Tuesday, June 28, 2011

# keratan akhbar

Gempal atau Kurus?

Just wanna share yg saya baca kat paper pada ari Ahad lepas.
Ruangan yg soal jawab bersama doktor tu.
Tp rasanya yg tak gempal pun ada yg sukar dpt anak.
Contohnya saya lah.
Dan ada je yg gempal senang dpt anak. Siap bunting pelamin lagi.
Contohnya kawan saya.
Tp dlm jawapan ni ada info2 yg leh kita gunakan.

Gempal sukar dapat anak?

Soalan 1
Usia perkahwinan saya dan suami sudah mencecah usia empat tahun. Namun, kami masih belum dikurniakan anak. Badan saya dan suami memang agak gempal. Adakah ini punca kami sukar mendapatkan anak? Apa yang perlu saya lakukan untuk memeriksa tahap kesuburan saya?

Puan,

Saya amat memahami tentang permasalahan yang sedang dialami oleh puan. Memang agak tepat apa yang puan sangkakan. Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan mengalami infertiliti. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih oleh folikel yang matang atau dalam kenyataan biasa adalah tidak bertelur. Dalam bidang perubatan ianya dikenali sebagai tiada berlakunya pengovulan. Sebenarnya seseorang wanita hanya bertelur sekali sahaja sebulan. Berat jisim badan (body mass index- BMI)- kurang dari 20 kg/m2 atau melebihi 30kg/m2 akan memberi kesan kepada seseorang wanita untuk menghasilkan telur dengan sempurna. Lelaki yang berbadan gempal juga mempunyai aras hormon lelaki yang tidak seimbang dan boleh mengakibatkan permasalahan dalam proses spermatogenesis (proses penghasilan sperma/ benih lelaki). Penurunan berat badan bagi puan dan suami adalah amat penting sebagai salah satu langkah rawatan bagi masalah ketidaksuburan atau infertiliti dan juga bagi menghindarkan diri anda berdua daripada mengalami masalah lain berkaitan obesiti.

Sokongan mental, fizikal, spiritual dan juga kewangan antara suami dan isteri amatlah penting dalam menjalani perawatan infertiliti. Saya amat yakin bahawa suami puan akan berkerjasama dalam perawatan infertiliti atau kesuburan yang akan dijalani nanti.

Waktu yang sesuai untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan ialah setelah setahun lamanya berkahwin dan setelah dalam masa itu berusaha dengan gigih untuk mendapatkan zuriat tetapi masih gagal. Jadi amatlah elok untuk puan segera ke klinik bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Langkah pertama yang paling baik ialah untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat, penerangan berkenaan waktu subur, pengambilan penyiasatan darah hormon pada waktu tertentu seperti ujian darah bagi hormon perangsang folikel (follicle stimulating hormone-FSH), hormon peluteinan (luteinising hormone -LH), estradiol (E2) pada hari kedua atau ketiga waktu haid dan ujian hormon lain jika perlu. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur pula perlu menjalani ujian darah tambahan bagi hormon Prolaktin, hormon tiroid, hormon testosteron dan hormon androgen yang lain. Selepas itu, rawatan dan pemeriksaan selanjutnya akan dijalankan.

Pemeriksaan seterusnya adalah pemeriksaan faraj bagi mengetahui saiz dan kedudukan rahim dan pada masa yang sama ujian pap smear boleh dijalankan. Selain dari pemeriksaan faraj, puan perlu menjalani ujian imbasan ultrabunyi (ultrasound) melalui faraj yang dikenali sebagai 'transvaginal sonography' (TVS). Tujuan ujian ini adalah untuk mengesan sama ada rahim seseorang wanita tersebut normal atau mengalami ketumbuhan seperti endometriosis, fibroid dan sebagainya dan juga untuk mengetahui kedudukan rahim sama ada ke depan (anteverted) atau ke belakang (retroverted). Yang paling penting ujian ini perlu untuk mengukur saiz penghasilan telur sama ada secara spontan atau memerlukan ubat subur seperti clomiphene citrate atau secara suntikan.

Imbasan ultrabunyi melalui faraj dapat mengimbas folikel yang membesar disamping mengukur saiz sebenar folikel. Saiz folikel yang cukup matang adalah 18 hingga 22 milimeter. Doktor juga dapat mengagak bila folikel akan cukup matang dan bila Puan akan subur (bertelur) kerana pembesarannya adalah dijangkakan berlaku diantara 1-2 mm sehari.

Wanita juga perlu menjalani ujian yang lain untuk mengesan masalah saluran Fallopio sama ada tersumbat, melekat dan sebagainya dengan menjalani sama ada ujian x-ray rahim (hysterosalpingogram atau HSG) atau ujian laparoskopi (secara tebukan di bahagian umbilikus atau pusat). Ujian x-ray rahim adalah satu tata-cara di mana doktor pakar x-ray atau pakar radiologi akan menyuntik satu suntikan cecair khas ke dalam rahim melalui saluran faraj dan pada masa yang sama 6 hingga 8 keping gambar akan diambil untuk mengesan samada saluran Fallopio anda tersumbat atau tidak.

Sesetengah wanita memerlukan ujian yang lebih lanjut seperti ujian laparoskopi. Ujian ini mempunyai kelebihan berbanding dengan ujian x-ray rahim (hysterosalpingogram) walaupun ianya dianggap lebih invasif kerana seseorang wanita itu perlu dibius di dewan bedah dan pada masa yang sama satu hirisan/ tebukan kecil (lebih kurang 1 cm) dibuat di kawasan umbilikus (pusat) untuk memasukkan teropong (teleskop). Melalui tebukan ini doktor akan meneropong dan melihat organ-organ di dalam abdomen, khususnya untuk mengesan pelbagai penyakit di bahagian pelvik. Keadaan saluran Fallopio dapat dinilai dengan teliti sama ada ia berfungsi atau tidak. Begitu juga keadaan ovari (kilang telur), sama ada normal atau tidak. Sekitaran rahim khususnya di ruang belakang rahim ('pouch of Doughlas') dapat ditinjau melalui teropong laparoskop. Prosedur ini dikenali sebagai laparoskopi diagnostik.

Infertiliti atau Ketidaksuburan adalah gangguan untuk pasangan, dan oleh itu kedua-dua pasangan hendaklah menjalani pemeriksaan bersama-sama.

Sumber : Utusan - 26062011

10 comments:

Unknown said...

saya prnh rujuk isu ni pd doctor. kata doc, kalo gemuk semulajadi tu xpe, xde prob nk peknen,coz they born to be like that or baka ke apa, tp yg mslhnya ialah gemuk mengejut.tu yg cycle n hormon leh tetiba kacau.jika org tgk saya, semua ckp eleh..xde la gemuk sgt pon..manade gemuk .. bese2 jer..hakikatnya brt sya bertambah 15-18kg dlm masa 2 thn stgh ni..sbb cycle sy b4 kawen sgtla teratur.konklusi,saya perlu slim semula..huwaaa..

Irtiyah said...

Salam

Wah.. macam kena je dengan misi saya sekarang. terima kasih ya.. moga2 menguatkan semangat saya lagi.

Memang macam2 faktor penyebab kan? memang bahagian kita nak diuji macam ni. Semoga kita semua tabah hati dan terus berusaha hingga berjaya. InsyaAllah.

mahujadiibu said...

saya ada baca kes ni kak..huhu...gemuk ka kurus ka..ada je yg gumuk subur mubur saje..huhuhu..ni semua rezeki tuhan..kan leeda?

Ayien Azreen said...

leeda, ai pun sama la... huhu... naek 25kg huhuu... tu pasal la susah peknan kot... waa... nampaknye ai pun kena slim balik la neh... skang dah 70kg... huhuhu

eKa said...

hm tak tau la kekda...ada je kwn eka yg vergi cumel...terus lekat pas kawen...eka rasa sumenya rezki dari allah...dia tau waktu bila paling sesuai utk bg anugrah itu pd kita....

Unknown said...

kdg2 gemuk pas kawen ni bkn sbb mkn bnyk pon, tp sbb prbhn hormon kot..so, saper de cara plg elok nk slim blk, sila kongsi

puanstoberi said...

Pn LEEDA :

Pas kawen period kacau ke? Sy lak pas kawen badan mmg naik, tp period regular sgt sgt. Huhu.

IRTIYAH :

Caiyok..caiyok utk Irtiyah.
Mmg tu penyebab je. Masing2 nyer bahagian kan. Tatau apa yg tak kena. Sgt geram. Huhu

puanstoberi said...

JULIE :

Tu la pasal. Gemuk ke kurus kadang tu sama saja.
Tatau la apa yg susah sgt kita ni. Gereeemmm :D

AYIEN :

Ayuh kita sesama berjoging

puanstoberi said...

EKA :

Tu la pasal. Ni cuma sedikit penyebab la.
Apa pun kita kena usaha dan terus berusaha :))

puanstoberi said...

LEEDA :

YEpss..btol. Saya rasa sy makan cam dulu gak. Tp badan naik mencanak2.
Before kawen 37kg. Skang 50kg.
Errk... bahaya tol!

MY RIZQ ISKANDAR

Lilypie Third Birthday tickers

Rezeki Untuk Rizq

Lilypie Breastfeeding tickers

My Dear

Daisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers