda :

Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.

Ertinya:
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”

Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)
Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.
Rasulullah bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

Ertinya:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.

Bacaan lanjut dan kredit to : 

****
Seorang yg pernah TTC pernah berkongsi dia amalkan surah ni sebelum berjaya pregnant. Aku mmg dah download sesiap kat PC. So, bila masuk office, biasanya aku akan pasang ni dulu. Tp tak la secara konsisten. Tp skrg mmg kena amalkan setiap hari kalau boleh. Insyaallah.

*ceh..kalo entry autopublish sure lupa nak setting disable comment*

Monday, January 14, 2013

Jan 2013 : CD1

Tanpa gagal. Tanpa lewat. Spti biasa ia menjengah ku.
13 Januari 2013. {hai..cycle jadi 27 hari je pulak. Hai..engkau ni..}
:)

Senyum. Tak perlu kata apa-apa.

Walau dalam hati amat lah berharap satu keajaiban.
Tp macam tak mungkin.


Oke, mulai bulan ni, Insyaallah, saya akan menulis juga tanda2 makcik tu nak dtg. Bukan apa, tak mahu cam 'tipah tertipu' atau 'perasan mengandung'. Muahaha. Bukankah tanda2 nak period dan pregnant tu sama. Kadang2 kita terbuai2 pula perasaan dan terus 'perasan'!

Haha.

Bulan ni nyer sign :
#1 Backache : Bhgn bawah pinggang. Sesekali rasa cam sengal2.
#2 Abdomen : Tak sakit ngilu cam senggugut kali ni, tp cam lain sket la. Entah cemna nak cakap. Tp kali ni tak menyucuk2 sangat cam period pain tu. Pun, period pain takde bulan ni. Alhamdulillah.
#3 Tender breast : Ini biasa la kan. 

Tanda2 ni kan sama ngan simptom pregnant juga.
Bikin saya perasan saja. Heh!
Selalunya saya refer di sini : 


Apa pun, tahun 2013 ni mmg saya berazam utk serius TTC. Harus ada usaha setiap bulan. Tidak mahu menjadi hangat-hangat tahi ayam sebagaimana tahun2 yg lepas. 
Umur sudah meningkat. Sudah smpai border line. Had umur yg paling afdal adalah sebelum 35thn. Dan tahun ini saya sudah mencecah 34 tahun. So, what are u waiting for?? Ayuh berusaha.

image : google

Wednesday, January 9, 2013

Rawatan

10dpo. (agaknya la kot. Tak pasal pun OD nya tah).
Sakit blkg. Bawah dari pinggang. Ari2 pun rasa ngilu2 sengal.
Tanda biasa - makcik tu nak berkunjung.
Dlm 2, 3 ari lagi lah tu. Hurm.

Tiba2 teringat. Nak tulis apa usaha aku dah buat sepanjang 4 tahun berkahwin ni. Kira TTC la. Tp not too TTC sgt pun. Byk sekerat jalan.
a) Mula kahwin - belum setahun - ada hal Darussyifa - terus minta air pada ustaz di situ - sekerat jalan sbb rasa cam baru je - tak ulang pun ke sana.
b) Ada kawan ofis bagi debunga kurma. Minum dgn susu. Sekali je minum - muntah belahak sbb bau dia membuatkan tekak ni tak dpt nak terima. Huwaaaa...
c) Rebusan buah zuriat - 2x buat - tp tak konsisten. Oh ya, buah tu ada lagi dlm peti ais. Nak rebus balik lah. Nak minum semula.
d) Tgh tahun 2011 - rawatan d LPPKN - tak habis. Slps dapat result HSG - jumpa doktor - trus tak sambung sbb masa tu nak gi Hongkong. Agaknya dah lupus pun fail aku kat situ.
e) Hujung tahun 2012 - try buat segenggam kurma + susu kambing fresh - boleh lah minum - tp tak re-stock pula.
f) Aura healing - masih dlm perubatan
f) Habbatus sauda.

Memacam aku buat dah. Cuma aku tak buat berurut je lagi. Itu mmg aku punya prinsip sendiri. Dan itu adalah jalan terakhir sekali. Biarlah buat rawatan lain dulu. 

Tahun ni InsyaAllah, nak konsentret bebetul. Umur pun dah 34 tahun ni. Tinggal setahun je lagi dari 'border line'. Rasa dlm tahun ni nak buat appmt dgn dr Hamid Arshat pulak. Utk tu, aku terpaksa melepaskan sesuatu. Dan aku bersedia utk itu.

Semoga keputusan yang aku buat ni adalah pilihan yang terbaik utk aku dan diredhai oleh Allah.

Monday, January 7, 2013

Kadar Kesuburan Semakin Merosot


Wanita yang berusia 35 tahun ke bawah disaran mendapatkan rawatan kesuburan apabila belum hamil selepas setahun berkahwin.


PADA 1968, Profesor dari Universiti Stanford, Paul R. Ehrlich memberi amaran sekitar 1980-an, masyarakat dunia akan menghadapi masalah kebuluran akibat populasi yang semakin meningkat.

Bagaimanapun kini keadaan sebaliknya berlaku apabila kadar populasi pula yang semakin menurun tahun demi tahun di beberapa negara maju.

Bekas Perdana Menteri Singapura, Lew Kuan Yew pernah menulis mengenai topik ketidaksuburan di dalam majalah Forbes bertarikh 16 Oktober 2012.

Dalam tulisannya, beliau menyentuh mengenai jumlah kadar kesuburan (TFR) yang sesuai bagi kestabilan sesebuah negara maju iaitu 2.1.

TFR merujuk kepada bilangan anak yang dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang usia kesuburannya.

Bagaimanapun kajian menunjukkan kadar kesuburan semakin menurun di negara seperti Singapura, Amerika Syarikat (AS), Eropah Barat dan Hong Kong.

Walaupun keputusan bagi mendirikan rumahtangga dan mendapat anak adalah pilihan peribadi tetapi ia akan melibatkan kestabilan ekonomi jika keadaan tidak terkawal.

Kajian yang dijalankan oleh Merck Serano, satu cabang Merck yang beribu pejabat di Damstadt, Jerman dengan kerjasama Bahagian Reproduktif Endokrinologi dan Infertiliti di National University Hospital (NUH), Pusat Wanita Singapura bertajuk ‘Memulakan Keluarga Asia’ telah mendapat sokongan Asia Pasific Initiative on Reproductive (ASPIRE).

Berdasarkan CIA World Factbook, negara Asia yang paling membangun seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan adalah antara enam negara teratas dengan kadar fertiliti paling rendah di dunia pada 2012.

Semasa membentangkan hasil kajian berkenaan, Timbalan Dekan Penuntut Lepasan Ijazah dan Antarabangsa, Konsultan O&G, Pakar Reproduktif, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Zainul Rashid Mohd. Razi berkata, hasil kajian ‘Memulakan Keluarga Asia’ itu diharap dapat membantu wanita dan pasangan yang merancang memulakan keluarga terutama mereka yang menghadapi masalah untuk hamil.

“Kajian berkenaan juga menekankan mengenai pendidikan dan kesedaran tentang kesan usia dan masalah perubatan kepada kesuburan serta pilihan rawatan yang ada kepada pesakit yang menghadapi masalah ketidaksuburan," katanya.

Kajian berkenaan mendedahkan kurang separuh wanita yang ditemubual memahami apa yang dikelaskan sebagai tidak subur.

Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. K. K. Iswaran pula berkata, kadar kesuburan di negara ini semakin menurun walaupun belum ke paras yang drastik seperti Hong Kong dan Singapura.

Situasi ini berlaku akibat ramai wanita menangguhkan perkahwinan sebab mementingkan kerjaya.

“Selain itu, ramai pasangan yang telah berkahwin menangguhkan kehamilan dengan alasan masalah kewangan serta ingin membeli rumah atau kereta," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130106/kn_02/Kadar-Kesuburan-semakin-merosot#ixzz2HFEU92Fj 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

****
Aku rasa keputusan bakal aku amik nati adalah sedikit sebanyak berkaitan dengan ini.
Mengapa harus tunggu, sedangkan umur aku tahun ni 34 tahun. Aku rasa masa dah tak banyak ni. Tak boleh dan tak perlu bertangguh lagi.