Monday, January 7, 2013

# keratan akhbar

Kadar Kesuburan Semakin Merosot


Wanita yang berusia 35 tahun ke bawah disaran mendapatkan rawatan kesuburan apabila belum hamil selepas setahun berkahwin.


PADA 1968, Profesor dari Universiti Stanford, Paul R. Ehrlich memberi amaran sekitar 1980-an, masyarakat dunia akan menghadapi masalah kebuluran akibat populasi yang semakin meningkat.

Bagaimanapun kini keadaan sebaliknya berlaku apabila kadar populasi pula yang semakin menurun tahun demi tahun di beberapa negara maju.

Bekas Perdana Menteri Singapura, Lew Kuan Yew pernah menulis mengenai topik ketidaksuburan di dalam majalah Forbes bertarikh 16 Oktober 2012.

Dalam tulisannya, beliau menyentuh mengenai jumlah kadar kesuburan (TFR) yang sesuai bagi kestabilan sesebuah negara maju iaitu 2.1.

TFR merujuk kepada bilangan anak yang dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang usia kesuburannya.

Bagaimanapun kajian menunjukkan kadar kesuburan semakin menurun di negara seperti Singapura, Amerika Syarikat (AS), Eropah Barat dan Hong Kong.

Walaupun keputusan bagi mendirikan rumahtangga dan mendapat anak adalah pilihan peribadi tetapi ia akan melibatkan kestabilan ekonomi jika keadaan tidak terkawal.

Kajian yang dijalankan oleh Merck Serano, satu cabang Merck yang beribu pejabat di Damstadt, Jerman dengan kerjasama Bahagian Reproduktif Endokrinologi dan Infertiliti di National University Hospital (NUH), Pusat Wanita Singapura bertajuk ‘Memulakan Keluarga Asia’ telah mendapat sokongan Asia Pasific Initiative on Reproductive (ASPIRE).

Berdasarkan CIA World Factbook, negara Asia yang paling membangun seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan adalah antara enam negara teratas dengan kadar fertiliti paling rendah di dunia pada 2012.

Semasa membentangkan hasil kajian berkenaan, Timbalan Dekan Penuntut Lepasan Ijazah dan Antarabangsa, Konsultan O&G, Pakar Reproduktif, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Zainul Rashid Mohd. Razi berkata, hasil kajian ‘Memulakan Keluarga Asia’ itu diharap dapat membantu wanita dan pasangan yang merancang memulakan keluarga terutama mereka yang menghadapi masalah untuk hamil.

“Kajian berkenaan juga menekankan mengenai pendidikan dan kesedaran tentang kesan usia dan masalah perubatan kepada kesuburan serta pilihan rawatan yang ada kepada pesakit yang menghadapi masalah ketidaksuburan," katanya.

Kajian berkenaan mendedahkan kurang separuh wanita yang ditemubual memahami apa yang dikelaskan sebagai tidak subur.

Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. K. K. Iswaran pula berkata, kadar kesuburan di negara ini semakin menurun walaupun belum ke paras yang drastik seperti Hong Kong dan Singapura.

Situasi ini berlaku akibat ramai wanita menangguhkan perkahwinan sebab mementingkan kerjaya.

“Selain itu, ramai pasangan yang telah berkahwin menangguhkan kehamilan dengan alasan masalah kewangan serta ingin membeli rumah atau kereta," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130106/kn_02/Kadar-Kesuburan-semakin-merosot#ixzz2HFEU92Fj 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

****
Aku rasa keputusan bakal aku amik nati adalah sedikit sebanyak berkaitan dengan ini.
Mengapa harus tunggu, sedangkan umur aku tahun ni 34 tahun. Aku rasa masa dah tak banyak ni. Tak boleh dan tak perlu bertangguh lagi.

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers