Showing posts with label keratan akhbar. Show all posts
Showing posts with label keratan akhbar. Show all posts

Tuesday, January 2, 2018

Bye 2017, Hai 2018!

2:00 PM 4 Comments
Assalamualaikum kawan kawan yang disayangi,
Salam Tahun Baru 2018.
Moga ada khabar gembira untuk semua teman (TTC khususnya) pada tahun 2018 ni.
Saya buka sedikit cerita di awal tahun baru ini dengan keratan akhbar Kosmo keluaran 31 Disember 2017.
Tujuan saya bersetuju untuk ditemuramah bukan utk "mencapub"
Tapi, adalah untuk memberi manfaat pada rakan2 TTC yang lain.
Dan juga untuk memberi kesedaran kepada public yang perjalanan kita bukan mudah yang disangka.

Ya.
Saya tahu, perjalanan TTC saya sebenarnya tidak lah sehebat rakan yang lain.
Yang lebih tabah apabila diuji.
Tapi, matlamat kita tetap sama.

Okay.
Nanti kita cerita panjang lagi ya.
Terus berusaha.
Keep fighting.
Keep praying.





Cerita lanjut :
http://www.kosmo.com.my/k2/rencana-utama/alternatif-pasangan-sukar-hamil-1.581964

Monday, January 7, 2013

Kadar Kesuburan Semakin Merosot

8:27 AM

Wanita yang berusia 35 tahun ke bawah disaran mendapatkan rawatan kesuburan apabila belum hamil selepas setahun berkahwin.


PADA 1968, Profesor dari Universiti Stanford, Paul R. Ehrlich memberi amaran sekitar 1980-an, masyarakat dunia akan menghadapi masalah kebuluran akibat populasi yang semakin meningkat.

Bagaimanapun kini keadaan sebaliknya berlaku apabila kadar populasi pula yang semakin menurun tahun demi tahun di beberapa negara maju.

Bekas Perdana Menteri Singapura, Lew Kuan Yew pernah menulis mengenai topik ketidaksuburan di dalam majalah Forbes bertarikh 16 Oktober 2012.

Dalam tulisannya, beliau menyentuh mengenai jumlah kadar kesuburan (TFR) yang sesuai bagi kestabilan sesebuah negara maju iaitu 2.1.

TFR merujuk kepada bilangan anak yang dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang usia kesuburannya.

Bagaimanapun kajian menunjukkan kadar kesuburan semakin menurun di negara seperti Singapura, Amerika Syarikat (AS), Eropah Barat dan Hong Kong.

Walaupun keputusan bagi mendirikan rumahtangga dan mendapat anak adalah pilihan peribadi tetapi ia akan melibatkan kestabilan ekonomi jika keadaan tidak terkawal.

Kajian yang dijalankan oleh Merck Serano, satu cabang Merck yang beribu pejabat di Damstadt, Jerman dengan kerjasama Bahagian Reproduktif Endokrinologi dan Infertiliti di National University Hospital (NUH), Pusat Wanita Singapura bertajuk ‘Memulakan Keluarga Asia’ telah mendapat sokongan Asia Pasific Initiative on Reproductive (ASPIRE).

Berdasarkan CIA World Factbook, negara Asia yang paling membangun seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan adalah antara enam negara teratas dengan kadar fertiliti paling rendah di dunia pada 2012.

Semasa membentangkan hasil kajian berkenaan, Timbalan Dekan Penuntut Lepasan Ijazah dan Antarabangsa, Konsultan O&G, Pakar Reproduktif, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Zainul Rashid Mohd. Razi berkata, hasil kajian ‘Memulakan Keluarga Asia’ itu diharap dapat membantu wanita dan pasangan yang merancang memulakan keluarga terutama mereka yang menghadapi masalah untuk hamil.

“Kajian berkenaan juga menekankan mengenai pendidikan dan kesedaran tentang kesan usia dan masalah perubatan kepada kesuburan serta pilihan rawatan yang ada kepada pesakit yang menghadapi masalah ketidaksuburan," katanya.

Kajian berkenaan mendedahkan kurang separuh wanita yang ditemubual memahami apa yang dikelaskan sebagai tidak subur.

Pakar Runding Obstetrik & Ginekologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. K. K. Iswaran pula berkata, kadar kesuburan di negara ini semakin menurun walaupun belum ke paras yang drastik seperti Hong Kong dan Singapura.

Situasi ini berlaku akibat ramai wanita menangguhkan perkahwinan sebab mementingkan kerjaya.

“Selain itu, ramai pasangan yang telah berkahwin menangguhkan kehamilan dengan alasan masalah kewangan serta ingin membeli rumah atau kereta," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130106/kn_02/Kadar-Kesuburan-semakin-merosot#ixzz2HFEU92Fj 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

****
Aku rasa keputusan bakal aku amik nati adalah sedikit sebanyak berkaitan dengan ini.
Mengapa harus tunggu, sedangkan umur aku tahun ni 34 tahun. Aku rasa masa dah tak banyak ni. Tak boleh dan tak perlu bertangguh lagi.

Saturday, January 14, 2012

IVF dan TAFF

10:24 AM 3 Comments
Berita selanjutnya : BeritaHarian

Seronok baca citer camni.
Lama menunggu. Sepasang terus dapat.
Alhamdulillah.

Aku tak igt samada aku penah cerita dlm ni atau sekadar meng google berkenaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF). Tp ini ada lagi artikel berkaitan TAFF ni.
Berita Harian
Memang ada kriteria2 cam umur, gaji, tempoh perkahwinan nak apply ni dan mmg ramai la yg menunggu.  Kalo asben n wife bergaji dgn jawatan degree, rasa mmg tak diutamakan. Tp, apa salahnya mencuba. Mana tau ada rezeki kan.

Sunday, November 20, 2011

Gagal Hamil Sebab PCOS

12:49 PM 4 Comments
Artikel dari Mingguan Malaysia 20-11-2011

Kalo tak beli paper MM, bleh klik link ini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_07.htm

Me, myself pun tak tau samada ada menda ni atau tak sbbnya dari HSG je takleh detect kehadiran PCOS ni. Entah la.. rasa mcm malas nak amik tau pun ada.
Moga2 dipermudahkan segalanya

**
Tau dah makcik tu nak berkunjung 2, 3 ari lagi. Tanda tanda mmg dah ada. Ready je lah. Napaknya misi 11.11 retu tak berjaya juga.

Friday, September 2, 2011

Kalau Dah Rezeki

8:46 PM 13 Comments
JD juga sudah up citer ini.
Aku tgk kat berita mlm tadi trus igt nak buat entry, tp tak sempat.
Sebak plak bila dgr time berita tu.
Masa tu si ayah tgh cakap. Mcm nak nangis dia cakap.
Antara lebih kurang
"Dah 11 tahun saya tunggu, adik saya pun dah 5 anak nya"
Aku pun cam oh....sayu nyer.

Itu lah dinamakan rezeki. Lambat atau cepat, Allah yang menentukannya.
Kita terus berdoa dan berusaha.

Skali dapat terus kembar. Plak tu jadi anak Merdeka Raya plak tu.
Best nya.

Nak kembar gak, pleaseee.... Teheheheeh :)

Ayuh kawan2, kita jadikan pasangan ini pembakar semangat kita...

2 SEPT 2011: Penantian selama 11 tahun bagi pasangan Noor Zainab Paee, 38, dan Faizul Harris Mohd Kamal, 38, berakhir apabila mereka dikurniakan dua anak kembar perempuan pada pagi 31 Ogos lalu di Hospital Pakar Tropicana, Kota Damansara, Kuala Lumpur.

Sunday, July 10, 2011

Usia Dan Kesuburan

10:01 PM 4 Comments
Usia meningkat, kesuburan menurun

Oleh Rosmah Dain

KEBELAKANGAN ini perkara yang berjaya menarik perhatian masyarakat ialah mengenai isu serius berkaitan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita yang berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan yang menunjukkan 30 peratus wanita berumur di antara 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus lelaki berumur di antara 30 dan 34 tahun masih bujang.

Isu ini ditimbulkan pasti ada benarnya. Setiap pertambahan umur yang melibatkan golongan wanita maka faktor kesuburan mereka untuk melahirkan anak adalah semakin merosot.

Bukan itu sahaja, apabila semakin berumur seseorang wanita itu maka risiko keguguran ke atas kandungan mereka juga akan bertambah.

Namun, apabila berbicara mengenai faktor kesuburan, bukan hanya golongan wanita sahaja yang dikaitkan dengan faktor kemerosotan kesuburan, golongan lelaki juga turut dikaitkan dengan permasalahan ini.

Menurut Datuk Dr. Prashant Nadkarni, dari KL Fertility & Gynaecology Centre, sperma lelaki yang subur pasti akan mengalami penurunan satu peratus setiap tahun. Permasalahan ini sebenarnya bukan hanya berlaku di negara ini sahaja kerana ia bersifat global.

Menurut Dr. Prashant, faktor utama perkara ini terjadi adalah disebabkan oleh permasalahan yang diakibatkan oleh faktor-faktor sekeliling.

‘‘Dalam kajian yang telah dijalankan, kita dapati dalam tempoh lapan tahun iaitu dari tahun 1999 hingga 2007 sperma golongan lelaki berkurangan kesuburannya sebanyak 40 peratus,” katanya.

Selain itu katanya, stres akibat gaya hidup yang penuh dengan bebanan pada masa sekarang juga mengurangkan kemahuan pasangan untuk seks.

Kehidupan yang mencabar pada hari ini menyebabkan ramai di kalangan pasangan hanya melakukan seks seminggu sekali atau tiada dan ada juga yang tidak mempunyai mod langsung untuk bersama pasangan.

‘‘Namun, bagi golongan wanita antara faktor lain yang menyumbang kepada masalah kurangnya kesuburan ialah apabila wanita itu tidak dapat mengeluarkan telur untuk persenyawaan sebanyak sepuluh peratus akibat jangkitan kepada tiub, masalah hormon yang tidak seimbang dan tidak teratur,” katanya.

Dalam pada itu Dr. Prashant juga turut menyalahkan faktor obesiti menjadi punca masalah kesuburan wanita.

‘‘Kita sekarang mengalami masalah ke arah negara yang semakin ‘gemuk’. Apabila seseorang itu menjadi gemuk, hormon individu itu akan menjadi tidak teratur dan telur yang dikeluarkan juga pasti tidak bermutu dan memudahkan risiko keguguran menjadi lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu Dr. Prashant berkata, wanita yang berumur lebih 35 tahun peluang untuk hamil telah merosot 35 hingga 65 peratus.

Bagi wanita yang ingin mengandung dan mengalami masalah ketidaksuburan terdapat pelbagai kaedah yang digunakan dalam usaha membantu golongan ini mendapatkan cahaya mata.

Antaranya ialah melalui kaedah IVF, GIFT dan sebagainya.

Sekiranya wanita berkenaan didapati normal dan sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mengandung, mereka akan dicadangkan menggunakan kaedah suntikan kesuburan bagi memperbanyakkan telur.

Ujian kesuburan atau pengovulan boleh dilakukan di rumah. Ujian pengovulan bertindak dengan mengesan peningkatan hormon yang dipanggil Luteinising Hormon (LH) dalam air kencing.

Kenaikan LH terjadi lebih kurang 24 - 36 jam sebelum ovum dibebaskan dari ovari iaitu satu proses yang dikenali sebagai pengovulan. Wanita dikatakan berada pada tahap tersubur pada hari kenaikan LH wanita itu dikesan dan pada hari selepas itu.

Bagi penyelesai masalah mereka yang sudah lewat usia tetapi masih mahu mencuba untuk mengandung, Merck Serono baru-baru ini telah melancarkan Pergoveris, dalam usaha menambah kesuburan.

Ia mengandungi dua bahan penting yang aktif di dalamnya iaitu lutropin alfa iaitu versi sintetik LH dan follitropin alfa iaitu FSH. Bahan ini merangsang peringkat kesuburan wanita dengan memperbanyakkan telur (LH) agar dapat memudahkan wanita itu mengandung.

Sumber : Utusan

*owh...14hb Julai ni genap lagi 5bln umur ku menjejak 32 tahun. Sobssss :(

Tuesday, June 28, 2011

Gempal atau Kurus?

1:25 PM 10 Comments
Just wanna share yg saya baca kat paper pada ari Ahad lepas.
Ruangan yg soal jawab bersama doktor tu.
Tp rasanya yg tak gempal pun ada yg sukar dpt anak.
Contohnya saya lah.
Dan ada je yg gempal senang dpt anak. Siap bunting pelamin lagi.
Contohnya kawan saya.
Tp dlm jawapan ni ada info2 yg leh kita gunakan.

Gempal sukar dapat anak?

Soalan 1
Usia perkahwinan saya dan suami sudah mencecah usia empat tahun. Namun, kami masih belum dikurniakan anak. Badan saya dan suami memang agak gempal. Adakah ini punca kami sukar mendapatkan anak? Apa yang perlu saya lakukan untuk memeriksa tahap kesuburan saya?

Puan,

Saya amat memahami tentang permasalahan yang sedang dialami oleh puan. Memang agak tepat apa yang puan sangkakan. Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan mengalami infertiliti. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih oleh folikel yang matang atau dalam kenyataan biasa adalah tidak bertelur. Dalam bidang perubatan ianya dikenali sebagai tiada berlakunya pengovulan. Sebenarnya seseorang wanita hanya bertelur sekali sahaja sebulan. Berat jisim badan (body mass index- BMI)- kurang dari 20 kg/m2 atau melebihi 30kg/m2 akan memberi kesan kepada seseorang wanita untuk menghasilkan telur dengan sempurna. Lelaki yang berbadan gempal juga mempunyai aras hormon lelaki yang tidak seimbang dan boleh mengakibatkan permasalahan dalam proses spermatogenesis (proses penghasilan sperma/ benih lelaki). Penurunan berat badan bagi puan dan suami adalah amat penting sebagai salah satu langkah rawatan bagi masalah ketidaksuburan atau infertiliti dan juga bagi menghindarkan diri anda berdua daripada mengalami masalah lain berkaitan obesiti.

Sokongan mental, fizikal, spiritual dan juga kewangan antara suami dan isteri amatlah penting dalam menjalani perawatan infertiliti. Saya amat yakin bahawa suami puan akan berkerjasama dalam perawatan infertiliti atau kesuburan yang akan dijalani nanti.

Waktu yang sesuai untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan ialah setelah setahun lamanya berkahwin dan setelah dalam masa itu berusaha dengan gigih untuk mendapatkan zuriat tetapi masih gagal. Jadi amatlah elok untuk puan segera ke klinik bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Langkah pertama yang paling baik ialah untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat, penerangan berkenaan waktu subur, pengambilan penyiasatan darah hormon pada waktu tertentu seperti ujian darah bagi hormon perangsang folikel (follicle stimulating hormone-FSH), hormon peluteinan (luteinising hormone -LH), estradiol (E2) pada hari kedua atau ketiga waktu haid dan ujian hormon lain jika perlu. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur pula perlu menjalani ujian darah tambahan bagi hormon Prolaktin, hormon tiroid, hormon testosteron dan hormon androgen yang lain. Selepas itu, rawatan dan pemeriksaan selanjutnya akan dijalankan.

Pemeriksaan seterusnya adalah pemeriksaan faraj bagi mengetahui saiz dan kedudukan rahim dan pada masa yang sama ujian pap smear boleh dijalankan. Selain dari pemeriksaan faraj, puan perlu menjalani ujian imbasan ultrabunyi (ultrasound) melalui faraj yang dikenali sebagai 'transvaginal sonography' (TVS). Tujuan ujian ini adalah untuk mengesan sama ada rahim seseorang wanita tersebut normal atau mengalami ketumbuhan seperti endometriosis, fibroid dan sebagainya dan juga untuk mengetahui kedudukan rahim sama ada ke depan (anteverted) atau ke belakang (retroverted). Yang paling penting ujian ini perlu untuk mengukur saiz penghasilan telur sama ada secara spontan atau memerlukan ubat subur seperti clomiphene citrate atau secara suntikan.

Imbasan ultrabunyi melalui faraj dapat mengimbas folikel yang membesar disamping mengukur saiz sebenar folikel. Saiz folikel yang cukup matang adalah 18 hingga 22 milimeter. Doktor juga dapat mengagak bila folikel akan cukup matang dan bila Puan akan subur (bertelur) kerana pembesarannya adalah dijangkakan berlaku diantara 1-2 mm sehari.

Wanita juga perlu menjalani ujian yang lain untuk mengesan masalah saluran Fallopio sama ada tersumbat, melekat dan sebagainya dengan menjalani sama ada ujian x-ray rahim (hysterosalpingogram atau HSG) atau ujian laparoskopi (secara tebukan di bahagian umbilikus atau pusat). Ujian x-ray rahim adalah satu tata-cara di mana doktor pakar x-ray atau pakar radiologi akan menyuntik satu suntikan cecair khas ke dalam rahim melalui saluran faraj dan pada masa yang sama 6 hingga 8 keping gambar akan diambil untuk mengesan samada saluran Fallopio anda tersumbat atau tidak.

Sesetengah wanita memerlukan ujian yang lebih lanjut seperti ujian laparoskopi. Ujian ini mempunyai kelebihan berbanding dengan ujian x-ray rahim (hysterosalpingogram) walaupun ianya dianggap lebih invasif kerana seseorang wanita itu perlu dibius di dewan bedah dan pada masa yang sama satu hirisan/ tebukan kecil (lebih kurang 1 cm) dibuat di kawasan umbilikus (pusat) untuk memasukkan teropong (teleskop). Melalui tebukan ini doktor akan meneropong dan melihat organ-organ di dalam abdomen, khususnya untuk mengesan pelbagai penyakit di bahagian pelvik. Keadaan saluran Fallopio dapat dinilai dengan teliti sama ada ia berfungsi atau tidak. Begitu juga keadaan ovari (kilang telur), sama ada normal atau tidak. Sekitaran rahim khususnya di ruang belakang rahim ('pouch of Doughlas') dapat ditinjau melalui teropong laparoskop. Prosedur ini dikenali sebagai laparoskopi diagnostik.

Infertiliti atau Ketidaksuburan adalah gangguan untuk pasangan, dan oleh itu kedua-dua pasangan hendaklah menjalani pemeriksaan bersama-sama.

Sumber : Utusan - 26062011

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers